Sebelum ini, aku ada mengisahkan rakan lama 21 tahun yang takde kabar berita. Itulah nama diberi. Kini, memang benar, dia berada di Tapah. Tak jauh dari Tanjong Malim. Kira-kira 45 minit perjalanan kereta.
Baru kutahu, beliau juga 'sekerja' dengan aku. Sama profesion. Sama juga dengan hubbynya. Dulu-dulu aku cuma dapat ketahui bahawa hubbynya sahaja yang cikgu. Rupa-rupanya, dia juga sebegitu. Idarah telah memperolehi no telefon aku. Petang tadi, aku dihubungi melalui sms.
Seronok rasanya, pabila dapat jumpa rakan lama. Melalui sms, kini aku ketahui bahawa mereka ada menjalankan sedikit bisness untuk memenuhkan ruang masa. Aku yakin, mereka akan berjaya. Moga-moga sebegitu dan insyaAllah.
Inilah website yang mereka bangunkan untuk mempromosi bisness mereka. Kagum aku dan TAHNIAH daripada aku sekeluarga. Bisness mereka melibatkan kerongsang dan aksesori wanita. Jika nak ketahui perkembangan dan butiran selanjutnya, bolehlah anda KLIK DI SINI.
Di sini juga aku bertemu dengan adik angkat aku yang terputus hubungan sejak aku meninggalkan SM Raja Shahriman, Beruas dulu. Dilla namanya. Tetetiba, raya ke empat lalu, aku mendapat sms daripadanya. Gembira tak terkata. Aku teruskan khabar berita ini kepada mem besor. Mem besor tersenyum. Pastinya mem besor sememangnya kenali aku sepenuhnya. Orang yang gemarkan ikatan sesama rakan dan keluarga yang amat rapat!
Kata adik angkat aku itu, diblog inilah dia mendapat no telefon aku setelah nama aku ditaip kat google search. Cuba le rakan-rakan blog taip nama kat google search. Apakah url yang teratas? Alhamdulillah. Dilla juga berada di Tapah. Khabarnya, anaknya baru masuk 6 orang, Alhamdulillah. Syukur, menang dia 3 orang daripada aku. Tahniah..tahniah..
Juga, kat sini juga...rakan lama di Kluang yang telah berpindah ke Putrajaya. Muhliden namanya. Sebelum ini, beliau bekerja di INTAN, Wilayah Selatan. 3 tahun sebelum aku berpindah ke Tanjong Malim, beliau telah berpindah ke Putrajaya. Pasti meriah, jika aku dapat bertemu dengan insan-insan istimewa ini (bagi aku le..) Alhamdulillah, pastinya aku akan bawa famili untuk ketemu dengan mereka ini yang amat istimewa bagi aku...
Syukur sesangat...
p/s: Apa no hp ko din?
4 Coretan Lain:
ada sekali dua keyword 'azlanlin' sampai kt blog saya.... dia org terlajak susur keluar highway kot
he hehe
sentiasa ada...kekadang menyelinap tanpa di kesan...
Menyambung hubungan silatulrahim sesama islam khasnya dan sesama manusia amnya sangat terpuji dan dituntut dalam islamkan.
Seronok yer jumpa rakan2 lama.
k hanim
Salam Azlanlin...
Saya petik and translate dari Buku Dale Carnegie..
"Lakukan segala kebaikan yang boleh anda kerjakan,
Dengan segala kelengkapan yang anda dapatkan,
Dalam segala cara yang boleh anda jalankan,
Disegala tempat yang anda gunakan,
Pada segenap waktu yang anda perlukan,
Kepada semua orang yang anda temukan,
Selama masih boleh dan lakukan .
~John Wesley Rule~
Post a Comment