Jul 28, 2009

Pilihan Hati : Sanubari @ Nurani

Kalau kita berkata tentang hati, kadangkala kita naik rimas, kenapa?… kerana terlalu banyak istilah yang menyangkut dengan hati. Seperti baik hati, hati mulia, hati suci, hati pemurah dan tidak kurang pula lawannya seperti hati busuk, hati berdendam, hati khianat dan sebagainya.

Secara kasarnya sifat-sifat hati adalah positif dan hati negatif, … hati positif yang bersifat atau berkiblatkan langit manakala hati negatif, yang berkiblatkan dunia atau bumi.

Hati yang manakah yang boleh kita buat panduan atau ikuti nasihatnya,…., sudah pasti hati positif, tapi bagaimanakah kita hendak mengetahui bilakah itu hati itu bersifat positif atau bersifat negatif.

Secara amnya hati itu adalah …. Hati Sanubari dan Hati Nurani.

Hati Sanubari bersifat negatif,
… seperti gundah- gulana, risau, tergesa-gesa, berdendam dan sebagainya, … jikalau sifat-sifat negatif ini ada, … jadi jangannlah mengikut nasihat hati itu, …kerana ia akan membawa kepada kemusnahan dan kekecewaan. Hati ini berkiblatkan dunia, nafsu dan syaitan.

Hati Nurani pula,
....adalah hati yang telah disinari cahaya Ruh, ia bersifat tenang, hening, tenteram, damai dan secara kasarnya bersifat positif, ..hati yang semacam inilah yang perlu diikuti apabila ia memberikan nasihat, …. nasihatnya dalam bentuk ilham, gerak hati, intuisi dan sebagainya. Hati ini berkiblatkan Ruh dan penciptanya, sudah pasti Allah. Ikutilah hati ini apabila ia memberikan nasihat, pasti bermanfaat dan mensucikan.

Maka oleh itu,… hati-hatilah jangan tersalah pilih…

Salam ……

Sumber : Hajirikhusyuk Wordpress

************************************


0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template