Jul 5, 2009

Selamat datang ke dunia blogger

Malam tadi, aku keluar awal dari rumah. Jam 8.45 malam, aku mula menghidupkan enjin Mira660 - turbo. Jam 9.00 malam, aku mula bertemu sahabat baru aku di EasyCafe, Tanjong Malim. Pertemuan ini adalah kali pertama untuk aku ketemu dengannya. Sebelum ini, kadang-kala aku bertemu dengannya jika ada sebarang urusan perihal anak-anak. Juga aku ketemu dengannya di bilik kuliah setiap hujung minggu. Kali ini aku ketemu dengannya atas urusan sahabat dan rakan seperjuangan dalam mengharungi dunia pengajian.

Awalnya, kami berbual urusan thesis yang akan beliau garapkan. Beberapa panduan dan tektikal telah diterjemahkan melalui hasil perbincangan. Blog pengajian aku juga telah aku perkenalkan kerana ada ruang-ruang tertentu dalam blog itu untuk dijadikan panduan (sesiapa yang explore, akan ketemuinya).

Setelah selesai urusan pengajian, aku buka ruang bicara berkaitan blog. Beliau seorang yang komited dengan ilmu baru iaitu ICT. Orang lama mempunyai pandangan tersendiri. Namun, kepesatan ICT membuatkan orang lama juga teruja untuk meneroka ruang itu. Bagi aku, BELAJAR adalah satu proses. Kesilapan dan kekhilafan adalah pemangkin hala tuju. Pemangkin itulah membuatkan kita terus bergerak atau u-turn atau berhenti terus daripada terus melangkah ke hadapan. Itu bergantung pada diri kita sendiri. Perlulah kita menjadi tuan pada minda dan emosi kita sendiri walau dalam apa jua yang kita lalui....Kewarasan minda sangat perlu dan usah sesekali, emosi mempengaruhi minda kita...

Oleh itu, sahabat baru aku mula meneroka dengan memulakan langkah untuk menjadi seorang blogger seperti kalian. Tahniah untuknya. Beberapa rangsangan telah diberikan untuk beliau melonjak agar terus membuat keputusan spontan dalam terjun ke dunia blogger. Khususnya aku perkenalkan blog anak-anak aku. Tahniah sekali lagi untuknya.

Cetusan nama blognya adalah penjanaan idea secara spontan setelah diberikan contoh-contoh di dunia maya. ILHAMTIBA, itulah idea yang terpacul dari mulutnya. Sangat menarik setelah dilihat melalui sudut positif dan telah diterimapakai olehnya. Tahniah sekali lagi. Teruskan berkarya...

* Ini salah satu langkah promosi blognya. Heheheh.

************************
Ketika blog ini dipublish, tentunya aku sedang berada dalam makmal IPS untuk ikuti kursus Analisis Data (SPSS) untuk kedua kalinya, sama seperti semester lepas. Maklum le, orang tua-tua belajar...lambat masuk kepala.. hehehe.

4 Coretan Lain:

Tirana on 7/05/2009 8:25 AM said...

Semakin hari semakin ramai pengguna blogger. Mudah-mudahan kita tidak tersalah guna blogger untuk tujuan yang tidak elok.

P/S nanti sat nak pi jenguk blog kawan cikgu Azlan..hehehe

ONE ZABA on 7/05/2009 8:58 AM said...

kalau kat koperasi guru dah dapat hadiah ni. hadiah cari ahli baru.

azlanlin on 7/05/2009 2:08 PM said...

To Tirana:

Itulah kawan baru, GB sekolah anak saya..

azlanlin on 7/05/2009 2:10 PM said...

To Onezaba:

Kalu kat blog, dapat apa ek?

Kiranya, sekadar memberi ilmu untuk dipanjang-panjangkan. Bergantung pada tuan diri untuk memanfaatkannya saja... Juga untuk menguji ingatan kita sama ada ingat atau tidak tentang ilmu yang nak diperturunkan..tak gitu?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template