Siri Pertemuan di Hospital
Mengapa Ke Hospital?
Hari ini 06.11.2023 (Isnin), adalah tarikh pertemuan dengan doktor setelah hampir sebulan aku keluar wad 5B pada 30.9.2023 lalu.
06.11.2023 - Tarikh Pertemuan
Isu Parkir lagi..!!
Isnin, parkir awam penuh di kawasan hospital. Terpaksa aku meletakkan kenderaan di luar kawasan. Jauh juga untuk berjalan kaki ke Klinik Pakar Perubatan HRPB. Namun, dengan aplikasi Park@Perak agak mudah sistem pembayaran dan boleh tambahan masa menerusi telefon bimbit sahaja.
Aplikasi PARK@PERAK
Bagaimana keadaan aku?
Hampir sebulan aku keluar Wad 5B pada 30.09.2023, pelbagai hal kondisi badan telah aku lalui. Hilang daya fokus, pening, emosi kurang stabil. Hal ini adalah kesan daripada pengurangan jumlah rokok yang diambil. Minggu ini aku tidak lagi membeli rokok bertembakau. Ini, satu usaha yang memberangsangkan.
Masih menanti utk pendaftaran.
Misi panggil nama aku?
"Azlan Lin", misi memanggil nama keramat itu.
Aku terdengar juga nama keramat itu dipanggil. Aku tak jadi bangun untuk ke kaunter. Ini kerana ada wanita di hadapan aku telah bangun dan menuju ke kaunter setelah nama itu dipanggil. Aku lihat wanita itu tersengih kerana kesilapannya.
"Azlan Lin", nama keramat itu dipanggil lagi. Aku bangun dengan kompidennya dan menuju ke kaunter. Betullah, nama itu adalah nama aku bukan nama wanita tadi... !
"Encik, ambil nombor ini dan boleh ambil bacaan tekanan darah dan buat timbangan berat dan tinggi", kata misi sambil serahkan kertas nombor giliran.
"Baik, terima kasih", balas aku dengan penuh hormat dan sopan.
"Wah, bagus bacaan tekanan darah ni. bagus encik", kata pembantu perubatan yang mengambil bacaan tekanan darah.
"Alhamdulillah, 128/78. Nadi pula 82. Berkat bimbingan dan nasihat doktor dan pengawai seperti encik juga. Terima kasih yea.", balas aku.
Timbangan Berat : 72kg (berubah sbb aku snap gambar)
(Bacaan asal : 71.7kg)
Bacaan Ketinggian : 166cm
"Eh, Berat saya bertambah juga la tuan. Sejak keluar hospital sebulan lepas, saya kurangkan merokok. InsyaAllah, ke arah berhenti merokok !", tambah aku lagi.
Catatan/Bacaan Utama
BP : 128/78
P : 82
Berat : 71.7kg
Tinggi : 166cm
Apa kata doktor?
Tunggu....
0 Coretan Lain:
Post a Comment