Feb 21, 2010

Kembali ke sekolah...

Seminggu bersapau di rumah. Selesaikan tugasan yang diberikan oleh cikgu. Akhirnya, perlu kembali ke sekolah untuk meruskan tuntutan sebagai pelajar. Juga kembali mengikuti rutin di asrama dalam membentuk peribadi yang utuh.

Asrama, salah satu institusi yang aku fikirkan mampu menguji kekuatan jiwa anak-anak. Mampukah mereka mengharungi dunia asrama? Mampukah mereka membawa diri dalam kelompok kawan-kawan? Mampukah mereka melenggokkan diri dalam proses sosialisasi sesama rakan? Di situlah kematangan diri anak-anak akan terbentuk seawal usia mereka.

Baru menerai baju batik asrama yang dijahit oleh mamanya
dari pagi hingga lepas zohor, udah siap.

Daripada cerita Amira, ada juga beberapa orang rakan mereka yang kembali ke rumah. Tidak sanggup mengharungi dunia asrama yang penuh dengan disiplin masa dan menghormati orang yang lebih dewasa. Ada juga yang merasakan mengantuk di sekolah akibat tidur lewat. Ini berpunca mereka tidak tahan dengan proses minggu orientasi di awal kemasukan ke asrama pada bulan lepas.
Lawatan kami sewaktu minggu orientasi bulan Februari lalu. 'Crown' dan 'kakak daerah' adalah identitinya..
Amira juga mengaku bahawa sering mengantuk di sekolah akibat tidur lewat di asrama dan terpaksa bagun awal akibat minggu orientasi. Itu proses biasa sebagai proses salam perkenalan daripada senior kepada junior. Semua proses itu akan mematangkan minda, menguji kekentalan jiwa dan mengharungi proses sosialisasi. Namun, penceritaan Amira kepada aku dan mamanya, telah ditenangkan oleh mamanya berdasarkan pengalaman mamanya yang tinggal di asrama hampir 6 tahun bermula ditingkatan 1 dulu di Sek. Men. Sharifah Rodziah, Melaka.

Alhamdulillah, semua proses awal salam pengenalan asrama berjaya diharungi. Malah, disiplinnya tentang masa juga telah berjaya dibentuk. Terima kasih kepada warden dan kakak-kakak senior yang membantunya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang tin ggal di asrama. Terima kasih semua..

6 Coretan Lain:

ahmad humairi on 2/22/2010 7:07 PM said...

Asrama tempat belajar dan menimba ilmu..lupakan asmara..

Chenta on 2/22/2010 8:40 PM said...

Pengalaman saya ketika di MRSM Muo.

Senior suruh naik atas bangunan and jerit kapalterbang yang lalu.

Kelakar sangat sebab kitaorang yang naif ini jerit sampai nak terkeluar anak tekak !

azlanlin on 2/22/2010 10:21 PM said...

To Ahmad Humairi:

Tkasih atas ingatan..

azlanlin on 2/22/2010 10:24 PM said...

To Linda:

Mesti best pengalaman tu. Teringat juga pengalaman minta junior nyanyi lagu Negaraku sambil gulung kain.

Nyanyian mesti ulang-ulang hingga abis kain pelikat nak digulung.. sapa suruh masuk bilik pakai kain pelikat..hehehe

suara on 2/23/2010 7:39 AM said...

Teringat kisah memula tinggal asrama. Nangis kat pondok telefon, mintak abang dan kakak datang ambik balik. Sekarang ni, bila anak buah nangis sbb kena dok asrama, saya cakap yg air mata tu harta diri yg di warisi dari saya. so nanti dia ok lah tu... hehe

azlanlin on 2/23/2010 10:13 PM said...

To Suara:

Menarik pengalaman tu...Pastinya semua orang ada kenangan masing-masing, cuma mmapu bercerita atau tidak sahaja...kan?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template