Jul 30, 2011
RAMADHAN : Cuci yang menakjubkan
Jul 29, 2011
KAJI SIFAT 20 : Betapa lemahnya kita..
Marilah sesama kita renungi, fikirkan dan membuat refleksi erhadap 20 Sifat Wajib bagi Allah SWT serta apakah perkaitannya pula dengan diri kita. Betapa lemahnya kita disisiNya. Oleh itu, usahkan mengeluh dengan segala ujian yang berlaku pada diri kita. Malangnya ramai di antara kita yang cuba mencampuri urusan Allah SWT :
Boleh baca DI SINI.Jul 25, 2011
BERTANYA vs JELASKAN : Mengelakkan kekhilafan
Alhamdulillah, setelah selesai bersarapan dengan rakan lama (En. .........) yang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, aku menuju ke Perpustakaan Bainun, UPSI. Dua belas buah buku aku galas ke kereta. Buku-buku itu lebih berkisar kepada Kajian Kualitatif. Satu perkara baru untuk aku. Sebelum ini, aku lebih berfokus kepada Kajian Kuantitatif.
Tiba-tiba Miss Berry aku berbunyi...
Bertanya : Assalamualaikum En Azlan..
Jelaskan : Wa'alaikumusalam. Saya bercakap. Silakan....
Bertanya : Saya En.... daripada Unit Akademik, UPSI.
Jelaskan : Ok...ada apa-apa ke Encik?
Bertanya: Saya ingin bertanya, adakah En Azlan pemegang kad OKU? Saya perlukan penjelasan tentang 'Kod 3' seperti dalam data di tangan saya ini.
Jelaskan : Ya, saya pemegang Kad OKU...tapi kenapa Encik?
Bertanya: Begini....'kod 3' adalah untuk kecacatan fizikal. Maka, ada dua perkara. Pertamanya, adakah Encik Azlan perlukan apa-apa bantuan sewaktu menaiki pentas dalam sesi konvokesyen esok?. Keduanya, saya perlu mendapatkan makluman tentang Encik Azlan kerana kemungkinan Canselor (Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun) atau Naib Canselor (Profesor Dato' Dr Aminah) untuk bergambar dengan pelajar OKU yang menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen nanti.
Jelaskan : Benar dalam data yang ada pada saudara tersebut. Saya pemegang kad OKU untuk kecacatan fizikal khususnya kecacatan sejak lahir pada kaki saya. Jika dilihat secara kasar, tidak ramai orang akan menyedari kecacatan saya ini. Sekiranya diamati secara teliti, ramai akan ketahuinya apabila sewaktu saya berjalan. Ciri-cirinya ialah, kaki saya............................(penjelasan secara jelas). Makanya, untuk persoalan pertama saudara, saya tidak memerlukan kerusi roda atau bantuan sesiapa sewaktu saya menaiki pentas di majlis konvokesyen itu kerana alhamdulillah, saya masih mampu untuk menyelesaikan tanggungjawab saya secara kendiri. InsyaAllah untuk setakat ini. Berkaitan persoalan keduanya, saya ucapkan terima kasih atas penghargaan dan saya dengan rasa rendah diri menyerahkan semula hal itu kepada pihak pengurusan majlis konvokesyen khususnya hal bergambar itu. Saya sekadar mengikut ketentuan yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan majlis tersebut. Walau bagaimanapun, diharapkan pihak UPSI dapat memaklumkan terlebih awal kepada saya berkaitan hal bergambar itu semoga terlaksana apa yang dirancangkan...
Bertanya : Ok, terima kasih En. Azlan kerana memberi penjelasan tentang persoalan yang saya utarakan. TAHNIAH, saya ucapkan untuk majlis konvokesyen esok hari.
Jelaskan : Sama-sama
*******************************************
Cuba kita perhatikan sekeliling kita. Berapa ramai yang bersedia untuk bertanyakan terhadap sesuatu perkara untuk mendapatkan penjelasan sebenar. Malahan lebih ramai yang akan membuat persepsi dan keputusan awal sebelum mendapatkan penjelasan sebenar tentang sesuatu perkara. Saya benar-benar memuji tindakan pegawai pengurusan majlis konvokesyen.
1. Semoga majlis konvokesyen esok hari berlangsung dengan jayanya.... InsyaAllah!
2. Juga aku bersyukur kepadaNya kerana telah diberi kemampuan olehNya untuk mengharungi lautan ilmu peringkat sarjana dengan jayanya walaupun pelbagai kisah suka dan duka yang terpaksa ditempuhi bersama keluarga tersayang... Alhamdulillah..
Jul 23, 2011
MERANCANG : Proses melaksanakan kata-kata..
Program Hati Nurani semakin meluas promosinya di media masa. Semakin kerap diwar-warkan konsep perlaksanaannya. Hakikatnya, hati aku semakin tertarik untuk membuat kajian dalam isu pendidikan tersebut. Beberapa langkah mula telah aku aturkan. Semoga ianya menjadi kenyataan. InsyaAllah.
Langkah satu :
Rezeki aku telah ditentukan olehNya bahawa aku memulakan kerjaya baru di IPTHO, Batu Pahat. Satu ruang lingkup kerjaya baru yang memerlukan ruang masa untuk aku fahami sepenuhnya bidang tugas dan tanggungjawab. Lokasi IPTHO hanyalah berjarak 10km daripada UTHM, sebuah universiti yang paling hampir dengan tempat tinggal aku.
KLIK DI SINI
Langkah dua :
Aku sudah menemui Dr Wan, Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja beberapa minggu lalu. Sempat berbual dengan beliau kaedah urusan pengajian peringkat Phd. Asasnya, ada tawaran khas buat para guru yang berminat menyambung pengajian. Setakat ini, terdapat ramai guru dan pensyarah IPG daripada Johor Bahru yang mengikuti pengajian di UTHM. Pelajar boleh mendaftar di bawah Fakulti Teknik dan Vokasional dan melaksanakan kajian pendidikan masing-masing dengan tidak terikat kepada bidang teknik dan vokasional.
Setakat ini UTHM sedang menguruskan Ijazah Kedoktoran Pendidikan (EdD). Setelah lulus urusan tersebut, semua pelajar boleh menukar fakulti. Akhirnya, para pensyarah yang tidak berkaitan dengan Teknik dan Vokasional akan menukar kepada EdD. Semoga perbincangan aku dengan Dr Wan menjadi pencetus semangat aku untuk ke arah tersebut.
Langkah tiga :
Aku akan mencuba meloloskan diri dalam ruang lingkup isu pendidikan terkini iaitu Projek Hati Nurani - Sekolah Dalam Hospital. Aku akan berusaha sehingga aku memasuki ruang itu di peringkat KPM. InsyaAllah.
Langkah empat :
Setakat ini, aku sedang merangka dan menyediakan proposal kajian di peringkat Phd. Beberapa bahan bacaan berkaitan Projek Hati Nurani (Sekolah Dalam Hospital) dalam dan luar negara sedang aku kumpulkan. Sementara jangka hayat keahlian Perpustakaan Bainun, UPSI masih aktif, aku manfaatkan sepenuhnya.
Pencarian kajian literatur berkaitan isu itu dikumpulkan satu-persatu. Semoga Allah permudahkan segalanya. Aku berazam untuk cuba melengkapkan pengajian Phd dalam tempoh 2 atau 3 tahun sahaja. Ini adalah azam aku sempena bulan Oktober 2011 yang bakal tiba. Genaplah umur aku menjejak angka 40 tahun!. Walaupun aku agak terlewat, seboleh-bolehnya aku tak mahu terus tertinggal...
Langkah lima :
Aku harus selesaikan urusan konvokesyen pengajian sarjana yang lalu. Urusan yang kelima inilah sebagai langkah utama yang harus didahulukan.
Urusan ini jugalaha sebagai langkah pencetus untuk memulakan langkah-langkah yang seterusnya demi mencari ilmu duniawi. Aku berazam untuk bergelar Dr. Azlan sebelum berumur 45 tahun. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan selanjutnya. Amin.........
Tujuan entri ini bukanlah untuk mendabik dada terhadap apa yang dicapai dan yang bakal merancang perancangan untuk digapai. Jauh sama sekali bertujuan sebegitu. Niat di hati sekadar untuk terus membakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan dalam bidang pendidikan dan menuntut ilmu duniawi. Juga terus menjadi pencetus kepada rakan-rakan sekeliling untuk terus mencapai impian dalam bidang pendidikan masing-masing.
Juga, semoga aku berkesempatan untuk meneroka dunia akhirat selepas semuanya selesai nanti. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan semangat yang JITU untuk terus melangkah ke hadapan. Amin...
Jul 17, 2011
DURIAN berlaukkan nasi
Durian yang ada masih berbaki. Sebiji saja lagi setelah beberapa biji yang lainnya diratah begitu saja. Durian dapat dimanfaatkan dengan pelbagai cara mengikut citarasa masing-masing.
Teringat aku sewaktu kecil-kecil dulu. Arwah ayah @ emak akan meminta abang-abang aku mengopek beberapa biji durian. Ulas durian akan diletakkan di dalam pinggan. Sungguh menyelerakan. Dalam pada mengopek, ada juga tangan-tangan penonton di sekeliling sesi mengopek durian itu yang menyelinap ke arah pinggan yang berisi ulas-ulas durian.
Ehem..ehem.. terdengar suara yang berdehem dari mana entah datangnya. Tangan-tangan yang menyelinap kembali tertarik ke belakang. Ulas-ulas durian semakin membukit di dalam pinggan. Kakak aku pula akan mencedok nasik ke dalam pinggan adik-adiknya. Semuanya terhidang.
Emak masih sibuk memerah kelapa untuk mendapatkan santan pekat. Gula pasir menimbun di dalam piring. Air garam juga terhidang. Inilah makanan yang membangkitkan selera apabila tiba musim durian. Makan ramai-ramai dengan adik-beradik yang ramai.
Beberapa ulas durian diletakkan dalam pingan nasi masing-masing. Abang-abang yang bijak mula memicit-micit ulas durian. Tujuannya mencari ulas durian yang berbiji 'kesit'. Isinya banyak. Adik-adik yang masih 'nangoi' memerhati saja untuk sesi pembelajaran.
Sesudah ulas durian yang dipilih tercatuk dalam pinggan, masing-masing mula membuat pilihan mengikut selera tersendiri. Ada yang memilih santan yang berlemak masin atau air garam semata-mata sebagai kuahnya. Gula pasir pula ditabur di atas nasi di dalam pinggan. Proses menggaul sungguh menarik.
Setiap orang dengan keletah masing-masing. Ada yang melecetkan isi durian daripada bijinya, kemudian digaul pada nasi yang berlembab air santan @ air garam. Ada juga yang menggaul terus isi durian yang masih melekat pada bijinya dengan nasi yang berlembab. Digaul kemas-kemas sehingga terkeluar isi durian di celah-celah jari. Nasi mula melekat di jari-jari yang menggaul. Feel dan keletah itulah memori yang terindah.
Kaedah nasi durian sebegini masih aku amalkan. Malam ini, aku merasainya seorang diri dengan buah durian daripada Segamat. Adakah anda juga memiliki kaedah tersendiri untuk memakan nasi dengan durian mengikut amalan masing-masing? Mari kita kongsikannya..
Jul 13, 2011
PENDIDIKAN KHAS : Projek Hati Nurani
Perbualan rancak antara aku dengan sahabat baru yang berpengalaman dalam bidang pendidikan masakini yang belum tersebar luas, benar-benar menarik minat aku untuk meneroka. Beliau sebagai pencetus minda aku untuk terus meneroka isu baru ini. Aku juga berkira-kira untuk terus meneroka untuk menjadi bahan penerokaan kajian di masa akan datang. InsyaAllah.
Isu projek pendidikan tersebut ialah Program Hati Nurani. Program ini sebagai projek khas yang sedang dalam 'projek rintis'. Program tersebut berkaitan menempatkan sekumpulan guru yang bertugas di hospital. Program Hati Nurani ini lebih bertumpukan kepada para pelajar yang berada di mana-mana hospital kerajaan.
Setelah perbualan kami berlangsung beberapa jam, aku terus mencari maklumat ringkas untuk memahami program tersebut. Beberapa maklumat yang dapat dikumpulkan sebagai indikator awal untuk terus meneroka isu pendidikan yang baru.
1. Sumber : Cikgu Rozali
MATLAMAT
Program Hati Nurani bermatlamat memberikan pendidikan kepada pesakit kanak-kanak dan remaja berumur dalam lingkungan 4 - 19 tahun yang menjalani rawatan di hospital bagi satu tempoh masa tertentu bagi meneruskan pembelajaran agar tidak mengalami keciciran dalam memperoleh pendidikan.
2. Sumber : Utusan
Program sekolah dalam hospital
Oleh FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my
NOORAINEE Abdul Rahman (kiri) memberi penerangan mengenai program sekolah dalam hospital yang dikenali sebagai Projek Hati Nurani pada sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 15 April – Yayasan Nurul Yaqeen akan melaksanakan program sekolah dalam hospital bagi mengelakkan pesakit kanak-kanak yang menjalani rawatan jangka panjang tercicir daripada pelajaran.
Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berkata, program yang dikenali sebagai Projek Hati Nurani itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.
Menurutnya, projek ini melibatkan beberapa fasa dengan fasa pertama dimulakan Jun ini di tiga buah hospital terpilih iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang.
“Saya terpanggil menubuhkan projek ini setelah mendapati sebilangan besar pesakit berusia antara lima hingga 18 tahun ketinggalan pelajaran mereka ekoran terpaksa menjalani rawatan di wad dalam tempoh yang sangat lama.
“Di samping itu, program ini juga mampu memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk meneruskan pembelajaran mereka apabila kembali ke sekolah nanti,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya sini hari ini.
Norainee yang juga Penaung Yayasan Nurul Yaqeen berkata, terdapat dua kaedah pembelajaran yang akan digunakan iaitu pertama secara di dalam kelas dan kedua dengan guru bergerak ke katil pesakit.
“Kita mencadangkan seramai 11 guru bertauliah ditempatkan secara tetap di setiap hospital termasuk seorang guru pendidikan khas, penyelia serta guru di peringkat sekolah rendah dan menengah,” katanya.
Rekod HKL pada tahun lalu menunjukkan seramai 932 pelajar menduduki peperiksaan peringkat sekolah dan awam ketika menerima rawatan di wad dengan 812 daripadanya murid sekolah rendah.
Jul 3, 2011
IMAN : Sabar dan Syukur
Sabar itu SEPARUH IMAN
(SUMBER Hadis Nabi : Syeikh Abdus Samad Al-Jawi Al-Palembangi (2006) Siyarus Salikin, Jalan para salik untuk mengabdikan diri kepada Tuhan Rabbul 'Alamin -Juzuk 4, p.31)
Apakah separuh lagi untuk memenuhi iman itu? Pernahkah kita tanya ustaz dan ustazah?
Saiyidina Abdullah bin Mas'ud r.a berkata :
Ertinya : Iman itu dua bahagian. Satu bahagian SABAR dan satu bahagian lagi SYUKUR.
(SUMBER : Syeikh Abdus Samad Al-Jawi Al-Palembangi (2006) Siyarus Salikin, Jalan para salik untuk mengabdikan diri kepada Tuhan Rabbul 'Alamin -Juzuk 4, p.31)
Iman seseorang adalah himpunan kedua-duanya iaitu SABAR dan SYUKUR. Ini kerana setiap perlakuan manusia di pentas dunia ini menghasilkan dua kesan hasil sesuatu perlakuan/tingkah laku. Kekadang perlakuan manusia menghasilkan mudarat di dunia dan di akhirat dan kekedang menghasilkan manfaat di dunia dan di akhirat.
Atas dasar itu, apabila ditimpa sesuatu mudharat, kita seharusnya bersabar. Sebaliknya, sekiranya memperolehi sesuatu manfaat (kebaikan), sebaiknya adalah bersyukur kepadaNya.
Ini kerana, sabar merupakan permulaan bagi seseorang yang mengikuti jalan ini sepertimana yang diperkatakan oleh Syeikh Ibnu Raslan :
Ertinya : Permulaan segala maqam itu ialah sabar terhadap kehendak Allah Ta'ala, pertengahan segala maqam itu ialah redha terhadap kehendakNya dan kesudahan segala maqam itu ialah setiap manusia semata-mata mengikuti kehendak Allah SWT dan ikhtiarNya atau pilihanNya.
Sebagai rumusannya, setiap perjalanan hidup kita di pentas kehidupan bergantung pada tindakan dan perlakuan kita. Sekiranya yang dilakukan mendatangkan mudarat, maka kesannya adalah mudarat pada diri kita dan orang lain. Jika perlakuan kita memberi manfaat, makanya mendatangkan kebaikan buat diri kita dan org sekeliling kita.
Namun demikian, perjalanan hidup kita juga bergantung pada kesan perlakuan orang sekeliling kita sama ada perlakuan mereka mendatang kesan mudarat atau manfaat. Itulah indahnya WARNA_WARNI KEHIDUPAN. Akhirnya, segalanya bergantung pada kita untuk menyesuaikan diri dalam apa jua situasi. Pengamalan konsep SABAR dan SYUKUR menjadi tunggak keutuhan peribadi dalam mengharungi kehidupan kita. Percayalah bahawa ada HIKMAH yang tersembunyi yang dianugerahkan olehNya kepada kita.. Kepercayaan itu wujud apabila kita menjadi manusia yang berfikir...
~ HIDUP bukanlah untuk mengeluh dan mengaduh tetapi hidup adalah untuk MENGOLAH HIDUP.... wallahualam.....
Jun 16, 2011
Cikgu Rozita : TAHNIAH....

"Tahniah, Cikgu Rozita. Cikgu Rozita telah meningkatkan nama sekolah untuk Majlis Hari Guru Peringkat Daerah Batang Padang pada hari Khamis (16 Jun) nanti." kata Guru Besar baru di sekolahnya.
"Kenapa Cikgu?" Cikgu Rozita menimbulkan persoalan kerana belum mengetahui butiran maksud guru besarnya.
"Cikgu Rozita telah menerima Anugerah Khas iaitu Anugerah Guru Inovatif peringkat Daerah Batang Padang bagi tahun ini. Tahniah Cikgu", itulah penjelasan Guru Besarnya.
"Terima kasih Cikgu. Ini juga adalah satu penghargaan untuk sekolah dan perangsang pada semua guru di sekolah kita", jelas Cikgu Rozita.
***********************
TAHNIAH jua kepada Cikgu Rozita kerana sudah mampu mengeluarkan bakat dan minat mendalam terhadap penyediaan bahan P&P berkaitan matapelajaran Matematik. Anugerah ini adalah anugerah kali kedua semenjak berada di dalam daerah Batang Padang mulai 2009 lalu. Tahniah sekali lagi semoga terus mencipta idea2 baru demi anak didik. InsyaAllah...
Jun 12, 2011
BELAJOR : Objek pegun..
Hakikatnya, belajar tanpa guru agak sukar kerana "sukar" untuk bertanya itu dan ini. Oleh itu aku akan mencari kelas asas fotografi di Batu Pahat. Petang tadi, aku telah hubungi Pengerusi Kelab Fotografi Selatan (K'FOSE) yang beroperasi di Batu Pahat. Beliau perkenalkan K'FOSE dalam Facebook. Banyak juga info yang diperoleh. Klik DI SINI
Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh kelab ini. Malahan kelas-kelas berkaitan dengan fotografi kerap kali dianjurkan. Sungguh menarik. Selamat meneroka alam fotografi....
Jun 11, 2011
TEMAN : Mengenali diri
Dalam pencarian sepanjang laluan kehidupan, bergantung pada personaliti kita untuk proses itu. Sebaik-baik peneman, biarlah peneman yang membantu kita menemui sesuatu dalam pencarian itu.
Entri kali ini tiada kupasan dan huraian. Hanyalah sekeping gambar yang memberi seribu makna. Proses pemaknaan terhadap gambar tersebut, bergantung pada diri kita sendiri. Wallahualam.
May 22, 2011
PASRAH : Mencari redhaMu..
Semakin banyak ujian dan semakin berat laluan yang kita tempuhi, semakin gagah dan kental jiwa dan minda kita menempuhnya. Adakalanya, termempan kita terhadap ujian yang dilalui. Terduduk dan mengenang nasib yang menimpa. Ketika ini akur;aj bahawa kita ini tidaklah sekuat mana melainkanNya. Hati terdetik dan berdetik untuk menyembahNya. Dikala ini jugalah, kita mulai hilang kepercayaan pada orang sekeliling kita. Itu semua adalah proses biasa ke arah kematangan hidup dan mencari redhaNya...
Sebagaimana janji Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah,
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. …”
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]Tatkala diri kita diuji, berbaliklah kita kepadaNya. Baiki semula laluan hidup yang telah kita redahi. Ada hikmah disebalik itu. Sentiasakan basah bibir kita dengan zikir padaNya. Ucapkanlah "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun"(sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya jualah kami akan dikembalikan)
Firman Allah dalam kitabNya,
" Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun"(sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya jualah kami akan dikembalikan). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
[Surah Al-Baqarah, 2: 155-157]ps: tatkala diuji, kita digalakkan menyebut, '"Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun"(sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya jualah kami akan dikembalikan). bukan hanya ketika berlakunya kematian, seperti tanggapan sebahagian di antara kita.
May 19, 2011
DEMI CINTAKU PADAMU : Miss Sexy dan Miss Asus
kemanapun kaukan ku bawa
walau harus kutelan lautan bara
Itulah bait lagu yang menusuk kalbu apabila kukenangkan Miss Sexy dan Miss Asus (Klik Di Sini). Penjagaan sepenuhnya harus kutitikberatkan demi keduanya. Takkan kubiarkan mereka mudah diracuni ayat-ayat cinta oleh parasit lain. Biarlah mereka tetap setia padaku.
Atas dasar itulah aku sanggup berkelana seorang diri dan bersengkang mata di alam siber demi mencari penawar untuk menghalang parasit-parasit di sekeliling Miss Sexy dan Miss Asus. Penawar ini sangat penting demi cintaku pada mereka berdua. Akhirnya penawar yang kucari telah berada dalam genggamanku. Ku genggam erat dan kujampi-serapah pada Miss Asus dan Miss Sexy. Kelihatan mereka sangat segar dan bertenaga. Perkhidmatan mereka padaku sememangnya diluarjangka. Penawar yang ditemui mampu menjaga mereka selama 26 tahun tanpa susut kemujarabannya. Kuharapkan kemujarabannya berpanjangan..
Itulah kelebihan penawar Jentayu Kaspersky 2011. Kebiasaannya, Jentayu Kaspersky di tangan pemilik lain hanya bertahan setahun akan kemujarabannya. Kini, Jentayu Kaspersky di tangan ku sanggup berkhidmat denganku selama 9703 hari hasil penat lelahku selama berkelana dan bersengkang mata. Aku bersyukur....
May 12, 2011
OKU : Bantuan Kewangan untuk pelajar IPTA
Bagi individu dalam kalangan masyarakat OKU yang berminat menyambung pengajian hingga ke peringkat PHD, yuran pengajian bukanlah satu halangan untuk kalian terus menyambung pengajian. Kementerian Pengajian Tinggi telah menyediakan kemudahan untuk anda dari sudut yuran pengajian dan ditanggung selama 4 tahun. Manfaatlah ruang dan peluang ini sekiranya anda berminat untuk menyambung pengajian.
Di bawah ini saya sertakan sedikit maklumat berkaitan hal tersebut. Anda boleh menghubungi pegawai berkenaan untuk maklumat lanjut.
***********************
| SKOP PEMBIAYAAN BANTUAN KEWANGAN Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti sahaja. Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini. Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan. TEMPOH PEMBIAYAAN (MAKSIMUM)
SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU
BAYARAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU Kaedah Bayaran
KATEGORI YURAN YANG LAYAK DAN TIDAK LAYAK DITUNTUT
PERMOHONAN/TUNTUTAN · Permohonan bantuan wang saku dan yuran bagi pelajar OKU IPT boleh dibuat terus kepada Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui dan disahkan oleh Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di institusi pengajian masing-masing. Dokumen permohonan boleh dikemukakan ke alamat Bahagian Biasiswa atau menerusi email di alamat bkoku@mohe.gov.my. Penghantaran menerusi email bagi dokumen melibatkan tandatangan hendaklah diimbas “scan” terlebih dahulu. · Permohonan bantuan wang saku dan yuran pengajian pelajar OKU hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula. · Dokumen-dokumen hendaklah mengandungi perkara berikut:
· ** (Wajib disertakan untuk permohonan baru dan sedia ada serta bagi setiap kali tuntutan wang saku dan yuran pengajian). · Item ( a ) – ( e ) adalah untuk permohonan kali pertama sahaja. · Tuntutan pelajar sedia ada atau berikutnya bagi setiap pelajar OKU sepenuh masa memadai dengan item ( f ) – ( h ) sahaja. Pelajar OKU separuh masa memadai item ( h ) – ( i ) sahaja. · Bagi pelajar ijazah lanjutan dalam mod penyelidikan, keputusan peperiksaan boleh digantikan dengan surat pengesahan pengajian dari universiti pada setiap semester. · Proses ini bermula mulai 1 April 2010. Pelajar yang sedang menjalani semester sebelum tarikh ini tidak layak menuntut elemen yuran pengajian. Walau bagaimanapun, semua tuntutan adalah tertakluk kepada had peruntukan tahunan yang diluluskan oleh Kerajaan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi; Setiausaha BahagianBahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 4, Blok 1, Menara PjH, Presint 2, 62100, PUTRAJAYA (u.p.: Unit Pinjaman Dan Bantuan Kewangan) Fax : 03-8884 4701 Email : bkoku@mohe.gov.my URL: www.portal.mohe.gov.my/biasiswa/oku-ipt Muat turun : · Borang Pendaftaran ~ KPT/B/OKU-Reg2.10· Borang Tuntutan Wang Saku ~ KPT/B/OKU-ws v1.10 · Borang Tuntutan Bantuan Yuran ~ KPT/B/OKU-yrn-2.10 *Untuk semakan surat yg dihantar, semakan status surat boleh dibuat melalui Online Letter Checking. sila klik di sini Atau berhubung terus dengan pegawai berikut :
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Inilah sedikit paparan berkaitan bantuan kewangan kepada masyarakat OKU yang berminat menyambung pengajian ke peringkat tertinggi. Semoga pembaca dapat panjang-panjangkan maklumat kepada rakan-rakan anda yang berkelayakan.
Anda boleh layari blog baru saya : KLIK DI SINI.
May 10, 2011
SAMA HEBAT : Miss Sexy vs Miss Asus
"Kenapa jadi begini pulak ni? Saat-saat genting, begini pulak jadinya," kata si lelaki tua.
"Kena picit banyak kali pulak dah. Biasanya, hanya sekali picit sudah mencanak laju ajer."
"Alaaaaa...picit lagi. Sakit la pakcik. Picit perlahan-lahan yer pakcik. Sakit tau!. jerit-jerit manja Miss Sexy.
Semenjak seminggu ini, Miss Sexy sering merengus apabila kerap dipicit-picit untuk memulakan aksinya. Kebiasaannya, hanya sekali picit sahaja aksinya yang lincah telah terpamer. Pelbagai aksi mampu dipamerkan. Kehebatan Miss Sexy tidak diragui. Tetapi, kali ini sangat berbeza. Aksinya juga sudah lemah. Adakah sudah lemah atau manapous. Begitulah ragam dan aksinya sekarang.
Si lelaki tua itu pulak kerap kali menggunakannya. Hampir setiap pagi, Si lelaki tua akan memicit-micit punat Miss Sexy beberapa kali. Semua itu untuk merangsang Miss Sexy agar beraksi seperti zaman mudanya.
Akhirnya, hari ini Miss Sexy hanya sekadar menjadi backup. Almaklumlah, Si lelaki tua sudah punya keinginan pada Miss Asus pula yang lebih seksi dan bergaya. Bentuk tubuhnya menggiurkan, rupa parasnya yang mengasyikkan. Termetrilah bahawa, Miss Asus sudah menjadi milik kekal Si lelaki tua itu. Itulah putaran dunia. Namun, Miss Sexy akan terus berada di samping Si lelaki tua selagi Miss Sexy mampu berakhir hingga ke nyawanya yang terakhir. Si lelaki tua akan memasukkan Miss Sexy ke Wad ICU demi menjamin kehebatan aksi Miss Sexy terhenti begitu sahaja.
Hebatnya Si lelaki tua itu kerana yang baru dibelai, yang lama masih dijaga dan dibelai jua. Hasilnya, Si lelaki tua itu memiliki Miss Sexy dan Miss Asus.
Kapasiti Miss Asus
A43SV-VX073V
- Intel Core i5-2410m Processor
- INTEL CORE i5 -2410M (2.3Ghz Turbo up to 2.9Ghz)/3M cache,
- 14'' HD Color Shine LED screen (1366x768),
- 4GB DDR3 RAM,
- 640GB (5400rpm) Hard Disk
- NVDIA GEFORCE 2GB graphic processor
- 2 years Global Warranty.
Apr 17, 2011
KETENTUAN : Hanya DIA ketahui segalanya
Assalamualaikum En. Azlan.
Waalaikumusalam. Saya bercakap.
Saya nak cuba suggestkan nama En Azlan untuk ke PPD BPadang bagi Unit Kualiti. En Azlan dah dapat surat posting ke?
Ooo..ya ka. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Saya sekarang dah posting di Batu Pahat. Jika offer ni saya terima sebelum saya ke Batu Pahat, pastinya saya terima pelawaan saudara..
Senario ini berlaku pada minggu lepas. Begitu juga dengan Mem Besor yang mendapat offer untuk Unit Matematik bagi Sekolah Rendah di PPD BPadang. Kemungkinan besar rezeki kami tiada di Tapah untuk setakat ini. Pasti ada hikmahnya atas segala yang berlaku, hanya Allah sahaja yang lebih ketahui segalanya.















