Oct 31, 2008

Tuntutan & Menuntut

Sememangnya kita amat suka apabila menerima sesuatu yang diingini. Itulah kita. Sebaik-baiknya apabila kita menerima, belajar-belajarlah memberi pula pada orang di sekeliling kita yang ingin menerima juga..

Aku ingat lagi, setahun yang lalu. Kerja yang panjat-memanjat sememangnya aku offer diri. Jika tidak, siapa yang mahu bersusah-payah untuk orang lain. Aku juga perlu berguru. Guru aku memang hebat. Semua cerita lalu ada di sini, di sini dan di sini. Mana-mana kerja yang orang takmau buat, semuanya aku sapu. Nampak memang mcm muka seposen tetapi dalam kepala aku ialah demi menuntut ilmu. Semasa nak menuntut ilmu, usahlah diselitnya sifat sombong dan ego, orang takkan ajar... Tambah-tambah pulak, usah le sesekali nak tunjuk pandai (atau memang pandai) pada sifu...ermm, kompom takkan dapat ilmu tu. Oleh itu, muka hemoi, seposen, buat-buat bodoh(entah-entah sememangnya bodo..hahha), tak segan silu nak bertanya...sememangnya akan mudah mendapat ilmu yang dikehendaki...Terima kasih sifu! Ilmu secara praktikal daripada Sifu memang bermanfaat.

Hampir setahun aku tinggalkan ilmu tu, dah macam lupa-lupa ingat. Jenuh juga nak mengingat. Terpaksa godak sana, godak sini..baru dapat! Handphone sifu sentiasa aku hubungi... Kena kompomkan yang straight cabel atau cross cabel. Hehehehhe.

Dalam minggu ini, selesailah sudah tugasan aku dan beberapa org rakan lain yang berminat untuk pelajari ilmu itu. Apa yang dibuat adalah untuk rakan-rakan aku manfaatkan. Alhamdulillah. Seluruh tempat kerja aku dah boleh manfaatkan hasil ilmu tu. Ilmu internet tanpa wayar (wireless) - setting Modem Router, pasang AP, buat kabel sendiri, jenuh juga....

Cikgu Faizal yang menempah ilmu panjat-memanjat.

Minggu sebelum sebelum ini, aku cuma buat yang simple saja tanpa pasang mana-mana kabel untuk luaskan liputan. Just untuk menyeronokkan kengkawan bagi seketika saja. Dapat la juga diaorang ekses internet. Apabila dah ada kengkawan yang bersedia panjat dan memanjat, mudah la sikit untuk nak lebar luaskan liputan.

Mr Ramlan, pekerja di tempat kerja aku juga turut membantu.


Terima kasih kengkawan! Akhirnya, ilmu itu dimanfaat untuk yang bersedia memanfaatkannya. Bagi aku walaupun agak susah payah, ilmu itu semakin sebati...


Continue Reading...

Oct 23, 2008

MENCARI vs MENJADI

Apakah pula tajuk entri kali ini. Suka-suka dia jer apa yang nak ditulis, kan? Sekali dibaca macam mudah tetapi diulang baca, apa pulak maknanya.. Itulah kita kerana kita memiliki kuasa persepsi.. Heheheh.

Siang tadi, aku dimaklumkan melalui sms oleh sahabat aku di seberang laut bahawa dia tertarik konsep SAHABAT SEJATI seperti yang digarapkan oleh sdra Zul. Apabila dibaca tentang entri tu, bagi aku, ramai antara kita yang sebegitu. MENCARI! Mencari dan terus mencari.. KENAPA BEGITU?

Dalam proses MENCARI itu, kita akan memilih orang yang memiliki sifat dan sikap yang sama atau hampir sama dengan kita (homofili). Adakah kita seorang YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI? Walaupun dalam persamaan tersebut akan ada juga sikap dan sifat yang berbeza dengan karektor kita. Kekadang, kerana perbezaan sikap dan sifat itulah, kita merasakan bahawa kita 'ditikam dari belakang'.

Mudah sungguh kita melabelkan orang! Kita melabel kerana berpandukan persepsi dan perasaan kita. Kita tidak mengetahui keadaan sebenar kenapa sahabat kita melakukan sedemikian. Malahan, kita sendiri tidak bertanyakan secara berdepan. Keadaan ini membuatkan seolah-olah kita tidak dapat menerima seseorang itu dengan sepenuh hati. Ketahuilah bahawa itulah mereka. Itulah sikap dan sifat mereka.

Gambar hiasan: Walau berbeza, tetap mesra!

Aku juga tertarik dengan satu komen daripada AASSHH:

SATU KUPASAN YANG AGAK MENARIK….TAPI PERNAHKAH KITA TERFIKIR DARI SUDUT INSAN YANG TELAH MENGABDIKAN DIRINYA SEBAGAI SAHABAT SEJATI KEPADA ORANG LAIN?APA KETIDAKBERUNTUNGANYA MENJADI SAHABAT SEJATI UNTUK ORANG?THINK OF IT…

Oleh kerana komen inilah, aku buatkan entri yang bertajuk MENCARI vs MENJADI. Pernahkah terfikir oleh minda kita bahawa lebih mudahnya MENJADI daripada MENCARI?

Kita akan mampu MENJADI sahabat sejati apabila kita mampu menerima seadanya sifat dan sikap sahabat kita kerana itulah mereka! Sanggupkah kita bersusah-payah untuk mereka semata-mata untuk MENJADI?

Ketuk kepala, tanya minda! Bagi aku, selagi kita MENCARI, selagi itulah kita sebagai seorang yang pasif iaitu "sebagai penerima yang hebat". Sebaliknya, jika kita MENJADI, maka kita adalah seorang yang aktif iaitu "sebagai pemberi yang hebat". Di manakah kedudukan kita?

Apa kata anda?

Continue Reading...

Merealisasi Misi

Kemudahan terkini di masa kini... sering jadi bualan, masih ramai yang sekadar menyebut tetapi tidak menyertainya. Itulah dia kemudahan internet. Harapan aku, moga-moga setelah aku tiada di tempat kerja aku ini di tahun-tahun akan datang, makin ramai yang akan melibatkan diri. Yang menariknya, paparan maklumat tempat kerja aku ada dua saluran. Satu di sini dan keduanya di sini. Pastinya perencanaan untuk pengisiannya lebih tersusun dan sistematik serta ada perbezaan hidangannya... Insyallah. Aku akan pastikan!

Hari ini, tempat bertugas aku sudah mulai mendokong gagasan boss untuk meningkatkan tahap dan ilmu ict di kalangan rakan-rakan setugas aku. Sasaran beliau, 2010 nanti, semua rakan aku mampu meralisasikan gagasan tersebut. Sehubung itu, Persatuan Ibubapa dan Guru tempat bertugas aku, menyokong hasrat ini dengan mendaftarkan akaun streamyx untuk tempat bertugas aku.

Maka, laju je aku menyediakan sedikit saranan untuk melaksanakan sistem wireless untuk di seluruh kawasan sekolah. Ini memudahkan rakan setugas aku mampu mengakses internet di mana jua.. Maka, hari ini, sistem wireless dah selesai dan masing-masing mula berkepit dengan laptop masing-masing.

Nampak gayanya rakan-rakan aku juga sudah memiliki blog masing-masing dan hanya untuk mengaktifkan sahaja. Harap-harap terlaksanalah nanti. Aku sekadar memberi sokongan dan membantu rakan-rakan lain untuk merealisasikan hasrat dan gagasan boss. Itu je aku...
Continue Reading...

Oct 17, 2008

Alhamdulillah, masih bernafas..

Alhamdulillah, sudah 13505 hari aku bernafas. Dan hari ini juga aku masih bernafas. Menghirup udara dan menikmati keindahan di sekeliling. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Semakin meningkat jumlah hari yang aku nikmati, cukupkah bekalan yang akan aku bawa nanti. Aku perlu muhasabah diri semula sebagai refleksi. Segala perlakuan dan tindakan aku selama ini adakah benar-benar menuju ke arah sana yang lebi kekal. Cukupkah? Memadaikah? Kurangkah? ......

Beberapa sms juga aku terima di sepanjang hari ini :

17/10/08 - 6.38 am

Aslkum...HAPPY BIRTHDAY. Semoga panjang umur, murah rezeki, sentiasa diberkati dan sukses selalu..


17/10/08 - 8.03 am

Askum, just want 2 wish U a very happy bday, smoga pnjg umur, sntiasa dmurahkn rzki, sihat walafiat dan brbahagia slalu.
========
happy bday 2 U...nyanyi le sndiri ya..


17/10/08 - 11.30 am

HAPPY BDAY


17/10/08 - 01.31 pm

selamat hari jadi - dpd loh, kspk tmk


+++++++++++++++++++++++++++++++++++

17/10/08 - 04.45 pm

Salam, c.azlan. Duit sewa sdh masuk. Maaf terlewat, ada masalah sikit.


>> Balasannya<<>> oppsss.. sms ni adalah drp student Uitm Seri Iskandar yang menyewa rumah aku di Seri Iskandar, Perak. Kira sms bagi hadiah duit juga la kut... Hehehhe. Lepas ni bleh le bawa anak-anak pergi KFC dan menjengah di MBO, Kluang Prade - Senario The Movie EP1.. Diaorang pulak dah abis xm sekolah agama.. Jom layan kepala!

Aku baru check online ttg movie yang ada utk malam ni. Dah setting ngan anak-anak, apa nak dibuat sebelum menjengah ke KP. Hehehhe


>> Mem Besor tak ada di Kluang. Sekarang, Mem Besor ada di Bandar Penawar, Kota Tinggi kerana sebuah misi daerah Kluang. Tentunya keputusan misinya nanti akan menjadi sebuah pemberian yang tak ternilai untuk Mem Besor sendiri dan termasuk aku sekali, Insyaallah. Aku call tadi, macam kompiden je laksanakan misinya itu. Tahniah awal, bleh? Hehehhe
Continue Reading...

Oct 13, 2008

Refreshing .. Plan Pembangunan 2008

Malam ini aku dan krew aku bincang lagi. Merancakkan apa yang direncanakan. Moga-moga, plan untuk tahun ini tercapai. Malam ini dipilih kerana kakitangan Jitu Auto baru balik dari bercuti di Pulau Tioman. Bagi mereka benar-benar berehat dan bersantai. Selepas ini, setiap hari mereka akan bermain dengan masalah dan menyelesaikannya.

Kami bergerak ke Rest House Kluang. "Dah lama tak ke sini?" kata Si Julie. Waiter lembut yang meliut tangannya sambil menguntum senyuman. Suaranya aje yang macho. Hahaha.. Menarik! Memang meja lama dulu jugak jadi parking kami.

Setakat ini, plan pembangunan sepanjang 2008 tercapai! Pagar, peluasan kawasan operasi, ruang rehat untuk pelanggan, sistem pengkomputeran dan pengkeranian semakin terancang dan tersusun rapi. Insyaallah, sistem internet dan wireless akan dilaksanakan dalam tahun ini juga. Maka pelanggan aku akan dapat acces internet sewaktu menunggu kenderaan mereka! Wow! Salah sorang krew Jitu Auto akan kendalikan forum dalam laman web Jitu Auto berkaitan pembaikan kenderaan. Itupun jika mereka berkesempatan. Insyallah, itu adalah visi yang aku letakkan untuk krew aku laksanakan.

Visi terbaru, jika aku berjaya untuk tidak mengajar selama 2 tahun, segala perlaksanaan dan membuat keputusan operasi dan pengurusan, aku serahkan kepada krew aku. Aku dah mula minta mereka buat keputusan sendiri dalam melaksanakan perancangan. Aku cuma menantikan report dan memberi sedikit komen dan pandangan. Impian peribadi aku ialah, aku berjaya mewujudkan 2 orang usahawan berkaitan bengkel dalam keluarga aku sendiri dan dilaksanakan oleh orang yang aku amanahkan. Juga, dalam tempoh 2 tahun lagi, sebuah cawangan akan wujud dan lokasi belum diketahui. Apa-apa pun, itulah perancangan kita. Yang menentukan dan mengizinkan ialah Allah SWT.

Dalam perbualan kosong dengan krew, aku dapat pengalaman baru. Perbezaan mentaliti dalam masyarakat kita. Itulah kita di kalangan kita. Mentaliti makan gaji amat berbeza dengan mentaliti orang berniaga. Itu hakikat! Orang (makan gaji [kakitangan awam]- menerima gaji setiap bulan) kurang memikirkan dari sudut visi dan misi dalam menuju ke arah tersebut. Bagi yang dah bergaji besar, mungkin terlalu selesa dalam mengharungi hidup. Kelompok ini amat sukar menghadapi risiko dan terancam akan kehidupan mereka. Maklumlah, sudah terbiasa dengan mudah.

Berbeza pula dengan orang (berniaga - untung nasib bergantung pada perniagaan sendiri) yang terpaksa hidup dalam keadaan berhati-hati dan tidak terlalu bermewah. Jatuh dan bangun dalam perniagaan sentiasa dalam minda mereka. Maka segala risiko dan zaman kejatuhan akan kunjung tiba pada bila-bila masa sahaja jika terleka dan perlu sedia menghadapinya. Senyum mesti sentiasa di bibir!
Continue Reading...

Oct 9, 2008

MaaakSuuuuuuuuuu

Masih di musim raya ni, benar-benar aku terkejut. Jeritan siapakah itu yang mendayu-dayu. Panggilannya menusuk kalbu.

Aaaaabbbbbaaaaaaannnngggggggggg!

Itulah panggilan yang aku dengar hingga di selatan tanah air. Aku jenguk di celah-celah dinding blog aku. Aku nampak. Aku faham. Itulah dia...MAKSU. Raya kali ini amat beruntung baginya. Angka 9 berligar-ligar disekeliling hidupnya. Pusing kanan ada sembilan. Pusing kiri ada sembilan. Pandang depan pun ada sembilan. Bila dihitung ada tiga kali sembilan. Ermmmmm.. 999? 3X9? Yang mana satu ek? Hanya MakSu yang lebih tahu.

MakSu ni salah seorang blogger yang aku suka baca hasil penulisannya. Suka-suka dia je apa yang nak ditulisnya. Walau Coretan MakSu ini dikatakan cerita kosong, tetapi apabila dipandang dengan mata hati.. jelas sekali luahannya. Menarik!

Sempena hari ini, aku, mem besar dan anak-anak, nak ucapkan YEPPY BESH-DAY untuk MakSu. Kad ini khas untuk MakSu yang suka-suka dia je nak tutup mukanya. Macam Zorro moden, tutup muka guna jari. Itulah MakSu. Entah-entah, calon yang tersenarai sebagai pemegang watak CicakGirl! Terima kasih kerana sering ke blog saya.

Khas untuk MakSu



Continue Reading...

Oct 7, 2008

Peritnya Si Tukang Gunting Rambut

Tukang Gunting Rambut biasanya akan sentiasa dikenali ramai. Ramai yang lebih menegnali beliau dan sangat suka akan kemahiran yang dimilikinya. Tambahan pula hampir musim perayaan dan awal musim persekolahan. Namun hari-hari biasa pun tetap ada pelanggannya. Itulah Tukang Gunting Rambut.

Tukang Gunting Rambut adalah orang yang menggunting rambut orang lain. Oleh kerana beliau memiliki kemahiran yang orang lain tak ada, maka dia diberi gelaran 'tukang'. Macam tukang rumah, tukang jahit dan macam-macam tukang lagi.

Bila dilihat pada tajuk entri, apa kaitan pulak 'peritnya' seorang tukang gunting rambut. Biasanya, apa jua fesyen dan patern yang diminta oleh pelanggannya, akan ditunaikan. Kalau aku dan anak-anak aku ke kedai gunting ada beberapa sebutan yang mudah difahami dan sudah diketahui apa fesyen yang harus diguntingnya.

Gambar Hiasan:
Kemahiran yang boleh dipelajari. Bukannya wujud secara tersendiri.
Pemupukan minat dan sikap secara seimbang. Teori dan praktikal perlu seiring.

'Biasa'. 'No 2'. 'No 1'. Itu perkataan biasa daripada aku atau para pelanggan lainnya. Lebih hebat lagi, betapa kuatnya pancaindera keenamnya si Tukang Gunting, hanya tengok muka pelanggan saja sudah memadai. Dia sudah mengetahui apa fesyen yang sesuai dan yang dikehendaki pelanggannya. Itulah hebatnya Si Tukang Gunting Rambut.

Sepanjang masa, itulah peranannya. Menggunting rambut orang lain. Orang akan tersenyum dan gembira apabila memiliki fesyen dan stail yang menepati citarasa sendiri. Mudah, sua (hulur) kepala saja, rambut pelanggan akan menampakkan imej yang dikehendaki. Mudah bukan?

Dalam tempoh menjalankan tugasnya sebagai Tukang Gunting Rambut, pastinya rambut Tukang Gunting Rambut itu juga akan panjang (melainkan rambutnya botak!). Sampai tempoh masanya, rambutnya juga perlu digunting. Haaaaa.... maka tibalah masanya rambutnya perlu digunting. Inilah yang PERITnya timbul... Agak-agak anda, siapakah yang akan menggunting rambut si Tukang Gunting Rambut itu? Ini kerana ramai antara kita yang lebih gemar menjadi pelanggan sahaja. Hulog kepala, sebut, dapat stail/fesyen yang digemari!

Sebenarnya, peranan kita dalam kehidupan yang penuh warna-warni ini juga adalah sebagai Tukang Gunting Rambut. Semua orang mampu menjadi Tukang Gunting Rambut. Semua orang harus belajar dan memiliki kemahiran Gunting Rambut. Tukang adalah kemahiran. Maka kemahiran boleh dipelajari. Tidak ada orang yang berlari sejak lahir. Semuanya melalui proses terlentang, meniarap, menyulur, merangkak, bertatih dan berjalan dan akirnya BERLARI!



Continue Reading...

Oct 3, 2008

Raya Ketiga

Lebih pada berehat di rumah. Kemas-kemas barang. Tersalah setting program, aku tak susun awal-awal. Hampeh jadinya. Petang, kami balik ke Kluang.

Aku tersinggah kat Rossi Bundle di Tangkak. Dapat aku jumpa dengan taukenya. Berborak kejap. Rupa-rupanya orang Melayu Kemboja. Dah bertapak di Tangkak 4 tahun lalu. Asalnya berhijrah dari Simpang Renggam. Maka kenal la jugak saudara-maranya. Rupa-rupanya itulah pelanggan tetap JITU AUTO. Jadi member la.. Bundlenya agak menarik. Ada daya tarikan tersendiri. Selain pakaian bundle mcm kedai-kedai lain, aksesori pakaian untuk mat-mat motor superbike dan easy rider/chooper memang banyak. Tersadung jugak aku! Maklum le, sememangnya aku berkenan. Aku fikirkan tahun depan jenuh jugak aku nak ke Tangkak untuk lain kali. Maka aku sambar la terus..Heheheheh.

Imran dan Aku sempat berposing dalam Rossi Bundle

Amirul pula bergaya atas Cilik Superbike. Macam sempoi gak motor tu...

Kami tiba malam di Kluang. Selepas mengemas barang-barang, gian aku dah mari. Aku capai kunci ChentaHati, saja meronda-ronda bandar Kluang untuk panaskan enjin. Dah beberapa hari tak start, kan? Hehehhehe.

Continue Reading...

Oct 2, 2008

Raya Kedua

Rutin biasa tiap-tiap tahun. Raya kedua kami anak-menantu akan bergerak ke kampung di Batu Putih, Simpang Lima, Batu Pahat! Empat buah kereta bergerak serentak. Selagi mem besar ada nenek dan atuknya..akan terus diziarahi. Sedara mara sebelah mak dan bapak mertua agak ramai. Maklum le ramai adik beradik!


Itulah kerje aku. Menyakat Buyut, hinggakan dia menangis sebak. Kemudian aku akan pujuk hingga dia senyum semula.
Itulah tanda berkasih sayang antara nenek dan cucu.



Ada jugak dalam ramai-ramai bapak sedara, sekepala sbb geng motor besar! Hahahhaha. Vulcan Famili. Sorang Vulcan 500 di Batu Pahat dan sorang Vulcan 1200 di Shah Alam. Aku dah setting, mana la tau kalau-kalau aku dah tak ngajor thn depan, aku nak join ngan kelab diaorang di Shah Alam.

Petang tu, kami berpecah. Biras aku balik ke Simpang Renggam. Ipar aku ke Parit Raja. Mertua aku ke rumah saudara sorang lagi yang jalannnya menghala ke Pagoh. Aku pulak ke Muar.

Perjalanan ke Muar agak sibuk. Jem memanjang..lorong tanah merah sebelah kiri mula dijelajah. Aku tak tahan..terikut juga. heheeh. Call Rasbee, dapat. Kebetulan pulak dia baru sampai rumahnya. Alhamdulillah. DinKaya yang berada di Parit Jawa, tak dapat dihubungi. Azim tak dapat diketahui lokasinya sama ada di Semerah atau Selangor. Mana yang sempat saja yang bleh diziarahi..

Rasbee, dah siap perabot raya, sayangnya rumah barunya belum jadi rezeki rayanya. Rupa-rupanya dengan kesilapan pemaju, Rasbee dianggarkan akan dapat RM60,000 utk pampasan kelewatan tu. Dan aku faham kenapa dan mengapa. Ramai kakitangan awam yang tak tahu urusan undang-undang berkaitan urusan perumahan ni. Ermmm..Bagus gak info tu!

Aku dan Rasbee di rumahnya


Dapat jugak aku berjumpa dgn ibu bapa Rasbee yang datang dari Palong, Negeri Sembilan. Macam mamak bapak ko ye Rasbee. Hehehheh.

Ada statement anak dara Rasbee yang berumur 7 tahun. Kami ketawa besor...

"Papa, anak kawan papa tu kacak la!" Amirul tersipu-sipu. Hahahaha.

Continue Reading...

Oct 1, 2008

Raya Pertama

Allah… Allahuakbar...

Bergema takbir di masjid Felda. Aku, ipar dan anak-anak bergegas ke masjid. Bapa mertua dah maklumkan bahawa tahun ini ramai anak-anak felda balik ke kampung...Sah! memang ramai..ada juga yang takde tempat sembahyang di masjid tu walaupun ada tambahan khemah! Masih ramai yang berdiri di tepi pagar. Sekadar menunggu khutbah Aidilfitri.

Selesai solat dan khutbah, semuanya menghala ke rumah masing-masing. Kami juga begitu. Aku pulak tak berapa kenal orang di situ. Maka sempat bersalaman ngan org-orang tua yang berada di kelompok zon rumah mertua aku je ler...



Biasanya, bila Atuk Paiman balik lewat dari masjid daripada jemaah lain. Bendahari Masjid..perlu kumpulkan dulu sedekah-sedekah jemaah masjid tu. Apabila sampai je di rumah, cucunya dah berbaris untuk bersalaman dan bermaafan. Aku tukang ngatur acara je ler.. termasuk sessi bergambar. Hehheheh. Aku akan berselang-seli ngan mem besar mengambil gambar.



Rutin hari raya di Melaka, aku jadi kepala rombongan ziarah jiran-jiran. Aku akan ngajak ipar-duai untuk ziarah. Siapa lambat akan tertinggal le jawabnya. Biasanya bermula di rumah PakCik Mahat. Kemudian ke rumah Makik Eton, Seterusnya ke rumah Pakcik Rahim. Biasanya di rumah Pakcik Rahim ni aku aku agak lama menyembang sebab menantunya jugak orang Perak. Grik tempatnya. Loghat aku akan keluar..hahahha. Sayangnya kali ni aku tak dapat beraya di rumahnya. Hanya bersalam di tepi jalan dan diaorang dah berada dalam kereta kerana tahun ni agak awal mereka balik kampung.. Akhirnya kami balik semula ke rumah. Mula melayan anak menantu jiran pulak yang bertandang.

Kemudian mem besar call Jamaludin, anak peneroka Felda tu jugak. Junior aku masa di maktab yang sama batch dengan mam besar juga dulu. Aku sefamili bergerak ke rumahnya. Meriah juga. Sesekali berborak ngan kengkawan....



Mem aku maklumkan, ada sorang lagi kawan semaktabnya dulu. Cikgu Asri namanya, mengajar di Bukit Mertajam. Aku minta si Jamal call si Asri tu. Ada di rumah!. Kami bergerak bersama-sama ke rumahnya. Petang tu , aku sefamili pergi ziarah besan mertua aku, Cikgu Amdan di Pondok Batang.

Kemudian kami lajak ke Pekan Tangkak. Si Amira geram kerana kasut rayanya tak ada. Alasan aku mudah saja apabila aku dan mem besar tiba di Melaka semalam.

"Kaki Along takde di Kluang. Kan Along balik awal ke Melaka" dia dengar sambil nyegih-nyegih je.



Maka Mamanya melayan anak dara sorang. Rupa-rupanya taste dia agak mcm org tua-tua.. Aku terus panggil namanya DR AMIRA. Sampai ke malam aku panggil namanya sebegitu. Hahahah.

Malamnya, kami beraya di rumah jiran yang lain. Salah sorang anak jiran tu memang sekepala ngan aku. Asyik merapu dan berbalas cakap je/berbetah. Ligat kepala memikirkan ayat memotong cakapnya! Hahahah. Si Jas ni dulu seorang penagih dadah tegar. Akhirnya , berjaya juga dia menjadi 'orang' semula. Malangnya dia memerlukan alternatif untuk mengelakkan ketagihannya. Apa-apa pun memang best merapu dengannya. Aku dok nyakat nak beli Perdana V6nya. Macam-macam aku belit dia. Geram dia! Hahahah.

"Woi, aku nak pakai la! Ko ingat aku beli, bayar bulan-bulan untuk ko nak pakai ka?" Kami bergelak sakan...

Selesai smeuanya, Si anak sulung aku perlu buat karangan catatan masa untuk Bahasa Melayu, sempena hari pertama! Kalu duduk rumah sambil menonton televisyen, apa le ada dalam karangannya nanti..

Duit Raya anak-anak:

Mem Besar dah sebutkan pada anak-anak. Tak mau beli mainan. Simpan untuk belajar di masa akan datang. Simpan dalam SSPN. Apa itu SSPN? Itu tugas aku pulak untuk menerangkan pada anak-anak! Kenapa dan mengapa tujuan itu... Gambar akan datang perlu diterangkan pada anak-anak agar mereka ada maklumat jangkauan akan datang. Hidup perlu ada arah tuju. Jika tidak, mereka sendiri tidak nampak hala tuju dan arah akan datang. Mula le merewang-rewang pemikiran mereka. Tiada fokus! Gaya penerangan bergantung pada ibubapa, bagaimana level bahasa dan penerangan. Yang pastinya ikut tahap pemahaman mereka. Yang penting mereka tahu tujuannya. Itu le peranan ibubapa. Kita hanya mampu merancang...kan?

Tepuk kepala tanya minda!

Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template