Jul 14, 2009

Di mana posisi kita?

Apabila seseorang individu bersetuju untuk berkahwin, ini bererti individu terbabit sama ada lelaki atau wanita, telah bersedia untuk mengkompromikan status independentnya dan melangkah masuk ke alam perkahwinan yang bersifat interdependent. Situasi ini adakalanya tidak difahami oleh sesetengah pasangan suami isteri bahawa mereka adalah saling perlu memerlukan.

Pengurusan perhubungan yang bersifat interdependent inilah yang banyak menentukan pencapaian matlamat awal mereka untuk mendirikan rumahtangga, iaitu untuk mengecapi kebahagiaan berterusan sepanjang hidup bersama.

Hubungan suami isteri adalah ibarat aur dengan tebing di mana kedua-dua pihak perlu saling memberi dan menerima bantuan dan sokongan secara dua hala dan berhemah. Oleh yang demikian, adalah penting untuk pasangan suami isteri mengamalkan corak bantuan dan sokongan yang baik, yang boleh menautkan lagi hubungan kasih sayang yang merupakan inti utama kebahagiaan.

Berikut adalah empat senario untuk direnungi akan kualiti perhubungan yang terhasil :



Senario pertama:

Seseorang isteri tahu akan keperluan suaminya dan tanpa diminta keperluan dipenuhi secara ikhlas dan begitu juga sebaliknya.

Senario kedua:
Seseorang isteri tahu akan keperluan suaminya dan apabila diminta keperluan dipenuhi dan begitu juga sebaliknya.

Senario ketiga:
Seseorang isteri tidak tahu keperluan suaminya dan apabila diberitahu dan diminta keperluan dipenuhi dan begitu juga sebaliknya.

Senario keempat:
Seseorang isteri tidak tahu keperluan suaminya dan apabila diberitahu dan diminta pun keperluan tidak diendahkan dan begitu juga sebaliknya.

Akhirnya, berbalik semula kita tentang di manakah posisi kita?

Inilah hasil dapatan kajian tentang keperluan memilih pasangan mengikut kaum di Malaysia. Gambaran ini sekadar pendapat responden yang dipilih dan diselaraskan untuk mewakili seluruh penduduk di Malaysia.. Lihatlah ranking kedudukan mengikut kaum....

4 Coretan Lain:

Unknown on 7/14/2009 11:51 AM said...

errr... sedar tak sedar, dah berbelas tahun berkongsi hidup dgn mem besar... dan hingga kini terus menghidupkan 'api cinta'... ewahhh!

Pak Ngah: on 7/16/2009 7:30 AM said...

:: salam... bagaimana ye apabila setiap perkataan "isteri" diganti dengan "suami" dan perkataan "suami" dalam entri tu diganti dengan "isteri"...???

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Syukur banyak pada Allah, walaupun dah 33 tahun hidup bersama, nampaknya kasih sayang dan cinta masih hangat walaupun badan akak dah tak macam norkumalasari lagi.

Sekarang saling sapu2 minyak anginlah pulak.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template