Apr 14, 2010

MICROSOFT WORD 2007 : Not Responding

Setelah bertahun-tahun aku dok mengadap microsoft word mulai perisiaannya yang 2003 hinggalah 2007. Bertahun-tahun sudah, tak pernah kena penyakit not responding sehinggakan kekal sebegitu saja tanpa boleh dibuat apa-apa lagi.

Sudah 4 kali aku install dan dan uninstall word 2007 mulai minggu lepas. Masalah yang sama tetap muncul. Aku tidak boleh lagi menggunakan word 2007. Terbantut penulisan tesis aku. Bertambah-tambah rasa maleh aku nak mengadap tesis yang dah memang dok maleh.. Maka, timbul jugak sikit2 perasaan geram sebab aku belum berjaya atasi masalah itu.

Yang aku pasti, minggu lepas aku ter 'off' suiz laptop. Maka banyak fail word aku yang unsave. Oleh itu setiap kali dibuka word 2007, terbuka juga fail-fail yang belum disave dengan betul. Itu yang menjadikannya not responding'

Gambar Hiasan : Cilok dalam internet dan edit


Jika masalah not responding memang sering berlaku. Kebiasaannya apabila terdelete word sebelum sempat save. Setiap kali berlaku not respinding sewaktu membuka fail word, delete je mana-mana fail yang masih ter'gantung' prosesnya. Tapiiii..masalah kali ini yang ak hadapi..betul-betul menguji dan menambahkan senak di kepala!!!

Alhamdulillah, pagi ni, aku mintak bantuan pakcik google. Ghopa-ghopanya mudah ajerrrrr... Bertuah betul!!!!. Aku buat semakan di sini. Ada tatacara untuk menyelesaikannya. Mudah sebegitu ajerrrr...bertual betulll..!!!!!

Aku copy n paste untuk makluman aku dan pembaca yang menghadapi dan bakal hadapi akan datang. Hehehhe.


1. Open up Regedit. (Go to Start and type "regedit" in the search field and press enter.)

2. In Regedit navigate to HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Office\12.0\Word\Data

3. Right mouse click on the "Data" folder and delete it.

4. Open up Word, close it, and voila, problem solved.

Dah normal semula paparan word 2007 aku.. yang penting..walaupun bukan ori..ianya tetap dijadikan perisian ori.. hehhe

Paparan seperti sediakala dengan adanya 'documentmap' yang memudahkan kerja aku.


Alhamdulillah, masalah itu dah selesai. Maleh aku dah berkurang..aku kena sambung lagi untuk menulis dan terus menulis hingga selesai...

4 Coretan Lain:

Idris on 4/15/2010 4:42 PM said...

Pak Cik Google mmg banyak membantu..boleh la sambung wat tesis tu..dah takde alasan nak malas kot.. :)

azlanlin on 4/15/2010 8:25 PM said...

Cikgu Deris:

Nak kena cari alasan lain la pulokkk.. heheh

Che' Pit on 4/15/2010 9:16 PM said...

err alasan lappy kena virus terhebat n terkini? x leh pakai ker?

Anonymous said...

"Dah normal semula paparan word 2007 aku.. yang penting..walaupun bukan ori..ianya tetap dijadikan perisian ori.. hehhe"-penulis(azlanlin.blogspot.com)

Pandangan:
Tuan nampak semacam tidak bersalah dengan tindakan mengambil hak orang lain (iaitu menggunakan Microsoft Office Word 2007) tanpa mendapatkan perisian tersebut secara sah. Perisian tersebut ada pemiliknya@yang mencipta. Mereka mungkin memerah otak bagi setiap perisaian. Tetapi ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan perisian tersebut tanpa kebenaran (tanpa lesen yang sah). Tidak kira walau apa pun alasan, mengambil atau menggunakan tanpa kebenaran adalah salah. Jangan berbangga dengan kesalahan yang dilakukan. Apakah nilai kerja yang dilakukan? Apakah perasaan kita jika barang kita diperlakukan dengan perkara yang sama. Takutlah dengan kesalahan, bukan berbangga dengan kesalahan.Kita adalah sama"SAMA-SAMA RENUNGKAN"

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template