Nov 2, 2009

Beware of dog!

Banyak betul aturan-aturan yang kita ketahui dan sentiasa kita lihat. sepanjang laluan yang kita tempuhi. AWAS, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, BEWARE OF DOG, dan bermacam-macam lagi arahan yang pernah kita perhatikan.

Jika kita memandang dengan mata kasar dan mendengar dengan telinga capang, kita hanya sekadar melihat dan mendengar pada asas atau dasar sahaja tentang aturan yang ditentukan. Cuba kita lihat dengan mata hati dan mendengar dengan telinga hati (pernah disebut orang ke?) khususnya pancaindera keenam (six sense). Pastinya ayat-ayat tersebut akan menusuk di kalbu dan minda kita akan terarah untuk sentiasa berhati-hati untuk mengelak daripada bencana yang bakal berlaku.

Malangnya ramai antara kita yang hanya sekadar melihat dan mendengar pada tahap dasar sahaja. Tidak cuba untuk mendalami ayat-ayat arahan itu. Untuk mendalaminya bergantung pada minda, pengalaman dan persediaan masa depan kita untuk mengharungi situasi itu.

Kebiasaannya, kita akan terus mengharungi situasi cemas dengan meletakkan harapan tinggi agar tidak berlaku sesuatu musibah. Misalnya, kita sentiasa mengharap perjalanan hidup kita dengan happy dan cool. Bagaimana pula jika berlaku sebaliknya seperti yang kita harapkan. Itulah fungsinya singboard yang kita hadapi dan tempuhi. BERHATI-HATI!. Adakalanya, kita akan berpatah balik dengan tidak sanggup menempuh dugaan yang bakal berlaku di luarjangka. Situasi ini sememangnya mencabar minda dan emosi kita sebagai manusia biasa.

Oleh itu, kita harus bersedia dengan apa jua kemungkinan demi kemungkinan yang bakal berlaku di hadapan kita. Bagaimana tahap bersedianya minda kita mendepani hal-hal di luarjangka. Maka ungkapan yang terbaik adalah berhati-hati... Melainkan kita suka di salak atau digigit anjing. Justeru, BEWARE OF DOG!

Gambar sekadar hiasan

Jika kita perhatikan sigboard tersebut, seolah-olah kita perlu fahami tentang peraturan hidup. Jika kita melepasi garis sempadan aturan yang ditetapkan, maka kita sedang menghadapi dengan bencana yang bakal berlaku. Begitulah juga dengan hidup kita. Seharusnya kita meletakkan garis dan sempadan yang telah ditetapkan kepada kita berdasarkan kitab yang kita miliki. Sekiranya aturan ini dilanggar, maka kita seharusnya bersedia dengan segala yang berkemungkinan untuk berlaku. Oleh itu BEWARE OF DOG!

5 Coretan Lain:

Chenta on 11/02/2009 8:57 PM said...

Salam Azlanlin.

N3 yang menarik .

Disinilah kebijaksanaan teruji . Ilmu itu penting agar seseorang itu tahu hak dan kepentingan yang mereka perolehi . Jangan jadi bodoh tanpa berbuat apa-apa.

Bersedia dari segi fizikal dan mental serta memandang sesuatu itu positif.

Simple kan... Bila ada signboard Beware of Dog, bermakna ada anjing.
so... jangan biarkan diri anda digigit . Lagi bahaya kalau Anjing Gila !!! Pastu kena samak pulak .
Kerja yang susah dan menyusahkan.

Lainlah kalau sesorang itu sukakan cabaran . Suka mengasak and suka digigit .

*SiRibenMerah on 11/03/2009 12:46 AM said...

beringat sebelum kena.. hehehehe~

azlanlin on 11/03/2009 7:38 AM said...

To Linda:

Seharusnya perlu berhati-hati dengan klu-klu yang dijangkakan merbahaya. Adakalanya, klu-klu itu sekadar ingatan. Tidak ketinggalan juga 'adaian' bakal berlaku sekadar persepsi.

Oleh itu, emosi dan minda perlu dikawal agar dapat menumpuh hari mendatang dengan langkah berjaga-jaga.

azlanlin on 11/03/2009 7:39 AM said...

To SiRibenMerah:

Seumpama baca Bismillah sebelum makan. Betul ke?

Che' Pit on 11/03/2009 11:25 AM said...

dah org kata tak boleh, maka tak boleh le jawab nya.. tapi dah nama manusia, yg tak boleh, yg dilarang, yang tak di bagi, itulah yg dia nak..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template