Pengaruh fasa kematangan bagi lelaki yang memasuki umur 40-an, sangat-sangat mencabar. Lingkungan umur sebegitu akan dilalui oleh kebanyakan lelaki. Namun, masih ada juga lelaki yang tidak melalui sebegitu, sebaliknya cuba menolak akan fasa itu menyebabkan berlaku krisis identiti yang lebih mencabar, sakit dan jenuh di jiwanya. Itulah cabaran di fasa berumur 40-an. Ini kerana bergantung pada personaliti, pengetahuan, kemahiran dan beberapa elemen lain ketika melalui proses itu. Percayalah, ramai lelaki yang melalui kecelaruan identiti untuk membentuk identiti setelah melalui fasa tersebut.
Menariknya isu ini, tidak ramai lelaki mampu untuk ketengahkan isu yang dilalui. Selagi boleh disorok dan disimpan, ianya akan dipendam sedalam-dalamnya di lipatan memori masing-masing. Lelaki akan cuba menjadi lelaki 'syumul' tanpa sbearang cacat-cela dalam idupnya di mata kasar orang sekelilingnya. Ironinya, ia menjadi satu krisis identiti dalam mengharungi fasa usia 40-an. Isu ini sengaja difokuskan kepada lelaki, bagaimana pula dengan wanita? Ini satu tandatanya...kerana aku bukannya wanita dan tidak tahu situasi ini.. hehhehe...
Lihat dan perhatikan kupasan isu ini oleh Perunding Motivasi dan Psikologi, Dr Muhamad Jantan.
************************************************
Sumber : Harian Metro, 07 Feb 2010
KUALA LUMPUR: “Dia merasai keseronokan yang dia belum pernah jumpa. Sebab itu dia terpengaruh dan berterusan melakukannya,” kata perunding motivasi dan psikologi RMJ Holistic Solution Sdn Bhd, Dr Muhamad Jantan.
Menurut Muhamad, apabila seseorang itu mencapai usia 40 tahun, muncul fasa baru dalam kehidupan mereka dan pada masa sama ia turut disertai dengan pelbagai keinginan.
“Walaupun bukan ‘kaki perempuan’, percubaannya (mencari wanita di Internet) mempengaruhinya. Apatah lagi dalam keadaan dia mempunyai ‘nilai’ tambah, iaitu banyak wang.
“Keinginannya mampu dipenuhi dan disebabkan itu dia melakukannya berulang kali,” katanya.
Muhammad berkata, lelaki yang terjebak dalam melakukan perbuatan berkenaan akan kehilangan fokus dan tidak hairan berlaku perubahan dalam apa saja yang dilakukan, terutama pekerjaan atau perniagaan.
“Bagi mengelak berlakunya ‘ancaman’ seperti itu pada usia 40 tahun, kita perlu ada prinsip dan paling penting, pegangan agama yang kukuh.
“Jika pada usia itu kita pilih perbuatan tidak elok, kita akan terjebak melakukan perkara tidak elok. Jika memilih kebaikan, kita akan beroleh kebaikan,” katanya.
Presiden Persatuan Psikiatri dan Kesihatan Mental Asean, Dr Hussain Habil, pula berkata sokongan keluarga dan asas agama menjadi aspek terpenting bagi individu terbabit tidak kembali kepada tabiat lama.
Katanya, dua aspek berkenaan bukan saja berkesan mengatasi masalah berkaitan, malah dilihat sebagai terapi terbaik dan tepat.
“Setiap kitaran hidup manusia sudah diprogram dan tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, pada usia awal 40-an akan berlaku proses kematangan.
“Untuk memastikan individu berkenaan tidak kembali ke tabiat lama, keluarga, terutama isteri dan anak, hendaklah memberi sokongan moral dan jangan sesekali meninggalkan mahupun mengasingkan diri.
“Selain itu, individu terbabit perlu dihantar untuk sesi kaunseling sebagai kekuatan tambahan bagi terus melupakan kejadian hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya,” katanya.
*******************************************
“Untuk memastikan individu berkenaan tidak kembali ke tabiat lama, keluarga, terutama isteri dan anak, hendaklah memberi sokongan moral dan jangan sesekali meninggalkan mahupun mengasingkan diri.>>> Proses menempuh usia 40-an ini pasti menjadi sukar apabila pasangannya tidak memahami dan mengerti akan proses ini. Kebijaksanaan isteri mengawal suasana akan kekhilafan si suami sangat penting. Malahan akan menjadi lebih kukuh institusi kekeluargaan itu apabila si suami dan si isteri saling memahami dan mengetahui akan proses tersebut. Kekadang, pihak ketiga yang cuba membantu seakan lebih merosakkannya apabila cuba meletakkan silap dan salah tanpa penerangan dan penjelasan yang sewajarnya.
>>> adakah wanita juga melalui proses itu? Jeng..jeng..jeng.. kita lihat respon pihak wanita, jika ada... hehhe
4 Coretan Lain:
Salam cikgu Lan,
Muhammad Jantan dh tegaskan ttg apa yg perlu dibuat:
“Bagi mengelak berlakunya ‘ancaman’ seperti itu pada usia 40 tahun, kita perlu ada prinsip dan paling penting, pegangan agama yang kukuh.
“Jika pada usia itu kita pilih perbuatan tidak elok, kita akan terjebak melakukan perkara tidak elok. Jika memilih kebaikan, kita akan beroleh kebaikan,” katanya.
Jadi, terpulang kepada kitalah...
Pada usia begini, ia juga dikatakan 'turning point', bagi mereka yang ingin berubah. Ia juga tahap kesempurnaan bagi kematangan lelaki. Nabi pun dilantik jadi rasul pada usia 40.
Selamat menjadi tua...
Setuju...pokok pangkal diri kita...ketika inilah 'kekentalan' kita diuji...mohon 'pemahaman' isteri tak semudah diucap kerana kita seharusnya terlebih dahulu perlu 'faham' hati si isteri...
salam,
mungkin tu ape yg diperkatakan sbg life begins at forty...
Kena ingat juga, dah masuk 40an nilah bermulanya penyakit singgah.
Itulah agaknya orang kata "Life begin at forty". begin dari segala segi yang jelas kesihatan.
Post a Comment