Jan 23, 2009

Mengawal Emosi

Asmkm dan salam sejahtera..

Salam ceria dan salam hebat luar biasa..

Ramai orang tidak tahu mengawal emosi. Emosi, merupakan sesuatu yang boleh dikawal dan ia sebenarnya berkait rapat dengan minda serta fizikal kita.

Sebenarnya, dalam semua keadaan, kita sentiasa ada dua pilihan.

Pilihan pertama, pilih untuk menjadi gembira. Pilihan kedua, pilih untuk menjadi yang sebaliknya, berduka dan tertekan.

Kita seringkali ada dua pilihan, pilihan yang positif dan pilihan yang negatif.

Kita seringkali gagal mengawal emosi, kerana kita gagal memilih untuk menjadi seorang yang tahu mengawal emosi danbertindak positif dalam semua keadaan. Semua emosi ini kita yang menciptanya.



Ia dipengaruhi oleh komunikasi kita pada diri kita dan respon minda kita terhadap semua apa yang berlaku di sekeliling kita. Untuk mengawal emosi Anda, pilih untuk menjadi seorang yang bertindak secara positif, berfikir positif, fikir sebelum buat dan bertenang setiap masa.

Latih diri untuk mengawal emosi dengan berlaku tegas pada diri sendiri. Beritahu minda Anda seorang yang pandai mengawal emosi.

Bila Anda buat begini, Anda memberi arahan pada neuron di dalam otak Anda untuk mencipta sistem kepercayaan yang Anda mampu mengawal emosi diri sendiri.

Jangan biarkan Anda dikawal emosi, sepatutnya Anda yang mengawal emosi.

Sumber : Shueqry

*************************
Komen aku:

Bagaimana kita mengawal emosi. Khususnya dalam keada resah, gelisah dan tidak tenteram. Aku membicarakan sudut sosial, bukanlah di sudut agama.

Jika kita perhatikan sekeliling, kebiasaannya orang yang berada dalam "serangan emosi ", akan menjadi pendiam, matanya rudup, mukanya tidak ceria, cara duduknya yang lemah. Postur badan mereka akan jelas kelihatan seperti orang yang tidak bersemangat. Tanda-tanda ini jelas kelihatan.

Oleh itu, kita harus keluar dari situasi yang membungkam. Lakukan perkara yang kita suka. Ketepikan minda yang memikirkan isu sedih itu. Bangkit dan fokuskan minda untuk melakukan perkara-perkara yang kita minat! Bersenam...mendengar muzik...memasak...ronda2. Kalu aku, naik ChintaHati!!! Hehehhe

Kekuatan dalaman untuk menguasai minda amat penting. Jadilah TUAN pada MINDA dan DIRI SENDIRI! ~ Itulah motto Warna-warni Kehidupan!

Ayuh Bangkit! Ayuh Bangkit! Ayuh Bangkit!

14 Coretan Lain:

Mak Su on 1/23/2009 10:13 AM said...

yezza.. we can do it

azlanlin on 1/23/2009 10:29 AM said...

To Mak Su:

Yup..mmg kena lakukannya..juga sesama kita senantiasa dlm keadaan ceria.. Itu yang kita pamerkan..tetapi.. lu pikir la sendiri!!! Heheh

*SiRibenMerah on 1/23/2009 11:03 AM said...

hehehe.. I pilih untuk bersuka ria..emosi yg sbenar tersembunyi di sebalik senyuman...
wahhhhhhhhhhh~ mcm misteri je diri ini.. hikhikhik =P~

azlanlin on 1/23/2009 11:20 AM said...

To SiRibenMerah:


Itulah kita sebagai manusia. Seorang pelakon hebat di pentas dunia. Mempamerkan apa yang org lain nak tengok sedangkan...Itulah kita di kalangan kita!!!

Maka, pasangan kitalah tempat kita melepaskan segala emosi yang membungkam. Oleh itu, pastikan pasangan kita adalah mampu menjadi pendengar yang setia...bukan menambah duka lagi. Hehehhe

Eh...ko ada ke pasangan? Hehehhe Sorry ek!!!

Tirana on 1/23/2009 11:45 AM said...

Cikgu Azlan..

Seronok baca tentang emosi.. Kenapa orang zaman sekarang ni payah sangat nak kawal emosi especially emosi baran. Pantang silap sikit..huiiii..sakan melentingnya.. Mungkin juga kita tidak memberi penekanan tentang pendidikan emosi..mungkin jugak disebabkan oleh permakanan kita yang banyak bercampur aduk dengan bahan-bahan kimia dan mungkin jugak disebabkan perubahan iklim dunia (global warming) yang ketara sekarang ni...

AnnDee on 1/23/2009 1:23 PM said...

something nice to ponder!! saya adalah seorang yang SELALU bermain dengan emosi kerana sudah tugas begitu.. so, saya rasa, dalam kebanyakkan keadaan, saya berjaya memanipulasi emosi dan bukan emosi yang manipulasi saya..

saya akan tulis lebih detail mcm mana cara saya mainkan/kawal emosi dalam blog saya soon.. :)

Unknown on 1/23/2009 2:23 PM said...

isu yang amat akademik..IQ + EQ...dan sekarang ESQ dan ada lagi IPSQ....

pastinya semua tu adalah kajian demi kajian untuk mempastikan kita berada ditempt yg betul....

Sulamankasihabadi on 1/23/2009 5:06 PM said...

org yg x de emosi tu x normal..
n
org yg x boleh kawal emosi pon x normal..

hehehe...so pandai2 la

selamat bercuti :)

PakTeh on 1/23/2009 9:19 PM said...

very good post, and interesting one. actually, no life experiences without emotion. we just need learn how to manage it, play with it, and handle it nicely in various situations. yes, failure in managing our own emotion will bring hazardous impact.

azlanlin on 1/24/2009 1:23 AM said...

To Tirana:

Pembelajaran emosi..tiada secara khusus. Mengurus emosi ni brgantung pada diri sendiri.

Usah pelik, wpun seseorang yang dah belajar dan membaca buku-buku tentang itu..masih gagal mengawal emosi.

Individu gagal mengawal emosi adalah kerana "terlalu" bermain dengan persepsi sendiri setelah mengalami sesuatu situasi yang kurang menyelesakan. Itu kebiasaannya.. Persepsi kita sendiri yang mengakibatkan kita menjadi makin mandom!!!

Baran, umpama api yang disimbah minyak tanah.. makin marak!! Gitu le dengan baran, kegagalan mengawal kerana ada isu lain yang makin menyimbahkan barannya. Malah, sabornya gagal mengawal api kemarahan..

Pernah tak kita cuba minum ENO untuk menghilangkan kepanasan seluruh badan????

azlanlin on 1/24/2009 1:24 AM said...

To Anndee72:

Saya masih menunggu hingga saat ini posting baru tentang minat anndee sendiri. Tentunya beshhhh kan???? Bila le gamaknya...

azlanlin on 1/24/2009 1:26 AM said...

To Jinggo:

Tempat yang betul, bukannya mudah.. Kekadang kita memikirkan dan mengandaikan tempat itu adalah BETUL tetapi jika alamai sendiri...masih tidak BETUL seperti yang diandaikan.. BETULkah kita? Dah kena serangan emosi lagii...nak kena belajor di Kem Eco_kid nii..boleh bro??

azlanlin on 1/24/2009 1:27 AM said...

To Ujie:

Bab itu yang saya belum pandai-pandai lagi ujie.. Nak kena belajor dgn brader Jinggo nih...boleh bro?

azlanlin on 1/24/2009 1:29 AM said...

Duduk dalam mangkuk situasi amat berbeza dengan memandang dari luar mangkuk PakTeh... Jenuh jugak tu... waduhhh pak!!!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template