Sep 12, 2009

Musim Raya : Aneka Tunjuk

Di musim raya sebegini, fenomena tunjuk memang popular sama ada di Bazar Ramadhan atau alam maya (laman web : blog, wordpress dsb). Tambahan pula saat akhir sebegini, sememangnya tsunami tunjuk memberikan kesan yang sangat mendalam kepada semua umat Islam yang akan merayakan Aidilfitri.

Rata-rata, kita boleh melihat pelbagai ragam kesan tunjuk. Yang penting matlamatnya ialah satu - penuhkan balang kuih raya di musim raya. Khususnya di blog dan wordpress, paparan fenomena tunjuk sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada smeua pembaca. Marilah kita teliti kategori tunjuk.
Gambar hiasan : Internet

Tunjuk 1:

Ada sesetengah rakan maya telah tunjuk jenis-jenis kuih yang dihasilkan. Adakalanya, menu, ramuan dan cara membuatnya disertakan sekali bersama dengan gambar hasil kuih tersebut. Hasil tunjuk sebegini mampu membuka minda pembaca lain untuk mencuba menu tersebut. Hasil tunjuk ini, berjaya memenuhkan balang kuih raya di minggu pertama musim raya.

Gambar hiasan : Internet
Tunjuk 2:

Ada juga rakan maya yang tunjukkan jenis-jenis kuih yang dihasilkan. Pelbagai hiasan yang berwarna-warni untuk membuka nafsu rakan-rakan lain. Maka, pelbagai jenis kuih raya itu boleh diorder secara online. Ada bayaran, ada le jeins-jenis kuih akan sampai di hadapan pintu rumah. Tunjuk 2 ini kaedah moden. Kaedah ini juga membolehkan balang kuih raya akan terisi.

Tunjuk 3:

Ada juga rakan-rakan sekerja yang bijak dan mempunyai masa dalam menyediakan aneka kuih raya. Sempat juga ditunjukkan sampel kuih raya dalam plastik untuk memberi peluang kepada rakan-rakan sekerja membuat tempahan. Kaedah ini amat popular di kalangan yang bekerja dan mempunyai rakan-rakan sekerja. Kaedah tunjuk ini mampu memenuhkan TABUNG duit raya. Heheheh.

Tunjuk 4:

Kategori ini agak tradisional dan menjadi amalan buat keluarga yang tak berkesempatan membuat kuih raya sendiri. Ada sesetengahnya sememangnya tak reti nak membuat langsung. Ada sesetangahnya yang poket tebal sikit untuk memenuhkan balang kuih raya. Kaedah ini sangat mudah. Sesiapa yang merayau di Bazar Ramadhan, aneka kuih raya bertimbun-timbun. TUNJUK aje, tukarkan wang kertas dengan kuih raya. Tiba di rumah, balang kuih raya sudah boleh diisi.

Kaedah ini juga boleh digunakan secara moden atau tradisional. Boleh tunjuk jenis kuih yang dijual secara online atau sampel2 kuih dalam bungkusan plastik untuk dibuat tempahan. Pilihan sangat banyak. Poket yang tebal, boleh jadi kempis untuk memenuhkan balang kuih raya di rumah.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Ada ketegori tunjuk selain daripada 4 kategori ini? Antara 4 kategori tersebut, kategori mana menjadi pilihan anda?

6 Coretan Lain:

xiiinam on 9/12/2009 7:25 AM said...

Nama kuih saya saja pun memang dah 'kuih tunjuk'.



Selamat Hari Raya....

Tirana on 9/12/2009 8:34 AM said...

Saya buat kuih sendiri. Buat kuih yang mana anak-anak suka makan aje..so far tak pernah beli kuih raya..

hani@debumelukut on 9/12/2009 9:48 AM said...

Lain org lain cara nya..buat lah apa apa pun asal tidak menjejaskan makna raya yang sebenarnya.
Salam aidilfitri.

Che' Pit on 9/12/2009 10:46 AM said...

hmm sy kategori 4..
hehe duk bujang, setakat beli 1,2 jenis kuihm kerepek dlm 1,2 jenis gak.. nak beli utk rumah kg, dah tentu akak2 dan abg dah byk beli.. so beli makan sdiri je lah..

DUN Behrang 2020 on 9/14/2009 9:06 AM said...

Aku bukan tak nak buat kuih sendiri bro...tp kalo bukan kita yg tolong industri kecil ni sapa lagi kan...iyolah tuuuu!!!

sonata anak kancil on 9/16/2009 5:28 AM said...

Saya kategori 1 ( jika ada ruang 7 masa - kadang2 ) & kategori 3...he3x amat biasa ....beli secukupnya....& tolong industri kecil - sekali je dalam setahun!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template