Nov 10, 2023

10.11.2023 : Cara Berhenti Merokok : Berjumpa doktor di Klinik Berhenti Merokok.

Ramai yang merokok. Ada yang baru memulakannya aktiviti merokok.. Ada yang sedang kesedapan di zon merokok. Ada yang sedang berusaha berhenti merokok tetapi masih gagal. Ada yang pasrah dan dalam menjalani proses berhenti merokok. Pelbagai kategori kelompok manusia berkaitan merokok. 

Hal ini timbul kerana manusia itu terperangkap dalam proses mencuba dan kekal merokok. Akibatnya, menjadi sukar untuk berhenti merokok. Aku juga termasuk dlm semua kelompok itu. 

Minggu lepas, aku telah membuat temujanji dengan Klinik Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan Chemor. Hari ini, 10.11.2023 (Jumaat, jam 9.00am) adalah tarikh pertemuan dengan doktor berkenaan berhenti merokok. 



Aku memulakan langkah dengan pertemuan pertama dengan doktor untuk usaha ke arah berhenti merokok. Ini kerana hujung bulan September 2023 lalu, aku telah masuk Wad 5B di HRPB, Ipoh dengan suspek jantung. Ada ceritanya DI SINI dan  DI SINI. 

Rentetan itu, aku berhenti hisap rokok bertembakau kerana demam selepas keluar wad. Apabila demam, tekak dan badan tidak dapat menerima sedutan asap rokok. Tekak kurang selesa dan batuk, nafas jadi tersekat-sekat. Situasi ini sebagai pemangkin untuk berhenti merokok. Ada ceritanya dan KLIK DI SINI. 

Apa kata doktor tentang merokok?

Tunggu, kerana aku masih menunggu di kerusi menunggu dan belum ketemu doktor. 

"En. Azlan", nama aku dipanggil oleh doktor lelaki dan masih muda. 

Aku masuk ke Bilik 4. Duduk di kerusi berhadapan dengan doktor. 

"Encik Azlan dah berapa lama merokok ni?" tanya doktor. 

Aduh, soalan ini yang berat aku nak jawab. "Lebih 30 tahun dah doktor. Sekarton seminggu dan kekadang 4 atau 5 hari boleh habis sekaorton tu. Sekarton ada 12 kotak. Satu kotak ada 20 batang. Bermakna jika seminggu habis sekarton, jadinya, sehari lebih kurang 30 hingga 35 batang rokok. Berat rasa dada doktor," aku mohon simpati sambil memberi penjelasan.  

"Apa yang membuatkan En Azlan berasa nak berhenti merokok ni?" soal doktor lagi. 

Jika soalan ini timbul, aku akan menjawab seolah-olah ada skrip dan lancar aja. Seperti selalu, ceritanya perihal masuk wad dan keluar wad.  Ada sentuhan emosi untuk mahu berhenti. 

Kami berdua berbual dan. berbincang dan akhirnya ada 2 keputusan. Pertama, doktor cadangkan gula-gula getah bernikotin sebagai alternatif untuk elakkan menghisap rokok bertembakau. Keduanya, aku dapat tarikh pertemuan kedua pada 2 minggu lagi iaitu  24.11.2023.


Jom ambil ubat di farmasi iaitu gula-gula getah bernikotin. 

Gula-gula getah. 
Namanya, NICORETTE.


0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template