Nov 7, 2009

Nak MASTAUTIN di mana?

Tanjong Malim : Sabtu - 7 Nov 2009

Aku pusing-pusing di Hulu Bernam dan Tanjong Malim menaiki ChentaHati sorang diri. Kawasan ini sesuai untuk menetap apabila hampir pencen kerana tiada kesibukan perbandaran. Malahan, lokasinya adalah pertengahan antara Kuala Lumpur dan Perak. Agak menarik.

Berkemungkinan aku akan mencari beberapa maklumat untuk memiliki peluang yang terbuka. Peluang hanya datang sekali. Jika datang dua kali, itu dianggap sebagai bonus. Aku perlu bergerak cergas untuk itu. Aku masih memerlukan beberapa maklumat untuk aku buat keputusan. Keputusan besar itu akan dibuat setelah beberapa maklumat lengkap mampu aku dapatkan dalam tempoh yang pendek. Kena kerja keras nih untuk cuba atasi beberapa masalah yang mungkin akan wujud...


Pertamanya, aku riki berapa bayaran sebulan yang perlu dilunaskan apabila pinjaman perumahan untuk kedua dibuat tanpa perlu aku menjual rumah yang sedia ada di beli. Rumah yang sedia ada, sudah ada yang membantu aku bayarkan (penyewa) harga bulanannya. Bila diteliti, pinjaman RM150K, bayaran sebulan hampir 1k juga. Melopeh le Wish 2.0 aku.. hehheheh. Itu takde hal sebab kereta bukan menjadi satu keutamaan untuk aku sekeluarga. Berkaitan kereta, orang sampai, aku juga sampai! Hehehhe.

Apa-apa pun beberapa maklumat lain perlu aku dapatkan untuk membuat keputusan berkaitan hal ini. Jeng-jeng-jeng... Aku akan jadi orang sini ka haaa? Aku sendiri tidak pasti...Tapi di kawasan ini sesuai apabila pencen nanti... sejuk dan selesa...

Yang pentingnya, MemBesor, ikut je mana-mana yang terbaik... Alhamdulillah. Tak perlu banyak nak pikior perkara-perkara lain yang remeh-temeh..heheh

5 Coretan Lain:

sonata anak kancil on 11/07/2009 10:10 PM said...

cari la lokasi yang terbaik! & seme suke...

Che' Pit on 11/08/2009 9:34 AM said...

mem dah kata ok, so pilih je mana yg rasa terbaik.. hiruk pikuk kota atau kedamaian, ketenangan, kesejukan..

DUN Behrang 2020 on 11/09/2009 8:36 AM said...

Ko ingat tak lagi aku pernah cakap awal pertemuan kita dulu...biasanya 'daerah' ini akan mengalu-alukan 'org luar' utk bermukim di sini...apapun...pilih la yg terbaik...

Chenta on 11/09/2009 1:48 PM said...

Ada benar kata En DUN . Sayalah 'orang luar' yang telah terpikat dan terpesona dengan kedamaiannya.

Walau sekadar tempat persinggahan , namun sangat mengujakan .

echah_syed on 11/17/2009 2:52 PM said...

anak2 tak pernah dok kawasan hutan atau sawah padi so kena pikir jugak tu sbb nnt dorang tak biasa dgn nyamuk,lalat dan agas :)

susah kita..!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template