Oct 7, 2008

Peritnya Si Tukang Gunting Rambut

Tukang Gunting Rambut biasanya akan sentiasa dikenali ramai. Ramai yang lebih menegnali beliau dan sangat suka akan kemahiran yang dimilikinya. Tambahan pula hampir musim perayaan dan awal musim persekolahan. Namun hari-hari biasa pun tetap ada pelanggannya. Itulah Tukang Gunting Rambut.

Tukang Gunting Rambut adalah orang yang menggunting rambut orang lain. Oleh kerana beliau memiliki kemahiran yang orang lain tak ada, maka dia diberi gelaran 'tukang'. Macam tukang rumah, tukang jahit dan macam-macam tukang lagi.

Bila dilihat pada tajuk entri, apa kaitan pulak 'peritnya' seorang tukang gunting rambut. Biasanya, apa jua fesyen dan patern yang diminta oleh pelanggannya, akan ditunaikan. Kalau aku dan anak-anak aku ke kedai gunting ada beberapa sebutan yang mudah difahami dan sudah diketahui apa fesyen yang harus diguntingnya.

Gambar Hiasan:
Kemahiran yang boleh dipelajari. Bukannya wujud secara tersendiri.
Pemupukan minat dan sikap secara seimbang. Teori dan praktikal perlu seiring.

'Biasa'. 'No 2'. 'No 1'. Itu perkataan biasa daripada aku atau para pelanggan lainnya. Lebih hebat lagi, betapa kuatnya pancaindera keenamnya si Tukang Gunting, hanya tengok muka pelanggan saja sudah memadai. Dia sudah mengetahui apa fesyen yang sesuai dan yang dikehendaki pelanggannya. Itulah hebatnya Si Tukang Gunting Rambut.

Sepanjang masa, itulah peranannya. Menggunting rambut orang lain. Orang akan tersenyum dan gembira apabila memiliki fesyen dan stail yang menepati citarasa sendiri. Mudah, sua (hulur) kepala saja, rambut pelanggan akan menampakkan imej yang dikehendaki. Mudah bukan?

Dalam tempoh menjalankan tugasnya sebagai Tukang Gunting Rambut, pastinya rambut Tukang Gunting Rambut itu juga akan panjang (melainkan rambutnya botak!). Sampai tempoh masanya, rambutnya juga perlu digunting. Haaaaa.... maka tibalah masanya rambutnya perlu digunting. Inilah yang PERITnya timbul... Agak-agak anda, siapakah yang akan menggunting rambut si Tukang Gunting Rambut itu? Ini kerana ramai antara kita yang lebih gemar menjadi pelanggan sahaja. Hulog kepala, sebut, dapat stail/fesyen yang digemari!

Sebenarnya, peranan kita dalam kehidupan yang penuh warna-warni ini juga adalah sebagai Tukang Gunting Rambut. Semua orang mampu menjadi Tukang Gunting Rambut. Semua orang harus belajar dan memiliki kemahiran Gunting Rambut. Tukang adalah kemahiran. Maka kemahiran boleh dipelajari. Tidak ada orang yang berlari sejak lahir. Semuanya melalui proses terlentang, meniarap, menyulur, merangkak, bertatih dan berjalan dan akirnya BERLARI!



19 Coretan Lain:

echah_syed on 10/07/2008 10:21 PM said...

bini dia laa tarah kepala dia kot ekeke.. :p

lelaki kalo 'botak' mcm ko emcem laa.. :)

nmpk tak abe combi..dia pun dah dibotakkan oleh kehendak combi sbb nmpk cute sebegitu rupe cecece.. :D

zino on 10/07/2008 11:18 PM said...

zino ada pengalaman jadi tukang gunting ni.. anak anak zino sampai ke bujang zino yg jadi tukang gunting dia..

tapi jangan sepun fesyen la.. sama je adi nya hehe

Brahim Nyior on 10/08/2008 1:20 AM said...

Bro Azlan,

Dulu-dulu, tukang gunting naik basikal ronda kampung, dengan beg di kecil di pelantar. Panggil tukang guntuing datang macam panggil Benggali roti.

Tapi la ni, hanya satu kaum je yang dominasi profesion ni. Apsal Melayu tak minat yeR?

Tirana on 10/08/2008 4:49 AM said...

Saya suka dengan kiasan yang cikgu azlan lakarkan di sini. Kita semua patut jadi seperti "Tukang Gunting Rambut", mahir dalam mengendalikan kehidupan sama seperti tukang gunting rambut yang mahir dalam menentukan fesyen rambut untuk setiap pelanggan. Kemahiran yang semua orang sebenarnya mampu memilikinya jika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan diri kita mahir.

azza_irah on 10/08/2008 6:19 AM said...

cikgu azlan..
memberi... kerana anugerah itu ada pada kita..tak salah berkongsi kemahiran yg ada jika ianya membawa kepada sesuatu yg positif..juga boleh menggembirakan org lain..

menerima..jika kita berasa selesa..kita tidak akan hulur kepala pd tukang gunting yg kita tidak yakin kan..

keserasian yang terjalin pasti leh kekal lama jika saling melengkapi disini..tukang gunting n pelanggan..pemberi n penerima..

juleehana on 10/08/2008 9:18 AM said...

Salam,

Snip...snip..buang, buang, betulkan, cantikkan sehingga pelanggan puas hati dan tersenyum kepuasan dan si tukang gunting juga tersenyum kelegaan apabila si pelanggan puas hati...

Duit bertukar tangan, maka selesailah, si pelanggan tidak lagi berhutang apa-apa.

Dalam hati si tukang gunting masih lagi tertanya-tanya dan mencari-cari siapa yang tahu dan mampu menggunting rambutnya sebagaimana dia menggunting kepala orang lain...

Itulah kehidupan, tapi bila dah jumpa tukang gunting yang sesuai dengan kehendak kita, masih juga kita tercari-cari ada lagi tak tukang gunting lain (kut-kut dia tutup kedai, aku ada spare!)

Camna tu?

azlanlin on 10/08/2008 1:41 PM said...

To Combi:

Uiii..terer la bini dia nooo..ada kemahiran tarah rambut lelaki, dan si tukang gunting tu mampu gunting rambut bini dia? Kalu ia, gabungan yang manta tu..kan?

Cik Abe Combi mmg cute dgn potongan rambut sebegitu, Combi cuma adjust2 sikit je.. hehehe..

>> larrikkkkk<<<

azlanlin on 10/08/2008 1:45 PM said...

To Zino:

Untung la anak-anak Zino, semuanya Zino tarah. Tentunya kemahiran gunting tu, akan berubah2 mengikut fesyen/trend terkini dan juga minat anak-anak. Kan depa tu berbeze2 peel..

Ermmm..kalu sefesyen je untuk semua anak-anak tanpa ikut jantina, kemahiran tu perlu dipelbagaikan... baru ada PELBAGAI VARIASI... tak gitu Zino?

azlanlin on 10/08/2008 2:26 PM said...

To Izzudin:

Nampak gayanya tukang gunting seperti tu dah takde.Dunia dah terbalik kut. Dulu, tukang gunting cari pelanggan. Tapi la ni, ramai pelanggan cari tukang gunting. Hehehhe.

Mana-mana kaum pun ada yang menajdi tukang gunting. Cuma hanya yang sanggup menambah kemahiran mengunting je akan terus ke hadapan.. kan?

azlanlin on 10/08/2008 2:41 PM said...

To Tirana:

Saya sekadar menulis. Menulis atas landasan pemerhatian dan pengalaman. Penterjemahan bergantung pada pembaca. Saya ikut jer...

Untuk menambahkan kemahiran 'mengunting rambut' ia bergantung pada minat dan keinginan seseorang. Jika seseorang yang berfikiran positif, minda menguasai diri dan emosi, langkah penambahan dan peningkatan ilmu akan dilakukan. Peningkatan ini tentunya bertujuan dan mengetahui kenapa dan bagaimana ia menambah kemahiran itu...

Apa-apa pun tukang gunting adalah memiliki tahap kemahiran yang berbeza-beza. kan?

Oleh itu, kerana perbezaan itulah, kehidupan ini penuh dengan warna-warni... tak gitu Tirana?

azlanlin on 10/08/2008 2:51 PM said...

To Azza:

Ermm..menarik apa yang Azza perkatakan. Pemberi dan penerima.

Kebiasaannya, konsep itu diamalkan secara satu hala. Jika berlaku timbalbalik sekalipun, menepati kehendak sering jadi persoalannya. Itulah realitinya...

Dalam hal si tukang Gunting Rambut... tukang gunting mana yang dicari ek? Melainkan Si Tukang Gunting Rambut memiliki rangkaian tukang gunting rambut juga.... heheh

azlanlin on 10/08/2008 3:01 PM said...

To Juleehana:

Sentiasa menyambut salam..

Zup-zap, zup-zap..rambut dipotong dan ditarah. Walau tersilap potong, auta si tukang gunting rambut mampu menyelamatkan keadaan. Waaa.. ini fesyen baru, memang sesuai dengan stail awak. Pelanggan tersenyum puas kerana memiliki fesyen terbaru.. heheh, boleh jadi jugak ek..? Duit tetap bertukar tangan.

Itulah kehidupan, tapi bila dah jumpa tukang gunting yang sesuai dengan kehendak kita, masih juga kita tercari-cari ada lagi tak tukang gunting lain (kut-kut dia tutup kedai, aku ada spare!)

Itu sememangnya jika dilihat secara fizikalnya. Jika dihalusi, pastinya Si Tukang Gunting Rambut juga ingin merasai pelbagai fesyen mengikut trend! Tak boleh ke Si Tukang Gunting ada pelbagai citarasa?

Ermm.. macam mana pulak jika Si Tukang Gunting Rambut juga sukakan stail dan fesyen yang sama sejak dulu... tentunya SELAMAT dan tak perlu dirisaukan....kan Juleehana?

Tirana on 10/08/2008 3:30 PM said...

Cikgu Azlan..

Kalau boleh saya terjemahkan "keinginan" sebagai "matlamat" untuk mencapai sesuatu menjadikan seseorang itu akan berusaha mencari apa yang diidamkan. Kemahiran akan datang bersama dengan usaha. Semakin banyak latihan yang dibuat semakin kita jadi mahir. Jadi pointnya di sini..pertamanya matlamat kena clear (jelas)..bila ada matlamat kita akan termotivasi lalu merangka strategi untuk mencapai impian dan jadi mahir.. Matlamat dan impian kita berbeza jadi strategi pun berbeza dan last sekali kemahiran pun sure berbeza..tapi macam cikgu Azlan kata..perbezaan itulah yang mewarnai kehidupan kita dan menjadikannya indah seperti pelangi..

Unknown on 10/08/2008 5:08 PM said...

satu cerita yg menarik - dalam banyak kedai gunting rambut : agaknya kedai macamana lelaki suka masuk - sebab dah ramai tukang gunting rambut yg berkemahiran sekarang - jawapannya : kedai gunting rambut yg membuatkan kita boleh lepak + tidur = 15 minit paling tidaknya dan seterusnya kedai gunting rambut yang ada aktiviti ' urut mengurut ' - madsudnya urut kepala.........apa lagi yg lelaki cari di kedai gunting rambut

Jie on 10/09/2008 8:36 AM said...

Saya tiap kali datang sini, kelu keyboard nak komen, baca saja komen orang, mengutip pengetahuan dan pengalaman buat sempadan diri.

Terimakasih.

rugi pula masa bulan puasa tu saya turun Kluang tapi TERLUPA nak telefon DakLan...sori ye...

Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin

azlanlin on 10/09/2008 1:48 PM said...

To Tirana:

bila ada matlamat kita akan termotivasi lalu merangka strategi untuk mencapai impian dan jadi mahir..

Saya suka dgn ayat di atas sbg pandangan Tirana... dijadikan teladan untuk saya.

Matlamat dan impian kita berbeza jadi strategi pun berbeza dan last sekali kemahiran pun sure berbeza..

Ini juga saya bersetuju. Kerana masing-masing punya laluan dan pengalaman hidup yang berbeza. Tetapi dalam perbezaan itu akan ada kelompok homofilinya yang tersendiri... sebab itu, sesetengah kelompok manusia suka menjadi "hakim" tanpa menjadi "majestrit"... saya cuma cikgu sekolah rendah! Heheheh

Terima kasih krn menitipkan komen diruang yang terbuka luas untuk sesiapa saja mencetuskan apa jua idea

azlanlin on 10/09/2008 2:38 PM said...

To Jinggo:

Juga betul apa yang Bro Jinggo perkatakan. Urutan hingga letup urat kat leher selepas bergunting, jika itu kelebihan yang dicari..

Ada juga yang mencari kedai yang lenggang agar cepat rambut digunting..

Ada juga pelanggan yang tak kisah mana-mana kedai yang dimasuki, sebab pelanggan cuma nak gunting rambut scr sempoi...

Ada juga yang termasuk kedai gunting yang menyediakan urutan leher ttp tak pandai menghargai.. dengan ayat killer, "boleh kurang harga ka?"..hahahah

Ada juga yang masuk kedai gunting dengan harapan yang tinggi tetapi dpt servis yang sempoi. Pun ada jugak! Mula lah senyum tawar senyum di bibir...

>> Situasi di atas wujud kerana manusia ini punyai hasrat, matlamat, keinginan yang berbeza-beza dan tak pernah puas!

Kan Jinggo?

azlanlin on 10/09/2008 2:50 PM said...

To Jie:

Saya menerima tetamu sesiapa sahaja. Ada pembaca setia, ada pengomen setia, ada pengomen yang dah tak setia, ada pengunjung yang dah tak setia, Pengomen dan pembaca yang tersinggah pun ada! Ini semua lumrah kehidupan!

Di sinilah wujudnya minda kita untuk menerima perbezaan manusia dengan seadanya.

>> Dtg ke Kluang, agaknya di Kluang Prade (KP) kut dan bukannya di Kluang Mall (KM) sebab KM masih dalam pembinaan. Melainkan mengunjungi KM atas sebab pemantauan projek! Hebat tu...

>> TERLUPA, adat biasa sbg manusia krn kita mmg manusia. Melainkan harapan dan tekad untuk ketemui, susah payah akan ditempuhi untuk berjumpa. Mungkin masa dan rezeki tidak menyebelahi kita. Jika BERJUMPA, pasti MasterJie adalah org pertama untuk kategori blogger yg saya temui... saya sgt berharap keadaan itu berjaya kita realisasikan.. Insyaalah

>> Terima kasih krn sudi meninggalkan jejak, AMAT SAYA HARGAI....

>> MASA, TEMPAT & ORANG ... pemangkin hasrat tercapai!

abanglong on 10/10/2008 9:30 PM said...

pernah bertanya soalan yg hampir sama kepada adik kandung yg bergelar doktor; kalau sakit, sapa bagi MC kat hang ??

hehehe

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template