Oct 23, 2008

MENCARI vs MENJADI

Apakah pula tajuk entri kali ini. Suka-suka dia jer apa yang nak ditulis, kan? Sekali dibaca macam mudah tetapi diulang baca, apa pulak maknanya.. Itulah kita kerana kita memiliki kuasa persepsi.. Heheheh.

Siang tadi, aku dimaklumkan melalui sms oleh sahabat aku di seberang laut bahawa dia tertarik konsep SAHABAT SEJATI seperti yang digarapkan oleh sdra Zul. Apabila dibaca tentang entri tu, bagi aku, ramai antara kita yang sebegitu. MENCARI! Mencari dan terus mencari.. KENAPA BEGITU?

Dalam proses MENCARI itu, kita akan memilih orang yang memiliki sifat dan sikap yang sama atau hampir sama dengan kita (homofili). Adakah kita seorang YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI? Walaupun dalam persamaan tersebut akan ada juga sikap dan sifat yang berbeza dengan karektor kita. Kekadang, kerana perbezaan sikap dan sifat itulah, kita merasakan bahawa kita 'ditikam dari belakang'.

Mudah sungguh kita melabelkan orang! Kita melabel kerana berpandukan persepsi dan perasaan kita. Kita tidak mengetahui keadaan sebenar kenapa sahabat kita melakukan sedemikian. Malahan, kita sendiri tidak bertanyakan secara berdepan. Keadaan ini membuatkan seolah-olah kita tidak dapat menerima seseorang itu dengan sepenuh hati. Ketahuilah bahawa itulah mereka. Itulah sikap dan sifat mereka.

Gambar hiasan: Walau berbeza, tetap mesra!

Aku juga tertarik dengan satu komen daripada AASSHH:

SATU KUPASAN YANG AGAK MENARIK….TAPI PERNAHKAH KITA TERFIKIR DARI SUDUT INSAN YANG TELAH MENGABDIKAN DIRINYA SEBAGAI SAHABAT SEJATI KEPADA ORANG LAIN?APA KETIDAKBERUNTUNGANYA MENJADI SAHABAT SEJATI UNTUK ORANG?THINK OF IT…

Oleh kerana komen inilah, aku buatkan entri yang bertajuk MENCARI vs MENJADI. Pernahkah terfikir oleh minda kita bahawa lebih mudahnya MENJADI daripada MENCARI?

Kita akan mampu MENJADI sahabat sejati apabila kita mampu menerima seadanya sifat dan sikap sahabat kita kerana itulah mereka! Sanggupkah kita bersusah-payah untuk mereka semata-mata untuk MENJADI?

Ketuk kepala, tanya minda! Bagi aku, selagi kita MENCARI, selagi itulah kita sebagai seorang yang pasif iaitu "sebagai penerima yang hebat". Sebaliknya, jika kita MENJADI, maka kita adalah seorang yang aktif iaitu "sebagai pemberi yang hebat". Di manakah kedudukan kita?

Apa kata anda?

14 Coretan Lain:

azza_irah on 10/24/2008 12:36 AM said...

tahniah cikgu..

mendalam dan banyak perkaitan..
bersahabat dan menjadi sahabat..
menerima dan memberi..

azlanlin on 10/24/2008 1:01 AM said...

To Azza:

Tkasih dan TAHNIAH juga utk Azza kerana berjaya menjadi JAUHARI... MANIKAM juga yang mencari..kan?

Brahim Nyior on 10/24/2008 2:19 AM said...

Bro Azlan, ada orang hanya boleh jadi rakan masa ketawa, tapi banyak yang tak sudi menangis bersama..

Kala gelap memasang dupa
dupa dibeli di pekan lama
Rakan ketawa mudah dijumpa
Mengapa menangis tidak bersama?

Mudah, tiada keikhlasan.

Cg Azie on 10/24/2008 7:52 AM said...

sekali aku cari..aku jumpa ko terus menjadi hahhaha
Kan aku tak pernah berubah hati dengan ko daklan!!

kita serasi...lan...oh lan!!!!
hahhahha...sejak azali aku syok menyakat ko!!!tak tau kenapa...aku happy bila kita berbual kalau tak diiringi ketawa tak sah..

hahhah ku bocorkan rahsia kita padan muka!!

Cg Azie on 10/24/2008 7:54 AM said...

Lan..haku 1st taim dgr suara ko haku rasa macam suara orang besar besar!

Aku teringin nak baca ko tulis tentang aku!Syok baca tulisan ko sebab bernas!kalau kutu berdecit bunyi kalau di tinas!

lama ku x guna perkataan tinas betul ke!ke bahser org ulu ni??

azlanlin on 10/24/2008 8:05 AM said...

To Brahim Nyior:

Betul la tu...kerana ramai yang MENCARI.. Jika kita MENJADI, kita tidak hiraukan tentang apa yang orang lakukan pada kita..

Juga menarik jika MENJADI jumpa MENJADI..tentu lebih serasi...

azlanlin on 10/24/2008 8:09 AM said...

To Azie 1:

Aku juga seronok berbual ngan ko.. asyik ketawa juga. Juga lagi seronok bila dengar suara ko menangis.. lagi la macam ngalahkan Saloma..kan?

Zool Blogger on 10/24/2008 11:55 AM said...

He hehe.. terima kasih kerana meng'komen' mengenai artikel tersebut..
Menikam dari belakang memang berlaku dalam kehidupan kita.. Lebih-lebih lagi orang yang kita rapat dengannya..Rasanya situasi 'tikam dari belakang' tu yang akan menyebabkan emosi berubah.. Jika sekadar tidak memberi kesan sangat tak mengapa tapi bagaimana pula jika ianya melibatkan perkara jangka panjang.. Sudah pasti sebagai manusia yang dibekalkan dengan emosi kita akan terasa sekali....
Saya sudah cuba 'menjadi' tapi mereka melarikan diri dan saya tetap mencari siapakah rakan kongsi ..
Thanks again 4 backlinks..

Zool

Tirai Hidup on 10/24/2008 12:00 PM said...

aku tulis fasal mencari dan menjadi jugak jom baca!

oit ko pecah tembelang aku menangis ka??

hahhahha!aku mudah gelak dan mudah keriauuuuu!!!

azza_irah on 10/24/2008 1:36 PM said...

utk cikgu izzuddin..(pinjam ruang jap)

sebak hati tersekat di dada
lirih mata terserlah di muka
rakan menangis memang ada
mgkin cikgu yang belum jumpa

arsaili on 10/24/2008 7:37 PM said...

salam..dah sambung study?

CikguZue on 10/25/2008 3:00 AM said...

salam,
ermm...mendalam maksudnye tu. t.kasih atas perkongsian rasa dan minda.

suara on 10/26/2008 11:31 PM said...

Salam cikgu.
Setiap org punya keinginan sendiri (termasuk keinginan untuk mencari sahabat sejati yg memahami diri). Selalunya, keinginan itu yg akan buat manusia mencari.

Pencarian kasih sayang insan mungkin akan jadi sia-sia, tapi pencarian kasih sayang Pencipta, pasti tak akan hampa.

Ramai yg sedar hakikat tu, tapi sering membutakan mata dan memekakkan telinga. Jika hati kecewa, salah siapa? Tak guna mencari salah siapa sbb jawapannya hanya akan menambahkan sakit di jiwa.

Bukankah yg patut disalahkan ialah diri sendiri? Jika salah sendiri mampu di temui, itulah kunci utama untuk berubah... seterusnya 'menjadi'.

Jie on 10/31/2008 8:31 AM said...

Sibuk MENCARI sehingga terlupa MENJADI

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template