Sep 15, 2009

Idarah Nafisah : Mencanai Memori 21 tahun lalu

Tidak disangka..itu ungkapan yang boleh disebut. Situasi di luar jangka. Jambatan terbina utk mengenali sahabat yang baru dan terus mencari sahabat lama. Blog inilah sebagai jambatannya.

Itulah hakikat kehidupan. Datang dan pergi silih berganti umpama roda. Pusingannya akan kembali. Tidak sentiasa di atas meskipun di bawah. Putaran akan terus berlaku. Itulah hidup kita.

Kini, hampir 21 tahun..kenangan kembali menjelma. IDARAH NAFISAH nama diberi. Tiba-tiba nama itu terpacul di chatbox. Usai membacanya, nama itu muncul semula sepantas kilat, setelah terpendam lama dalam kotak memori jangka panjang. Itu kerana nama itu aku belum jumpa di mana-mana, hanya dia yang milikinya. Itulah kekuatannya. Iras wajah, gelak-ketawa, gurau-senda, kutuk-mengutuk, umpat-mengumpat; semuanya menjelma kembali.



Yang paling aku ingati raut wajahnya sememangnya 'cute' sewaktu di alam persekolahan. Aku mula kenalinya setelah aku memasuki asrama di Beruas sewaktu tingkatan 4. Ketika umur itulah, aku mula kenali konsep 'survive'. Juga mula mengenali dunia luar. Jika tidak, sememangnya bersekolah di kampung sahaja. Walhal, asrama di Beruas juga sememangnya kampung. Itulah dinamakan HIJRAH.

Pernah sekali aku diketawakan dek Idarah Nafisah kerana aku menyatakan yang aku tak tahu cara naik bas utk pulang ke kampung aku. Hahahahha. Bertuah ko! Itulah pengalaman aku berusaha sendiri dalam menguruskan diri. Ketika itu jugalah aku mula nampak hala tuju kehidupan. Jika tidak, rasanya..entahlah.

Tentunya, Idarah Nafisah akan ingat semula dengan nama-nama ini. Karim Dendang (kini Cikgu di Kedah), Zul Ayam (tak tau di mana), Zuraida Ariffin (anak posmen Beruas - taktau di mana), BadrulHisham (PPD di Cameron Higland), Rosniah (Cikgu di Teluk Intan - Changkat Lada)...ermm..sapa lagi ek? Tak ingat dah.

Rasanya, untuk entri ini, aku tidak menyingkap memori 21 tahun lalu melalui perkataan. Biarlah ianya menjadi gaulan kenangan dalam minda sahaja. Tentu ada sebab dan musababnya.

Aku pasti, Idarah Nafisah akan kembali menjenguk blog ini. Aku canaikan entri khas untuk Idarah Nafisah. Hubungi aku melalui telefon atau email. Dah berapa orang anak sekarang ini. Entahlah. Dah pakai baju saiz apa sekarang? Hahahahha. Soalan menyengat!

Maka, jika mana-mana rakan yang mengenali aku bolehlah hubungi aku di telefon atau email. Juga aku sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir dan Batin kepada rakan-rakan lama.......

5 Coretan Lain:

sonata anak kancil on 9/16/2009 5:29 AM said...

dalam alam maya pun sudah cukup menggamit kisah lampau!

Chenta on 9/16/2009 7:45 AM said...

Salam Cikgu Azlanlin..

Wahh... besar sungguh kuasa NAMA itukan.. mewakili gambaran watak yang pernah kita kenali. Terus tergambar memori-memori yang tersedia ada di minda , menunggu peluang untuk dikeluarkan .

Walau bertahun dan seiring dengan peredaran masa berlalu, namun ianya tetap menjadi sebahagian dari kenangan yg sukar utk dilupakan . Tetap tersemat dilipatan memori .

Itulah kehebatan manusia . Sentiasa menghargai dan dihargai .

Anonymous said...

Seronok bila dapat jumpa kawan lama.

Bila teringat kawan lama selalunya kita bayang muka dia yang cantik, segar dan masih muda belia. Itulah ingatan yang tersemat dalam ingatan kerana itulah wajah terakhir semasa kita berpisah.

Tetapi hakikatnya kawan kita sebenarnya tidak lagi sebagaimana yang kita bayangkan selepas beberapa tahun berpisah.

k hanim.

eedany on 9/16/2009 5:06 PM said...

buat azlinlin dan keluarga,

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Semoga Syawal tahun ini membawa lebih rahmat dan berkat kepada kita semua.

:)

Rumah Kuning on 9/18/2009 5:54 AM said...

selamat hariraya aidil fitri.maaf jika ada tersalah komen

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template