Nov 19, 2009

Tahniah untuk Along

Jam 9 pagi, masih dalam cuaca/suasana sejuk...aku tetap mengadap laptop. Hp aku berbunyi...

"Ayah, guru besar dah sampai sekolah ni. Ayah datanglah cepat. Along guna hp kawan along. Ayah bawa kamera sekali tau. Bye"

Itulah ayat-ayat cinta yang resah dalam emosi. Penantian satu penyiksaan. Gedebak-gedebuk jantungnya berdegup. Itu aku pasti.

"Ok. Guru besar maklumkan pada ayah, jam 10 pagi." balas aku.

Jam sudah menunjukkan 9.30 pagi. Kamera sudah siap dicaskan baterinya. Aku bergegas keluar rumah menuju ke kedai telefon. Tambah topup handphone along N8O sebanyak RM20. Buat modal untuk dia telefon ennek dan mamanya nanti. Juga mungkin dia ingin bersms dengan rakan-rakannya di Kluang. Itu ruang dia.

Aku tiba di sekolahnya, berbual sekejap dengan Guru Besarnya. Jam 10.00 pagi, message masuk lagi ke hp aku :

"Ayah, cptlah dtg. Kitorg tgh brkmpul kat kantin. Cpt dtg tau"

Aku ikut rombongan Guru Besar, Pegawai Eksekutif Proton Holding ke kantin.

Menangis kegembiraan dan sedang menelefon mamanya sendiri.

Pengumuman dibuat. Seramai 17 org pelajar SKTM mendapat 5A. Peratus keseluruhan meningkat. Tahniah juga untuk Along. Pastikan usaha akan berterusan krn UPSR 2009 hanyalah sebagai langkah mula yang belum pasti untuk menentukan keputusan laluan kehidupan di masa akan datang...Tahniah daripada ayah, mama, Amirul, Amir, Atuk dan Nenek..


Gambar sebagai kenangan di SKTM

Tahniah sekali. Kira ok le keputusan tu jika nak dibandingkan dengan ayah dulu. Hehehhe. Ayah cuma ada Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Ayah cuma perolehi 5B Mama pula dapat 3A2B. Kira anak-anak ayah lebih baik daripada ayah dan mama. Alhamdulillah. Kira bagus le tu... Teruskan usaha!!!

p/s: Semoga semua guru dan staf SKTM sudi-sudikan diri untuk meraikan sedikit jamuan makan sewaktu rehat di kantin, esok hari (Jumaat)- makan nasik campur. Itu saja mampu aku menghargai guru-guru dan staf SKTM kerana usaha gigih mereka mendidik anak-anak bangsa, termasuk anak aku. Aku sudah sms kepada GBnya. Pastinya semua guru dan staf akan ketahui akan hal itu kerana memo akan keluar esok hari. Selamat menjamu selera...

14 Coretan Lain:

MALEQUE SELAMAT on 11/19/2009 3:28 PM said...

Tahniah Lan...

Brahim Nyior on 11/19/2009 3:40 PM said...

Tahniah kat Along, nanti kalu dia mai Manjung, Pakcik Din belanja.

Hehehe..

Lan, 5A bukan pengukur kecemerlangan secara total. Tapi di sekolah dalam negara exam oriented macam Malaysia, kita ibubapa ni memang sentiasa harapkan yang terbaik.


Anak aku taun dpn..

ain fathihah fhm on 11/19/2009 4:24 PM said...

tahniah

Anonymous said...

Tahniah Along.

Sekarang musim anak-anak terima hadiah hasil kerja kuat mereka. Alhamdulillah.

Pak Ngah: on 11/19/2009 6:07 PM said...

:: salam...

:: TAHNIAH Amira (along)!!! juga kepada ayah dan mamanya... termasuk kepada para guru SK Kpg Melayu (Kluang) dan SK Tg. Malim... alhamdulillah...

:: apa tindakan selanjutnya daripada ayah dan mamanya...?

azlanlin on 11/19/2009 6:50 PM said...

To Malek, Brahim,Ain, Kunang-kunang n PakNgah :

Terima kasih. Itu semua berkat usaha guru2 lamanya (Kluang), guru2 barunya (T.Malim)dan dirinya sendiri. Segalanya dengan keizinanNya.. ALhamdulillah.

Setakat ini, sekolah di mana-mana pun sama kut. SMK Khir Johari sekolah menengah yang terdekat...ada juga Ranc. Khas.

GPI on 11/19/2009 9:17 PM said...

tahniah along... pesan kat abah: kalo nasi berlauk tu ada lebih.. hntr sikit ke SKSV meraikan kwn2 di sana yg dapat 5A..

sekali lagi.. tahniah.. congrats.. mabruk!

ONE ZABA on 11/19/2009 9:47 PM said...

tahniah la Along...

tahniah la jugak buat apa apak ngan omaknya....

Bapak on 11/19/2009 11:28 PM said...

tahniah buat Amira aka Along & juga Azlan sekeluarga!

Chenta on 11/20/2009 9:58 AM said...

memang berita gembira...

Tahniah buat Amira and rakan2 juga buat awak sekeluarga .

DUN Behrang 2020 on 11/20/2009 10:50 AM said...

Tahniah Along dan seisi keluarga...siap ada jamuan tu...alhamdulillah...mantan PTP PKG TM tak dijemput ke...hehehehe...saja gurau!

ckLah @xiiinam on 11/20/2009 3:19 PM said...

Tahniah untuk Along....

PakTeh on 11/28/2009 11:21 PM said...

tahniah untuk along, paktam sefamili & guru2. semoga terus berjaya.

azlanlin on 11/29/2009 1:17 PM said...

Terima kasih semua..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template