Aku membelek kulit leher dan kelopak matanya.
"Pedih ni. Tentu kulit ada alahan. Esok pagi kita ke klinik." kata aku sambil menghela nafas.
Semasa di meja sarapan, kami anak beranak berbual lagi tentang kegatalan kulit Rozita. Tentu pedih dan tidak selesa kondisi badan.
"Ayah, kita cuba ke Klinik Nagoke di Tanjung Tualang", sahut Amira memberi cadangan.
Kami tiba di Klinik Nagoke
"Bagus juga. Pernah kawan ayah cerita, ada doktor pakar kulit di situ. Tapi, ayah belum pernah sampai. Okay, hari ni kita pergi", kata aku sambil menyuap nasi goreng yang dimasak awal pagi.
Tidak ada cawangan lain.
Semua siap, cepat yer. Kita nak ke Tanjung Tualang.
Kami tiba ikut lokasi waze. Benar, agak ramai orang beratur di luar klinik untuk ketemu doktor.
Persekitaran Klinik Nagoke, Tanjung Tualang yang biasa-biasa tetapi jumlah pesakit yang luar biasa.
Rozita mendaftar di kaunter pendaftaran. Staf bertugas memaklumkan bahawa hampir masa 2 jam untuk bertemu doktor. Sabar menunggu.
Masih amalkan sistem berbaris untuk pendaftaran.
Pendaftaran secara manual.
Apa kata doktor?
Rozita juga begitu. Elergik terhadap ubatan yang telah digunakan. Doktor nasihatkan tidak lagi menggunakan ubatan tersebut.
Doktor berikan ubatannya berkaitan ubat cuci, ubat sapu dan ubat biji untuk dimakan. Apabila pesakit PERCAYA, maka ubatannya 'menjadi' untuk menghilangkan kesan elergik kulit itu. Moga ubatan tersebut berkesan untuk membaiki kulit yang elergik.
Sediakan bayaran sahaja. RM150.
0 Coretan Lain:
Post a Comment