Hampir dua tahun diam di Tanjong Malim. Cukup menarik. Beberapa pengalaman membuatkan kita semakin berani menyusuri onak dan duri. Kononnya orang kampung aku kata KahaQ. Apabila menginjak kaki ke tanah tumpah darah sendiri, ada auranya yang tersendiri. Jiwa tertarik-tarik untuk terus diam di Perak. Bagaimana memungkinkan impian menjadi realiti? Itu bergantung pada kreativiti dalam menangani permasalahan secara berhemah terhadap apa jua yang berlaku dan sanggup menanggung risiko.
Situasi ini memerlukan kekuatan jiwa dan minda dalam penghadapi kesan keputusan DIAM di Perak. Selongkar segala apa kesan yang bakal diterima sama ada baik atau sebaliknya. Merujuk blog seorang rakan maya, ada benar motto blognya Perantau di perantauan -
Cukup terkesan dengan motto blognya iaitu 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tragis lagi hujan batu di negeri orang'. Hehhehe..kreatif sungguh dan 'kena' dengan perjalanan hidupnya.
Ada satu pertanyaan yang menarik dalam hati kecil aku.
"Mengapa orang luar, boleh berpetualang dan maustatin di kampung laman aku? Sedangkan aku masih berkira-kira?" hati kecil nakal yang sedang mengomel. Hehehhe.
Aku ada jawapan untuk mengiya atau menidakkannya. Namun, aku sedang menguncikan pemikiran positif dalam memberikan jawapannya... Wallaualam.
0 Coretan Lain:
Post a Comment