Oct 13, 2008

Refreshing .. Plan Pembangunan 2008

Malam ini aku dan krew aku bincang lagi. Merancakkan apa yang direncanakan. Moga-moga, plan untuk tahun ini tercapai. Malam ini dipilih kerana kakitangan Jitu Auto baru balik dari bercuti di Pulau Tioman. Bagi mereka benar-benar berehat dan bersantai. Selepas ini, setiap hari mereka akan bermain dengan masalah dan menyelesaikannya.

Kami bergerak ke Rest House Kluang. "Dah lama tak ke sini?" kata Si Julie. Waiter lembut yang meliut tangannya sambil menguntum senyuman. Suaranya aje yang macho. Hahaha.. Menarik! Memang meja lama dulu jugak jadi parking kami.

Setakat ini, plan pembangunan sepanjang 2008 tercapai! Pagar, peluasan kawasan operasi, ruang rehat untuk pelanggan, sistem pengkomputeran dan pengkeranian semakin terancang dan tersusun rapi. Insyaallah, sistem internet dan wireless akan dilaksanakan dalam tahun ini juga. Maka pelanggan aku akan dapat acces internet sewaktu menunggu kenderaan mereka! Wow! Salah sorang krew Jitu Auto akan kendalikan forum dalam laman web Jitu Auto berkaitan pembaikan kenderaan. Itupun jika mereka berkesempatan. Insyallah, itu adalah visi yang aku letakkan untuk krew aku laksanakan.

Visi terbaru, jika aku berjaya untuk tidak mengajar selama 2 tahun, segala perlaksanaan dan membuat keputusan operasi dan pengurusan, aku serahkan kepada krew aku. Aku dah mula minta mereka buat keputusan sendiri dalam melaksanakan perancangan. Aku cuma menantikan report dan memberi sedikit komen dan pandangan. Impian peribadi aku ialah, aku berjaya mewujudkan 2 orang usahawan berkaitan bengkel dalam keluarga aku sendiri dan dilaksanakan oleh orang yang aku amanahkan. Juga, dalam tempoh 2 tahun lagi, sebuah cawangan akan wujud dan lokasi belum diketahui. Apa-apa pun, itulah perancangan kita. Yang menentukan dan mengizinkan ialah Allah SWT.

Dalam perbualan kosong dengan krew, aku dapat pengalaman baru. Perbezaan mentaliti dalam masyarakat kita. Itulah kita di kalangan kita. Mentaliti makan gaji amat berbeza dengan mentaliti orang berniaga. Itu hakikat! Orang (makan gaji [kakitangan awam]- menerima gaji setiap bulan) kurang memikirkan dari sudut visi dan misi dalam menuju ke arah tersebut. Bagi yang dah bergaji besar, mungkin terlalu selesa dalam mengharungi hidup. Kelompok ini amat sukar menghadapi risiko dan terancam akan kehidupan mereka. Maklumlah, sudah terbiasa dengan mudah.

Berbeza pula dengan orang (berniaga - untung nasib bergantung pada perniagaan sendiri) yang terpaksa hidup dalam keadaan berhati-hati dan tidak terlalu bermewah. Jatuh dan bangun dalam perniagaan sentiasa dalam minda mereka. Maka segala risiko dan zaman kejatuhan akan kunjung tiba pada bila-bila masa sahaja jika terleka dan perlu sedia menghadapinya. Senyum mesti sentiasa di bibir!

8 Coretan Lain:

azza_irah on 10/14/2008 6:16 AM said...

salam cikgu...
reply utk komen cikgu-tahan je gurauan asl tak mengusik n menyinggung hati ..

Brahim Nyior on 10/14/2008 7:23 AM said...

Ok sahabat, teruskan usaha. Moga Auto Jitu terus berkembang, seiring dengan wawasan pemiliknya

Mak Su on 10/14/2008 5:09 PM said...

sgt berbeza juga mentaliti para-para pempuan yang bekerja dan bergaul dengan pelbagai golongan masarakat dibandingkan dengan pempuan2 yang tak bekerja, sangat susah nak beramahtamah dengan dorang, sebenarnya..., minda agak sikit terkebelakang :(

oops (mgkn lebih salah kepada saya sebab tak baca expectation)

Unknown on 10/15/2008 11:23 AM said...

...saya suka ayat menteliti orang makan gaji VC menteliti orang berniaga.memang lain cgu - apa2 pun saya ucap tahniah - nak berniaga ni mesti ' bakar jambatan ' dulu.....sebab perniagaan lebih kepada
' bagaimana untuk menjual ' - dan untuk orang beli - kita mesti ada skill untuk mempengaruhi.....

^aNgRiAni^ on 10/15/2008 3:18 PM said...

semoga apa yg dirancang tu terlaksana dengan jayanya

XD
Camat hari raya :D

echah_syed on 10/15/2008 11:11 PM said...

org mkn gaji mcm kita sgt menghargai kemakmuran compared ngn org berniaga yg asik nak kutuk gomen bila tak dpt tender kuikuikui :p

asik2 gomen yg salah..dorang lupe rezeki kita yg diatas redha bila kita berusaha & memohon,berdoa padanyerr.. :)

CikguSepajo on 10/16/2008 8:06 AM said...

Cikgu ni masih mengajar ke dah berhenti. Kalau masih mengajar, tugas hakiki jangan lupa. kalau niaga full-time, tahniah semoga berjaya

Jie on 10/16/2008 10:26 AM said...

Berbeza pula dengan orang (berniaga - untung nasib bergantung pada perniagaan sendiri) yang terpaksa hidup dalam keadaan berhati-hati dan tidak terlalu bermewah. Jatuh dan bangun dalam perniagaan sentiasa dalam minda mereka. Maka segala risiko dan zaman kejatuhan akan kunjung tiba pada bila-bila masa sahaja jika terleka dan perlu sedia menghadapinya. Senyum mesti sentiasa di bibir!

Inilah cabaran, berjaya atas usaha lebih manis dan lebih dihargai - kita memandang sesuatu itu dari berbagai sudut.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template