Sep 28, 2009

Di sini : Segalanya bermula...


Sebelum ini, aku ada mengisahkan rakan lama 21 tahun yang takde kabar berita. Itulah nama diberi. Kini, memang benar, dia berada di Tapah. Tak jauh dari Tanjong Malim. Kira-kira 45 minit perjalanan kereta.

Baru kutahu, beliau juga 'sekerja' dengan aku. Sama profesion. Sama juga dengan hubbynya. Dulu-dulu aku cuma dapat ketahui bahawa hubbynya sahaja yang cikgu. Rupa-rupanya, dia juga sebegitu. Idarah telah memperolehi no telefon aku. Petang tadi, aku dihubungi melalui sms.

Seronok rasanya, pabila dapat jumpa rakan lama. Melalui sms, kini aku ketahui bahawa mereka ada menjalankan sedikit bisness untuk memenuhkan ruang masa. Aku yakin, mereka akan berjaya. Moga-moga sebegitu dan insyaAllah.

Inilah website yang mereka bangunkan untuk mempromosi bisness mereka. Kagum aku dan TAHNIAH daripada aku sekeluarga. Bisness mereka melibatkan kerongsang dan aksesori wanita. Jika nak ketahui perkembangan dan butiran selanjutnya, bolehlah anda KLIK DI SINI.

Di sini juga aku bertemu dengan adik angkat aku yang terputus hubungan sejak aku meninggalkan SM Raja Shahriman, Beruas dulu. Dilla namanya. Tetetiba, raya ke empat lalu, aku mendapat sms daripadanya. Gembira tak terkata. Aku teruskan khabar berita ini kepada mem besor. Mem besor tersenyum. Pastinya mem besor sememangnya kenali aku sepenuhnya. Orang yang gemarkan ikatan sesama rakan dan keluarga yang amat rapat!

Kata adik angkat aku itu, diblog inilah dia mendapat no telefon aku setelah nama aku ditaip kat google search. Cuba le rakan-rakan blog taip nama kat google search. Apakah url yang teratas? Alhamdulillah. Dilla juga berada di Tapah. Khabarnya, anaknya baru masuk 6 orang, Alhamdulillah. Syukur, menang dia 3 orang daripada aku. Tahniah..tahniah..

Juga, kat sini juga...rakan lama di Kluang yang telah berpindah ke Putrajaya. Muhliden namanya. Sebelum ini, beliau bekerja di INTAN, Wilayah Selatan. 3 tahun sebelum aku berpindah ke Tanjong Malim, beliau telah berpindah ke Putrajaya. Pasti meriah, jika aku dapat bertemu dengan insan-insan istimewa ini (bagi aku le..) Alhamdulillah, pastinya aku akan bawa famili untuk ketemu dengan mereka ini yang amat istimewa bagi aku...

Syukur sesangat...

p/s: Apa no hp ko din?

Continue Reading...

Sep 17, 2009

Raya : Pakat anak beranak

Cuti sekolah sempena raya sudah bermula. Projek baru dimulakan. Projek ini projek anak beranak. Projek ini sekadar memeriahkan suasana untuk merasai musim raya. Walaupun sempoi, tetap ianya dilaksanakan.

Petang tadi, aku membeli segala keperluan projek. Cornflake, madu dan margerin. Gula dan cup cake dah memang ada stoknya. Lepas berbuka, anak-anak dah mula bersedia dengan tugasan masing-masing.
Bahan-bahan asas

Jam 10.00 malam, projek bermula. Aku membuat sukatan ikut cawan (aku rembat dalam almari. Mem besor tak tahu). Madu, gula dan marjerin di masukkan dalam cawan masing-masing.

Memula, cairkan marjerin dlm kuali. Kendian campurkan gula dan madu. Kacau hingga gula mencair dan sebati. Ambil cornflake, ramas-ramas sikit utk kecilkan saiz, baru dimasukkan dalam kuali. Gaul hingga sebati... siap! Ini tugasan Amira.
Amira si tukang gaul. Amir sedang beraksi!

Ketika itu, Amirul membentang surat khabar atas lantai. Amir kena susun cup cake yang kosong atas surat khabar. Amira dan Amirul kena masukkan conflake yang manis dan berkilat ke dalam cupcake. Amir pula taburkan chocolate rice atas conflake dalam cupcake. Pandai-pandai le korang. Aku kena peratikan kerja diaorang. Maklum le, siap 2 cupcake, 1 hasil dlm cupcake masuk mulut depa! Cepatnya siap... Sempoi ja, tak dimasukkan daam oven langsung. Apa yang ada jer!. Hehehhe.
Projek pakat adik-beradik

Mem besor jadi pemerhati dari jauh. Ada tugasan tersendiri. Baju raya tukang jahit memang akan siap last-last minute. Sekarang dok ngadap mesin jahit je. Baju tema warna oren untuk tahun ini. Tahun depan warna apa pulak ek?

Oren : warna tema sekeluarga!

Weiiii...bila nak balik kampung ni? hehehhehe.


Bila dah sejuk
Continue Reading...

Sep 15, 2009

Idarah Nafisah : Mencanai Memori 21 tahun lalu

Tidak disangka..itu ungkapan yang boleh disebut. Situasi di luar jangka. Jambatan terbina utk mengenali sahabat yang baru dan terus mencari sahabat lama. Blog inilah sebagai jambatannya.

Itulah hakikat kehidupan. Datang dan pergi silih berganti umpama roda. Pusingannya akan kembali. Tidak sentiasa di atas meskipun di bawah. Putaran akan terus berlaku. Itulah hidup kita.

Kini, hampir 21 tahun..kenangan kembali menjelma. IDARAH NAFISAH nama diberi. Tiba-tiba nama itu terpacul di chatbox. Usai membacanya, nama itu muncul semula sepantas kilat, setelah terpendam lama dalam kotak memori jangka panjang. Itu kerana nama itu aku belum jumpa di mana-mana, hanya dia yang milikinya. Itulah kekuatannya. Iras wajah, gelak-ketawa, gurau-senda, kutuk-mengutuk, umpat-mengumpat; semuanya menjelma kembali.



Yang paling aku ingati raut wajahnya sememangnya 'cute' sewaktu di alam persekolahan. Aku mula kenalinya setelah aku memasuki asrama di Beruas sewaktu tingkatan 4. Ketika umur itulah, aku mula kenali konsep 'survive'. Juga mula mengenali dunia luar. Jika tidak, sememangnya bersekolah di kampung sahaja. Walhal, asrama di Beruas juga sememangnya kampung. Itulah dinamakan HIJRAH.

Pernah sekali aku diketawakan dek Idarah Nafisah kerana aku menyatakan yang aku tak tahu cara naik bas utk pulang ke kampung aku. Hahahahha. Bertuah ko! Itulah pengalaman aku berusaha sendiri dalam menguruskan diri. Ketika itu jugalah aku mula nampak hala tuju kehidupan. Jika tidak, rasanya..entahlah.

Tentunya, Idarah Nafisah akan ingat semula dengan nama-nama ini. Karim Dendang (kini Cikgu di Kedah), Zul Ayam (tak tau di mana), Zuraida Ariffin (anak posmen Beruas - taktau di mana), BadrulHisham (PPD di Cameron Higland), Rosniah (Cikgu di Teluk Intan - Changkat Lada)...ermm..sapa lagi ek? Tak ingat dah.

Rasanya, untuk entri ini, aku tidak menyingkap memori 21 tahun lalu melalui perkataan. Biarlah ianya menjadi gaulan kenangan dalam minda sahaja. Tentu ada sebab dan musababnya.

Aku pasti, Idarah Nafisah akan kembali menjenguk blog ini. Aku canaikan entri khas untuk Idarah Nafisah. Hubungi aku melalui telefon atau email. Dah berapa orang anak sekarang ini. Entahlah. Dah pakai baju saiz apa sekarang? Hahahahha. Soalan menyengat!

Maka, jika mana-mana rakan yang mengenali aku bolehlah hubungi aku di telefon atau email. Juga aku sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir dan Batin kepada rakan-rakan lama.......
Continue Reading...

Sep 12, 2009

Musim Raya : Aneka Tunjuk

Di musim raya sebegini, fenomena tunjuk memang popular sama ada di Bazar Ramadhan atau alam maya (laman web : blog, wordpress dsb). Tambahan pula saat akhir sebegini, sememangnya tsunami tunjuk memberikan kesan yang sangat mendalam kepada semua umat Islam yang akan merayakan Aidilfitri.

Rata-rata, kita boleh melihat pelbagai ragam kesan tunjuk. Yang penting matlamatnya ialah satu - penuhkan balang kuih raya di musim raya. Khususnya di blog dan wordpress, paparan fenomena tunjuk sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada smeua pembaca. Marilah kita teliti kategori tunjuk.
Gambar hiasan : Internet

Tunjuk 1:

Ada sesetengah rakan maya telah tunjuk jenis-jenis kuih yang dihasilkan. Adakalanya, menu, ramuan dan cara membuatnya disertakan sekali bersama dengan gambar hasil kuih tersebut. Hasil tunjuk sebegini mampu membuka minda pembaca lain untuk mencuba menu tersebut. Hasil tunjuk ini, berjaya memenuhkan balang kuih raya di minggu pertama musim raya.

Gambar hiasan : Internet
Tunjuk 2:

Ada juga rakan maya yang tunjukkan jenis-jenis kuih yang dihasilkan. Pelbagai hiasan yang berwarna-warni untuk membuka nafsu rakan-rakan lain. Maka, pelbagai jenis kuih raya itu boleh diorder secara online. Ada bayaran, ada le jeins-jenis kuih akan sampai di hadapan pintu rumah. Tunjuk 2 ini kaedah moden. Kaedah ini juga membolehkan balang kuih raya akan terisi.

Tunjuk 3:

Ada juga rakan-rakan sekerja yang bijak dan mempunyai masa dalam menyediakan aneka kuih raya. Sempat juga ditunjukkan sampel kuih raya dalam plastik untuk memberi peluang kepada rakan-rakan sekerja membuat tempahan. Kaedah ini amat popular di kalangan yang bekerja dan mempunyai rakan-rakan sekerja. Kaedah tunjuk ini mampu memenuhkan TABUNG duit raya. Heheheh.

Tunjuk 4:

Kategori ini agak tradisional dan menjadi amalan buat keluarga yang tak berkesempatan membuat kuih raya sendiri. Ada sesetengahnya sememangnya tak reti nak membuat langsung. Ada sesetangahnya yang poket tebal sikit untuk memenuhkan balang kuih raya. Kaedah ini sangat mudah. Sesiapa yang merayau di Bazar Ramadhan, aneka kuih raya bertimbun-timbun. TUNJUK aje, tukarkan wang kertas dengan kuih raya. Tiba di rumah, balang kuih raya sudah boleh diisi.

Kaedah ini juga boleh digunakan secara moden atau tradisional. Boleh tunjuk jenis kuih yang dijual secara online atau sampel2 kuih dalam bungkusan plastik untuk dibuat tempahan. Pilihan sangat banyak. Poket yang tebal, boleh jadi kempis untuk memenuhkan balang kuih raya di rumah.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Ada ketegori tunjuk selain daripada 4 kategori ini? Antara 4 kategori tersebut, kategori mana menjadi pilihan anda?

Continue Reading...

Sep 9, 2009

Gambar : Mengungkap kisah

Pengkisahan ini bermula setelah jari udah boleh menguit untuk mengetuk keybord. Gambar di bawah diletakkan lebih awal berbanding ceritanya. Komen2 yang ada juga adalah justifikasi berdasarkan gambar semata-mata. Cerita yang sebenar masih dalam minda!!!


********************************************
Tanggal jam 9.30 malam, 080809 - Amira meluahkan isihatinya. Berbunga-bunga ayatnya. Awalnya, aku langsung tidak mengendahkannya.

"Ayah, masa Along jawab soalan BM UPSR tadi, Along asyik teringat kat coklat Cadbury. Ermm..sedapnya" kata Along untuk menganyat ayahnya. Pabila tidak dipedulikan, Along menganyat mamanya pulak. Bila ayat mengayat dari mem besor udah keluar aku tak berupaya nak menolak. Hehehe.

"Jom, kita ke Billion. Sapa lagi nak ikut?" ajak aku kepada pengekor-pengekor setia.

Aku, Amir dan Amira memakai halmet masing-masing. Kami bergegas ke Billlion menaiki motor Kriss dalam kelajuan 60km/jam. Apabila melepasi Taman Wangsajaya, aku memperlahankan kelajuan dalam 30km/jam dan bersedia untuk membelok ke kanan ke arah rumah kedai yang ada Pasaraya Billion. Tiba-tiba, diselekoh tersebut, aku melintasi tumpahan minyak diesel yang kehitaman atas jalanraya. Apa lagi... jadi superman la.

Tangan kanan terpaksa memaut Amira yang membonceng di belakangku. Amir yang berada di hadapan (dalam bakul depan) diampu menggunakan kaki kanan. Kami terbaring atas jalanraya. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Biar tangan dan kaki terseret agar anak-anak terselamat. Malahan, Amira akan duduki UPSR untuk hari kedua.

Alhamdulillah, jalan lengang. Beberapa kenderaan mula berhenti di kiri dan kanan jalan. Aku bangun, perhatikan anak-anak. Amira selamat tanpa luka. Amir luka di dagu. Aku beri arahan untuk AMira membawa Amir ke tiang lampu di tengah-tengah pembahagi jalan. Aku sukar untuk bernafas. Setiap kali cuba bernafas, terasa dada sesak dan urat belikat kanan disentap-sentap. Fuuuuhhhhh, inilah kali pertama aku jatuh motorsikal yang agak kritikal.

Beberapa orang mula membantu. Aku duduk tertunduk-tunduk sambil menekan dada di birai pembahagi jalan. Cuba bernafas perlahan-lahan. Dua orang muda cuba mengangkat dan menyorong motosikal untuk di parkir di perumahan kedai seberang jalan. Sempat lagi aku memberi arahan untuk kunci handle dan menyerahkan kunci kepada aku walau dalam nada yang tersekat-sekat. Seorang lelaki berkereta Satria hitam, mengajak aku dan anak-anak ke hospital Tanjong Malim. Aku menuruti sahaja. Sempat aku meminta seorang lelaki memasukkan 3 buah halmet ke dalam kereta satria itu.

Tiba di hospital Wad Kecemasan Tanjong Malim, aku menyerahkan kad pengenalan. Jururawat meminta alamat terkini di Tanjong Malim.

"Cik, saya rasa, alamat tu cik biarkan kosong dululah. Saya nak bernafas pun tak berapa nak boleh. Maaf ye cik. Tolong rawat anak-anak saya dulu", itu je yang sempat aku perkatakan pada jururawat tu. Samseng ke aku? Mananya aku larat untuk menjawab banyak perkara dalam kesesakan.

Sewaktu Amir dirawat dan dicucuk ubat tahan sakit di atas katil pesakit, aku menelefon mem besor untuk datang ke Hospital Tanjong malim.

"Ada accident sikit. Jatuh motor. Semuanya OK. Dtg hospital Tanjong malim. Be careful!" itu je ayat-ayat yag sempat aku perkatakan pada mem besor.

Ketika itu, aku dipanggil untuk baring ke katil kedua yang baru dibawa masuk ke Wad kecemasan. Ubat tahan sakit dicucuk ke lengan kanan. Luka dicuci. Mak oiiiii. Pedihnya! Patut le si Amir terjerit-jerit juga. Aku masih cuba bernafas... kali ini agak panjang udara disedut. Alhamdulillah.

"Encik, semalam, ada juga yang jatuh motor di tempat yang sama. Katanya terlanggar minyak diesel atas jalan. Juga masuk wad ini." kata pembantu perubatan sambil menenyeh iodin di tempat luka.

Dalam kepala aku, mungkinkah tumpahan itu disengajakan? Adakah tumpahan kenderaan berdiesel hanya di selekoh itu saja? Wallahualam.

Mem besor tiba dengan Si Amirul. Aku minta mme besor berikan maklumat pada jururawat pendaftaran tadi. Selesai. Aku minta mem besor ucapkan terima kasih pada lelaki Satria Hitam yang masih menunggu di luar. Fikirnya, beliau akan menghantar aku hingga ke rumah. Mem besor sattlekan hal itu. Terima kasih saudara Satria Hitam dan sesiapa yang membantu sewaktu kejadian.

Balik ke rumah, sempat aku mintakan Amirul snap gambor luka seperti di atas sebagai kenangan. Itulah pengalaman jatuh motor. Bayangkan, kalu aku menaiki Vulcan 500cc (ChentaHati) tu, kompom aku dan anak-anak akan lebih teruk. Apabila menaiki Kriss, sempat le juga untuk kawal anak-anak di depan dan belakang.

Aku minta mem besor berunding dengan anak-anak bujang sebelah rumah aku (student Politeknik) untuk mengambil motorsikal aku dan hati-hati dengan selekoh ke Billion. Semoga mereka selamat. Insyallah.

Semalam, aku menerima 2 orang sahabat yang menziarahi aku di sebelah petangnya. Terima kasih sahabat. Ustaz SKSV dan Mr DUN.

Juga ada sms gurauan yang aku terima daripada sahabat Sarawak :
"Itulah u, suka sangat jadi burung hantu. Apapun gambar u seksi. hahahha. Moga cepat sembuh"

Sms lainnya daripada abang aku di Sarawak:
"Kahkahkah. Tak berguru abis le tu.. Spatutnya jalan yang disagat, bukannya bahu & lengan. Apa2pun, selamat berpuasa dan berehat."

Semua ayat2 yang dinyatakan ekoran beberapa sms sebelumnya. Ayat-ayat gurauan setelah aku mula membuka ruang gurauan sms... Idak le nampak parah sangat.

Pagi tadi juga aku menerima panggilan dr sahabat bmaya aku di KL. Terkezut juga aku kerana nombornya berlainan. Terkeluar le suara formal aku di permulaannya sebelum mengetahui sesiapa di talian.

Juga terima kasih kepada sahabat-sahabat maya yang menitipkan di ruangan komen sebagai tanda empathi. Terima kasih semua..

Hari ini aku telah ke Library utk meneruskan urusan-urusan yang tertunggak... Alhamdulillah. Cuma aku hanya menaiki Nissan kerana autogear dan power steering.
Kaki dan tangan kanan bleh relaks. Heheheh.

Continue Reading...

Sep 8, 2009

UPSR : Bukanlah elemen penentu masa depan

Geruh, resah, yakin dan gemuruh saling berganti. Itu proses biasa apabila seseorang pelajar memasuki dewan peperiksaan. Bagi pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2009 pastinya melalui perasaan sebegitu. Itu proses biasa.

Kekadang, sebagai ibu bapa terlebih risau berbanding anak-anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan UPSR hari ini. Guru-guru juga tidak ketinggalan yang resah gelisah memikirkan anak didik mereka yang sedang menjawab kertas peperiksaan hari ini. Ini kerana anak-anak dan anak murid yang menduduki peperiksaan hari ini seperti menduduki ujian-ujian biasa sahaja. Ada juga anak-anak didik yang seumpama ceria tanpa ada terdetik perasaan gemuruh di pagi hari untuk menduduki peperiksaan. Itu semua asam garam demam peperiksaan.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR hari ini semoga anda perlu tenang demi menenangkan anak-anak anda.

Ibu bapa, perlu ketahui bahawa UPSR bukanlah elemen penentu kejayaan anak-anak di masa akan datang. UPSR hanyalah sebagai langkah mula untuk memasuki ke alam yang lebih pancaroba. Waima tersungkur untuk UPSR, masih ada ruang dan peluang untuk bangkit semula dalam mengatur langkah. Namun, apabila UPSR mencatatkan keputusan yang cemerlang, itu hanyalah langkah mula yang lebih teratur dan tersusun untuk amsa depan mereka.

Selamat Menjawab Dengan Tenang

Siap buat tanda peace sebelum ke sekolah pagi tadi. Jawab le sebaik mungkin... Nampak gayanya, soalan untuk hari ini agak mudah. Mudah-mudahan Along dapat buat yang terbaik! Esok tak tau lagi....

p/s : Baru dok explore utk editing gambor warna berlatar belakangkan hitam putih... semunya ada dalam internet

Continue Reading...

Sep 7, 2009

Semut Hitam : Antara perlambangan dan petua

Kebiasaannya tak kira waktu musim panas atau hujan, semut hitam akan berjajaran dalam barisannya bergerak dalam kumpulan. Barisan itu sentiasa tersusun dan mengikut langkah yang di hadapan. Tidak pernah memotong, tidak pernah menindas/memotong orang hadapan atau belakangnya. Cubalah kita perhatikan pergerakan mereka.

Pada pemerhatian aku, sama ada di rumah kampung atau rumah teres, barisan semut hitam ini akan jelas kelihatan waima rumah kita yang sentiasa bersih dan terhindar daripada bertaburan sisa makan di lantai. Apatah lagi jika sememangnya berselerakan sisa makanan atau jajan yang dimakan oleh anak-anak kita bertaburan di atas lantai. Pastinya makhluk ini akan meriah memungut sisa itu sebagai stok makanan mereka untuk di abwa ke sarangnya semula. Manakala, jika rumah flat atau kondominium yang agak tinggi kedudukannya, tak tahu la pulak sebab aku belum pernah ada pengalaman menetap di rumah seperti itu.

Sumber : Internet

Kebiasaannya, sikap dan tingkahlaku manusia seringkali dikaitkan dengan sikap dan sifat semut hitam. Tak kira sewaktu segerombolan semut hitam yang menjalar di dinding atau di lantai atau menjunjung makanan. Sikap semut hitam yang rajin, kuat berusaha, bekerjasama, tak kenal penat-lelah siang dan malam adalah sikap dan tingkahlaku yang sering menjadi perlambangan untuk manusia. Sikap-sikap ini menjadi inspirasi untuk manusia dalam menyatakan perlakuan inisiatif ketika menjalani kehidupan seharian.

Namun demikian, ketahuikah kita bahawa semut hitam adalah alat pengesan banjir yang tepat tanpa sebarang kos diperlukan. Malahan pergerakan semut hitam ini mampu menjadi petanda akan berlaku banjir besar khususnya di musim tengkujuh. Dikatakan pergerakan semut hitam yang bergerak ke suatu tempat yang lebih tinggi misalnya dari dalam rumah, semut-semut hitam ini bergerak ke luar rumah dan memanjat pokok-pokok yang lebih tinggi. Pergerakan mereka dalam barisan yang teratur secara beramai-ramai berserta menjunjung stok makan mereka.

Pendapat dan petua ini adalah berdasarkan pengalaman kendiri seorang penulis yang telah tersiarnya artikel berkaitan hal ini di dalam Berita Minggu( Ahad - 1975). Kini, tulisan berkaitan pengalaman beliau telah disemadikan di alam maya untuk dikongsi dengan semua pembaca. Penulis telah mengukuhkan hal ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri sewaktu kejadian banjir besar tahun 1970 dan awal 1971. Selepas kejadian itu, pergerakan semut-semut hitam ini menjadi petanda bagi mengesahkan petua ini untuk tahun 1972, 1973 dan 1974 untuk fenomena banjir. Sejauhmanakah kebenaran petua ini?

Aku sendiri belum pernah melihat kejadian ini untuk dikaitkan semut hitam sebagai alat pengesan banjir. Bagaimana dengan rakyat Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu?. Kedua-dua negeri ini amat sinonim dengan kejadian banjir setiap tahun apabila tibanya musim tengkujuh. Pernahkah anda melihatnya?

Atau ada pembaca lain yang mengetahui petua-petua lain berkaitan dengan semut hitam ini? Sama-samalah kita kongsi bersama untuk kita.


Continue Reading...

Sep 6, 2009

OKU - Blue Ocean Strategy

Malam tadi, aku membuka laptop setelah pulang dari Majlis Solat Hajat dan Penyampaian Saguhati untuk anak-anak yatim di SK Tanjong Malim. Majlis ini digabungkan sempena UPSR 2009 akan berlangsung minggu hadapan. Setelah on kan laptop, tiba-tiba terpacul sebuah offline messages di yahoo messengger daripada kawan aku. Tiada kata-kata yang ditinggalkan. Cuma diberikan link untuk bacaan aku di sini. Aku membaca beberapa perkara/isu utama dalam link tersebut. Agak menarik, peluang jarang datang berkali-kali. Aku mencari maklumat tambahan untuk mengesahkan maklumat tersebut. Ya, memang benar maklumat itu. Maklumat sebenar ada di sini. Nampak gayanya, aku tertinggal berkaitan maklumat itu. Terima kasih kawanku.

Aku fikir, belum terlewat untuk aku memanfaatkan ruang dan peluang yang ada. Peluang begini bukannya ada untuk semua orang. Ia hanya wujud untuk golongan yang seperti aku saja. Itulah aku bersama kelompok itu. Adakah ini dikatakan Blue Ocean Strategy?

Mana-mana pembaca yang ada ahli keluarga atau diri sendiri, boleh le cuba-cuba memohon biasiswa bagi yang sedang menyambung pengajian sepenuh masa di IPTA dan termasuk dalam kategori ini. Hal ini bukannya mengambil peluang tetapi manfaatkan peluang yang ada. Jika peluang datang berkali-kali, kira bonus. Kan?

Banner yang menarik dan Hiasan Meja Makan

Kini, barulah aku masukkan beberapa rakaman peristiwa berkaitan majlis yang aku hadiri bulan lepas. Baru ada peluang masukkan gambar-gambar ini setelah ada isu yang berkaitan dengan peristiwa tersebut. Peristiwa itu ada di sini dan di sini.


Menarik Gambar Jaguh yang beroda tiga.
Juga ucapan yang disusuli dengan bahasa isyarat.

Biasanya, apabila situasi ini dibualkan sesama rakan-rakan, pastinya ada soalan-soalan rutin yang biasa aku terima. Ye ke? Kat mana? Biasanya hanya keluar jawapan-jawapan standard daripada mulut aku sambil tersenyum untuk menjawab soalan-soalan itu. Kebiasaannya, ramai antara kita telah sedia ada mindset yang rigid apabila menganalisa berkaitan OKU ini. Kebiasaannya membicarakan dari sudut fikizal. Itulah kita antara kita. Itu adalah proses biasa.... kata kawan aku!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Butiran maklumat di laman web KPT, aku pastekan di sini.

BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM

  • Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahaan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini;
  • Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar keistimewaan / kekurangannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana keistimewaan / kekurangannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
  • Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
.

SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

  • Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti.
  • Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.
  • Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN

Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut:

  1. Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
  2. Diploma - 3 tahun
  3. Sarjana Muda - 4 tahun
  4. Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
  5. Sarjana - 2 tahun
  6. Ph.D - 4 tahun

SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU

Syarat-syarat kelayakan elaun khas ini adalah seperti berikut:-

  • Hanya pelajar OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja yang diiktiraf sebagai layak menerima bantuan ini.
  • Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar keistimewaan / kekurangannya semasa melanjutkan pengajiannya, tidak layak menerima elaun ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elaun ini.
  • Kursus yang diikuti hendaklah kursus sepenuh masa sahaja yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh tidak layak menerima elaun ini.

BAYARAN ELAUN KHAS PELAJAR OKU

  • Kadar bayaran elaun khas pelajar OKU adalah sebanyak RM 300.00 sebulan. Walau bagaimanapun, bayaran akan dibuat sekali dalam satu semester berdasarkan kepada dokumen tuntutan lengkap yang diterima (Jumlah bayaran bergantung kepada bilangan bulan dalam semester).
  • Bayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar.
  • Untuk tujuan pembayaran, akaun pelajar hendaklah menggunakan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau CIMB Bank sahaja.

PERMOHONAN / TUNTUTAN

Senarai tuntutan elaun pelajar OKU beserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula melalui Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Semua tuntutan hendaklah dibuat melalui dan disahkan terlebih dahulu oleh pusat pengajian pelajar-pelajar pemohon

Dokumen-dokumen hendaklah mengandungi perkara berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
  2. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  3. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;
  4. Salinan buku akaun Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) atau CIMB Bank sahaja;
  5. Salinan surat tawaran pengajian;
  6. Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) / Program Pendidikan Khas (PPK) KPTM (untuk tuntutan kali pertama);
  7. Borang tuntutan bayaran pelajar OKU (menggunakan format yang disediakan di laman web Kementerian Pengajian Tinggi);
  8. Status pengesahan terkini pelajar (slip pendaftaran setiap semester);
  9. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada).

* Nota:

  • Item (a) – (f) adalah untuk permohonan kali pertama sahaja. Tuntutan pelajar sedia ada atau berikutnya bagi setiap pelajar OKU memadai dengan item (g) – (i) sahaja.
  • Bagi pelajar ijazah lanjutan dalam mod penyelidikan, keputusan peperiksaan boleh digantikan dengan surat pengesahan pengajian dari universiti pada setiap semester.

Download : Borang tuntutan bayaran elaun khas pelajar OKU

Download : Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) / Program Pendidikan Khas (PPK) KPTM

PERMOHONAN / PERTANYAAN

Pelajar-pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di setiap IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti yang mempunyai syarat-syarat di atas boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;

UNIT PINJAMAN DAN BANTUAN KEWANGAN
BAHAGIAN BIASISWA,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH, Presint 2,
62100, PUTRAJAYA

Telefon : 03-8884 4600 / 4606 / 4697
Fax : 03-8884 4701

Emel : unitpinjaman@mohe.gov.my

atau berhubung terus dengan pegawai yang terlibat;

NAMA NO TELEFON E-MAIL
EN. WAN AHMAD HILMAN BIN WAN ADAM
03-8884 4606 hilman@mohe.gov.my
CIK NOORHALYZA BINTI MOHAMMADDIN
03-8884 4697 halyza@mohe.gov.my
EN. MUHAMMAD B. MOHD YUSOF
03-8884 4626 mamatkpt@mohe.gov.my



Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template