Jul 27, 2013

DIRI : Aku dan Kita..

INI kata kata BBM (Bapak Baginda Mucktar)...

Dalam kehidupan kita menempuh tiga jalan iaitu :-

Pertama:
BERJALAN dengan sendirinya...
Kedua
MENJALANKAN kehidupan sendiri...

Ketiga
DIBAWA berjalan...

Perjalanan Pertama :
Semasa dalam kandungan ibu, kita berjalan dengan Ilmu Tuhan. Itu sebab kita tidak merasa susah.
~ sepanjang kita hidup dalam kandungan ibu, kita tidak hadapi sebarang masalah untuk makan, minum dan sebagainya. Sedangkan kita berada dalam 'sarung berair'. Tali pusat sebagai penyambung nyawa kita. Di situlah penghubung sumber makanan, minuman dan sebagainya.

Perjalanan kedua 
Setelah kita lahir kita harus menjalankan sendiri kehidupan kita. Salah jalan mengakibatkan penderitaan.
~ Apabila lahir, kita seolah TERLUPA dengan perjanjian kita dengan Allah. Segala tindakan kita dalam kehidupan seharian kita seolah-olah kita yang tentukan. Situasi ini bukanlah bermaksud hidup kita tanpa perlu melakukan apa-apa. Hanya beribadat kepada Allah SWT semata-mata. Bukan. Segala perlakuan dan tindakan kita sewajarnya kerana Allah SWT. Apabila hati kita menjadi keras akibat warna-warni kehidupan, membuatkan kita melawan kehendak hati dan ketentuanNya.

Perjalanan Ketiga
 
Setelah perjalanan sampai ke batas, kita dibawa berjalan untuk kembali ke asal.
~ Maksud ke batas ialah kita sudah mengenali roh yang ada dalam tubuh badan kita sendiri tanpa dibatasi oleh kulit dan bulu. Roh yang wujud dalam diri kita hanya dibatasi oleh kulit pada jasad kita. Apabila kita mengenali sifat-sifat roh, jasad kita akan melakukan sesuatu tindakan dengan sifat-sifat roh itu sendiri. Jasad kita hanya mengikuti gerakan roh dalam jasad. Gerakan roh dapat dirasai dengan getaran jiwa @ gerak hati. 
Persoalannya...
Perjalanan pertamalah yang terbaik yaitu berjalan dengan Ilmu Tuhan. Soalnya setelah kita dilahirkan ibu, masih adakah Ilmu Tuhan itu pada kita? Jawapannya masih ada dan padanyalah terletak RAHSIA kehidupan kita.

DIA menghidupkan kita di dalam. Mengaliri dam mengisi jalan kehidupan kita dan terbatas pada kulit dan bulu kita. Pembawaannya yang berjalan dengan sendirinya itu bagi kita TETAP ADA. Dia telah ada semenjak kita diadakan. Keadaan keliling kitalah yang menyebabkan kita lupa atau sampai melupakannya.
"Surah An-Nur (Ayat - 35)
Wallahualam...
Continue Reading...

MELAYU : Baru & Lama

Assalamualaikum WBT :

Cuti hujung minggu ini, aku sekeluarga tidak ke mana-mana. Di bulan puasa, tak berapa best untuk meronda-ronda cuci mata khususnya di shopping mall. 'Selera' naik mencanak. Baiknya memerap di rumah saja.

Cuti hujung minggu ini juga, dua orang anak aku ada aktiviti di sekolah masing-masing. Amira dan beberapa orang rakan kelasnya terlibat dengan taklimat berkaitan inovasi (katanya). Awal pagi lagi sudah bergerak ke sekolah. Nampaknya, ada bakat seperti mamanya yang gemar mencipta inovasi dalam kerjaya. Satu perkembangan menarik tu. 

Amir pula ada kelas tambahan di sekolahnya. Pecutan akhir sebelum UPSR yang tinggal beberapa minggu lagi. Semua aktiviti yang baik wajar di sokong oleh ibu bapa. Walau bagaimanapun, perlu dijuga dipantau aktiviti mereka, bukan boleh main percaya sepenuhnya. Amirul pula meneruskan aktiviti melukis gambar kartun. Ketiga-tiga orang anak aku, ada bakat yang berbeza-beza. Begitu juga tahap pemikiran mereka. Kita sebagai ibubapa harus akur akan tahap anak-anak yang pelbagai.

Aku pula asyik mengadap laptop. Ada tugasan mengejut yang perlu aku selesaikan. Kekadang, aku terfikir juga walaupun aku sudah bertukar organisasi/tempat kerja, 'niche' aku tetap sama. ICT. Itulah identiti yang aku bawa walau di mana aku bertugas. Ini kerana tugasan kerja yang biasa dan rutin, semua orang boleh buat. Makanya, dalam biasa-biasa itu kita perlu ada identiti yang dibawa agar diri kita diperlukan dalam organisasi. Idak le dikatakan melukut di tepi gantang. Ada, tidak menambah. Tiada, tidak mengurang. Jika udah jadi melukut, lebih baik dok rumah saja. Makan-tidur, makan-tidur saja kerjanya. Sampai masa, mati. Habis cerita, jika tidak menyusahkan orang lain.

Ada kelainan

Jika diperhalusi, entri aku hari ini agak bersantai. Seperti sedang berbual dengan pembaca. Tidak seperti entri-entri aku sebelum ini yang agak formal, tiada cerita tentang diri dan keluarga. Hanya lebih kepada fakta sahaja. Tapi...hari ini, aku agak sedikit berlainan. Emosi aku sedikit tersentuh apabila aku terbaca sebuah blog seorang anak muda yang memiliki impian, perancangan dan tindakan ke arah mencapai matlamatnya. Beliau berani membuat keputusan untuk mengubah hidupnya. Aku kagum dan teruja seketika. Klik DI SINI.

Dalam blognya juga ada paparan video yang memaparkan realiti hidup yang boleh dijadikan panduan dan sempadan untuk merealisasikan impian dan harapan. Sesuai sungguh untuk orang  Melayu ketahui dan fikirkan untuk generasi akan datang. Di sini, aku muatnaikkan vidoe tersebut yang sememangnya ada di youtube.




 



Continue Reading...

Jul 18, 2013

GURU DITEMBAK : Berpunca kerjaya guru @ kerjaya sampingan?

Kejadian tembak jarak dekat menjadi satu kaedah mematikan nyawa dan watak seseorang. Ini pasti berpunca daripada "penyakit hati" yang tidak dididik dengan baik. Tambahan pula kejadian mangsa mati ditembak jarak dekat ini adalah berkerjaya guru. Mengapa terjadi demikian..?

 Hasil buatan manusia

“Tuhan (Allah) tidak menzalimi mereka itu (maksudnya manusia), 
tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.” 
(Ar Rum: 9)

Kes Pertama :

Beberapa minggu lalu (08/07.2013), timbul kes yang menggemparkan apabila seorang guru yang dibunuh sebaik keluar daripada sekolah selepas waktu bertugas. Mangsa tersebut berusia lebih kurang 40 an ditembak mati berhampiran Sekolah Keb. Beris Panchor, Bachok pada pukul 2.00 Petang

 
Sumber : DI SINI
 Siasatan awal pihak polis

MAKLUMAT MANGSA :
NAMA     :   HASHIM BIN MAT ZAIN
UMUR     :   43 TAHUN
KERJA    :   GURU PEN. KANAN HEM SEK. KEB BERIS PANCHOR, BACHOK
TEMPAT KEJADIAN : SIMPANG TIGA JALAN BERIS PANCHOR, TAWANG KE KOTA BHARU (BERHAMPIRAN SRK BERIS PANCHOR)
Siasatan awal mendapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dll .
Mengikut maklumat, mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II Kota Bharu untuk bedah siasat.

 Kes Kedua :

Hari ini (18/07.2013), isu terkini ialah seorang guru berbangsa India, Shanmugan a/l Krishnasamy (55) seorang guru di Sekolah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang ditembak mati sewaktu mangsa dalam perjalanan ke sekolah untuk bertugas. 
 
Sumber : DI SINI

Siasatan awal pihak polis

Mengikut siasatan awal mangsa tiada kes lampau kecuali pernah ditangkap kes samun pada Jun 2013 di daerah Kulim. Mangsa juga dikatakan seorang ahli geng 36 dan terlibat dengan pengedaran dadah.

** Bila dilihat fakta geng 36, aku cuba tanya pada Pakcik Google tentang apakah itu Geng 36. Wow...agak menarik. Lihat DI SINI.

******************
 Komen aku 
Hasil siasatan awal pihak polis, jelas menunjukkan bahawa kerjaya sampingan yang dilakukan oleh kedua orang guru ini mampu memberi impak  dan merangsang 'penyakit hati' semakin merebak. Tindakan dan tingkahlaku diluar waktu tugas seorang guru itulah yang memberi kesan akan kejadian tembak jarak dekat itu berlaku. 

Jika difikirkan secara logik, bolehkah kerjaya guru  menyebabkan kejadian tembak dan "penyakit hati" orang lain itu memuncak? 

Inilah persoalannya. Jika diperhatikan secara halus, benarlah latar belakang kerjaya sampingan yang dilakukan oleh kedua mangsa yang juga berkerjaya guru memberi implikasi terhadap "penyakit hati". Penyakit hati ini tiada ubatnya secara moden...Akibatnya, jalan singkat dengan menamatkan riwayat hidup mangsa mampu memuaskan "penyakit hati" ini.

Namun, demi meningkatkan "rating" pembaca untuk isu yang dipaparkan dalam media, sememanglah perkataan 'guru'  itu wajar diketengahkan sebagai tajuk berita yang menarik. Guru Mati Ditembak. Fuhhh...tentulah pembaca tertanya-tanya. Begitulah keadaan sekarang, nyawa umpama telur dihujung tanduk. Mati, sememangnyalah semua makhluk di muka bumi ini akan mati. Cumanya kita tak tahu cara mana kita meninggalkan alam fana ini. 

Continue Reading...

Jul 13, 2013

CEPAT : Kereta Lelong Kastam 2/2013

Hari ni, baru aku berkesempatan menjengah ke laman web kastam. Laman web itu menjelaskan tentang ada lelongan kereta bagi siri 2/2013. Bagi peminat kereta lelong kastam, boleh buat semakan di SINI. Untuk setakat hari ini, laman web tersebut masih boleh dibuka. Aku tak pasti sama ada boleh dibuka atau tidak apabila sudah tamat tempoh iklannya.

Untuk siri 2/2013 ini, sudah hampir tamat tempohnya. Lelongan ini dibuka mulai 25 Jun lalu. Tarikh tamatnya pula pada 15 Julai. Oleh itu, hari ini adalah 13 Julai dan bermakna hanya tinggal 2 hari saja lagi. Heheh. Para pembaca blog ini bolehlah pergi mengunjungi lokasi-lokasi yang ada buat pameran lelongan itu. Entri kali ini hanyalah tujuan memberi info tentang lelongan kereta kastam 2013. 

Untuk lelongan kali ini, terdapat 10 buah negeri yang terlibat. Ada juga nombor telefon yang dilampirkan. Anda boleh berusaha untuk menyelidiki dan membuat tindakan selanjutnya. Berikut adalah contoh-contoh kereta yang ada di negeri Johor.
 Lot 86
Lot 84

Continue Reading...

Jul 7, 2013

MANUSIA : Empat Jenis Watak



Ada empat jenis manusia dalam dunia ini:
Pepatah orang tua-tua ada menyatakan bahawa jauh perjalanan luas pandangan. Justeru semakin jauh perjalanan kita menuju ke garisan penamat hidup, semakin banyak pengalaman yang kita kumpulkan. Pengalaman itu ada pelbagai. Namun, kesemuanya berkisar tentang manusia-manusia di sekeliling kita termasuk diri kita sendiri. Pastinya pelbagai cerita yang boleh digarapakan dalam hal tentang manusia. Walhalnya, kita telah melaksanakan perjanjian dengan Allah SWT sewaktu di alam roh lagi. Yakni ketaatan kita pada Allah SWT tidak akan berganjak. Tetapi, jika kita perhalusi...apa yang berlaku..? Wallahualam...
Akhirnya, Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani  merumuskan tentang kategori manusia. Beliau bahagikan kepada empat jenis. Jenis-jenis manusia ini mempunyai ciri-cirinya yang tertentu. Marilah kita renungkan sejenak dan berfikir...

PERTAMA : Tiada Lidah, Tiada Hati 

Pertama ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati. Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah. 
 

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan;

 Ilmu Ketuhanan, 

 Guru kepada yang baik, 

 Pembimbing kepada agama Allah, 

 Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah. 

Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul. 


Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Alli;

"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit". 
KEDUA : Ada lidah, Tiada Hati

Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati. 

 Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. 

 Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah. 

 Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu. 

 Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. 

 Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. 


Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda; 

"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang 'Alim yang jahat". 

Kita berlindung dengan Allah daripada orang 'Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan apoi dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu. 




KETIGA : Ada Hati, Tiada Lidah

Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah. 

 Dia adalah seorang yang beriman. 

 Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan 

 menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan 

 memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. 

 Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda; 

"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan". 

Sabda baginda lagi; 

"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam". 

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka. 

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allh dan hamba-hambanya yang Sholeh. 
KEEMPAT : Fana & Lebur Diri 

Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang diajak ke dunia tidak nampak (Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW; 

'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan". 

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain. 

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian. 

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya. 

Jadi saya (Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

kredit: Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani
Sumber : OpenMind
Continue Reading...

Jun 8, 2013

KAEDAH RAWATAN BATU KARANG : Tradisional atau Moden?

PARIT RAJA : Beberapa minggu lalu, aku ketemu seorang kenalan yang datang dari Balik Pulau atas urusan rasminya di UTHM. Beliau datang bersama rakannya. Kami berbual panjang. Akhirnya rakan beliau bertanya soalan berkaitan rawatan tradisional batu karang di Melaka seperti yang dilihat dalam TV3 dulu. Terlupa pula dia nak mencatat no telefon yang tertera di kaca tv. Maklumlah, time tu tak sakit katanya. 

Sewaktu kenalan itu tiba di Parit Raja, sakit mula terasa apabila membuang air kecil. Pain Killer menjadi bekalannya. Jenuh juga ya apabila terjadi sebegitu.

Rakan kepada SAHABAT ini yang bertanyakan
berkaitan rawatan batu karang di Melaka.
Hari ini, hati tergerak untuk aku tanyakan Pokcik Google berkaitan rawatan batu karang di Melaka. Dapat juga aku temui beberapa maklumat perihal tersebut. Aku akui, sewajarnya kita berada dalam keraguan tentang kaedah rawatan secara tradisional. Perasaan was-was memang wujud. Yer ker, boleh dirawat secara tradisional.? Juga beberapa persoalan lain akan timbul di fikiran. Al-maklum sajalah, minda semakin terbuka, rawatan moden semakin maju, doktor-doktor pakar semakin hebat dan tinggi ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka.

Namun demikian, tidak harus kita lupakan bahawa Ilmu Allah ini terlalu luas. Kekadang, tidak terjangkau dek fikiran kita. Allah SWT menganugerahkan sesuatu ilmu kepada hambaNya yang terpilih. Makanya, kaedah rawatan tradisional juga adalah satu alternatif demi menjaga kesihatan. Bagi sesiapa yang tidak pernah lalui dan rasai tentang kaedah rawatan tradisional, pastinya pelbagai persoalan yang timbul di minda. Itu adalah normal bagi setiap orang yang lebih pentingkan kepastian daripada keyakinan. Keyakinan akan timbul apabila kepastian itu mulai muncul. 

Mari kita lihat pandangan seorang penulis blog berkaitan rawatan batu karang secara tradisional. Pada awalnya, beliau memang meraguinya tetapi apabila melalui proses rawatan secara tradisional di hadapan matanya...hanya beliau sahaja yang ketahuinya...

Perasaan 1 :
"Dalam keadaan risau, Adik ipar saya mencadangkan pergi rawatan alternatif buang batu karang yang telah dibuat oleh kawannya. Orang tu kata, gosok-gosok jer keluar batu. Susah nak percaya ni lagi-lagi org science stream cam saya. tapi tak salah kalau cuba kan. Rupanya adik ipar ngan adik pompuan saya pun, pernah kena tapi ignore the sypmtoms kononya cam boleh hilang sendirilah. Pujuk punya pujuk, diorang agree nak join sekali, alang-alang pergi kan. Semalam kitorang pergi berpandukan GPS yang dipinjam dari seorang kawan."

Perasaan 2 :

"lepas 5 minit mak, adik ngan adik ipar keluar dari rumah orang tu...Adik ipar saya kata, dah kurang sikit. Treatment dia senang jer. Gosok ngan minyak angin, tekup ngan bekas putih and then batu keluar melalui kulit...cam magic show tu. Saya masih was-was lagi sebab ikut cakap dr Ayub, kena buat pengesahan dulu baru boleh percayakan. Baru 1 jam lepas mak call dia dah pergi balik ke Klinik Arul dan Dr dah confirmkan kedua-dua buah pinggang dah bebas dari batu karang....what a relief. Saya just nak ambik sample batu yang keluar tu nak buat chemical test supaya boleh aware sikit jenis batu dan makanan yang tak boleh diambil."
Sumber : Di sini dan Di sini

Pengalaman langsung pesakit yang melakukan rawatan : Klik DI SINI


"Tuan haji Jamil bertanya masalahku,..lantas aku beritahu hempeduku berbatu...dia lantas meminta kebenaranku untuk memegang perutku di sebelah kanan,..disapunya sedikit lotion,,rasa sejuk dan pedih sedikit,...tiba-tiba dia memberiku 2 butir batu...haa..inilah rupa batunya..."

Foto sampingan :

Lokasi di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Melaka
Raung menunggu di hadapan pusat rawatan tersebut.
Sumber : Kimar

 Kaunter Pusat rawatan
Sumber : CTAjar








Contoh batu karang yang dikeluarkan
Sumber : Kimar
Alamat Pusat Rawatan :


BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Penawar Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit.
Bt 71/2, Kg Gangsa , 76100, Durian Tunggal Melaka
No Tel:  013 9990935 ,  013 6426663 ,  012 2658199 
Buka (Selasa/Rabu/Satu/Ahad)
Tutup (Isnin/Khamis/Jumaat)
Waktu Operasi (6.00am - 2.00pm)


Namun begitu, di sini aku pamerkan pandangan dan pendapat doktor berkaitan kaedah rawatan doktor. Beberapa prosedur dan kaedah yang perlu dilakukan. Klik DI SINI.

 Moralnya :


Segala penyakit yang kita hadapi adalah ujian daripadaNya. Menguji tentang kesabaran dan keredhaan kita atas ujian yang diberikan olehNya. Berusaha dan ikhtiar adalah pilihan yang kita ada. Ilmu Allah ini terlalu luas yang dianugerahkan kepada hambaNya. Jika kita telah melalui proses rawatan moden yang tidak dapat merungkai 'sakit' yang kita hadapi, tidak salah juga kita berikhtiar dan beralih kepada rawatan tradisional. Adakah dengan berusaha dan berikhtiar menerusi rawatan tradisional, kita akan dipanggil kolot dalam pemikiran dan cara hidup....?
Wallahualam....

Continue Reading...

May 19, 2013

BN vs PR : Pasca Pertandingan Rebut Untung (PRU) ke-13

Pasukan Bebalang Nasihat (BN) dan Pasukan Pakanira Rakat (PR) telah bersedia untuk permainan badminton iaitu Pertandingan Rebut Untung (PRU) kali ke 13. Pasukan Bebalang Nasihat (BN) diketuai oleh Wak Nojit. Manakala pasukan Pakanira Rakat (PR) diketuai oleh Pak Nu'et. 

Pertandingan Rebut Untung kali Ke 13

Kedua-dua pasukan telah melakukan latihan intensif semenjak beberapa bulan lalu. Latihan fizikal, stamina, dan emosi telah diperkemaskan. Tak kurang juga, sudut psikologi peserta telah diasak sepadat-padatnya. Latihan demi latihan yang dilakukan akan dipertontonkan di laman sosial.

Pasukan Bebalang Nasihat (BN) mensasarkan penonton dalam kalangan penonton tua. Penonton tua agak matang dan lebih mementingkan kemenangan yang sejahtera. Manakala Pasukan Pakanira Rakat (PR) mensasarkan penonton yang muda dan akal pendek. Penonton muda lebih mementingkan teknik dan skill permainan yang cantik. Penonton ini juga tidak berapa faham tentang undang-undang permainan badminton dalam Pertandingan Rebut Untung kali ke13 ini.

Pada 05.05.2013, adalah tarikh yang dinanti-nantikan. Semua penonton bergerak ke gelanggang. Gelanggang dipenuhi oleh penonton daripada pelbagai peringkat umur dan masyarakat.  Penonton yang hadir hanya untuk mengesahkan pasukan yang disukai dan disokongnya. Setelah membuat catatan pasukan yang disokong, mereka pulang kembali ke rumah masing-masing. 

Semua penonton menanti keputusan pelawanan akhir itu dengan penuh debaran. Pertandingan badminton itu diadili oleh hakim yang mengurus pertandingan tersebut. Pertandingan badminton itu tamat pada jam 5.00 petang. Kiraan mata pertandingan badminton memakan masa yang panjang. Penonton masih setia menantikan keputusan pertandingan di kaca televisyen dan di alam maya.Yang pastinya penonton menanti keputusan final pasukan Wak Nojit dan Pak Nu'et.

Hingga larut malam, keputusan keseluruhan pertandingan masih belum diumumkan. Ada mata penonton yang tetap segar dan masih bulat. Ada juga mata penonton yang sudah layu dan berair menantikan keputusan itu. Ada juga penonton yang tak ambil kisah keputusannya. Yang pastinya, keesokan harinya akan ada keputusan yang terpampang di media massa. 

Keputusan akhir telah diwartakan oleh pihak pengadil. Pelbagai reaksi emosi terhadap para pemain bagi kedua-dua pasukan. Ada pemain yang gembira dan ada yang sedih. Itu adat permainan. Yang penting, keputusan pertandingan telah diwartakan. Pasukan Wak Nojit telah diisytiharkan menang. Pasukan Pak Nu'et telah kalah. Keputusannya ialah 21-19, 16-21, 21-19. 

Itu hakikat adat permainan. Ada yang menang dan ada yang kalah. Begitu juga dengan penonton. Ada yang suka dan ada yang sedih. Yang pasti, penonton dan pemain yang kalah akan tidak berpuas hati terhadap keputusan itu.

Justeru Pasukan Pak Nu'et tak berpuashati. Mereka protes. Pak Nu'et jelajah seluruh negara buat kenyataan bahawa pasukannya menang. Pak Nu'et mengeluarkan fakta bahawa dia menang kerana peroleh 59 mata (19 + 21 + 19). Manakala pasukan Wak Nojit hanya peroleh 58 mata sahaja (21 + 16 + 21). Penonton muda yang cetek akal dan kurang mahir dengan adat pertandingan badminton turut melalak tak berpuas hati. Ikut jelajah seluruh negara untuk berprotes.

Agak-agaknya, apakah lagi alasan yang bakal dibuat oleh pasukan Pak Nu'et untuk memprotes. Jika semua penonton tahu undang-undang dan syarat permainan, boleh percaya ker..?



Continue Reading...

May 18, 2013

Orang Ketiga : Luahan hati biar bertempat.

Kisah orang ketiga sangat berpengaruh dalam rumah tangga. Orang ketiga yang menyebabkan sepasang suami isteri yang sebelumnya hidup harmoni dan penuh kasih sayang, berakhir dengan memutuskan semua yang telah terjalin. Saya tidak tahu mengapa hati manusia begitu mudah berubah dan diubah. Jika sebelum ini, tidak terbayang oleh mereka rumah tangga yang dibina, roboh kerana cinta mereka begitu tebal tetapi kemunculan pihak ketiga, ketika ombak sedang membadai, menyebabkan pantai hati turut berubah.

Kadangkala pengaruh luar berjaya mendedangkan lagu merdu, berbanding irama lama di rumah sendiri. Bukan sedikit pasangan suami isteri membatalkan perkahwinan mereka dengan melafazkan gara-gara faktor luar. Apatah lagi hari ini faktor luar itu boleh masuk terus ke rumah tanpa perlu orang di rumah itu keluar mencarinya. Pengaruh internet sungguh besar. menguasai kehidupan manusia hari ini. Ia boleh berlegar-legar dan mengintai-ngintai mangsa yang rapuh perasaan dan setia meluahkan kekecewaan di alam maya. 

Hari ini bukan perkara tabu lagi orang mencari cinta melalui laman maya. Ada juga yang menagih cinta lama di laman siber ini dengan meluahkan perasaan kepada rakan lama ketika mereka sedang bergelut dengan masalah di dalam rumah tangga sendiri.

Besarnya risiko luahan hati ini jika berlaku terutamanya jika kita sudah dimiliki dan memiliki. Perasaan 'jahat' seperti ini kadangkala tidak dapat dielakkan oleh segelintir wanita @ lelaki yang sudah bergelar isteri @ suami .Pada mulanya mungkin kita tidak terfikir ia bakal mengundang padah, kerana kita hanya meluah rasa hati untuk meringankan beban. Lagipun kita bukannya bertemu empat mata dengan orang itu. Hanya berbicara di depan skrin komputer. Ia tidak mungkin memudaratkan. Itulah anggapan kebanyakan mereka yang akhirnya terjebak dengan cinta tiga segi di alam maya. 


Luahan seperti ini biasanya datang ketika seseorang itu menghadapi masalah rumah tangga seperti di abaikan oleh pasangan, bosan dengan kehidupan harian yang tiada perubahan, isteri @ suami yang jarang ada di sisi kerana kesibukan bekerja, isteri @ suami yang suka mendera mental dan fizikal kerana ego, isteri @ suami kesunyian dan isteri @ suamiyang mudah terpengaruh dengan kata-kata manis orang lain.

Ramai yang beranggapan, menceritakan masalah kepada pihak ketiga terutama yang berlainan jenis, tambahan pula pernah ada perasaan antara satu sama lain suatu ketika dulu, akan meringankan beban perasaan. Mereka tidak sedar bahawa cara yang dilakukan itu sebenarnya, mereka sedang menggali lubang atau sedang menjerat diri untuk dibelenggu oleh masalah yang lebih besar. Kerana itu jangan mulakan sesuatu yang kita rasa boleh membuatkan kita terperangkap di dalamnya.

Terlalu banyak kisah-kisah seperti ini yang terjadi dalam sesebuah rumah tangga. Akibat mengikut rasa hati atau sekadar mahu mencuba-cuba 'saham', akhirnya terjebak dalam dilema yang paling rumit dan runcing. Banyak rumah tangga yang sepatutnya boleh diselamatkan tetapi tergadai gara-gara tersalah langkah seperti ini.

Dengan itu, berhati-hatilah ketika bertemu dengan kekasih lama, atau wanita@lelaki yang begitu prihatin dengan masalah anda. Sebab di sebalik niat sekadar menjalin perhubungan biasa sebagai kawan, ia mungkin mengundang padah dalam rumah tangga. Selesaikan masalah yang dihadapi itu dengan pasangan sendiri. Tak perlu orang lain apalagi bukan pakar. Masalah kalian berdua, cuba selesaikan berdua sebelum dibawa ke pihak ketiga iaitu mahkamah syariah.

Untuk itu berhati-hati ketika berbicara masalah hati di ruang terbuka. Jangan mengundang masalah. Apa pun yang diciptakan untuk kebaikan jika disalahgunakan ia menjadi senjata menikam diri.

** adaptasi daripada nukilan Nuri Supian dalam Majalah Mingguan Wanita.
Continue Reading...

May 3, 2013

ALHAMDULILLAH : Umrah 2013 - Syukur padaMu

03.05.2013 : Saban hari, penuh dalam penantian. Hari ini, terjawab penantian ini.

Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah. Semoga dipermudahkan semua urusan sepanjang pergi dan balik serta ketika semasa berada di tanah suciMu Ya Allah. Tiada kata yang terungkap, tiada rasa yang tersingkap. Hanya kesyukuran yang kupanjatkan kepadaMu. Dengan rezeki yang telah diaturkan olehMu adalah yang terbaik. Segala suka dan duka dalam melayari perjalanan hidup ini menyuluh jalan untuk mendekatkan lagi hati hambaMu ini. Juga moga aku semakin mengenali diri sendiri. Amin Ya Allah.
Surat Pengesahan Umrah 2013

Semoga cuti penggal sekolah Mei-Jun 2013 ini dipenuhi dengan penuh makna. Amin Ya Allah..

Labbaik Allah humma labbaik…

Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah ….

Labbaik la sharika laka labbaik…

Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu….

Innal hamda…Wan-ni’mata…

Sesungguhnya segala puji-pujian.. dan nikmat..

Laka walmulk…Laa sharika lak….

dan kerajaan… hanya kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu

Continue Reading...

Mar 26, 2013

DIRI : Menjadi Kismis sebelum Anggur

Saya tertarik dengan artikel yang dipaparkan dalam blog ini. Dalam perjalanan hidup kita, sering kita merasakan sudah "cukup ilmu" berbanding dengan orang sekeliling kita. Kekadang kita terlupa bahawa masih banyak perkara yang harus kita pelajari dan dalami. Barangkali kita hanya rasa/tahu tetapi kita tidak memahami akan keadaan sebenarnya. Ramai dalam kalangan kita yang menjadi KISMIS sebelum menjadi ANGGUR. 
Kismis VS Anggur
Sumber : Umar M.Noor
..................................
Kisah yang akan ceritakan ini sering saya dengar semasa menuntut di Syria dahulu. Ternyata ianya berasal dari kitab Al-Asybah wa Al-Naza’ir karangan Ibn Nujaim Al-Hanafi, lalu dikisahkan kembali oleh Syeikh Zahid Al-Kauthari dalam kitabnya Husnu Al-Taqadhi fi Sirah Abi Yusuf Al-Qadhi.
Kisah ini berkenaan dengan Imam Ya’qub bin Ibrahim Al-Ansari; masyhur dengan panggilan Abu Yusuf (w. 182 H).  Beliau murid kesayangan Imam Abu Hanifah.  Beliau sangat bijak, hafalannya kuat dan banyak ilmu. Di antara ramai murid Abu Hanifah yang lain, Abu Yusuf selalu terdepan dalam semua perkara.
Pada suatu hari, Abu Yusuf merasa ilmu yang dimilikinya sudah mencukupi. Saatnya untuk menjadi tokoh ulama yang siap menjawab semua permasalahan umat. Beliau lalu meninggalkan majlis Abu Hanifah dan membuka majelis ilmu sendiri. Dalam majelis itu, Abu Yusuf mempersilakan setiap orang untuk menimba ilmu atau mengajukan soalan kepadanya.
Mengetahui perkara ini, Abu Hanifah berniat menyadarkan muridnya. Diam-diam, beliau mengutus seseorang ke majelis Abu Yusuf dengan beberapa soalan untuk mengujinya.
Orang itu berkata kepada Abu Yusuf: “Saya menyerahkan sepotong kain kepada penjahit untuk dijadikan baju. Apabila saya tanyakan, penjahit itu mengingkari pernah menerima kain daripada saya. Namun esoknya, ia memberi saya kain itu yang telah dijahit menjadi baju. Soalan saya: apakah ia berhak menerima upah?”
Abu Yusuf menjawab: “Ia berhak menerima upah.” Orang itu berkata: “Jawapanmu salah.”
Abu Yusuf merubah jawabannya: “Ia tidak berhak menerima upah.” Orang itu kembali berkata: “Jawapanmu salah.” Abu Yusuf menjadi sangat bingung.
Orang yang telah dilatih Abu Hanifah ini lalu berkata: “Jawaban yang benar adalah: jika baju itu dijahit sebelum ia mengingkari kain, maka ia berhak menerima upah. Namun jika kain itu dijahit setelah ia mengingkari kain, maka ia tidak berhak.”
Orang ini terus mengajukan beberapa soalan lain. Setiap kali Abu Yusuf menjawab, ia menyalahkan jawapannya lalu mengajukan jawapan yang tepat.
Diskusi ini jadi menyadarkan Abu Yusuf akan kejahilan dirinya. Dirinya ternyata belum layak menjadi seorang ulama, malah masih perlu banyak belajar daripada ulama. Akhirnya, beliau memutuskan kembali ke majelis ilmu Abu Hanifah untuk melanjutkan pengajiannya.
Apabila melihat Abu Yusuf, Abu Hanifah tersenyum dan berkata: “Engkau telah menjadi kismis sebelum menjadi anggur.”

Hukum Kesempurnaan
Kisah ini sangat inspiratif. Seringkali kita melihat diri kita begitu besar dan matang, padahal pada kenyataannya masih begitu kecil dan mentah.
Sebuah kesempurnaan dan kematangan tidak pernah datang begitu sahaja. Ianya merupakan hasil dari suatu proses. Proses ini terdiri dari beberapa tahapan. Antara satu tahapan kepada tahapan yang lain seringkali memerlukan masa yang cukup panjang.
Hukum ini berlaku untuk semua makhluk hidup. Seekor ulat menghabiskan masa berhari-hari di dalam kepompong sebelum menjadi rama-rama yang cantik. Bahkan sebiji anggur sebelumnya mentah, lalu masak, kemudian kering dan menjadi kismis.
Sesiapa yang tidak sabar menjalani semua ini, maka proses kesempurnaan itu akan terbantut. Lalu ia tidak akan pernah sempurna selama-lamanya.
Hukum kesempurnaan ini juga berlaku untuk semua disiplin ilmu atau kerjaya yang kita pilih. Seorang dokter pakar memerlukan masa yang panjang sebelum menjadi spesialis di bidang perubatan. Begitu juga seorang jurutera, penulis, pelakon apalagi ulama Islam yang menjadi rujukan umat.
Jadi, jalan menuju kepakaran sangat panjang. Sesiapa yang menjalaninya dengan sabar, suatu hari akan tampil sebagai pakar yang disegani. Dan pendapatnya dalam disiplin itu diakui sebagai pandangan yang berwibawa.
Sebaliknya, sesiapa yang tak sabar menjalaninya, lalu mendakwa pakar sebelum masanya, maka ia telah kering sebelum matang, menjadi kismis sebelum menjadi anggur. Oleh itu, ucapan dan pendapatnya tidak mengandungi nilai ilmiah sama sekali.
Dalam kaidah fiqh ada disebutkan:

مَنِ اسْتَعْجَلَ شَيْئًا قَبْلَ أَوَانِهِ عُوقِبَ بِحِرْمَانِهِ

“Sesiapa yang ingin memiliki sesuatu sebelum masanya, maka ia diharamkan daripada memiliki sesuatu itu.”
Orang seperti ini ibarat pokok yang belum tertanam dengan sempurna, maka buah yang keluar daripadanya pun tidak bermutu tinggi. Berkata Syeikh Ibn ‘Athoillah Al-Sakandari dalam Al-Hikam:

ادْفِنْ وجودَك في أرضِ الخمولِ فما نَبَتَ مما لم يُدْفَنْ لا يَتِمُّ نَتَاجُه


“Tanamlah dirimu di tanah kehinaan (khumul). Sebab apa-apa yang tumbuh dari pokok yang tidak tertanam tidak pernah matang.”
Sebelum merusak orang lain, sikap “ingin cepat besar” ini akan merusak dirinya sendiri. Ia akan tersibukkan dengan berbagai perkara sehingga tidak sempat lagi menimba ilmu. Dan, perasaan takut dilihat bodoh dan khuatir ditinggalkan pengikut akan menjauhkan dirinya daripada jalan peningkatan ilmu.

Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari menukil ucapan berikut ini dari Imam Al-Syafii:


إِذَا تَصَدَّرَ الْحَدَث فَاتَهُ عِلْم كَثِير

“Apabila orang yang baru belajar telah maju ke hadapan (yakni: hendak menjadi tokoh besar), maka ia terluput ilmu yang sangat banyak.”
Continue Reading...

Mar 19, 2013

Lelong Kastam 2013 : Dah jengah..?

Untuk tahun 2013 ini, tirai lelongan kereta rampas oleh pihak Kastam DiRaja Malaysia sudah bermula. Lelongan ini sudah dibuka mulai 11 Mac 2013. Semua rakyat Malaysia khususnya peminat kereta lelong kastam ini boleh melihat kenderaan-kenderaan yang dilelong mulai tarikh tersebut hingga 25 Mac 2013.
Hampir seluruh pejabat kastam di setiap negeri melaksanakan lelongan tender terbuka. Contoh kenderaan yang dilelong mengikut negeri.



Continue Reading...

Mar 16, 2013

JAWAPAN : untuk 5 persoalan

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.


Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.”
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan benda pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan kedua mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.” Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.” Mendengar rayuan burung itu, Dia teringat akan arahan ketiga supaya menerima permintaan, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya.
Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.” Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya.
Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, Dia teringat akan arahan kelima mimpinya supaya larilah darinya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, “Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa,
“Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit, tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya.

Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”
Maka berkata Allah S.W.T., “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.


Sumber : Haji Jan
Continue Reading...

Feb 25, 2013

Malaysia : Darul Sampah..?

FAKTA : Dalam tempoh setahun, sebanyak 1.8 juta tan sampah dibuang oleh rakyat Malaysia atau purata 1.3 kg bagi setiap penduduk (KLIK DI SINI).

Jika kita lihat di rumah kita, di kedai-kedai makan, di pasar awam dan di mana-mana saja. Pastinya banyak bahan terbuang, khususkan sisa-sisa makanan. Kebiasaan, sisa-sisa makanan ini akan dibuang saja ke tong sampah. Dapatan kajian menunjukkan setiap orang membuang sampah sebanyak 1kg sehari. Malahan, penduduk Malaysia memerlukan keluasan sebesar negeri Perlis semata-mata untuk membuang sampah dalam sehari. Apa akan jadi di masa akan datang...?. Oleh itu, mari kita cuba perhalusi bahawa sampah yang sedia ada untuk kita kitarkan semula. Ini bertujuan kita menghasilkan baja organisme daripada sisa makanan yang dibuang.

Dengan inisiatif Pengerusi JawatanKuasa IPG Lestari di peringkat IPG Kampus Tun Hussein Onn, En Tokiap telah melaksanakan kursus Menyediakan dan Mengolah Efektif Mikroorganisme (EM) dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. Kursus ini dilaksanakan di Makmal Biologi, IPTHO (ISNIN - 25 Februari 2013). Agak menarik kursus ini..




Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template