Feb 19, 2010

Merungkai Waris : Bermulanya di sini.

Tahun Baru Cina, cuti persekolahan yang memberi makna mendalam. Empat hari (13-16 Februari 2010) membawa diri untuk mencari sesuatu yang belum pernah ditemui. Hasilnya adalah di luarjangka. Pencarian berasaskan "Merungkai Warisan, Merentasi Sempadan" adalah fokus aku ke Kedah. Aku ke sana bersama abang yang banyak menyokong dan niat berserta tujuan yang sama. Itulah asas kekuatan untuk terus meneroka ruang yang kabur dan gelap. Kepastian untuk temui jawapan yang tidak terjawab diawal perjalanan.

Gunung Jerai : Panorama yang mengasyikkan

Sebelum ini, cetusan utama untuk mencari saudara-mara yang belum dikenali pernah digarapkan dalam Warna-warni Kehidupan ini. Catatan tentang itu ada di sini dan juga di sini.


Berpandukan e-book inilah yang membentuk matlamat berfokus walaupun banyak halangan dan dugaan sewaktu penerokaan ruang kabur.

Hasil penerokaan ruang yang kabur yang penuh dengan ketidakpastian menyelubungi perjalanan. Tiga hari terawal masih belum ketemui jawapan. Kesabaran teruji. Matlamat berfokus tetap menjadi panduan. Hari terakhir di Kedah (16.02.10 - Selasa) terungkai sedikit sebanyak tentang persoalan-persoalan yang ingin diketahui. Namun jawapan yang ditemui masih belum mendapat pengesahan muktamad. Namun begitu, sedikit-sebanyak ianya memberi cahaya baru untuk menjawab persoalan.

Hajat untuk bertemu Wan Mohd Nor tidak kesampaian kerana beliau ke Kelantan.
Namun dapat juga bertemu dengan anaknya.

Dapat juga bertemu dengan Wan Mohd Nor, seorang waris Wan Mat Saman di Kpg Pulau Tengah, Pendang. Beliau juga salah seorang waris yang telah disahkan oleh pihak Istana Kedah. Malah, beliau juga pemegang buku salasilah Diraja Istana Kedah dan waris Wan Mat Saman. Selain itu, beliau juga AJK Panel Penilai Waris Kedah yang akan menyelidik dan mengkaji waris-waris istana yang tampil memberi jurai waris untuk pengesahan. Itulah katanya. Bagi aku, selagi belum mendapat kepastian yang hakiki, selagi itulah aku akan terus meneroka dan menyelidik melalui ruang-ruang yang ada.

Penyerahan e-book kepada Wan Mohd Nor untuk tindakan selanjutnya oleh Panel Penilai.

Di akhir pertemuan dengan Wan Mohd Nor, e-book berkaitan jurai Wan Mat Saman telah diserahkan kepadanya. E-book tersebut akan dibawa oleh Wan Mohd Nor ke Istana Kedah dan Muzium Negeri Kedah utnuk mesyuarat dengan panel-panel yang berwibawa. Mereka akan menyelidik dan mengkaji jurai-jurai waris yang diketengahkan. Wallahualam.

Aku dan abang dengan bantuan Makcik Embun di Kpg Lubuk Boi telah berarak ke sana ke mari untuk terus merapatkan hubungan silaturahim sesama sanak saudara di Kedah. Di samping itu, maklumat-maklumat yang ingin diketahui terus dicatat.

Dapat bertemu dengan MakWan, bekas tukang masak istana. Juga berketurunan Wan Mat Saman. Sudah hampir 20 tahun beliau mendiami di pondok untuk mendalami pengajian agama semenjak kematian suaminya. Ketika bergambar, beliau sedang menziarahi anak dan cucunya.Beliau sangat ceria, peramah dan juga suka bergurau. Tak kering gusi dibuatnya. Keloloh, kata orang Kedah dan usikannya mampu membuatkan orang kelilingnya ketawa.. Aku fikir, dalam hatinya, hanya Allah sahaja yang ketahui.

Dalam tempoh empat hari jugalah, banyak watak dan perwatakan yang ditemui. Segalanya memberi pengalaman yang amat bermakna. Terima kasih juga kepada abang-abang dan kakak-kakak yang lain kerana terus menyokong akan penerokaan itu bagi mencari jawapan terhadap waris Wan Mat Saman.

Saudara-mara yang dapat ditemui di sungai Petani, Kedah.

Penerokaan ini adalah sebagai langkah mula dalam menjejaki waris Wan Mat Saman di Pantai Remis dan di Yan Kedah. Gabungan maklumat di Pantai Remis dan di Yan, Kedah akan cuba diungkapkan secara realiti. Kepastian akan terjawab sama ada benar atau tidak kisah lisan yang disampaikan oleh arwak emak (Che Mah) di masa lalu kepada anak-anaknya.

Hakikatnya, penerokaan ini adalah dikelolakan oleh Yayasan Che Mah sebagai misi utama 2010. Beberapa langkah lain akan ditempuhi demi mencari kebenaran yang hakiki. InsyaAllah, dengan sokongan semua pihak dan bermotifkan kepentingan bersama dan diizinkanNya, akan terjawab segala persoalan-persoalan yang ingin diketahui.

Yayasan Che Mah, tunjang penerokaan ini.

Pengkisahan penerokaan selama empat hari di Kedah telah dicatatkan di sini. Penceritaan ini adalah untuk tatapan generasi akan datang. Pastinya saudara-mara di Kedah juga ingin mengetahuinya.

2 Coretan Lain:

Anonymous said...

Semoga berjaya.

azlanlin on 2/20/2010 7:59 PM said...

Alhamdulillah, ini baru langkah mula. Berapa langkah lagi untuk temui jawapannya pun tak tahu le.. Hanya Allah lebih mengetahuinya..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template