Nov 24, 2006

3 hari di MARA KLUANG

JUMAAT : 24-11-06 -9.45 PG

3 hari di Mara Kluang, Kursus Akaun Berkomputer - Mr Accounting, amat bermakna. Cuma bayar rm100, dapat software original lagik. Kalu kat pasaran hampir rm800. Rezeki dr Allah.

ini le software originalnya. boleh burn dan jual kat kengkawan plak tu... heheh

ini plak tenaga pengajarnya. Mr Loh ni asalnya tenaga pengajar di MARA. Dia pencen awal dr mara pd umur 50 thn. Skrg ni jd konsultan buat akaun utk syarikat2 di JB. Dpt gak jd pengajar jemputan mara...
dok asyik klik2 ttp figure masih x btul gak. Maklum le first time. Kalu digodak2 byk kali, mungkin baru cekap kut.
politician stail. Mesti kena angkat tangan kalu org amik gambar... mesra rakyat ..hehheh
hari terakhir, jd wakil peserta kursus utk beri ucapan ringkas. spontan je le dan beri tahniah pd pengajur-mara, tenaga pengajar dan peserta kursus.
terima sijil dan software original drp pen pngurus mara kluang.... dah jd geng ngeteh, hehehhe

bergambar beramai2 pd hari pertama kursus. ramai gak usahawan2 muda yg telah menyertai kursus ni... yg pompuan di depan tu ramai jd kerani di syarikat bumiputera yg di anto oleh bos mereka.
Continue Reading...

Nov 22, 2006

Wajarkah..?

Rabu : 22.11.06 - 6.00 pm

wajarkah G2 Auto menambah loan MARA / Belia?

Sedang berkira2 utk memohon loan sebanyak rm70,000 - rm100,000. pelbagai aspek yg perlu diupgrade di bengkel termasuk alatan mesin, sparepart, membesarkan bengkel, menambah ruang operasi di belakang bengkel, upgrade jalan ke belakang bengkel dan sebagainya. termasuk juga kelengkapan utk kerani yg terer akaun.

Wajarkah dilakukan sedemikian? apa pandangan sdra-mara & pembaca blog ini?


:: GAMBAR 1 ::
Situasi dibengkel pd ari ahad lalu. Semakin ramai kerana penduduk setempat mula mendapat rekmen dan ternampak sticker pd kereta2 pelanggan yg terdahulu. Satu2nya bengkel di smpang renggam yg mengamalkan stiker pd kereta pelanggan...
Alhamdulillah, dengan izin Allah, sokongan isteri , anak2, para pekerja, pelanggan dan doa drp sdra-mara utk meneruskan langkah mula ini.
Walaupun kawasan bengkel ini luas ttp ruang operasi amat terhad, kalu di waktu cuaca cerah, alhamdulillah le.


GAMBAR 2
bayangkan, apabila hujan turun.. oleh kerana ruang operasi yg berbumbung amat terhad, agak sukar pomen2 nak kendalikan kenderaan tersebut. Sedangkan kos pembaikan sudah dikeluarkan tetapi pembayaran belum dibuat oleh pelanggan kerana pembaikan gagal disiapkan dalam tempoh masa yg dijangkakan.... Amat rugi dari segi masa malahan pelanggan juga terganggu utk laksanakan aktiviti yg telah mereka rancangkan.

GAMBAR 3
Pembaikan perlu dilaksanakan juga wpun cuaca tak mengizinkan demi para pelanggan. Hebat sugguh para pekerja bengkel G2 Auto.


GAMBAR 4
Terdapat juga kenderaan yg terpaksa dibiarkan kerana hujan lebat dan kekurangan pekerja mahir.

GAMBAR 5
hujan lebat yg masuk ke dalam ruang operasi dari arah belakang bengkel. Jemmmmm...

URUSAN PEKERJA SEPARUH MAHIR :

Pada Isnin yg lalu, aku telah menghubungi Cikgu Fauzi, tenaga pengajar Auto di Giat Mara Sg Benut Pontian. Merisik khabar tentang pelatih2nya dr simpang renggam. Alhamdulillah, ada 2 org pelatih di sana yg berasal dr simpang renggam dan akan tamat akhir disember ini... Bersabar je le pomen2 yg sedia ada ni.

:: MEETING PENGURUSAN ::

dah beri notis pd ijan & pejon utk meeting pengurusan

TARIKH : 26.11.06
HARI : AHAD
MASA : 10 PAGI
TEMPAT : GUNUNG LAMBAK RESORT, KLUANG



WAJARKAH PINJAMAN SEJUMLAH ITU DIBUAT?
sila beri respon anda pada ruangan komen...
Continue Reading...

Nov 20, 2006

Mula cuti sekolah

Isnin : 20-11-2006

Pagi :

Jam 9 pagi, ke kedai insurans member, perbaharui insurans motor dan ke pejabat pos utk dptkan roadtax. Lega, x sangkut saman. maklum le masa raya dulu dah kena saman kete krn bawa laju 72 km/jam di kawasan 60km/jam. Kalu dia trace no ic, gerenti sangkut....

Kemudian ke AMBank Kluang, amik photostat geran kancil utk urusan claim. Beberapa dokumen penting dalam fail kete kancil yg sedia ada di umah dibawa sekali utk kegunaan di bengkel panel tsbt. Alhamdulillah. Selesai urusan dokumen.

Dalam tempoh urusan claim, dpt call brader simpang rggam berkaitan adik brader tu nak cari kerja...katanya, adiknya ada le sikit pengalaman keje di bengkel. Mcm mengantuk disorongkan bantal, maklum le dok tengak cari pekerja. Lantas disuruh adiknya ke bengkel utk berjumpa ngan ijan.

Tengah hari :
Jam 12.00, dpt massage ijan utk order sparepart di kluang. Bergegas ke kedai sparepart. Dapat gak berborak ngan tauke besar kedai sparepart tu. Dok bercerita dgn tauke tu dlm opisnya & sambil korek rahsia sejarah kehidupannya. Dpt le juga diberi petua bagaimana cina berjaya dlm berniaga. Kunci utama "rajin" dan beberapa hal lain.

barang2 yang dibeli terus dibawa ke simpang.Nak juga nengok2 air muka pekerja baru tu... jernih ke malap ka. Istilah tu memang gelaran utk pekerja bengkel (ijan yg ajarkan..hehe) Dalam perjalanan, kerani sekolah call. Katanya, x reti nak buat tulisan turun ke bawah utk program EXCEL dlm 1 cell. Minta dia call dlm setegah jam nanti. Bla sampai ke bengkel, terus buka laptop, nengok dulu program excell. Dah dpt caranya mengubah btk tulisan, trus call kerani sekolah..selesai le sudah, siap ajorkan melalui telefon secara hands-on. Selesai..

Petang :
Ajak salah sorang JKKK kg tu, (pelanggan bengkel) utk pi riki2 kabin/kontena kat smpang gak. Mahal gak rupa2 nya. Baru le tau. hampir rm3500 utk 20X10 keluasannya. cadang2 nak beli utk buat stor. Relaks dulu le jawabnya krn masih dok tunggu peluang drp member lain yg sdg bercuti kahwin. Katanya bleh dpt rm1000. Macam mana rupa kabin pun tak tau la...

malam :
Dok umah je, sambil ajarkan 3 beradik kongsi kerja basuh baju guna mesin basuh. Setiap orang ada keje masing2 utk siapkan urusan basuh baju yg sebeban kerana mamanya sibuk ngan kajian. Alhamdulillah, siap jugak akhirnya walaupun baju dan seluar si amir abis basah lencun. Si along jd ketua utk uruskan adik2nya.
Dapat gak nyambil editing kajian maktam. Jenuh gak dari bab 1 hingga bab 5. Dalam tempoh tu ada gak member call ajak "ngeteh". Waaadduuuhhh.... x dpt join le sbb belum siap edit.
Mlm ni pun kena tidur awal skit sbb esok pagi ada Kursus Pengurusan kewangan berkomputer di pej mara kluang mulai 21-23 Nov anjuran Mara Kluang. minggu depan (27-30 Nov) plak ada kursus pengurusan kredit di hotel selesa JB, anjuran Mara Johor. Cuti2 ni, best gak cari dan pungut ilmu.

Rasa2nya, cuti sekolah ni, kami 5 beranak dok kluang je kut......
Continue Reading...

Nov 18, 2006

kete maktam

Continue Reading...

Nov 17, 2006

Pengalaman Mak Tam

Jumaat : 17-11-2006

Jam 3.00 petang ketika dok melayan anak2 di umah. Dapat call drp maktam. Suaranya agak bergetar... "accident".. tu je suara yang terpacul.... diminta supaya dia bertenang dan bagitau tempatnya. Setelah semua maklumat lokasi dah dikumpul, bergegas pula aku ke tempat itu. Anak2 dipesan supaya jangan benda2 bahaya di umah.

Dalam perjalanan, maktam maklumkan yg dia dah boleh keluar dr kereta atas bantuan "parent" yang lalu kawasan itu. Alhamdulillah maktam xde apa2 masalah. Agak kuat semangat gak maktam ni.... Punca kejadian pun maktam xtau nak cerita..mungkin letih sangat kut...

Sampai je di sana, runner kete tunda dah siap sedia...biasa le. Aku ucapkan tima kasih pada semua yang membantu. Aku dok bincang ngan mamat kete tunda ttg apa yg aku boleh claim. Alang2 claim, aku mintah body kit "mira"..sattle. Akhirnya ditunda juga ke balai polis kluang dan terus ke bengkel.

ADJUST:
nak ngelakkan drp lesen "P" maktam kantoi, aku buat report kata aku yg drive... ngelakkan motosikal dr arah bertentangan yg makan jalan, terpaksa le ngelak. akhirnya terbabas masuk longkang...... siap buat senarai beberapa kerosakan utk dibuat claim. gitu le keadaan reportnya.

dugaan & hikmah :
1. sebenarnya, jam 12 thari, along ada call diminta utk dihantarnya ke airport senai utk balik ke swk...terpaksa ditolak kerana ada beberapa perkara yg perlu diselesaikan di bandar. suggest kat dia supaya naik teksi je.... akhirnya, mcm mana dia selesaikan hal tu pun tak tau le... pandai2 je le kerana dianggapkan hal tu mudah utk dia selesaikan....rupanya, ada hikmah.....

2. ijan bercadang mlm ni nak amik sunny utk dibawa ke bengkel krn diaorang dah xde transport, maklum le ada "tsunami" di bengkel.... jenuh gak x cukup tangan diaorang... akhirnya ijan juga redha dengan kejadian kancil tu....

3. maktam agak "jem" utk selesaikan tesisnya krn xde transpot... dia perlu ke kuitho minggu depan utk jumpa ngan lecturer dia. aku plak ada kursus pengurusan kewangan berkomputer di mara kluang isnin depan.

setakat mlm ni, blum pikir apa2 cara & kaedah nak selesaikan hal2 tsbt.... esok baru nak pikir..hehhe... mlm ni sekadar surf tenet utk bantu maktam carikan tambahan maklumat utk tesisnya...

COBAANNNNN.... pergghhhh.....hadapi je leeeee

p/s : gambar kancil tsbt dah masukkan dlm laptop. lain kali je le upload. skrg ni masih belum ada "mood" yng power secukupnya utk berbuat demikian.. jumpa lg


Continue Reading...

Nov 15, 2006

Kembali Mewarnai....

Rabu : 15-11-2006

A'kum pembaca2 blog ini.

Lama sudah tidak dilakar sebarang warna dalam blog ini. Kekangan tugasan dan aktiviti harian membuatkan blog ini memaparkan warna suram yang tidak bermaya.

Pengalaman di Melaka :

tahniah kepada akim selaku abang sulung dan pewaris utama YCM berjaya memainkan peranan penting dalam membantu merungkai kekusutan adiknya. pastinya dia mendapat pengalaman baru yang tidak dapat dibaca dalam buku. Segalanya ditempuhi dan diharungi demi keputusan yang bernas. Akim berjaya mengawal kekalutan rakan-rakan adiknya yang inginkan kepastian berkaitan isu. Akim juga berjaya mengawal suasana dalam emosi yang terkawal. Ketika umur sebegitu, paktam sendiri belum mampu melaksanakan tugasan segetir itu. TAHNIAH.... paktam sekadar "tukang tambah" jer... hehehe

Perkhabaran dari Nenering:

apa cerita sebenarnya? pastinya keputusan telah dibuat untuk majlis utk aman. paktam berharap, semua pihak cuba meralisasikan impian mak dan abah. Tentunya ada beberapa halangan dan ketegangan yang sedang dan akan ditempuhi oleh pihak2 tertentu.... Selesaikan MASALAH yang dihadapi dengan apa cara sekalipun demi keputusan yang TELAH DIBUAT. Paktam sekeluarga sekadar berdoa agar majlis berlangsung dengan jayanya.

KLUANG : Gambaran kuah tumpah ke nasi..

Ainul Amla, guru yang terpilih mewakili negeri Johor utk berkursus di Terengganu(seminggu- minggu akhir persekolahan). Dengar khabar, along akan menjadi JU peringkat negeri Johor utk memberi ceramah berkaitan dasar kerajaan dalam bidang pendidikan khususnya untuk bahasa melayu (sastera) kepada guru-guru dalam negeri johor. Tentunya along telah bersedia untuk menmpuh semuanya di tahun hadapan. Nampak ke gayanya, perlu le dia berkereta utk round Johor. Belajor2 le hingga cekap membawa kereta semasa bercuti di sarawak nanti.... ke mana tumpahnya kuah kalu tidak ke nasi....... anak sulung ayah dan mama yang HEBAT. Paktam dan maktam sendiri pun belum sampai ke tahap tu....tahniah sekali lagi kepada along.
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template