Nov 17, 2009

Cakap Siang Cakap Malam

Nampaknya, sudah lama blog aku tidak bersentuh mendpat belaian manja tuannya. Adakah tuannya tidak mengendahkan atau tuannya menyibuk?

Dalam tempoh itu, aku banyak merayau-rayau dari satu blog ke satu blog lain. Aku agak tertarik dengan blog berkaitan komunikasi dan cakap siang pandang-pandang. Kekadang kita tidak menyedari dengan siapa yang kita bualkan. Isu yang kita bualkan mungkin menimbulkan kekacauan hubungan sehinggakan mampu merosakkan hubungan yang ada. Apabila berbual, ada baiknya kita amalkan banyak mendengar dan memberikan soalan-soalan terbuka. Dari aspek itulah, kita akan mampu mencungkil banyak cerita dan maklumat. Berbeza pula apabila kita banyak bercakap dan bercerita sehinggakan kita tak ingat dunia...

Apa jadi jika orang yang mendengar cerita kita berfikiran negatif dan cepat membuat persepsi, tentunya kita akan menghadapi hubungan komunikasi yang negatif.. Mari kita lihat blog ini, apa jadi akhirnya?

Bercakap juga ada seninya?

Oleh itu, pilih perkataan-perkataan yang molek didengari dan yang tak molek, eloklah kita simpan dan jadikan panduan kita... Elakkan daripada orang lain tersalah membuat persepsi. Ikutlah pesan orang-orang tua, kerana pulut, santan binasa. Wallahualam.

3 Coretan Lain:

Unknown on 11/17/2009 9:02 AM said...

dijadikan satu mulut dua telinga :
untuk kita banyak mendengar dari bercakap..

dan sebuah buku yang menarik.
seni bual...

Pak Ngah: on 11/18/2009 6:49 AM said...

:: salam...

:: ada yang tak banyak cakap tapi suka mendengar, ada yang tak banyak cakap dan tak suka mendengar... dan ada pelbagai sifat dan sikap lain yang rencam yang banyak terpamir apabila kita lebih banyak melihat...

:: tapi... yang tak banyak cakap tu akan disahkan sebagai pendiam... pulakkk...

:: apa2pun... yang tak banyak cakap aka pendiam... banyak mengurangkan "dosa kering"... hmmm...

Mak Su on 11/18/2009 11:36 AM said...

tq

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template