Dec 31, 2009

Mari mencuba...

Agak lama blog aku tidak dimuatkan bahan baru. Macam le sibuk bebenor, malas pun ada. Itu proses biasa. Yang penting diisi juga untuk tatapan pengunjung dan rakan-rakan... Beberapa hari lepas, aku perolehi email untuk bahan bacaan. Agak menarik dan boleh dikongsi bersama..

Nampak macam mudah saja, perlakuan di bawah untuk dilakukan. Malangnya, berapa ramai yang mampu melaksanakannya. Ianya memang berkesan jika muka pelaksana adalah muka seposen dan selumber. Ini juga teknik 'BERKOMUNIKASI LISAN & BUKAN LISAN' sesama pasangan yang sememangnya mengakrabkan hubungan sambil gurau-gurau. Maka, cuba-cuba le...

***********************************

Sumber : Mohd Naim Mohd Zain - kantung email :

Bila kita sudah lama berkahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda pasangan. Harap-harap anda akan berjaya.

1. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibukdan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasastresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedangdibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak?Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untukmenambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.



2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yangtersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik sidia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudiansemasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu.Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, taksengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manjapada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketikaitu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi janganbesar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda sepertimengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkandaripa da nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintutu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnyatersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mestiseronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menontontelevisyen atau semasa berbual-bual. .

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnyadan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah sepertiorang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bilasudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada andaperkenalkan lah diri anda.. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya danwaktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya , anda puladimarahinya.

8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nakjuga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketikabersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri punkurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut sidia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buatdengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulahterancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apasalahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanyadilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepasmandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasahendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidakbiasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….

13. Jeling-jeling
Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, merekatentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknyamenambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanyaterutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pulapada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergeseldengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini jugaboleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.Elok- elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes nayajadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika dudukbersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pastihatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik kerumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasadirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlutunggu- tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Olehitu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Biladah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkanpakai annya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar sidia.

Selamat mencuba.

Continue Reading...

Dec 28, 2009

Didiklah : Suaikan dengan zamannya

IPOH 27 Dis. - Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan mengambil kira perkembangan dunia semasa kerana pemikiran golongan muda kini telah jauh berubah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kegagalan ibu bapa menyesuaikan diri dalam usaha mendidik anak-anak menyebabkan mereka sukar menerima teguran dan nasihat yang diberikan.

''Ibu bapa perlu memperbanyakkan komunikasi dengan anak-anak selain sentiasa membuka pemikiran agar setiap tindakan dapat diikuti oleh mereka," katanya.

Beliau berucap pada majlis Konvensyen Keibubapaan dan Kekeluargaan 1Malaysia yang dianjurkan oleh Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa (Mapin) Kebangsaan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini semalam.

Menurut Zambry, dalam usaha memastikan hasrat melahirkan anak-anak cemerlang dapat dicapai, ibu bapa juga harus memberi tumpuan pada empat komponen penting iaitu institusi kekeluargaan, pelajar itu sendiri, sekolah dan persekitaran.

''Kita ingin melihat generasi yang berkualiti sebagai pelapis pemimpin akan datang. Untuk mencapainya empat komponen ini wajar diberi keutamaan," katanya.

Menteri Besar Perak itu turut mengumumkan pemberian peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Mapin sebagai tanda sokongan bagi menjalankan pelbagai aktiviti terutama yang berkaitan dengan seminar dan forum kesedaran keibubapaan.

''Saya menyarankan kepada Mapin supaya mampu menjadi satu suara yang benar-benar efektif dalam menyampaikan hasrat ibu bapa tanpa mengira kaum demi mengukuhkan lagi sistem pendidikan negara," katanya.

Mapin yang telah mencapai usia lapan tahun, merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) permuafakatan merangkumi seluruh persatuan ibu bapa di negara ini.

Utusan Malaysia : 27.12.09 - Isnin

Continue Reading...

Ikatan disimpul...

Sms daripada PakNgah, bertandang ke hp aku. Info terbaru udah diperoleh. Malangnya, membeku diri daripada internet apabila aku ke kampung mertua di Melaka. Itulah ruang aku merehatkan segala-galanya. "Salam, dah menjenguk ke http://............". Hati aku terdetik, pastinya, ada gambar perkahwinan untuk tatapan saudara-mara secara maya. Terima kasih Along.

Nampak gayanya majlis ini telah berlangsung 5 Disember 2009 lalu. PakTam dan Maktam tidak dapat menghadiri kerana beberapa aral yang melintang. Majlis di Sarawak berlangsung dengan meriah dan menukil nostalgia.

Moga berkekalan hingga ke akhir hayat. Itu ucapan daripada PakTam dan MakTam sekeluarga untuk Along, selaku anak menakan yang ke-5 telah melangsungkan perkahwinan dan melayari bahtera kehidupan.

Bahtera tersebut pastinya akan menempuhi badai yang tak berhenti menguji kebijaksanaan nakhodanya. Insyallah, segalanya akan dilalui dengan tenang dan menempuhinya dengan bijaksana demi matlamat keluarga yang dibentuk. Kisahnya ada di sini dan di sini.

Majlis Akad Nikah berlansung pada 5 Disember 2009 lalu. Alhamdulillah.




Continue Reading...

Dec 23, 2009

Pertemuan : Permulaan Pencarian

Pastinya kita amat gembira apabila tercapai hasrat dan impian yang di luarjangka. Proses untuk mencapai matlamat ini amat memeritkan. Namunnya pastinya kesukaran yang dilalui akan terubat apabila hasil adalah di luarjangka.

Selama hampir 38 tahun, tidak pernah aku ketemuinya. Beliau adalah sepupu sebelah arwah emak daripada Kampong Lubuk Boi, Yan, Kedah . Inilah sepupu yang masih tinggal. Yang lain, telah kembali menemuiNya. Al-Fatihah untuk mereka. Justeru, pertemuan ini adalah titik mula sebagai momentum untuk meneruskan proses pencarian bagi menemukan jawapan. Proses mencari jawapan ini haruslah bermula dengan persoalan demi persoalan agar penerokaan terus dilakukan..


Alhamdulillah, anak-anak Che Mah dan Lin masih sempat menemui mereka yang masih ada untuk merapati antara sanak-saudara. Alhamdulillah, dengan menemui mereka, terjawab sedikit sebanyak persoalan-persoalan dan rentetan peristiwa yang benar-benar ingin diketahui berkenaan susurgalur keturunan sebelah arwah emak. Asasnya, kami adik beradik sekadar mengetahui sejarah rentetan peristiwa berkaitan sanak-saudara yang asalnya daripada Kedah, malangnya tidak dapat mengetahui sumber-sumber lain untuk mengesahkannya.



Alhamdulillah, terima kasih BangNdak yang berusaha membawa MakCik Embun (Yan, Kedah) dan diregukan dengan MakLong Besah (Kpg Tebuk Yan, Pantai Remis) untuk memulakan garapan susurgalur ahli keluarga secara bertulis yang bertunjangkan Mat Saman. Mat Saman adalah 'seseorang' yang dikenali suatu ketika dahulu dalam sistem pemerintahan Sultan Kedah. Inilah sejarah awal dan akan menjadi titik-tolak bermulanya satu sejarah baru terhadap waris Mat Saman!!!


Alhamdulillah, aku telah berjaya membuat susurgalur bertulis tangan Akibat tulisan aku yang sememangnya mengalahkan tulisan doktor, MemBesor dengan rela hati meng'offer'kan diri untuk menulis semula agar kelihatan lebih jelas. Akhirnya, salinan itu diphostostat dan diberikan kepada beberapa waris yang masih ada. Walau bagaimanapun, jurai waris tersebut masih belum secara detail dan pencarian demi pencarian harus dilakukan. Alhamdulillah, setiap wakil jurai waris Mat Saman kalangan 4L dan 4P telah diletakkan no telefon untuk dihubungi sesama sendiri agar terlaksana impian untuk mengumpulkan semua waris di serata ceruk.. Insyaallah....

Maklumat awal untuk adik-beradik secara maya :
Mat Saman memiliki anak 4L dan 4P. Setiap susurgalur lapan orang anak Mat Saman telah mula digarap secara bertulis. Jelas dan lengkap. Beberapa persoalan mula timbul untuk melaksanakan penerokaan yang lebih mendalam. (Fakta lisan, arwah TokWan Mat Isa - bapa kepada arwah mak, telah memiliki 'kereta' ketika berkelana bersama abangnya ke Pantai Remis >>> andaian aku, antara tahun 1880 -1900an - persoalan ini belum diuji).

Continue Reading...

Dec 15, 2009

Bahang : Semakin terasa

Hampir seminggu aku hidapi sakit mata. Mata semakin membengkak tatkala merahnya tidak susut. Itulah bahananya nak cepat baik. Ubat titis yang dibekalkan telah dititiskan melebihi aturan yang diberikan. Akhirnya, selaput putih di keliling mata hitam makin membengkak. Rupa-rupanya, aku alergik dengan ubat tersebut. Terpaksa menelan pil pula. Alhamdulillah, aku manfaatkan kad pesakit sebagai student UPSI, aku beralih ke klinik lain. Hantam ja la labu, selagi ada ruang dan peluang. Kini, mata beransur pulih, bengkaknya semakin susut.

Apabila sakit mata beransur baik, tugasan lain yang menimbun, perlu diselesaikan dengan kadar segera. Esok (Rabu, 16-12-2009), aku perlu handle meeting bersama Persatuan PelajarPasca Siswazah, UPSI bersama Dekan Institut Pengajian Siswazah. Ini kerana beberapa tugasan yang perlu diagih segera agar pelaksanaan berjalan lancar. Tugasan awal yang penting sebelum bermulanya majlis, hampir selesai dilunaskan.

Nampak gayanya, bahang semakin terasa. Tarikh semakin hampir yakni sebulan aje lagi. Tarikh keramat, 19-22 Januari 2010 akan tercetus satu fenomena baru dalam menganjurkan program bersama. Entiti yang terlibat ialah Kem. Pelajaran Malaysia, United State dan Institut Pengajian Siswazah, UPSI. Persatuan Pelajar PascaSiswazah turut diajak bergabung tenaga.

Asasnya, beberapa orang guru Malaysia yang terlibat dengan Short Course di US akan diberikan geran/tajaan daripada US jika berjaya membuat proposal program bagi mendapatkan geran tersebut. Program yang dirancang khusus utnuk pembangunan profesionalisme guru-guru di Malaysia. Tahniah kepada En Wan (guru di Selangor) yang berjaya mendapatkan geran tersebut atas usahasama Pn Sharifah. Peserta yang dicadangkan ialah SU PIBG sek men dan sek rendah daripada negeri Selangor dan Perak. Ini kerana bersesuaian dengan tajuk program, Teacher As Involved Intelectuals In Society And The Community. Aku sekadar koordinator bagi menjayakan impian dan hasrat rakan-rakan.

Akhirnya berjaya! Geran telah diperolehi. Beberapa perancangan awal telah dilaksanakan. Unit Dasar di Putrajaya telah meluluskan progam julung kali dianjurkan secara gabungjalin beberapa jabatan. JPN Perak dan JPN Selangor telah bersetuju untuk merancakkan lagi program ini. IPS, UPSI menyokong sepenuhnya. Persatuan Pelajar PascaSiswazah turut serta dalam memberi khidmat tenaga dan idea. Nampak gayanya, bahang semakin terasa.

Insyallah, dengan melibatkan ramai tenaga kerja dan pemikir, program ini akan berlangsung dengan jayanya. Insyallah.


Contoh NameTag

Contoh Banner

Inilah contoh-contoh nametag dan banner. Design yang sebegitu juga adalah untuk buku program. Moga-moga, segala urusan dipermudahkan olehNya. Insyaallah.

Continue Reading...

Dec 14, 2009

6 Teras NKRA's : Tanggungjawab siapa?

Terdapat 6 teras utama dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dipeloporkan oleh PM, Datuk Sri Najib adalah programtransformasi kerajaan berasaskan pendekatan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Bagi tujuan itu enam menteri peneraju dilantik iaitu :

1. Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri),

2. Mengurangkan kadar jenayah - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri),

3. Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

4. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat),

5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah),

6. Menambah baik pengangkutan awam - Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

Utusan Malaysia : 14/11/2009 - Herman Hamid dan Arshad Khan

Nampak gayanya, 6 orang menteri yang menjadi harapan PM dalam melaksanakan matlamat dan wawasan dalam menuju ke arah negara maju yang hanya tinggal 10 tahun lagi (Wawawsan 2020). Teknik pengurusan dan kepimpinan dalam politik jauh bezanya dengan pentadbiran dalam organisasi biasa. Hanya yang melalui lebih mengetahuinya.

Setakat ini, elemen pertama teras NKRA dalam bidang pendidikan belum lagi disebarluaskan ke setiap negeri dan daerah. Ini kerana terdapat respon daripada peserta dalam taklimat NKRA di peringkat daerah bahawa, PPD yang terlibat masih menjelaskan on the surface saja, tiada perincian dan penegasan. Berjayakah ianya dilaksanakan atau sekadar polemik menagih simpati rakyat dalam melaksanakan program?


Continue Reading...

Dec 7, 2009

Kaki Terbalik : Sinar Baru OKU.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

KISAH gadis kaki terbalik di New York tahun lalu menarik perhatian masyarakat dunia. Sejak dilahirkan 15 tahun lalu, Jingle Luis, tidak pernah tahu bagaimana rasanya berjalan menggunakan tapak kaki tetapi gadis itu reda dengan keadaannya.

Dilahirkan di Filipina dengan bahagian kaki depan menghala ke belakang dan tapak kaki berada di atas, Jingle cuma menggunakan tongkat ketiak

untuk mengheret apa yang sepatutnya menjadi bahagian atas kakinya.

Namun, jika segala-galanya berjalan lancar, Jingle tidak perlu lagi berdepan dengan keadaan itu. Dia dan ibunya meninggalkan Filipina untuk mengunjungi sebuah hospital di New York bagi menjalani pembedahan dan rawatan susulan untuk membetulkan keadaan kakinya sehingga dia dapat berjalan seperti orang normal.

Kes Jingle nyata lebih teruk berbanding yang biasa dilihat oleh doktor di negara -negara maju.

"Bercakap secara jujur, dengan teknologi moden, ia tidak sampai ke tahap ini," kata Dr Terry Amaral, pakar bedah ortopedik pediatrik yang melakukan pembedahan itu di Hospital Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Montefiore.

Keadaan kaki terbalik atau kaki bengkok (clubfoot) adalah bentuk kecacatan biasa, yang terjadi kira-kira satu dalam 1,000 kelahiran. Kanak-kanak biasanya dirawat ketika masih bayi dengan acuan dan alat sokongan dapat membetulkan kedudukan kaki.

Ia menjadi semakin sukar untuk dirawat jika tidak dibetulkan sejak awal. Amaral berkata, kes Jingle sukar dengan hakikat keadaannya dikaitkan dengan kerosakan pada tulang belakang. Petikan kisah ini sebahagian daripada pesakit yang terpaksa menerima keadaan dirinya yang cacat.

Pakar bedah ortopedik Pusat Perubatan Mahkota (MMC), Melaka, Dr. Thirukumaran Subramaniam memberitahu, kaki bengkok atau lebih dikenali sebagai clubfoot merupakan salah satu daripada kecacatan pada kaki yang kerap dialami oleh seseorang bayi sejak dilahirkan.

Sehingga kini punca sebenar masalah ini masih tidak diketahui.

Terdapat pelbagai teori dikaitkan berhubung punca masalah ini. Bagaimanapun, ibu-ibu yang mempunyai anak yang mengalami masalah ini tidak perlu bimbang kerana ia bukan berpunca daripada sebarang tindakan atau perlakuan mereka yang dilakukan semasa hamil.

Dr. Thirukumaran menjelaskan, semasa tempoh kehamilan otot-otot dan ligamen kaki tersebut gagal untuk berkembang seiring dengan pembentukan kaki tersebut.

Sehubungan itu, otot dan ligamen pada bahagian belakang kaki menjadi pendek. Keadaan ini menyebabkan kaki bengkok ke bawah dan terpusing ke dalam. Malah, keadaan ini juga menyebabkan tulang kaki berada dalam kedudukan yang tidak betul.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan, lama-kelamaan bentuk tulang akan berubah.

Sekiranya kanak-kanak tersebut dibiarkan tanpa rawatan, kecacatan ini akan menjadi lebih teruk dan akan berkekalan.

Ini termasuklah kesukaran untuk berjalan dan memakai kasut.

Pembedahan

Rawatan kaki bengkok ini bertujuan mendapat dan mengekalkan kaki yang hampir dengan kaki normal. Bagaimanapun, rawatan ini menggunakan pelbagai kaedah bergantung kepada keadaan kaki tersebut.

Namun, rawatan membetulkan masalah kaki bengkok ini haruslah dilakukan seawal mungkin.

Misalnya, pada peringkat awal rawatan kaki bayi tersebut akan diperbaiki secara berperingkat-peringkat dengan melonggarkan otot-otot dan ligamen yang ketat dengan menggunakan simen.

Simen yang dipasang pada kaki bayi terbabit akan ditukar dengan simen yang baru pada setiap minggu.

Penggunaan simen dalam tempoh permulaan ini bertujuan untuk meluruskan kaki yang bengkok berperingkat-peringkat.

Namun, sekiranya rawatan ini tidak begitu berkesan, doktor akan mengesyorkan untuk menjalankan pembedahan ke atas kanak-kanak terbabit.

Menurut Dr. Thirukumaran, pembedahan untuk penyusunan semula anggota kebiasaannya dibuat di pusat universiti dan jarang dilakukan di hospital swasta mahu pun kerajaan.

Pembedahan ini juga sangat mahal dan ramai pesakit yang tidak mampu membayar kos pembedahan.

"Namun, MMC menerima menerima pesakit sama ada tempatan atau luar negara. Ramai pesakit yang mendapat rawatan berasal dari Melaka," katanya.

Dr. Thirukumaran menjelaskan, asas kepada pembedahan ini ialah, apabila anda tidak boleh membaikinya, anggota anda akan disusun semula.

Tambah beliau, ada kes yang susah untuk dipulih dan pembedahan ini bukan satu alternatif yang baik.

Namun, pembedahan ini penting untuk mereka yang tempang, capik atau lumpuh sebelah kaki.

Dengan kemajuan teknologi dan sains, pesakit yang dibedah akan berasa lebih selesa dan dapat menempuh kehidupan yang normal. Justeru itu, ia membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) daripada kecacatan khususnya yang melibatkan anggota badan seperti kaki.

Kecacatan kaki terbalik ini terdiri daripada beberapa situasi. Ada yang mengalami kecacatan sejak lahir. Terdapat juga kes kecacatan akibat kemalangan dan trauma yang perlukan pembedahan.

"Kira-kira 80 peratus keputusan kes terjadi kerana kemalangan dan sangat rendah kecacatan terjadi disebabkan kelahiran," ujar beliau.

Kos pembedahan bergantung kepada keadaan pesakit. Kebanyakan kes memerlukan perbelanjaan RM 15,000 hingga RM 200,000 dan setengah rawatan memerlukan 12 pembedahan. bagi setengah kes, ada juga pesakit yang perlu memakai kaki palsu selepas pembedahan.

Pembedahan bayi kaki bengkok

Pembedahan biasanya dilakukan semasa bayi berumur antara enam bulan hingga satu tahun. Ia bertujuan untuk memanjangkan otot-otot yang pendek serta memotong ligamen-ligamen yang ketat.

Sekiranya dengan rawatan simen otot kanak-kanak tersebut masih ketat, doktor akan menjalankan pembedahan memanjangkan otot-otot tumit.

Jika rawatan menunjukkan perubahan pada kaki, pesakit diberi splint plastik iaitu alat yang dapat mengekalkan posisi kaki dalam tempoh antara enam bulan hingga satu tahun.

Sekiranya dalam tempoh tersebut juga tidak menunjukkan sebarang perubahan, doktor akan melakukan pembedahan yang lebih besar.

Pembedahan ini biasanya dilakukan sekiranya kaki agak keras dan bengkok amat sukar diperbetulkan dengan simen.

Prognosis selepas pembedahan

Bayi atau kanak-kanak yang menjalani pembedahan membetulkan bentuk kaki mereka yang bengkok perlu mengikuti pemeriksaan dan rawatan susulan sehingga umur mereka mencecah tujuh tahun.

Rawatan susulan ini bertujuan untuk memastikan kaki kanak-kanak terbabit menjadi sehampir normal dan keadaan kaki yang bengkok tidak berulang.

Bagi kes-kes di mana hanya salah satu kaki sahaja yang bengkok, kebiasaannya kaki ini bersaiz agak kecil sedikit berbanding kaki yang sebelah (normal).

Namun, keadaan ini sedikit pun tidak akan menjejaskan aktiviti harian kanak- kanak terbabit. Malah, mereka boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain.

Komplikasi

Sekiranya kanak-kanak yang menghadapi masalah ini dibiarkan tanpa rawatan, tulang kanak-kanak tersebut akan bengkok. Kesannya, kanak-kanak tersebut akan berjalan di atas bahagian tepi kaki mereka.

Jika dibiarkan lama-kelamaan kulit bahagian tepi kaki mereka akan rosak. Pada masa yang sama mereka juga tidak dapat memakai kasut seperti individu lain.

Panduan

Ibu bapa yang mendapati anak-anak mereka menghadapi masalah ini dinasihatkan supaya segera membawa anak-anak untuk mendapatkan rawatan doktor.

Ini kerana dengan rawatan awal dapat membantu anak terbabit memiliki dan menjalani kehidupan yang normal.

l Hasil satu kajian menganggarkan kanak-kanak yang menghadapi masalah ini dinisbahkan 1 dalam 1,000 orang atau 1:1,000.

l Clubfoot atau dalam bahasa Latinnya congenital talipes equinovarus ini berlaku sejak bayi masih berada dalam kandungan lagi di mana keadaan kaki kelihatan seolah-olah bengkok ke dalam.

Continue Reading...

Dec 6, 2009

Nikon DSLR : d90 @ d3000?

Asyik dok tengok dan tinjau di alam maya ini berkaitan hasil kreativiti penggemar fotografi. Aku tertarik dan sangat-sangat tertarik. Apakan daya, aku kalah dengan runtunan keinginan yang membuak. Apa-apa pun aku sekadar melayani keinginan di alam maya sahaja. Itulah yang aku mampu setakat ini.

Kali ini, aku tertarik dengan keluaran Nikon untuk kategori DSLR. D3000 atau D90. Tentunya ada pembaca blog ini yang berpengetahuan tentang itu. Bolehlah diperturunkan ilmu anda di sini. Aku sememangnya amat kurang pengetahuan tentang kedua item keluaran nikon itu.



Alangkah bahagianya jika aku memiliki salah satu daripadanya. Jika aku berjaya miliki, tentunya Mr DUN akan jadi tempat rujukan aku untuk menambah pengetahuan berkaitan penggunaannya... Insyallah, boleh ke Mr DUN?

Sebelum ini, aku pernah ikuti kursus fotografi ringkas sewaktu Kolej Harun Aminurashid, UPSI. Tapi, aku dah tak ingat lagi..huuhuh. Walau bagaimanapun, banyak bahan bacaan di internet tetap ianya tidak sama dengan berguru dengan orang macam Mr DUN.
Continue Reading...

Dec 3, 2009

Alhamdulillah : Berbaloi-baloi

Jam menunjukkan 9 malam. Aku masih tercongok di hadapan PC di ruang tamu dengan melayari mudah.com sementara menantikan waktu untuk mengambil Amira pulang daripada tempat mengaji. Aku terdengar hp aku di bilik atas berbunyi... 2 kali. Aduh.. jenuh nak menapak 12 anak tangga. Mahu tak mahu, langkah terus dihayun. Hp dibelek, sms dibuka.

Mr. Mohan:
:: Keputusan Peperiksaan Akhir Program Pengajian Siswazah Sem 1 Sesi 09/10 boleh mula disemak di MySis. Tkasih.

Miss Yus:
:: Salam, Dah tau lum result dh kuar. Msti gempak result ckgu Lan ni...

Itulah dua sms yang diterima. Mr Mohan adalah pemegang biasiswa dalam TESL yang sememangnya menetap di T.Malim. Ayatnya agak lengkap kerana dah berumur le katakan. Manakala sms Miss Yus agak sempoi dan sememangnya masih 'cik'. Heheheh.

Aku mula membuka laptop. Terus membuka laman yang Institut Pengajian Siswazah untuk meninjau keputusan akhir sem lepas. Alhamdulillah.

Aku membalas sms kepada Mr Mohan dan Miss Yus.

:: A'a la. Betul, ada 3 ketul A. Tp kumulatif utk 2 sem - dpt 3.95. Alhamdulillah.



Refleksi:

Semester 1 & 2 yang lalu:

Nampak gayanya, semester yang baru lepas adalah semester terakhir untuk aku dan mem besor untuk menjengah ke kuliah. Keputusannya juga telah diumumkan secara online. Itulah kesannya apabila aku menyambung pengajian bukan bidang asal sewaktu first degree iaitu psikologi dan komunikasi. Untuk peringkat sarjana, bidang yang diambil ialah Pengurusan Pendidikan. Maka, aku perlu meletakkan "tune kepala" untuk beralih arah aliran pengajian. Semester 1, aku kecundang untuk subjek Kepimpinan Pendidikan - hanya -A. Jenuh aku nak memahami konsep, perbendaharaan kata dalam subjek itu. Jenuhhh...

Semester 3 & 4 akan datang:

Untuk 2 sem akan datang, kami hanya mengadap laptop untuk menyelesaikan proposal kajian, membentang proposal kajian. Seterusnya apabila pengesahan diperoleh, maka kajian di lapangan sudah boleh diorak langkah untuk mendapatkan data kajian.

Setelah itu, mengadap laptop lagi untuk menganalisa dapatan kajian dan menghantar hasil kajian ke Institut Pengajian Siswazah untuk proses VIVA! Semoga tak ngantuk dan sakit pinggang untuk aku apabila mengadap laptop. Hehehhe

Apa2 tahniah untuk mem besor yang seiring dengan keputusan aku untuk semester ini. 3 ketul A dengan PNGK 4.00. Tahniah!!! Bila mau belanja beb?

Continue Reading...

Nov 27, 2009

Raya : Bersama SmartClamp

SmartClamp - sememangnya berbeza dengan zaman Tok Mudim atau laser(berjahit). Itulah hakikatnya proses berkhatan yang ada pelbagai jenis pelaksanaannya. Kebiasaannya dalam tempoh minggu pertama selepas berkhatan di zaman Tok Mudim atau laser, pastinya kanak-kanak masih menggunakan kain untuk memudahkan pergerakan. Kanak-kanak juga tidak boleh berlasak-lasak dan 'bird' mereka perlu kerap dicuci untuk mendapatkan 'hasil' yang baik. Lantaran itu, situasi zaman tersebut berbeza sekali dengan zaman SmartClamp (pengepit) seperti pengalaman anak bujang aku, SaifulIslam dan Luqman.

Isnin lalu (23/11), bermulalah kisah dua orang anak bujang aku melalui zaman SmartClamp. Perasaan mereka tetap bercampur-baur ketika di dalam kereta dan bertambah geruh apabila memasuki ruang klinik (depan UPSI). Pelbagai soalan mereka yang tak mampu aku jawab. (ada ka tanya, bagaimana proses nak pasang dan rupabentuk SmartClamp - jenuh la aku nak menjawab -mana pernah aku tengok).

Sewaktu menanti giliran, ada dua orang kanak-kanak yang datang lebih awal dari kami telah dipanggil jururawat untuk memasuki bilik rawatan. Sunyi sepi sewaktu kanak-kanak pertama melalui 'proses' itu. Keadaan ini berbeza apabila kanak-kanak kedua memasuki bilik rawatan. Terngiang-ngiang di telinga suara tangisan kanak-kanak itu. Anak-anak bujang aku mula mengeluarkan soalan-soalan cepu emas mereka apabila kedengaran suara tangisan. Aku memegang tangan Amirul dan terasa renek-renek peluh dan sejuk di tangannya. Heheheh. Pastinya jantung anak bujang aku berdegup kencang ketika itu. Hehehe.

Penantian satu penyiksaan. Senyum dalam gundah!

Mem besor telah memberi peringatan awal kepada kedua orang anak bujang aku - Amirul dan Amir. Mereka perlu membaca Surah Al-Fatihah di sepanjang proses 'memasang' SmartClamp. Ini bertujuan untuk mengelakkan terlalu memikirkan yang bukan-bukan dalam tempoh proses pemasangan SmartClamp itu. Apabila selesai, kedua orang anak bujang aku menerima 'duit raya' daripada doktor itu. Terima kasih doktor.
Amirul - masih ada riak-riak geruh.

Amir - Kontrol macho sewaktu proses pemasangan

Usai proses pemasangan SmartClamp, anak-anak bujang aku meminta upah kerana tidak menangis. Bertuah punya anak bujang. Yang penting, proses 'memasang' SmartClamp itu telah mereka berdua melalui dan merasainya. Alhamdulillah.
Dah boleh bercangkung sewaktu layan jajan dan mainan. Kopak..
Amira juga menumpang 'tui'.


Hari ketiga, mereka berdua telah memakai seluar sukan. Mudah bergerak kata mereka. Nampak gayanya, penggunaan SmartClamp memudahkan banyak pihak. Aku juga tidak perlu menjenguk setiap pagi untuk proses mencuci. Kebiasaannya, di zaman TokMudim dan Laser, pastinya setiap pagi perlu dicuci agar bersih di tempat jahitan dan tiada kesan darah beku. Alhamdulillah.

Hari keempat - Khamis (26/9) - kami sefamili ke Minerva di KL untuk tujuan mencari beberapa buah buku bacaan tambahan untuk urusan aku dan membesor. Anak-anak juga mengikuti kami dan sambil merayau-rayau. Maklum le, sejak bertemankan Garmin Nuvi 255, memudahkan aku bergerak ke segenap lokasi di KL. Taip saja nama tempat yang nak dituju. Kalu idak - kompom aku takkan jumpa. Hehehheh.

Terima kasih SmartClamp dan Garmin!.

Posing..jangan tak posing!

Berlatarbelakangkan Tugu Negara

Aku pun nak bergambor jugaaaa...heheh

Sepatutnya, SmartClamp udah boleh dibuka pada hari ke5. memandangkan hari ke5 adalah hari Jumaat dan jatuh pada Hari Raya AidilAdha, maka proses pembukaannya ditunda ke hari Isnin. Ini bermakna anak-anak bujang aku BERAYA BERSAMA SMARTCLAMP. Hehehhe.

Continue Reading...

Nov 25, 2009

Tahniah : Ainul Ashikin


Gambar menceritakan segalanya.

Tahniah atas kejayaan BERGANDA kepada Cikgu Ainul Ashikin.
Tentunya laluan di hadapan akan terbentang dengan lebih luas lagi, selagi ada usaha yang berganda. Insyaallah.

Baru jumpa gambar ini. Hehehhe.
Pastinya KEJAYAAN ini akan menjadi perangsang untuk sepupu di Tanjong Malim.
Insyallah.
Continue Reading...

TAMAK : 2 + 1

Itulah dia...dah namanya manusia yang penuh dengan hawa nafsu. Bergantung cara mengekang atau melunaskannya. Dalam pada cuti-cuti begini, teringin pulak nak buat kerja menggunakan laptop menyambil dengan menonton dvd. Selain daripada menonton movie, banyak lagi perkara2 lain yang boleh dilakukan. Bergantung le kehendak dan keperluan masing-masing. Adeeeh...sedangkan laptopnya satu. Bagaimana ya?

Akhirnya terpaksa juga tanyakan pada pokcik Google. Terpaksalah cari beberapa maklumat. Jeng-jeng-jeng... Rupa-rupanya, sungguh banyak maklumat berkaitan setting untuk dua buah moniter dengan menggunakan satu laptop/pc. (2 + 1). Ada di sini untuk settingkan di komputer anda.

Berjaya juga aku akhirnya. Satu laptop dengan dua moniter. Hal ini, mungkin dalam kalangan anda yang dah tahu cara settingnya. Aku pulak baru nak belajar untuk kaedah itu kerana baru mula ada 'rasa' tamak untuk menggunakannya. Bila difikirkan rugi ja..moniter gedabak yang ada di rumah tetapi dibuat pameran dan tak digunapakai. Dengan kaedah ini, boleh juga aku menyambil-nyambil ketika membuat kerja aku menggunakan laptop! Puas hati beb..



Inilah hasilnya...tengok skrin moniter jer.. Jangan le dok perati keliling moniter tu. Berserabut la... hehhe

Continue Reading...

Nov 20, 2009

Permohonan Kemasukan MRSM ke Tingkatan Satu 2010 - Semenanjung Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2009 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2010 di Semenjung Malaysia.

Bagi pengambilan Tingkatan 1, MRSM menawarkan dua aliran iaitu Biasa dan (Agama) Ulul Albab. MRSM (Agama) Ulul Albab akan dilaksanakan di MRSM Kota Putra dan MRSM Gemencheh. Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

Biasa

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  3. Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009.

Ulul Albab (Agama)

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
  3. Memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009.
  4. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
  5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  6. Pemohon ke MRSM Agama akan ditemuduga.

Pemilihan

  1. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
    1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
  2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan

Mohon Nombor Pin / Katalaluan

  1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nombor pin secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2009 diumumkan secara rasmi.
  2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2009 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.

Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2010.
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
    • Permohonan ke Tingkatan Satu,
      Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
      Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.
  5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Maklumat

  1. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765.
  2. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

Tarikh Tutup

  1. Permohonan secara online akan ditutup pada 30 November 2009.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 3 Disember 2009.
  3. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

p/s :

1. Sudah selesai aku kunjungi Pejabat Mara Kuala Kubu untuk urusan mendapatkan password (kod pin).

2. Cadangan untuk Amira, akan berbincang sekeluarga untuk lokasi yang diminta ialah MRSM di Jasin atau Alor Gajah. Bertujuan lebih dekat dengan nenek dan atuknya di Melaka. Setidak-tidaknya akan lebih mengeratkan hubungan cucu dan nenek serta atuknya. Dapat le juga atuk dan nenek pergi melawat untuk melepaskan rindu dan dendam mereka pada cucunya nanti. Ermm..lama juga aku tak hubungi sahabat lama aku di sini... mungkin juga untuk menyokong tujuan ini.

3. Juga aku dah call kawan lama di Kluang. Heheh..

4. Malam ini discuss anak-beranak untuk penetapan lokasi yang bakal dimohon. Semua sudut akan dilihat dan diperhatikan.

5. Ini sekadar usaha, Allah S.W.T yang mengetahui segalanya..Insyallah.


Continue Reading...

Nov 19, 2009

Tahniah untuk Along

Jam 9 pagi, masih dalam cuaca/suasana sejuk...aku tetap mengadap laptop. Hp aku berbunyi...

"Ayah, guru besar dah sampai sekolah ni. Ayah datanglah cepat. Along guna hp kawan along. Ayah bawa kamera sekali tau. Bye"

Itulah ayat-ayat cinta yang resah dalam emosi. Penantian satu penyiksaan. Gedebak-gedebuk jantungnya berdegup. Itu aku pasti.

"Ok. Guru besar maklumkan pada ayah, jam 10 pagi." balas aku.

Jam sudah menunjukkan 9.30 pagi. Kamera sudah siap dicaskan baterinya. Aku bergegas keluar rumah menuju ke kedai telefon. Tambah topup handphone along N8O sebanyak RM20. Buat modal untuk dia telefon ennek dan mamanya nanti. Juga mungkin dia ingin bersms dengan rakan-rakannya di Kluang. Itu ruang dia.

Aku tiba di sekolahnya, berbual sekejap dengan Guru Besarnya. Jam 10.00 pagi, message masuk lagi ke hp aku :

"Ayah, cptlah dtg. Kitorg tgh brkmpul kat kantin. Cpt dtg tau"

Aku ikut rombongan Guru Besar, Pegawai Eksekutif Proton Holding ke kantin.

Menangis kegembiraan dan sedang menelefon mamanya sendiri.

Pengumuman dibuat. Seramai 17 org pelajar SKTM mendapat 5A. Peratus keseluruhan meningkat. Tahniah juga untuk Along. Pastikan usaha akan berterusan krn UPSR 2009 hanyalah sebagai langkah mula yang belum pasti untuk menentukan keputusan laluan kehidupan di masa akan datang...Tahniah daripada ayah, mama, Amirul, Amir, Atuk dan Nenek..


Gambar sebagai kenangan di SKTM

Tahniah sekali. Kira ok le keputusan tu jika nak dibandingkan dengan ayah dulu. Hehehhe. Ayah cuma ada Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Ayah cuma perolehi 5B Mama pula dapat 3A2B. Kira anak-anak ayah lebih baik daripada ayah dan mama. Alhamdulillah. Kira bagus le tu... Teruskan usaha!!!

p/s: Semoga semua guru dan staf SKTM sudi-sudikan diri untuk meraikan sedikit jamuan makan sewaktu rehat di kantin, esok hari (Jumaat)- makan nasik campur. Itu saja mampu aku menghargai guru-guru dan staf SKTM kerana usaha gigih mereka mendidik anak-anak bangsa, termasuk anak aku. Aku sudah sms kepada GBnya. Pastinya semua guru dan staf akan ketahui akan hal itu kerana memo akan keluar esok hari. Selamat menjamu selera...

Continue Reading...

Nov 18, 2009

Saat liburan sekolah - SmartKlamp

Hanya beberapa hari lagi, cuti sekolah akan berlangsung. Bukan sekadar kanak-kanak akan berasa gembira, guru-guru juga tidak ketinggalan untuk meraikannya. Di saat liburan sekolah ini, ibu bapa juga mula menyusun plan untuk membuat pengisian cuti sekolah. Ada yang mula nak menyusun lokasi untuk merehatkan diri bersama keluarga, ada yang mencongak-congak untuk pulang ke kampung, ada juga yang mula menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan anak-anak mereka dan bermacam-macam lagi. Agak-agaknya, ada ke tidak si bapa mengira hari untuk bersanding lagi? Hehehhe.

Tidak ketinggalan juga untuk ibu bapa yang mula membuat tempahan tarikh untukanak-anak mereka berkhatan. Dulu-dulu, kaedah berkhatan agak menggerunkan. Kanak-kanak perlu mandi terlebih dahulu untuk proses 'mengecutkan'. Siap memakai kain pelikat, duduk berbaris menunggu giliran Tok Mudim 'mencantas'. Kanak-kanak perlu duduk di atas batang pisang sambil merenung Tok Mudim mengasah pisau. Berdarau darah rasanya... Itu dulu.


Gambar Hiasan

Sekarang, proses berkhatan agak mudah. Ada beberapa klinik yang menggunakan kaedah SmartKlamp. Banyak kelebihan menggunakan kaedah ini. Semuanya ada di ceritakan di sini dan di sini.

Di sini juga ada senarai klinik yang berdaftar untuk menggunakan kauedah itu. Di Tanjong Malim juga ada klinik yang menawarkan perkhidmatan ini. (berhadapan dengan pintu utama masuk ke UPSI). Kosnya sebanyak RM140.00 untuk seorang. Aku dah tanyakan harganya.

Hakikatnya, entri ini tak ada kaitan hubungan perniagaan antara SmartKlamp dan aku. Entri ini sekadar info untuk ibu bapa yang merancang untuk program berkhatan untuk anak-anak mereka. Itu jer...


Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template