***************************************************
Maaf nak bertanya kepada para isteri sekelian.
Siapakah penghibur suami anda ?
Pabila suami pulang dari kerja tentunya dalam keadaan letih fizikal dan mentalnya. Paling tidak ia memerlukan segelas air sebagai penyejuk. Siapakah yang menghulurkan air untuknya ? Ambil sendiri atau kerahkan anak-anak anda ambilkan bagi pihak anda. Atau perintahkan pembantu rumah tuangkan air sejuk dan letakkan atas meja.
Pabila suami anda meletakkan punggungnya untuk merehatkan diri. Siapakah yang menemaninya ? TV diruang tamu atau ikan-ikan dalam akuarium ? Dimanakah anda ? Sibuk bersembang dengan jiran atau melayan siri TV yang anda tidak mahu ketinggalan.
Pabila suami masuk ke bilik menukar pakaian siapakah menemaninya ? Gambar-gambar anda di meja solek dan potret pemandangan di dinding.
Pabila suami merebahkan diri dikatil sebelum melelapkan mata dimanakah anda ? Sibuk di depan TV melayan persembahan realiti. Atau di dapur mengemas serta membasuh itu ini.
Pabila suami mula melelapkan mata siapa disampingnya ? Bantal peluk dan siling pengganti anda yang masih merenung kaca TV.
Bila suami anda masih tidak pulang ke rumah walaupun sudah jam 10 malam, dimanakah dia? Di kolam memancing ? Di warung mamak ? Di pusat karaoke ?
Bila anda sudah hampir mahu melelapkan mata dimanakah suami anda ? Masihkah dia diluar ? Atau didalam rumah melayan ruang sembang di internet ?
Siapakah penghibur suami anda ?
TV ? Ikan di kolam pancing ? Senarai lagu di pusat karaoke ? Atau wanita-wanita yang menjadi pengganti anda sebagai penghibur suami anda ?
Siapa penunduk nafsu suami anda ? TV? Ikan ? Kawan-kawan ? GRO ? Gadis-gadis di internet ?
Mengapa bukan anda ?
********************************************
Sumber : DrCinta
13 Coretan Lain:
Cikgu Azlan..jika isteri seorang surirumah tangga seperti saya mungkin patut kot melayan suami macam disarankan artikel di atas. Tapi bagi isteri yang berkerja, suami kena memahami..isteri dah berkorban untuk sama-sama mencari rezeki..(zaman sekarang ni kerja sorang tak cukup lebih2 yang hidup di bandar besar spt KL)..balik dari ofis sama-sama penat dan letih...Bila sampai di rumah, suami dah boleh berehat depan tv, di mana isteri? Masuk ke dapur, melayan anak2 dan banyak lagi kerja yang perlu dibereskan lebih2 lagi bila tiada pembantu. Jika boleh isteri ingin bersama-sama suami depan tv tapi masalahnya sekarang, jika isteri buat macam tu...tak makan malam la jawabnya. Larat ke nak beli makanan setiap hari dari luar? Jika ingin dilayan isteri, mengapa tidak suami sama-sama masuk dapur tolong apa yang patut... Kawan saya pernah mengadu dengan linangan airmata...Suami tak peduli langsung bab2 housework tapi bila isteri nak berhenti kerja jadi fultime housewife supaya dapat melayan suami dgn baik, suami tak bagi la pulak dengan alasan..tak cukup perbelanjaan jika suami kerja sorang. Saya rasa ramai isteri2 di luar sana kalau boleh ingin berkepit dengan suami..melayan suami dari hujung rambut hingga hujung kaki tapi tuntutan situasi sekarang yang membuatkan mereka tak mampu melayan 100%. Jauh di sudut hati, akan timbul rasa bersalah tapi dah terpaksa..jadi suami kena memahami.. Kalau ingin dilayan, libatkan diri dalam housework..sama-sama di dapur..sama-sama lipat kain..dan bila kerja siap bolehla sama-sama menonton tv atau sama-sama tidur sementelah isteri pun sama-sama mencari rezeki untuk keluarga.
balik kerja sama-sama, sakit jiwa sama juga sebab kehidupan di kl sangat menyakitkan jiwa dan raga, letih pun sama-sama, in exceptional cases, adakalanya si isteri menanggung lebih dari suami, and yet dia still kena layan and layan and layan, adakah contribution sang isteri itu diremehkan? oops!
jgn cakap di kl sahaja, sedangkan saya yang dok di kawasan akmpung pun memerlukan untuk kedua2nya bekerja. tuntutan kehidupan emmerlukan kedua2nya bekerja. kalau tak, alamatnya tak berasaplah dapur tu.
setuju dengan Tirana, kalau suami nak kita sebagai isteri melayan dia, die pun kenalah juga bertolak ansur sebagai suami untuk melayan kerenah kita sebagai isteri.
Sangat setuju dgn semua komen di atas.sama2 kerja, bila balik rumah, ramai suami goyang kaki dan isteri terus bekerja hingga terlelap mata.
wahai cekgu azlan ...
wah ! artikel yang best utk si suami kann.. kann
membuatkan kaum suami a.k.a adam tersenyum hensem and gelak jantan . mengangguk benar tanda kebenaran .
Terlalu banyak TANDA SOAL .
Masaalahnya bukan pada persoalan tetapi pada SITUASI dan KEADAAN .
:: salam...
:: berapa ramai di kalangan para suami yang mensyukuri akan khidmat bakti yang telah disumbangkan oleh isteri masing2... walaupun sama2 saling membantu dan membahu demi kelangsungan sebuah keluarga bahagia...??
setuju dgn pak ngah..tugas isteri tak pernah beres melainkan bila mata sudah tertutup.. :(
tapi berapa kerat suami yg menghargai seorg isteri ibu kpd anak2 nyer sendiri..
apapun ALLAH telah memilih wanita utk diberi ganjaran diakhirat sana hanya kerana berbakti dgn taat kpd seorg suami.
bro..huby combi sgt berbeza seperti ape yg dr cinta katakan sbb dia tidak pernah meminta sesuatu diluar kemampuan serta sgt practical..syukur alhamdulilah.
To Tirana:
Tkasih atas komen tirana. Panjang dan lebar serta sejelas-jelas contoh yang diberi.
Malangnya, ramai lagi suami antara suami2 yang ada belum mengerti perihal itu pabila EGO menguasai diri. Ingin menjadi RAJA di rumah.. Atau mungkin tak reti dan tak ada pengalaman sejak kecil utnuk mengurus rumah.. mungkin juga ya?
To Maksu:
Memang betul tu Maksu,kekadang si isteri lebih penat daripada si suami tetapi si suami masih inginkan belaian isteri... sapa plak nak layan isteri ek? Jenuh tu...
To adnieyl achan:
Benar sungguh apa yang adnieyl achan perkatakan. Di bandar mahupun di kampung, sama saja berkaitan hidup dan kehidupan..
Malangnya masih ada suami2 yang tak reti2 nak paham. Jika si isteri mula menyebut tentang kepenatan dan keletihannya, bukannya si suami reti nak bantu2 apa yang patut. Idak pun, tolong le picit2kan badan atau kaki..kan? Ini, asyik nak diusap2 jer...jenuh tu..kan?
To Cikgu Panji:
Jenuh juga bila ada suami yang macam tu ek.. Bila si isteri tertidur kerana keletihan, pandai2 pula si suami katakan isterinya pemalas.. macam mana pulak tu?
Kekadang ada juga si isteri terus tidur kerana mmg malas..betul ke?
To PakNgah:
Rasanya kajian tentang hal bantuan si suami di dapur utk memudahkan kerja si isteri, belum pernah dibaca lagi..
Memang ada si suami yang memahami dan bersyukur juga ada yang sebaliknya. Cuma data saja yang belum pernah diketahui...
Ada jumlahnya ke PakNgah?
To Linda:
Ada suami yang mungkin tersnyum dan mungkin juga ada yang berkerut dahi.. Masing2 punya tafsiran sendiri bila baca enti ini. Itu kita tak tahu kenapa reaksi mereka sebegitu..kan?
Kekadang, perihal situasi adalah tafsiran yang subjektif. Mungkin si isteri memerlukan bantuan di dapur, ketika itu juga si suami ingin dibelai dan dimanjakan.. Faham-memahami dan empati memainkan peranan.
Itulah nilai kasih-sayang yang tak dapat diterjemahkan..
Post a Comment