Apr 6, 2010

KASIH-SAYANG : menilai dan bernilai

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan beberapa bulan lalu. Gambar dan nota ini dikirimkan oleh seorang sahabat kepada saya. Saya siarkan untuk tatapan anda semua.

Lihatlah...betapa indah kasih sayang yang mungkin melangkaui kasih sayang manusia. Jika manusia mempunyai sifat kasih..kenapa sanggup berbalah atau berbunuhan sesama sendiri? Foto-foto menyayat hati ini menceritakan segala-galanya! Renungkanlah dengan mata hati anda.....



Di sinilah pasangan (jantan? betina?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah. Di sinilah juga saban hari ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang.



Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya.



Menyedari pasangannya sudah tidak bernyawa, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..



Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..



Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.... Hidup menjadi sepi.



Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhlukNya.
Kita manusia...
PASANGAN SENTIASA DISISI TETAPI SETIA TIADA DIHATI......

Adakah begitu?
.....Ketuk kepala, tanya minda.....

***********************************************************************
Adakah :
1. Kewajaran kasih-sayang terbentuk kerana perkaitan kenapa dan mengapa?
2. Kewajaran AKRABnya kasih-sayang atas dasar kepercayaan yang tinggi?
3. Kewajaran RENGGANGnya kasih sayang kerana tahap keperluan antara satu-sama lain?

Segalanya berkemungkinan... Wallahu'alam

7 Coretan Lain:

sonata anak kancil on 4/06/2010 9:09 PM said...

kalau tak faham jugak lihat gambar haiwan ini...tak tau la....kita manusia dikurniakan akal untuk berfikir!

berkasih sayang lah kamu sesama insan....

Rashid on 4/06/2010 11:57 PM said...

Sedih mengenangkan nilai kemanusian pada manusia yang makin ilang..

azlanlin on 4/07/2010 1:39 AM said...

To Sonata :

Kasih-sayang ikut kategori kelompok sekeliling..hehhe, kan?

azlanlin on 4/07/2010 1:41 AM said...

To Rashid:

Sedihnya nilai semakin hilang apabila kepentingan diri melebihi kepentingan bersama... betul ke gitu Sifuu Rashid?

Che' Pit on 4/07/2010 8:52 AM said...

lawa burung tu.. terlepas dari sangkar, ngeh ngeh ngeh..

alangkah indah berkasih syg..

Chenta on 4/07/2010 10:25 AM said...

Yup ! Gambaran yang sangat jelas .

Tersentuh hati saya melihat kesetiaan pasangan burung tersebut .

Percayalah ,

Kekuatan yang ada dalam diri kita sebenarnya kerana ada KASIH DAN SAYANG .

blackmega said...

Satu senario yang terbentang didepan mata erti sebenar sebuah kesetiaan, kasih sayang dan moraliti. Ternyata gambar ini menceritakan segalanya dan memaku sejenak pemikiran nurani insan !!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template