Jul 8, 2009

Kita antara kita...

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.


Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agarberjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju..

Sumber : Tmn2Syurga (Suriati Kamaruddin)

****************************************

Kekadang, dalam kehidupan ini kita antara kita enggan belajar sesuatu daripada orang lain kerana sering merasakan kita 'lebih bijak' daripada orang lain. Kita juga sering merasakan apa yang orang lain lakukan kurang tepat tindakan mereka itu.

Setiap kejadian ada hikmahnya. Bergantung pada perspektif diri kita untuk menilai sesuatu kejadian. Misalnya kejadian bunuh-membunuh seawal kewujudan manusia iaitu Habil dan Qabil. Pembunuhan ini berlaku kerana perasaan irihati. Akhirnya terperangkap dalam emosi penyesalan yang bercelaru.
Melalui kejadian inilah, pelbagai konsep moral yang boleh kita ketemui. Pastinya, aku hanya ingin sampaikan berkaitan 'konsep peniruan'. (Teori Bandura - pendekatan psikologi utk konsep peniruan). Sedangkan segala ilmu ada dlm Al-Quran..perlu dicari gali dan adaptasi mengikut kesesuaian zaman.

Konsep 'peniruan' sesuatu yang baik adalah yang terbaik. Jika kita renungkan, konsep peniruan ini adalah konsep asas kehidupan manusia. Bagaimana Qabil hendak mengebumikan Habil yang dibunuhnya. Akhirnya, Qabil melihat kejadian burung gagak yang menanam bangkai burung gagak lain setelah mati akibat pergaduhan yang berlaku.

Konsep peniruan inilah yang ingin disampaikan melalui cerita ketam Cina dan ketam Melayu seperti di atas. Terpulang kepada minda kita untuk melihat cerita ketam atau Habil dan Qabil sama ada bersifat positif atau negatif. Segala tindakan kita adalah dijanakan oleh minda, emosi dan nafsu kita. Terpulang pada diri kita untuk apa yg nak ditiru...Baik atau buruk, kita tentukan. Fikir-fikirkanlah....

3 Coretan Lain:

yuhazlina on 7/08/2009 10:34 PM said...

Itulah Melayu. Kadang kala ia tidak boleh berubah dalam sekelip mata dan kadang kala tidak berubah langsung.Perasaan hasad dengki sentiasa ada dalam diri.Jadi, sentiasa bermuhasabah diri supaya kita Melayu tidak pernah lupa asal-usul kita. Jangan biarkan diri kita di pengaruhi oleh anasir-anasir luar dan jangan jadi seperti ketam Melayu.Jadilah ketam yang pelbagai seperti ketam batu, ketam nipah dan lain-lain...

Chenta on 7/08/2009 11:15 PM said...

Cekgu ...

kalau dah namanya KETAM . memang tak boleh diubah . Sebab itulah orang-orang dahulu yang bijak pandai, yang sangat pandai and terlalu pandai ada mengatakan ..

"Seperti Ketam mengajar anaknya berjalan "

Konsep cerita tersebut yang mengatakan Ketam Cina dan Ketam Melayu sememangnya SAMA.

Ketam Cina memang takkan meninggalkan sahabat handai rakan taulan , tetapi ia akan semakin berkuasa dan sangat berkuasa hingga membuka peluang untuk menindas jenis Ketam yang lainnya .

Manakala Ketam Melayu . Memang tidak boleh dipercayai , itu bukan salah dia . Sebab.... MELAYU MUDAH LUPA !

Anonymous said...

Salam ziarah azlan.

Seronok baca kisah ketam.

Sedihnya ketam melayu kan. Bilalah ketam tu nak berubah jadi macam ketam cina. Hasad pada yang baik2 saja.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template