Nov 27, 2009

Raya : Bersama SmartClamp

SmartClamp - sememangnya berbeza dengan zaman Tok Mudim atau laser(berjahit). Itulah hakikatnya proses berkhatan yang ada pelbagai jenis pelaksanaannya. Kebiasaannya dalam tempoh minggu pertama selepas berkhatan di zaman Tok Mudim atau laser, pastinya kanak-kanak masih menggunakan kain untuk memudahkan pergerakan. Kanak-kanak juga tidak boleh berlasak-lasak dan 'bird' mereka perlu kerap dicuci untuk mendapatkan 'hasil' yang baik. Lantaran itu, situasi zaman tersebut berbeza sekali dengan zaman SmartClamp (pengepit) seperti pengalaman anak bujang aku, SaifulIslam dan Luqman.

Isnin lalu (23/11), bermulalah kisah dua orang anak bujang aku melalui zaman SmartClamp. Perasaan mereka tetap bercampur-baur ketika di dalam kereta dan bertambah geruh apabila memasuki ruang klinik (depan UPSI). Pelbagai soalan mereka yang tak mampu aku jawab. (ada ka tanya, bagaimana proses nak pasang dan rupabentuk SmartClamp - jenuh la aku nak menjawab -mana pernah aku tengok).

Sewaktu menanti giliran, ada dua orang kanak-kanak yang datang lebih awal dari kami telah dipanggil jururawat untuk memasuki bilik rawatan. Sunyi sepi sewaktu kanak-kanak pertama melalui 'proses' itu. Keadaan ini berbeza apabila kanak-kanak kedua memasuki bilik rawatan. Terngiang-ngiang di telinga suara tangisan kanak-kanak itu. Anak-anak bujang aku mula mengeluarkan soalan-soalan cepu emas mereka apabila kedengaran suara tangisan. Aku memegang tangan Amirul dan terasa renek-renek peluh dan sejuk di tangannya. Heheheh. Pastinya jantung anak bujang aku berdegup kencang ketika itu. Hehehe.

Penantian satu penyiksaan. Senyum dalam gundah!

Mem besor telah memberi peringatan awal kepada kedua orang anak bujang aku - Amirul dan Amir. Mereka perlu membaca Surah Al-Fatihah di sepanjang proses 'memasang' SmartClamp. Ini bertujuan untuk mengelakkan terlalu memikirkan yang bukan-bukan dalam tempoh proses pemasangan SmartClamp itu. Apabila selesai, kedua orang anak bujang aku menerima 'duit raya' daripada doktor itu. Terima kasih doktor.
Amirul - masih ada riak-riak geruh.

Amir - Kontrol macho sewaktu proses pemasangan

Usai proses pemasangan SmartClamp, anak-anak bujang aku meminta upah kerana tidak menangis. Bertuah punya anak bujang. Yang penting, proses 'memasang' SmartClamp itu telah mereka berdua melalui dan merasainya. Alhamdulillah.
Dah boleh bercangkung sewaktu layan jajan dan mainan. Kopak..
Amira juga menumpang 'tui'.


Hari ketiga, mereka berdua telah memakai seluar sukan. Mudah bergerak kata mereka. Nampak gayanya, penggunaan SmartClamp memudahkan banyak pihak. Aku juga tidak perlu menjenguk setiap pagi untuk proses mencuci. Kebiasaannya, di zaman TokMudim dan Laser, pastinya setiap pagi perlu dicuci agar bersih di tempat jahitan dan tiada kesan darah beku. Alhamdulillah.

Hari keempat - Khamis (26/9) - kami sefamili ke Minerva di KL untuk tujuan mencari beberapa buah buku bacaan tambahan untuk urusan aku dan membesor. Anak-anak juga mengikuti kami dan sambil merayau-rayau. Maklum le, sejak bertemankan Garmin Nuvi 255, memudahkan aku bergerak ke segenap lokasi di KL. Taip saja nama tempat yang nak dituju. Kalu idak - kompom aku takkan jumpa. Hehehheh.

Terima kasih SmartClamp dan Garmin!.

Posing..jangan tak posing!

Berlatarbelakangkan Tugu Negara

Aku pun nak bergambor jugaaaa...heheh

Sepatutnya, SmartClamp udah boleh dibuka pada hari ke5. memandangkan hari ke5 adalah hari Jumaat dan jatuh pada Hari Raya AidilAdha, maka proses pembukaannya ditunda ke hari Isnin. Ini bermakna anak-anak bujang aku BERAYA BERSAMA SMARTCLAMP. Hehehhe.

10 Coretan Lain:

Che' Pit on 11/28/2009 8:42 AM said...

untung budak2 zaman sekarang.. senang mudah cepat dan kurang sakit.. ke mmg x sakit? huwaaa..

azlanlin on 11/28/2009 10:46 AM said...

Ada sakit sikit-sikit. Itupun sewaktu 'bird' dicucuk ubat bius di awal permulaan proses pemasangannya...

Pak Ngah: on 11/28/2009 5:23 PM said...

:: salam... mujur yang memakai "US Army" tu berseluar je... kalau berkain... sah le ketiga2 "bujang" tu kena cantas...

PakTeh on 11/28/2009 11:19 PM said...

@pakngah: US Army tu tentu dapat pahala berlipat ganda, buat perkara sunat (bersunat) yang berulang-kali. muahaha..

azlanlin on 11/29/2009 1:14 PM said...

To PakNgah:

Salam, yang memakai "US Army" tu memang kena berseluar sebab "bujang" lagi tiga...hahahahha

azlanlin on 11/29/2009 1:16 PM said...

To PakTeh:

Salam, banyak2 perkara sunat, "bersunat" la tak sanggup diulang berkali2..muahahaha...

DUN Behrang 2020 on 12/02/2009 8:33 AM said...

Terbaru ada lagi satu 'clamp'...tak perlu gunting...tak perlu jahit...takde darah...hahahaha...

Peringatan yg dh 'bersunat'..jgn jeles dan berangan nk try lak...udah2 le tu!

fazrinefamily on 12/02/2009 5:55 PM said...

teringat zaman kita bebudak dulu..guna batang pisang hehehehe


FAZRINE FAMILY

fazrinefamily on 12/02/2009 5:55 PM said...

teringat zaman kita bebudak dulu..guna batang pisang hehehehe


FAZRINE FAMILY

Anonymous said...

Wah cerita-cerita anak lelaki.

Lepas ni cepatlah dia membesarkan.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template