Apr 12, 2010

ROBOTIK : Bualan anak-beranak

11.04.10 - Makan petang merangkap makan malam. Di meja makan. Makan sambil berbual anak-beranak.



"Amir dengan Amirul dah tengok bilik? Dah ucap terima kasih kat Mama?" tanya aku pada anak-anak jantan. Mengangguk kedua-duanya. Macam faham-faham ja.

"Abang, ayah cadang abang cuba rekacipta robot la. Letak dalam bilik. Robot tu kena pasang sensor", aku sebut satu persatu.

"Ayah, sensor tu apa?" tanya Amir.

"Sensor tu alat pengesan la Amir. Kalau kita lintas depannya, dia dapat kesan kita. Tettt..tettt, bunyinya," jelas si mama pula.

Amir dan Amirul mengangguk-angguk.

"Amirul cuba rekacipta robot tu. Kita letak tepi katil. Dia akan kesan jika kita letak bersepah baju dan seluar atas lantai." aku menyambung perbualan sambil mencedok kuah.

"Sensor nak buat apa pula?" tanya Amirul.

"Haaaa..bestnya soalan tu. Sensor tu, akan dapat kesan bila kita letak kain baju bersepah di lantai. Zap..zap..zap. Tangan robot tu pegang rotan dan akan libas bontot kita. Sebab letak pakaian besepah", jelas aku lagi..

Senyap sejenak. Apa yang depa fikir pun aku tak tau. Mem besor sudah senyum tengok anak-anak jantan mula dok berfikir. Kening depa makin berkerut sambil menyuap nasi ke mulut masing-masing.

Gambar Hiasan : Cilok drp FB mem besor.

Tetiba ada suara memberi respon atas cadangan aku.

"Ayah, lebih baik cipta robot yang ada sensor. Sensor dia lain gunanya. Lebih baik robot tu tolong sidai baju yang letak bersepah. Lagi bagus. Boleh ke?", tanya Amir.

"Bertuah ko Amir. Nak senang jaaa...," balas jawab mamanya.

Kami ketawa empat beranak. Makan diteruskan hingga sudah...

*****************************************************************************
Moral :

Bagaimana harus ibubapa menciptakan ruang berfikiran kritis untuk anak-anak.Kadang-kadang, jawapan yang kita terima memang di luarjangka. Konsep mudahnya ialah, bagaimana ibu bapa membuka ruang untuk berbicara dengan anak-anak secara terbuka. Melakukan tidak semudah mengimpikan suasana sebegitu rupa.

5 Coretan Lain:

*SiRibenMerah on 4/12/2010 10:33 AM said...

org lelaki mmg.. asyik pk nk mudah je.. kecik2 da tunjuk sifat camtuh.. hehehehe.. bapa borek anak rintik.. lalalalalalalala =P~

azlanlin on 4/12/2010 12:46 PM said...

oooo..suka-suki SRM kata bapak borek anak rintik nooo...ANAK BAPAK...hehehheh

Che' Pit on 4/12/2010 7:20 PM said...

err lelaki bukan asyik nak pk mudah.. cuma lelaki terbukti future oriented.. jenis pandang ke depan.. bagus lah anak bujang tu nampak future di sebalik present.. sbb lambat laun, org gerenti akan pilih robot mcm tu, yg menyenangkan org..

apa guna teknologi kalau tak di manfaatkan

azlanlin on 4/13/2010 4:26 AM said...

Bagus CP...hheheheh..

amira azlan on 4/21/2010 11:32 AM said...

Assalamualaikum ayah, ni along. Along rasa klau ada robot mcm itu, snglah hdup kte kan... Tp keburukannya kte akn mnjadi malas dan lama-kelamaan kita hanya brgantung kepada robot itu sahaja. Dan kmungkinan juga kita akn lupa bgaimana utk mmbuat krja-krja umah kan.......

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template