Sep 9, 2009

Gambar : Mengungkap kisah

Pengkisahan ini bermula setelah jari udah boleh menguit untuk mengetuk keybord. Gambar di bawah diletakkan lebih awal berbanding ceritanya. Komen2 yang ada juga adalah justifikasi berdasarkan gambar semata-mata. Cerita yang sebenar masih dalam minda!!!


********************************************
Tanggal jam 9.30 malam, 080809 - Amira meluahkan isihatinya. Berbunga-bunga ayatnya. Awalnya, aku langsung tidak mengendahkannya.

"Ayah, masa Along jawab soalan BM UPSR tadi, Along asyik teringat kat coklat Cadbury. Ermm..sedapnya" kata Along untuk menganyat ayahnya. Pabila tidak dipedulikan, Along menganyat mamanya pulak. Bila ayat mengayat dari mem besor udah keluar aku tak berupaya nak menolak. Hehehe.

"Jom, kita ke Billion. Sapa lagi nak ikut?" ajak aku kepada pengekor-pengekor setia.

Aku, Amir dan Amira memakai halmet masing-masing. Kami bergegas ke Billlion menaiki motor Kriss dalam kelajuan 60km/jam. Apabila melepasi Taman Wangsajaya, aku memperlahankan kelajuan dalam 30km/jam dan bersedia untuk membelok ke kanan ke arah rumah kedai yang ada Pasaraya Billion. Tiba-tiba, diselekoh tersebut, aku melintasi tumpahan minyak diesel yang kehitaman atas jalanraya. Apa lagi... jadi superman la.

Tangan kanan terpaksa memaut Amira yang membonceng di belakangku. Amir yang berada di hadapan (dalam bakul depan) diampu menggunakan kaki kanan. Kami terbaring atas jalanraya. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Biar tangan dan kaki terseret agar anak-anak terselamat. Malahan, Amira akan duduki UPSR untuk hari kedua.

Alhamdulillah, jalan lengang. Beberapa kenderaan mula berhenti di kiri dan kanan jalan. Aku bangun, perhatikan anak-anak. Amira selamat tanpa luka. Amir luka di dagu. Aku beri arahan untuk AMira membawa Amir ke tiang lampu di tengah-tengah pembahagi jalan. Aku sukar untuk bernafas. Setiap kali cuba bernafas, terasa dada sesak dan urat belikat kanan disentap-sentap. Fuuuuhhhhh, inilah kali pertama aku jatuh motorsikal yang agak kritikal.

Beberapa orang mula membantu. Aku duduk tertunduk-tunduk sambil menekan dada di birai pembahagi jalan. Cuba bernafas perlahan-lahan. Dua orang muda cuba mengangkat dan menyorong motosikal untuk di parkir di perumahan kedai seberang jalan. Sempat lagi aku memberi arahan untuk kunci handle dan menyerahkan kunci kepada aku walau dalam nada yang tersekat-sekat. Seorang lelaki berkereta Satria hitam, mengajak aku dan anak-anak ke hospital Tanjong Malim. Aku menuruti sahaja. Sempat aku meminta seorang lelaki memasukkan 3 buah halmet ke dalam kereta satria itu.

Tiba di hospital Wad Kecemasan Tanjong Malim, aku menyerahkan kad pengenalan. Jururawat meminta alamat terkini di Tanjong Malim.

"Cik, saya rasa, alamat tu cik biarkan kosong dululah. Saya nak bernafas pun tak berapa nak boleh. Maaf ye cik. Tolong rawat anak-anak saya dulu", itu je yang sempat aku perkatakan pada jururawat tu. Samseng ke aku? Mananya aku larat untuk menjawab banyak perkara dalam kesesakan.

Sewaktu Amir dirawat dan dicucuk ubat tahan sakit di atas katil pesakit, aku menelefon mem besor untuk datang ke Hospital Tanjong malim.

"Ada accident sikit. Jatuh motor. Semuanya OK. Dtg hospital Tanjong malim. Be careful!" itu je ayat-ayat yag sempat aku perkatakan pada mem besor.

Ketika itu, aku dipanggil untuk baring ke katil kedua yang baru dibawa masuk ke Wad kecemasan. Ubat tahan sakit dicucuk ke lengan kanan. Luka dicuci. Mak oiiiii. Pedihnya! Patut le si Amir terjerit-jerit juga. Aku masih cuba bernafas... kali ini agak panjang udara disedut. Alhamdulillah.

"Encik, semalam, ada juga yang jatuh motor di tempat yang sama. Katanya terlanggar minyak diesel atas jalan. Juga masuk wad ini." kata pembantu perubatan sambil menenyeh iodin di tempat luka.

Dalam kepala aku, mungkinkah tumpahan itu disengajakan? Adakah tumpahan kenderaan berdiesel hanya di selekoh itu saja? Wallahualam.

Mem besor tiba dengan Si Amirul. Aku minta mme besor berikan maklumat pada jururawat pendaftaran tadi. Selesai. Aku minta mem besor ucapkan terima kasih pada lelaki Satria Hitam yang masih menunggu di luar. Fikirnya, beliau akan menghantar aku hingga ke rumah. Mem besor sattlekan hal itu. Terima kasih saudara Satria Hitam dan sesiapa yang membantu sewaktu kejadian.

Balik ke rumah, sempat aku mintakan Amirul snap gambor luka seperti di atas sebagai kenangan. Itulah pengalaman jatuh motor. Bayangkan, kalu aku menaiki Vulcan 500cc (ChentaHati) tu, kompom aku dan anak-anak akan lebih teruk. Apabila menaiki Kriss, sempat le juga untuk kawal anak-anak di depan dan belakang.

Aku minta mem besor berunding dengan anak-anak bujang sebelah rumah aku (student Politeknik) untuk mengambil motorsikal aku dan hati-hati dengan selekoh ke Billion. Semoga mereka selamat. Insyallah.

Semalam, aku menerima 2 orang sahabat yang menziarahi aku di sebelah petangnya. Terima kasih sahabat. Ustaz SKSV dan Mr DUN.

Juga ada sms gurauan yang aku terima daripada sahabat Sarawak :
"Itulah u, suka sangat jadi burung hantu. Apapun gambar u seksi. hahahha. Moga cepat sembuh"

Sms lainnya daripada abang aku di Sarawak:
"Kahkahkah. Tak berguru abis le tu.. Spatutnya jalan yang disagat, bukannya bahu & lengan. Apa2pun, selamat berpuasa dan berehat."

Semua ayat2 yang dinyatakan ekoran beberapa sms sebelumnya. Ayat-ayat gurauan setelah aku mula membuka ruang gurauan sms... Idak le nampak parah sangat.

Pagi tadi juga aku menerima panggilan dr sahabat bmaya aku di KL. Terkezut juga aku kerana nombornya berlainan. Terkeluar le suara formal aku di permulaannya sebelum mengetahui sesiapa di talian.

Juga terima kasih kepada sahabat-sahabat maya yang menitipkan di ruangan komen sebagai tanda empathi. Terima kasih semua..

Hari ini aku telah ke Library utk meneruskan urusan-urusan yang tertunggak... Alhamdulillah. Cuma aku hanya menaiki Nissan kerana autogear dan power steering.
Kaki dan tangan kanan bleh relaks. Heheheh.

11 Coretan Lain:

ckLah @xiiinam on 9/09/2009 5:27 AM said...

Aduih...sakit tu...

Unknown on 9/09/2009 6:13 AM said...

sakitnya..
aduhai susah nak bayangkan...
semuga cepat semboh - baju bergaya dihari raya..

he...he...

DUN Behrang 2020 on 9/09/2009 8:02 AM said...

Salam...

Mak aiii..ngeri tu...nantilah aku datang baru ko citer...

Che' Pit on 9/09/2009 9:07 AM said...

Ya Allah, kenapa tu? ngeri nya tgk..

Chenta on 9/10/2009 3:12 PM said...

Salam Cikgu Azlanlin..,

'Menceritakan seadanya' . Saya tak puas hati tajuk yang cikgu berikan . Kemudian , tergantung tanpa jalan cerita .

Ini memberi gambaran dan persepsi yang berlainan . Bermacam-macam bermain di minda . Siapakah ? kenapakah ? dimanakah ? seriuskah ?

But, secara positive.. saya terima seadanya sbb kecederaan yg dialami pada lengan kanan. so... memang takleh menaip panjang2 kannn....

Harap cepat sembuh ! ( Raya nak dekat nie ...)

suara on 9/10/2009 4:38 PM said...

Salam Ramadhan cikgu,

Sekali tengok macam cedera kena air panas... Erm... macam luka bergeser dgn jalan tar pun ye jugak.
Apa jadi sbnrnya ni cikgu?

GPI on 9/10/2009 6:41 PM said...

Alhamdulillah saya dan DUN Behrang 2020 dah pergi ke rumah empunya blog ini semalam..

Nampaknya keadaan semakn baik... lukanya semakin kering... cuma beliau sibuk mencuci dan mencuci kawasan tangan yang 'terseret' di jalanan itu..

Tak perlulah saya detailkan di sini bagaimana insiden ini berlaku. Pastinya tuan tanah akan menceritakan selengkapnya nanti...

Akhir kata, utk tuan tanah: selamat berhari raya di lembah ilmuwan ulung...

Che' Pit on 9/10/2009 6:44 PM said...

di doakan semoga tuan rumah akan cepat sembuh n sempat lah nak pakai baju raya nanti.. sama2 nantikan cerita sebenar..

Anonymous said...

Semoga cepat semboh. Alhamdulillah anak-anak ok.

k hanim

Chenta on 9/11/2009 12:08 AM said...

Salam Cikgu Azlanlin..

Okeh . kali ini saya puas hati dengan jalan cerita (maaf, saya jenis yg berterus terang ).

Memang trajis bila melibatkan anak-anak . Apapun.. yang penting keselamatan mereka .

so.., get well soon !

Bapak on 9/12/2009 2:19 PM said...

Ya Allah, ngeri Bapak tengok. alhamdulillah anak2 cikgu Azlan selamat. semoga cepat sembuh.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template