Nov 5, 2009

Kena pakai stoking apabila ke sana...

Memandu perlahan-lahan mendaki gunung. Jalan bengkang-bengkok apabila memanjat dari kaki gunung. Bila le nak sampai, anak-anak mula bertanya. Masing-masing sudah memakai baju sejuk dari rumah lagi. Itulah situasi awal apabila hari Isnin (2/11), kami sekeluarga menaiki Cameron Highland.

Saja test Garmin Nuvi 255. Bukannya taktau jalan untuk ke sana. Hehehhe.

Sebenarnya, mem besor berpeluang ikuti kursus pembinaan Laman Web anjuran PPD Batang Padang di Hotel Star Regancy & Apartment. Aku penjaga anak-anak. Itulah tugas Mr. Mama. Walau bagaimanapun, aku tetap juga menumpang untuk ikuti kursus itu juga. Hehehhehe. Aku memang teringin untuk timba ilmu Joomla. Bukan senang nak dapat kursus macam tu. Kebetulannya, pegawai yang menganjur kursus tersebut ialah rakan lama aku sewaktu di Kluang Johor. Beliau telah kembali bertugas di Tapah. Sebelum ini, aku ada menyewa webhosting, cuma belum dibuat apa-apa hingga kini. Akhirnya, webhosting aku akan berfungsi selepas ini. Insyallah. Alhamdulillah.

Sepanjang di sana, dapat juga aku bertemu rakan-rakan ting-tong aku (classmate sewaktu di MPIP dulu). Bad, Madi dan Ajis yang masih bertugas di Cameron Highland hingga kini. Hampir 14 tahun mereka menabur bakti di sana semenjak posting dulu. Apabila waktu malam, kena pakai stoking di sana. Sejuk juga nooo..Hehehhe. Mungkin berbeza dengan orang yang memang dah lama tinggal di sana. Sebelum malam terakhir di sana, sempat aku ngeteh dengan mem besor. Ada pelanggan di kedai tu yang pakai seluar pendek saja. Depa dah lali kuttt.. hehehhe.

Dari kiri : Madi, aku, Ajis dan Bad

Dalam dok bersembang dengan kengkawan, dapat juga kau ketahui bahawa Habib (room mate sewaktu bujang dan bertugas di Kulai, Johor telah berada di Putrajaya). Sempat aku ambil no telefonnya. Akan aku kunjunginya, Insyallah.

Dapat jumpa lelaki terakhir penuh glamour seantero blog Malaya

Setelah check-out pada hari Rabu (4/11), aku berkesempatan jumpa dengan lelaki melayu terakhir yang ramah, mesra alam dan tip-top seantero blog Malaya. OneZaba, penyambut tetamu bagi setiap rakan-rakan blog yang meninjau di kawasan Cameron Higland. Sorry Wan, tak dapat singgah lama-lama. Lain kali naik lagi, kena tunggu time cuti sekolah di lur musim hujan. Heheheh.

6 Coretan Lain:

ONE ZABA on 11/05/2009 9:30 AM said...

aku nak jadi penunggu gunung dah ni.

Anonymous said...

Wah nyamannya Cameron Hihgland. Pernah juga tinggal di Star Regency bila ke CH.

Dari situ dapat melihat pemandangan yang cantik. Dekat dengan pasar malam lagi.

Unknown on 11/05/2009 11:13 AM said...

cgu azlan
terimakasih lah kita pada lelaki melayu terakhir tu.
dah 2 kali naik atas : cgu one yg aturkan itu dan ini....

he....

MALEQUE SELAMAT on 11/05/2009 3:59 PM said...

Salam... wah dah test GPS ke C'Highlands.. Macam mana level of satisfaction?
Dan.. lebih canggih dripada yg aku pakai tu! Itu yang 3D ke?

Che' Pit on 11/06/2009 8:03 AM said...

hmm beli mahal2 kena pastikan tahu guna.. ada member beli, tapi guna talian hayat gak.. siap kene g jemput lagi, ngeh ngeh ngeh..

sonata anak kancil on 11/07/2009 10:09 PM said...

2 dalam 1 - berkursus & melancong! bagusla dpt bertemu dengan blogger tersohor tu...sape tak kenal OneZ....kalau tak kenal...kesian la orang itu & rugi!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template