Apr 30, 2010

SABAR : Mampukah kita?

30.04.2010 - Jumaat :

Malam tadi, aku terpandang iklan di tv berkaitan filem IP Man 2 yang sedang ditayangkan di pawagam mulai 29 April. Bergegas aku mencari filem tersebut dalam internet. Kut-kut dah ada yang upload filem tersebut. Malangnya, filem itu belum diupload lagi kerana masih awal tayangannya. Mungkin sedikit masa lagi. Apabila filem bertajuk IP Man 2, maka sudah tentunya ada versi pertama. Pastinya aku terlepas pandang akan filem itu sewaktu tayangannya dahulu. Oleh itu, aku search filem IP Man. Dapat. Hehehe. Download malam tadi, pagi ini sudah boleh menontonnya. Menonton sambil cicah roti Gardenia dan kopi o sebagai sarapan, sedap juga. Hehehe.

IP Man - 2008

Secara holistiknya, filem IP Man yang ditanyangkan pada tahun 2008 lalu, memberi impak tentang perjuangan dan sifat patriotik dalaman individu mempertahankan bangsa China akibat penjajahan Jepun. Tetapi bukanlah overview keseluruhan filem ini yang ingin aku paparkan. Jika ingin ketahui keseluruhan filem ini boleh lihat di sini.

Aku hanya ingin paparkan satu elemen yang kecil dalam filem ini tetapi sangat terkesan. Elemen sabar yang dipamerkan oleh watak IP Man sangat memberi impak dalam keseluruhan filem ini. Sabar ialah sifat yang sukar dilakukan oleh ramai orang, termasuk aku. Kesabaran boleh dijelaskan melalui tindakan dan tingkahlaku kita. Paparan watak IP Man yang sabar dalam menangani permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Beliau menjadi tunjang harapan masyarakat terpaksa juga membanting tulang bersama masayarakat lainnya untuk mencari sesuap nasi untuk dirinya dan keluarga.

Perjalanan filem IP Man

Dalam tempoh itu, pelbagai cabaran yang menguji kesabarannya akibat adanya watak kelompok masyarakat seperti musang berbulukan ayam. Kehilangan sabar mampu merosakkan suasana dan perjalanan hidup yang semakin rencam. Berbalik kepada asas kehidupan yang semakin kita lupakan dalam tempoh perjalanan hidup kita yang makin pendek. Wallahualam.

Apabila berbalik dalam kehidupan kita, pelbagai dugaan dan cabaran akan kita hadapi. Kekadang, perkara yang berlaku dalam menguji kesabaran kita ada sesuatu yang diluarjangka. Pastinya ada sebab dan musabab akan kejadian itu. Sebenarnya, ujian getir yang berlaku dalam kehidupan kita, sudah tentu kita diuji tentang tahap kesabaran dalam diri kita. Cara kita menerima dan menanganinya, di sinilah elemen emosi dan sabar saling berkait. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahuinya.

Akhir kalam, pelbagai tafsiran, kisah, pengalaman dan kesan daripada sifat sabar ada dalam internet ini selain daripada buku-buku di pasaran. Tanya saja Pakcik Google. Misalnya, ada di sini, sini, sini dan macam-macam lagi.

Bersabarkah kita? Ketuk kepala, tanya minda...

1 Coretan Lain:

FAZRINE on 5/01/2010 6:35 PM said...

aku ingatkan ironman 2 huhuhuhu kalu nak nie link dier -> KLICK SINI HEHEHE <-

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template