Oct 17, 2008

Alhamdulillah, masih bernafas..

Alhamdulillah, sudah 13505 hari aku bernafas. Dan hari ini juga aku masih bernafas. Menghirup udara dan menikmati keindahan di sekeliling. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Semakin meningkat jumlah hari yang aku nikmati, cukupkah bekalan yang akan aku bawa nanti. Aku perlu muhasabah diri semula sebagai refleksi. Segala perlakuan dan tindakan aku selama ini adakah benar-benar menuju ke arah sana yang lebi kekal. Cukupkah? Memadaikah? Kurangkah? ......

Beberapa sms juga aku terima di sepanjang hari ini :

17/10/08 - 6.38 am

Aslkum...HAPPY BIRTHDAY. Semoga panjang umur, murah rezeki, sentiasa diberkati dan sukses selalu..


17/10/08 - 8.03 am

Askum, just want 2 wish U a very happy bday, smoga pnjg umur, sntiasa dmurahkn rzki, sihat walafiat dan brbahagia slalu.
========
happy bday 2 U...nyanyi le sndiri ya..


17/10/08 - 11.30 am

HAPPY BDAY


17/10/08 - 01.31 pm

selamat hari jadi - dpd loh, kspk tmk


+++++++++++++++++++++++++++++++++++

17/10/08 - 04.45 pm

Salam, c.azlan. Duit sewa sdh masuk. Maaf terlewat, ada masalah sikit.


>> Balasannya<<>> oppsss.. sms ni adalah drp student Uitm Seri Iskandar yang menyewa rumah aku di Seri Iskandar, Perak. Kira sms bagi hadiah duit juga la kut... Hehehhe. Lepas ni bleh le bawa anak-anak pergi KFC dan menjengah di MBO, Kluang Prade - Senario The Movie EP1.. Diaorang pulak dah abis xm sekolah agama.. Jom layan kepala!

Aku baru check online ttg movie yang ada utk malam ni. Dah setting ngan anak-anak, apa nak dibuat sebelum menjengah ke KP. Hehehhe


>> Mem Besor tak ada di Kluang. Sekarang, Mem Besor ada di Bandar Penawar, Kota Tinggi kerana sebuah misi daerah Kluang. Tentunya keputusan misinya nanti akan menjadi sebuah pemberian yang tak ternilai untuk Mem Besor sendiri dan termasuk aku sekali, Insyaallah. Aku call tadi, macam kompiden je laksanakan misinya itu. Tahniah awal, bleh? Hehehhe

13 Coretan Lain:

azza_irah on 10/17/2008 8:20 PM said...

seikhlas hati..
mg cikgu semakin bsemangat..kuat hati dan tabah hadapi segalanya..
bertambah usia bermakna bertambah pengalaman dan kematangan....

selamat ulang tahun..

echah_syed on 10/17/2008 11:20 PM said...

epi besday bro.. :)

bertambah tua ko setahun lagi..

menten macho yo..! :p

silversarina on 10/18/2008 7:14 AM said...

salam,

Happy Birthday, semoga bertambah bahagia meniti hari mendatang.

Tumpang gembira dengan kejayaan misi Mem Besar...Tahniah awal juga dari akak.

Sharifah Hassan on 10/18/2008 11:55 AM said...

Salam,

ala nombor je naik...uban je tambah...batu dua macam makin dekat!

Lain...tak lain pun!

hahahah...happy birthday! Hadiah order sendiri..beli sendiri...bayar sendiri!!!

Rumah Kuning on 10/19/2008 8:41 PM said...

cikgu,
happy birthday.
Semoga sentiasa di dalam keberkatanNya.
sms duit sewa dah masuk tu yg best.hehe

Najib Ariyan Ali Basha on 10/20/2008 9:31 AM said...

Ohhh ada besday ker... SELAMAT HARI JADI dari Beruang Madu... semoga semakin bahagia di hari muka...

Tirana on 10/20/2008 12:17 PM said...

Happy belated birthday, cikgu Azlan..mudah-mudahan hidup diberkati Allah sentiasa.

Mak Su on 10/20/2008 12:26 PM said...

aik? Libra gaks ker? berapa ek? masih di arena 30-an? tahniah kerana semakin meningkat usia semakin bertambah ilmu di dada :)

DBI on 10/20/2008 2:33 PM said...

selamat hari lahir... gembira lah selalu

Unknown on 10/20/2008 6:26 PM said...

cgu - selamat hari jadi.hebat orang lahir pada hari ini.....kata buku yg saya baca dan tafsir.semuga kita terus berada dilandasan yg betul

muadzlife on 10/21/2008 10:30 AM said...

happy belated birthday..alhamdullilah...semoga Allah merahmati hidup anda..

cendawanintim on 10/21/2008 2:43 PM said...

Selamat ulang tahun..

moga dipanjangkan umo dan dimurahkan rezeki...

suara on 10/22/2008 1:23 AM said...

Salam alaik...
selamat bertambah tua cikgu... hehehe.... (nak ucap gak walaupun terlambat)
ingat tau... satu angka berubah, masa yg Allah bg kat kita makin singkat. Pergunakan sebaiknya. Bukan hanya utk mengejar dunia, tapi kejarlah akhirat juga. (saya pun selalu ingatkan diri ttg ini. tak nak lupa hakikat yg masa kita di dunia ni semakin pendek. huhu...)

Semoga Allah limpahkan rahmat dan berikan segala kebaikan serta kebahagiaan yg berganda untuk cikgu.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template