Dec 8, 2023

08.12.2023 - Klinik Berhenti Merokok : Pertemuan Ke-3

Hampir tiga bulan aku berhenti merokok bertembakau. Tiada lagi asap-asap rokok tembakau. Aku ubah tingkahlaku merokok dengan hisapan vape. Betul, sesekali berasa gian juga rokok bertembakau ni. Abaikan aja perasaan tu dengan beraktiviti.

********
Hari ini ada sedikit kelewatan untuk ke Klinik Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan Chemor. 

Menunggu di ruang pendaftaran.

Biasanya, aku sampai awal dan parkir kereta masih banyak. Aku akan bersarapan di warung yang tercaratuk di luar klinik. 

Hari ini, lewat tiba di tempat parkir dan tentunya kenderaan lain sudah memenuhinya. Tuhan telah aturkan, ada sebuah kenderaan nak keluar, aku hentikan Atos di tengah jalan masuk untuk kereta itu dapat keluar. Alhamdulillah, ada parkir untuk Atos. Aku bergegas ke warung luar klinik untuk bersarapan. 

Cabaran berhenti merokok memang menarik. Semangat dan nekad perly tinggi. Aku lakukan beberapa hal untuk ke arah berhenti merokok.

1. Teknik pernafasan perlu diamalkan. 
Pelbagai teknik pernafasan boleh dilakukan. 
- Fikiran harus damai supaya gian merokok lenyap. 

2. Perlu beraktiviti senam waktu petang untuk keluarkan peluh. 
- aku bersenam setelah pulang kerja. Aku bersenam di depan televisyen. Aku ikuti senam menerusi youtube, channel BodyFit Bagus. Sesuai dengan aku. 
- kini, sesekali aku masih berasa nyeri di dada kiri apabila bersenam. Barangkali angin-angin dalam badan mulai mahu keluar (agakan aku untuk menyedapkan perasaan sendiri)

Ikuti BodyFit Bagus Channel di Youtube 

Waktu petang, adakalanya bersenam di padang untuk keluarkan peluh. Aku tak berminat aktiviti sukan. Jadi aku hanya berjalan-jalan sekeliling kampus. 

Sesekali berjalan di tasik riadah di Tanjung Rambutan.

3. Ada ambil multivitamin keluaran Shaklee. 
- Ada empat botol. Aku makan 2 biji setiap botol dalam sehari iaitu 1 biji setiap botol di waktu pagi dan dan 1 biji setiap botol di waktu malam. 

Empat botol vitamin daripada Shaklee.
 
4. Minum air kosong
- untuk tempoh ini, aku kerap minum air kosong untuk keluarkan toksid dalam badan menerusi aktiviti kencing dan peluh.
- menjadikan fikiran dan badan berasa segar.

Sumber : internet
Berat badan aku ialah 70.2kg, bermakna perlu minum air 3L sehari.

Apa Kata Doktor hari ini?

"En Azlan", doktor panggil nama aku

Aku ke bilik doktor. 

"Apa khabar, En. Azlan?", doktor menyapa. Aku terus senyum.

"Beransur sihat doktor", aku terus melirik senyuman.

Ini pertemuan ke-3. Setiap kali pertemuan pasti bertukar doktor. Hanya catatan lepas menjadi panduan para doktor untuk meneruskan khidmat nasihat kesihatan berkaitan berhenti merokok ini.  

Kali ke-3 ini juga dengan doktor lain. Doktor perempuan India. Lembut tuturnya dan disulami senyuman manisnya. 

Apa proses tindakan hari ini?

Seperti biasa, aku perlu bercerita rentetan urusan jantung sehinggalah ke proses berhenti merokok. Seolah aku sudah hafal skrip tentang proses itu.

1. Doktor check tekanan darah. Keputusannya sentiasa baik. Sentiasa tenang jiwa walaupun tingkahlaku aku sedikit kalut hari ini. Bacaan normal 121/79

Bacaan tekanan darah hari ini. Terbaik.

2. Doktor check turun naik penafasan.
Doktor hanya check sahaja. Tak ada cerita apa-apa. Okay la agaknya. Ketika itu juga, bunyi semput takde la pulak. Awal pagi tadi ada bunyi pernafasan semput. 

3. Ujian kandungan Karbon Monoksida dalam pernafasan.

Hari ni aku dapat pengalaman baharu. Baru aku tau ada alat ujiannya. Doktor pesan aku kena hembus perlahan-lahan. Aku tak ambil gambar alat itu. Aku taktau nama alat itu.  Nanti aku google. 

Keputusannya, tercatat nombor 3 apabila selesai hembus nafas perlahan. Doktor kata 'okay dah ni' pernafasan aku. Aku ingin tahu lagi. 

"Biasanya, berapa catatan nombor yang normal untuk orang tidak merokok, doktor?", aku ingin tahu 

"Bacaannya 0, jika normal", kata doktor.

Alamak. Aku perlu gigih lagi dengan beraktiviti supaya keluar nombor 0 pada alat itu. 

4. Ambil ubat di farmasi 

Doktor bekalkan ubat yang sama seperti pertemuan yang kedua, dua minggu lepas. 
- nicoreet. Tampalan nikotin
- buang angin. 
- buang kahak
- sembelit

 Rumusannya, aku perlu gigih lagi. Bukan mudah, tapi BOLEH untuk baiki paru-paru seperti poster KKM tentang berhenti merokok.

sumber : dari internet.


0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template