Sep 8, 2009

UPSR : Bukanlah elemen penentu masa depan

Geruh, resah, yakin dan gemuruh saling berganti. Itu proses biasa apabila seseorang pelajar memasuki dewan peperiksaan. Bagi pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2009 pastinya melalui perasaan sebegitu. Itu proses biasa.

Kekadang, sebagai ibu bapa terlebih risau berbanding anak-anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan UPSR hari ini. Guru-guru juga tidak ketinggalan yang resah gelisah memikirkan anak didik mereka yang sedang menjawab kertas peperiksaan hari ini. Ini kerana anak-anak dan anak murid yang menduduki peperiksaan hari ini seperti menduduki ujian-ujian biasa sahaja. Ada juga anak-anak didik yang seumpama ceria tanpa ada terdetik perasaan gemuruh di pagi hari untuk menduduki peperiksaan. Itu semua asam garam demam peperiksaan.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR hari ini semoga anda perlu tenang demi menenangkan anak-anak anda.

Ibu bapa, perlu ketahui bahawa UPSR bukanlah elemen penentu kejayaan anak-anak di masa akan datang. UPSR hanyalah sebagai langkah mula untuk memasuki ke alam yang lebih pancaroba. Waima tersungkur untuk UPSR, masih ada ruang dan peluang untuk bangkit semula dalam mengatur langkah. Namun, apabila UPSR mencatatkan keputusan yang cemerlang, itu hanyalah langkah mula yang lebih teratur dan tersusun untuk amsa depan mereka.

Selamat Menjawab Dengan Tenang

Siap buat tanda peace sebelum ke sekolah pagi tadi. Jawab le sebaik mungkin... Nampak gayanya, soalan untuk hari ini agak mudah. Mudah-mudahan Along dapat buat yang terbaik! Esok tak tau lagi....

p/s : Baru dok explore utk editing gambor warna berlatar belakangkan hitam putih... semunya ada dalam internet

11 Coretan Lain:

Che' Pit on 9/08/2009 7:26 AM said...

salam,

mmg UPSR bukan elemen penentu masa depan, tapi kdg2 sy rasa sedih bilamana ibu bapa terlalu mahukan kesempurnaan dgn mendapat semua A.. bagi mereka, kurang nya bilangan A bermakna mereka gagal.

Tidak dinafikan semua mahu yg terbaik, pelajar, ibu bapa, cikgu, tapi kita harus maklum setiap pelajar mempuanyai kapasiti berbeza. tak semua anak2 tu boleh memberi keputusan yg di harapkan.. janganlah dihukum atau dicemuh, sebaiknya bagilah peluang utk mereka memperbaiki nya..

Bapak on 9/08/2009 7:26 AM said...

Yang penting beri kesedaran kepada anak-anak ini apapun yang dilalui, lakukan dengan sebaik mungkin.

Peluang untuk berjaya & berubah juga tidak akan berakhir selagi nyawa dikandung badan...

Unknown on 9/08/2009 10:05 AM said...

kerana begitulah cgu..
dihujungnya akan ditanya
berapa A kamu dapat
banyak A bagus..
dan seterusnya
kit tengoklah - orang yg banyak A lah yg semakin menjadikan dunia ini semakin terancam.............

HBM Consultant on 9/08/2009 10:26 AM said...

Salam.

Saya sangat bersetuju dengan pernyataan ini. UPSR bukanlah segala-galanya. Tetapi sayang, ada juga ibu bapa (kebanyakannya) sangat menekankan pencapaian 5A. Untuk apa? Hanya untuk bermegah-megah.

Brahim Nyior on 9/08/2009 11:19 AM said...

Lan, hang pikiaq anak hang la,... Hang mau tak dia dapat 5A? Mesti hang pun kata macam aku pikiaq... Sebab la ni, itulah penilaian ibu bapa untuk kecemerlangan.

Tak dinafikan, UPSR bukan segala-galanya, tapi ia dijadikan asas untuk menentukan hala tuju yang kononnya cemerlang, apabila anak-anak g SBP atau MRSM.

Aku dulu dapat 1A jer... Tapi pehtu meningkat sikit-sikit.

(Masa tu Penilaian Darjah 5, bukan UPSR)

Mak Su on 9/08/2009 12:51 PM said...

saya terima seadanya

ckLah @xiiinam on 9/08/2009 2:36 PM said...

Setuju pandangan cikgu...



Anak bujang ckLah pun ambil UPSR hari ni. Tapi dia relax je....malam tadi seperti biasa balik dari masjid pukul 10.30...ikut terawikh dan tadarus seperti biasa juga...


Ayat pertama dilafazkan masa ambil dia di sekolah tadi..
"Habislah bu!" Aduih!!!

azlanlin on 9/08/2009 7:55 PM said...

To CikPit, Jinggo & Marniyati:

Itu kebiasaan yang kita setkan di minda..berapa A. A melambangkan kebijaksanaan. Tetapi kita lupa EQ dalam kelangsungan untuk hidup...

Ramai yang diketemui, banyak A, nilai EQ dalam diri amat kurang, walaupun ada juga pelajar yang seimbang...IQ dan EQ

azlanlin on 9/08/2009 7:58 PM said...

To Bapak, Maksu & xiinam :

Menerima seadanya hasil yang ditunjukkan oleh anak-anak membuatkan diri mereka 'diterima'... Kekadang, anak-anak stres dengan harapan ibubapa yang tinggi menggunung...

Tahap stres mereka sukar dipamerkan secara lisan, sebaliknya mempamerkan melalui tindakan amat bahaya.. hati-hati..

azlanlin on 9/08/2009 7:59 PM said...

To Bapak, Maksu & xiinam :

Menerima seadanya hasil yang ditunjukkan oleh anak-anak membuatkan diri mereka 'diterima'... Kekadang, anak-anak stres dengan harapan ibubapa yang tinggi menggunung...

Tahap stres mereka sukar dipamerkan secara lisan, sebaliknya mempamerkan melalui tindakan amat bahaya.. hati-hati..

azlanlin on 9/08/2009 8:02 PM said...

To Brahim Nyior:

Harapan tetap ada, tetapi menerima seadanya juga sangat perlu. Aku dulu cuma 4B 1C.lagi powerrr! Hehehhe

EQ memainkan peranan utk meningkatnya IQ & SQ...di amsa2 akan datang.

Kekuatan mental sgt perlu utk menerima apa jua situasi di luar jangka...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template