Dec 28, 2008

Bukit Fraser - Menyusur Banjaran!

Lepas Zohor - aku, ChentaHati dan Amirul menyusur banjaran menuju ke arah Bukit Fraser. Aku dan Amirul sekadar memakai halmet 'steng' aje. Tak sesuai pulak aku dan memakai halmet fullface. Selama ini, aku sekadar mendengar lokasinya saja. Jengah belum lagi. Aku plan sekadar nak riki view kat atas sana. Apa yang menarik agaknya. Adakah kena atau tidak dengan jiwa aku.

Tiba di Kuala Kubu, aku membelok menghala ke Bukit Fraser. Meneruskan perjalanan hingga ke empangan. Berhenti seketika untuk mengambail gambar Amirul berlatar belakangkan empangan tu.

"Ayah, macam cerita CicakMan 2 la.. Tempat macam ni la, airnya warna hitam!" kata Si Amirul.

"Wa...Amirul ingat noooo! Ni la dipanggilkan empangan air. Air dari sini le yang dihantar ke rumah kita..," balas aku sambil nyengih bila disebutnya CicakMan 2 yang kami tengok sefamili semasa balik ke Kluang minggu lepas!

Sempat juga le perabihkan sebatang rokok sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Jalan rayanya luas, ada 2 lorong. Sedap juga layan kona. Hehehe.

Di Empangan Sungai Selangor, Kula Kubu Bharu

Kami meneruskan perjalanan. Dari empangan tu, hanya 32km sahaja lagi untuk sampat ke puncak Bukit Fraser. Cuacanya makin lama makin sejuk. Glove pulak aku tak pakai. Jari-jemari terasa juga sejuknya. Amirul mula menyeluk poket jaket aku smabil memeluk pinggang aku. Sejuk katanya. Jalan raya semakin kecil dan lembab. Hujan renyai telah turun awal tadi. Aku bawa ChentaHati slow saja. Aku pun macam risau juga, maklum le 2 tayar saja. Kalu 4 tayar, tak le kisah sangat. Takkan terbalik. Hehehhe. Aku hanya bawa leih kurang 20-40km/jam je....risau! Walaupun lambat, asal sampai!

Akhirnya, lebih kurang jam, 4.00 petang, aku tiba juga aku di post menunggu. Ada 2-3 buah kereta saja. Bila dilihat pada signboard waktu naik dan turun, waduhhh...pukul 5.00 petang baru dibuka untuk naik ke puncak! Aku dah mula boring. Bab menunggu bukan kerja aku...memang kurang sabar kalu bab itu. Aku mengambil gambar Amirul untuk kenangannya nanti.

Di Post Menunggu

Kereta makin berderet untuk menunggu waktu naik ke puncak. Ada pulak sorang brader dari Ayer Hitam, Kluang dalam perjalanan ke PPangkor. Dia melalui Kuala Lipis dan tiba di post menunggu ini. Berborak le kejap. Dia nak melalui Kuala Kubu untuk ke Lumut!. Aku ajak juga dia naik ke atas puncak dulu.

"Alaaa bang, kita naik jam 5.00 petang. Kita ronda-ronda la kat atas puncak tu. Tengok le apa-apa yang ada. Nanti, jam 6.00 petang kita sama-sama turun le ke Kuala Kubu. Alang-alang dah sampai bang... Boleh jugak kita tahu apa yang ada kat atas sana..menarik ke idak. Kita naik ek?" ajakan aku sekadar menyokong apa yang terpendam dikalbunya.

Tepat jam 5.00 petang, gate mula dibuka untuk naik. Aku mendahului semua kereta sebab aku cilok masa gate di buka. Aku tak beraniiiiiii! Jalannya muat untuk sebuah kereta je! Berkona-kona! Aku bawak slow jer.. Kereta-kereta di belakang aku pun turut slow je sebab aku dah bawa slow! Aku peduli hapa kereta kat belakang aku. Yang penting aku selamat.... Lebih kurang 15 minit, aku tiba di puncak! Sejuk dan berkabus!

Bagi aku, Bukit Fraser ni sekadar tempat utnuk berehat2... Kalu bawa famili, sekadar untuk jalan-jalan dan berehat je le. Berbeza dengan aktiviti seperti di Cameron Highland! Walau bagaimanapun, masih ada beberapa ruang dan lokasi yang boleh diterokai di puncak sana. Klik di sini. Hakikatnya, aku tak punya banyak masa untuk menerokai di ruang sana. Yang penting, aku sempat belikan t'shirt hitam lengan panjang yang ada lukisan view dan tulisan Bukit Fraser untuk mem besor! Juga dibeli batch untuk anak-anak aku! Untuk aku.....aku dapat tiba di Bukit Fraser udah ler! Hehehhehe...

Di Bukit Fraser

Perjalanan pulang, agak lambat. Hujan! Fullface halmet dan glove, aku tak pakai.

"Ayah, hujan tikam muka Amirul la,"

"Sandarkan muka Amirul belakang badan ayah!" balas aku sambil bawa ChentaHati dengan hati-hati. Naik kebas juga jari-jemari aku!

Tiba di Kuala Kubu, aku berehat kejap di Dataran Kuala Kubu. Aku pekena kopi-o dan Horlick tarik untuk Amirul. Aku call brader dari Ayeh Hitam tu. Dia pun dah turun ke bawah, singgah di Petronas Kuala Kubu!

Pastinya Amirul dapat pengalaman! Amir...ko tunggu le ko besor sikit, kompom ko boleh ride dengan ayah! Hehehheheh.

Moral:

Teruskan perjalanan walau sesukar mana sekali pun. Yang penting KITA tahu MATLAMAT apa yang diingini. Kekadang, perasaan takut dan gentar, meracuni minda kita untuk U-TURN! Cuba kita lihat di sekeliling kita, berapa ramai yang U-TURN dalam melakukan sesuatu perkara!

Continue Reading...

Dec 27, 2008

Serendah Tempat Tinggi

Petang ni aku sefamili meronda hingga ke Rawang, Selangor. Ikut jalan lama. Tak sampai 80km. kalu dari Tanjong Malim. Terasa jauh sungguh. Kebiasaannya, kalau ke mana-mana pun, aku main highway je sebelum ni. Aku ke Rawang dengan satu tujuan. Mencari tempat solek/klinik ChentaHati aku.

Dalam perjalanan, aku menyinggah di pekan Kuala Kubu. Macam biasa-biasa aja. Dalam pada itu, aku nampak singboard ke Bukit Fraser. Aku masih meneruskan perjalanan. Aku nampak signboard Bukit Beruntung. Aku call Mr Jinggo. Masih lagi sibuk sedara aku ni. Di Bangi, katanya. Takpa, lain kali masih ada. Aku jumpa pula signboard Serendah. Teringat aku akan MasterJie. Aku call dia...beberapa maklumat aku dapat tentang rumahnya.

Aku masih meneruskan perjalanan ke Rawang. Aku ternampak kedai bundle. Aku singgah. Itu tabiat aku, nak buat macam mana lagi. Ternampak jaket kulit hitam Harley Davidson. Aku bertanyakan ngheganya. Menarik. Aku test jaket tu...ngam sungguh. Bila dibelek-belek, alamakkkk, terkoyak la pulak! Tak jadi.. Aku sembang ngan tokeynya tentang bengkel motor besar di Rawang. Dia kenal. Aku dapat no telefon pemiliknya. Bila sampai Maiden di Rawang, aku call pemilik bengkel tu. Aku dapat petua ke arah bengkelnya. Saja nak riki-riki untuk masa akan datang..hehhehe

Aku tiba di sana. Aku berborak kejap dengan tokeynya. Aku belek sana, belek sini pada motor-motor yang ada di bengkelnya! Kebanyakan motorsikal berkuasa tinggi di bengkelnya adalah ahli kelab motorsikal berkuasa tinggi iaitu Lanun Bikerz.

Lanun Bikerz

Jam 6.15 petang, aku gerak semula ke Tanjong Malim. Aku tercari-cari mana pulak peginya signbord SERENDAH. Datin Kujie dah antor sms untuk ke rumahnya. Aku kalah dengan pujukan...hehehh. Aku terlajak. Terpaksa berpatah balik untuk masuk ke kawasan banglo Datin Kujie. Dalam pencarian itu, aku terlajak lagi. Telefon lagi. Untung juga kerana Datin Kujie ni penyabar orangnya. Akhirnya aku jumpa dan ketemu juga! Alhamdulillah.

Dapat juga ngeteh ngan Datin Kujie. Aku sefamili dapat merasa pisang goreng yang RANGUP! Lain kali aku nak pegi lagi. Nak rasa pisang goreng lagi. Hehehehhe.

"Ayah, lain kali kalu nak datang lagi, cakap tau. Amir nak bawak seluar mandi!" bisik si Amir semasa nak bergerak pulang. Baik punya permintaan tu Datin Kujie oooiiii...

Continue Reading...

Dec 25, 2008

Lelaki ooooo lelaki!

Hanya nak kelihatan sebagai 'bagus', 'hebat', kontrol macho! Itulah LELAKI! Hakikatnya.....selagi EGO menyeliputi diri kita, selagi itulah.. diri kita tiada di hati wanita waima isteri sendiri! Kita hanya ada di hati isteri atas dasar tanggungjawab semata-mata! Percayalah!

>> BERSAMBUNG <<
Continue Reading...

Dec 16, 2008

Aku kena peghosoh..

Alhamdulillah. Aku dah boleh merayau semula di alam maya. Meninjau-ninjau rumah kengkawan secara senyap @ meninggalkan jejak. Sebelum ini aku dah berurusan dengan tmnet/tmpoint di T.Malim untuk line telefon dan streamyx. Malam tadi aku dah test line secara manual. Pasang modem streamyx dan guna kabel untuk sambungkan ke laptop aku.

Awalnya, aku boring jugak. Lampu ADSL dan PPP berkelip2. Itu tandanya line belum stabil. Lebih kurang 10 minit, lampu dah mula stabil. Aku masih belum boleh peghosoh masuk. Aku pulak dah terlupa password untuk setting modem ni ngan telefon baru. Walamak! Aku peghosoh macam-macam password. Sampaikan no pin kad bank pun aku masukkan. Hahahha.

Hantu betoi, rupa-rupanya pasword aku mudah je. Hampeh sungguh... lega! aku dah boleh pengosoh masuk ke intenet. Aku mula setting semula wireless dalam rumah. G2WiFi berlegar-legar dalam rumah. Aku belum setting lagi nak letak AP kat mana-mana untuk nak dapatkan wireless di bilik atas dan bawah secara serentak. Setakat ni, aku cuma letakkan AP atas peti ais je. Hehehhe. Mem Besor dok jeling-jeling kat AP tu. Hehehhe.

Dalam minggu lepa, aku just online guna Broadband Vodafone. Memang aku ada, cuma lama dah aku tak gunakannya. Simcard yang aku gunakan sebelum ni pun aku dah cut off. Jadi, aku online guna simcard handphone aku. Tak boleh lama-lama, mahai woiiii!

Siap saja dah boleh internet kat rumah aku, maka sah la penggunaan line telefon dan streamyx yang murah dengan kelajuan yang sama di Kluang. Untuk kelajuan 1M, bayarannya sekadar rm40.00 sebulan (asalnya-rm90) dan sewa line hanya rm1.00 sebulan (asalnya-rm26.00 sebulan). Ini terbuktilah bahawa sewaan RM41.00 yang baru ni hanya untuk golongan OKU! Alhamdulillah.

p/s: Sebenornya, aku boring keras tahap kejong! External Hardisk aku dah rosak masa dok kemas-kemas barang kat Kluang dulu. Terjatuh kat lantai. Bila aku buat connection kat laptop.. dah berbunyi..krek..krek..krek..! Boring! Abis semua software terbaru yang aku dok kumpulkan sebelum ni dah punah! Aku boring.....

Nampak gayanya, aku kena contact sifu aku semula gamaknya. Pagi tadi aku call Mr Azman kat Melaka, sifuu aku masa KSPK. Sifuu TokNabe kat Kluang pulak, aku tak tau bila lagi aku nak ke sana. Waaaaa. Aku berhajat software2 yang ada. Laptop aku dah nak kena format kasi segar sikit.....! Boleh noooo? Hehehehe

Sifu Mr DUN pun pasti ada jugak software2 multimedia kut...

Continue Reading...

Dec 13, 2008

Membolosi

Jam 11 pagi, aku bergegas dengan motor ke SRAR, Tjg Malim. Pejabatnya tak bukak. Aku naik jejantas lintas rel kereta api. Aku menuju ke SRA Hulu Bernam pulak. Pejabat dibuka. Aku bersembang dengan ustazah yang bertugas. Nampak gayanya, kurikulum sekolah agama dalam negeri Selangor lebih tersusun macam negeri Johor.

Aku berkeputusan. Daftar nama anak-anak di SRA Hulu Bernam. Kebetulan, malam tadi aku dah call KakAni, pemandu van yang tinggal di Kg Ketoyong. Tak ada masalah untuk menghantar budak ke SRAR T.Malim atau SRA Hulu Bernam. Bayarannya tetap juga sama.

Dalam perjalanan balik, aku masih berkira2. Jika anak aku ke SK Sg Behrang, agak sukar dan suntuk masa mereka untuk bersiap ke sek agama pulak. Aku kelencong masuk ke SKTM. Manalah tahu kalau rezeki sabut, timbul. Kalu rezeki batu, tenggelam.

Aku ke pejabat, GB masih di biliknya. Alhamdulillah. Kerani di pejabat maklumkan bahawa aku nak berjumpanya. Aku maklumkan bahawa aku baru berpindah ke T.Malim atas tujuan belajar. Aku berminat untuk mendaftar anak-anak aku ke SKTM. Sayangnya aku hadapi masalah semasa pendaftaran di PPD semalam.

Makin berbual, GBnya semakin tertarik untuk mengetahui tentang belajar aku di UPSI. Akhirnya dia unjukkan senarai nama student Master di UPSI. Namanya juga tersenarai. Sayangnya nama aku pulak tak ada dalam tersenarai itu. Katanya mungkin kesilapan teknikal. Bagi aku, aku terpandang bahawa itu adalah senarai part time. Aku pulak yang sebaliknya. Memang la tak ada dalam senarai. Aku tetap membodohkan diri di khalayak yang tunjuk pandai. Itulah aku. Aku memang tak reti nak memandai-mandai di kalangan orang yang pandai sebab.....aku je yang tau! Hehehhehe.

Akhirnya, alhamdulillah. Anak-anak aku mendaftarkan diri di SKTM dan SRA Hulu Bernam.


Continue Reading...

Dec 11, 2008

Macam-macam Ada!

Scene 1:

Jam 9 pagi aku bergerak ke Tapah untuk urusan pertukaran sekolah anak-anak aku. Semasa di PPD Batang Padang, hp cokia aku berbunyi...

"Boleh saya bercakap dgn En Azlan," sayup-sayup jer suara yang keluar daripada corong handphone 'cokia' aku.

"Ya, saya bercakap. Dengan siapa saya bercakap ni?," balas aku semula.

"Saya, XXXXX dari TMnet. Nak buat wiring telefon di rumah encik," kata kontraktor wiring telefon itu lagi.

"Baiklah, saya di Tapah sekarang. Encik ke rumah saya di Taman Pelangi. Isteri saya ada di rumah. Nanti bincang dengan isteri saya kat mana nak letak telefon tu. Untuk bayaran, isteri saya akan sattlekan. Lepas ni, saya akan call isteri saya tentang perkara ni." Itu je yang boleh aku perkatakan melalui telefon.

Aku masih meronda di Pasar Tani Tapah. Sempat juga aku beli keledek ungu dan keledek oren untuk buat cucog keria petang nanti. Hehehhe. Tetiba..

"Ayah, Astro dan boleh." jelas sekali suara si Amirul menelefon aku menggunakan telefon rumah yang baru dipasang.

" Ye ke? Best la macam tu.... Amirul tengok cerita apa tu?"

" Amirul tengok cerita kartun. Bidaman!"

" Aaaaa.. tengok la dulu, panggil mama kejap!" balas aku..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Scene 2:

"Assalamualaikum, saya dari PPD Batang Padang. En Azlan ni cikgu ke?" suara lunak yang keluar dari telefon cokia aku.

"Walaikumsalam. Ya, kenapa?" balas aku.

"Pertukaran anak cikgu ke sekolah SKTM ada masalah sikit. Sekolah ...bla..bla..bla... Cikgu cuba call GBnya untuk mendapatkan maklumat hal ni," katanya lagi.

Bla..bla..bla...

Aku call semula Mem Besor kat Tanjung Malim. Aku tak dapat balik awal. Kena stay kat Tapah lagi hingga petang ni...

"Nampak gayanya pertukaran budak tu kena ubah. Ada beberapa hal sikit. Depa pi sekolah ikut Yang ajer la di SK Sg Behrang. Depa kena ke sekolah tu sebab...bla...bla...bla..."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Scene 3:

Nampak gayanya, aku kena stay di Tapah hingga jam 2.00 petang ni. Kena tunggu pegawai untuk tandatangan untuk hal yang berkenaan. Maka semasa aku nak keluar daripada PPD tadi, aku tanya pengawal keselamatan tentang lokasi Perpustakaan Awam Tapah... Aku dimaklumkan. Rupa-rupanya, lokasi perpustakkan tu berhampiran dengan pasar tani yang aku meronda2 pagi tadi. Hehehhe.

Maka, untuk entri yang aku tulis ni...aku lepak kat Perpustakaan Awam Tapah! Hehehheh....
p/s : Bila Streamyx di rumah aku akan sattle haaaa? hehehheh. Minggu depan sattle la kutttt....moga-moga gitu le!
Continue Reading...

Dec 4, 2008

Membeku dalam peti ais ciptaan sendiri

Blog ni dah lama aku tak update. Aku membeku dan terkejung dalam peti ais ciptaan sendiri. Jenuh jugak nak mengelepiag ke hulu ke hiliag... ke depan dan ke belakang, ke tepi dan ke kanan. Semuanya untuk mengelakkan aku terus membeku dan terbuku kat dada. Semua ini ada DI SANA.

Gambar hiasan...aku MEMBEKU!


Pastinya mulai hari sabtu ni hingga pertengahan bulan ni, di sini dan di sana akan terus membeku dalam peti ais ciptaan sendiri. Sendiri cipta peti ais, sendiri beku. Hahhaah. Apa-apa pun warm-up kena kerap sikit.

Ini semua kerana aku akan menyerupai sirih pulang ke ganggang, burung pulang ke sarang ataupun balik negeri! Mulai Jumaat ini, aku akan berpindah rumah dari Kluang ke rumah sewa di Tanjung Malim. Semuanya diceritakan khas berkaitan itu di sana. Maka, talian telefon akan dimatikan di Kluang. Talian streamyx akan digunakan di Tanjung Malim jika aku dapat line telefon yang baru....

Semasa pencarian di Tanjung Malim, aku dapat ketemu seorang blogger. Mr Dun namanya... nice person! Thanks bro...


>> SeLaMaT MEMBEKU!!!! <<<

Continue Reading...

Nov 26, 2008

Projek lagi..

Kereta projek memang lambat siapnya. Kena ada masa lapang dan lengang. Juga aktivitinya agak rencam. Tak boleh nak nyambil-nyambil. Bodek demi bodek mcm dah hampir nak berjaya. Kena masuk lagi gamaknya supaya geran bertukar tangan. Selagi geran belum bertukar tangan, belum boleh ngaku lagi.

Kereta Projek 1 : (Mini Cooper)

Mini Cooper ni macam dah nak sampai ke tahap yang memuaskan. Sistem break, enjin, lantai dan sebaginya sudah selesai. Skrg sembur antirust kat kedai sebelah bengkel. Enjin dah boleh running. Aksesori tunggu masa nak pasang jer. Sikit masa lagi boleh le layan mini Cooper pulak. Agak-agaknya, kalu bawak ke Behrang macam menarik juga. Aku cuma takut sakit pinggang sepanjang perjalanan atas lebuhraya utara-selatan tu. Apa-apa pun tengok keadaan dulu.

Mini Cooper

Kereta Projek 2 : (Morris)

Ini juga yang lama. Enjin dah boleh running. Geran dah bertukar tangan berbulan lalu. Baru ada masa nak belek-belek body. Banyak juga yang nak kena welding. Lantai, birai pintu dan sikit2 kat body. Walaupun diwelding, seni kat bodynya takmau diubah. Kalu siap memang mengancam. Cuma, bila nak siap je taktau.

Morris Minor


Continue Reading...

Nov 24, 2008

Apa khabar orang kampung...

Kata atuk aku, jika nak masuk rumah, baca bismillah dan buka kunci rumah. Itu kalu dah memang ada rumah. Kalu baru nak mencari rumah, aku kena ubah cara dan tektikal.

Kata nenek aku pula, di zaman moden ni, buka internet cari tempatnya dan cari ketua di kawasan tempat tinggal tu. Tambahan pulak jika kawasan yang dicari itu jauh daripada tempat kita sendiri.

Aku ada sikit hajat untuk tahun depan. Aku berhajat nak bagi pengalaman kat anak-anak aku suasana di kampung. Pengalaman itu penting. Aku rasa sebegitu kerana sudah berbelas tahun aku tinggal di bandar dan kawasan perumahan.



Oleh kerana mem besar aku mengajar di SK Sungai Behrang yang berada di kawasan felda dalam kampung, aku telah dapatkan sedikit view daripada rakan-rakan maya di Tanjung Malim pagi tadi. Lepas magrib, aku check website Pejabat Daerah dan Tanah Tapah. Beberapa maklumat aku perolehi di situ. Alhamdulillah.

Aku terus call ketua kampung kawasan situ. Tok Ketua Jamaluddin Mat Kamis (012-XXXXXXX). Beberapa maklumat aku perolehi tentang tempat tinggal yang aku inginkan. Kompom, minggu depan aku riki rumah dengan Tok Ketua. Imam Masjid di kawasan kampung tu juga ada rumah sewa. Ermm... menarik juga! Yang paling penting, YB ADUN Slim adalah orang kampung tu. Y.B. DATO' MOHD. KHUSAIRI BIN ABDUL TALIB. Ermm...

p/s :

Ini semua perancangan kita, sampai masanya nanti mungkin berubah, maka kita kena bersedia dengan apa jua keputusan di saat akhir kerana kita tidak tahu apa yang akan jadi di masa akan datang.. hanya ALLAH S.W.T jua yang lebih mengetahui, apa yang terbaik buat kita...

Selamat Datang BEHRANG
Selamat Tinggal KLUANG

Continue Reading...

Buat seorang sahabat

Pepagi lagi, hp aku berbunyi lagi... ada sms bertandang. Ada note bersama dengan sajak yang ringkas dan padat. Daripada seorang SAHABAT.

(Terciptanya sajak ini adalah atas rasa kekaguman dan dan hormat yang wujud setelah aku semakin tahu kebenaran tentang siapa dirimu)

Mengenalimu
Adalah suatu kebetulan
Adalah anugerah daripada Allah
Semakin mengenalimu
Membuat aku kian leka
Di laman waktumu
Menyingkap setiap helaian
Watak dan perwatakanmu

Namun
Semakin mengenalimu jua
Membuat aku semkain takut
Akan satu KEHILANGAN..


Continue Reading...

Nov 23, 2008

Kacamata Angriani tentang....

Aku tertarik dengan artikel yang disiarkan dalam blog AGRIANIWORLD. Penulis mampu menjelaskan makna POLITIK yang mempunyai bayak maksud tersirat. Pengurusan dan urustadbir negara dan pengurusan rumahtangga boleh disingkap melalui artikel tersebut. Aku copy dan paste je artikel tersebut. Boleh ke angrianiworld? Hehhehe. Dah amik baru cerita..boleh ke lagu tu?
:: Gambar hiasan ::

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu. Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan.

“Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya.

Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”. Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan. :d

Komen aku:

AzlanlinNo Gravatar Said,

Your comment is awaiting moderation.

Banyak justifikasi yang boleh dilihat daripada penerangan maksud ‘politik’ yang digambarkan oleh minda seorang ‘anak’. Walau simple tetapi mendalam.

1. Sudut Investor :

>> Mencari ruang dan peluang ‘perniagaan’ baru apabila pemerintah ‘lena’ dan ‘tertidur’ akibat ruang keselesaan yang diwujudkan oleh investor. Peluang datang sesekali apabila orang sekeliling leka.

2. Sudut Pemerintah:

>> Mudah leka dan pekak apabila timbul isu yang diluarjangka. Mindanya terarah dan tidak kreatif dalam mengawal selia pergerakan investor. Bayangan dan gambaran yang diberikan tentang perjalanan bisnesnya cukup melelapkan mata pemerintah. Hati-hati wahai pemerintah!!!!

3. Sudut Kelas Pekerja:

>> Menerima apa jua imbalan yang sedang, akan dan bakal diperolehi tanpa menilai baik dan buruk. Selagi mendatangkan penuh poket hasil kerja yang ditawarkan oleh investor cukup lumayan…jadi ajer.. Janji masyukkkkk!

4. Sudut Rakyat:

>> Keperitan dan kepayahan apabila ditimpa musibah sukar diselesaikan sendiri perlu dirujuk kepada pemerintah. Walhal, pemerintah sedang leka dan asyik masyuk lena yang diulit mimpi indah hasil bayangan yang diberikan oleh investor cukup memberangsangkan.. Kepada siapa lagi rakyat hendak megadu nasib? Pemerintah ooo pemerintah… hehehhe

Kesimpulan:

>> Pemerintah harus ada ’super power’ yang cukup padu. Kalau sekadar menempel di sebelah investor untuk mencari kekuatan meneruskan kuasanya, pastinya akan leka dibuai mimpi indah tanpa memikirkan kebajikan rakyat. Maklumlah, pemerintah yang selesa! Oleh itu JATI DIRI dan pembentukan halatuju amat penting…

Hehehehhe… ada komen lain? Pemerintah..ooo..pemerintah!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gabungan setiakawan, jujur, amanah, bertanggungjawab, memahami, alert dan telus amat dalam memainkan peranan amat-amat penting...

APA KATA ANDA?

Continue Reading...

Nov 22, 2008

Kotak dan kehidupan

Pepagi lagi, mem besor dah gegarkan aku untuk mencari kotak-kotak untuk proses mengemas barang di rumah aku dalam minggu hadapan.

Aku dan anak-anak parking kereta di belakang Giant dekat taman perumahan aku. Aku berhenti tepat dengan longgokan kotak-kotak yang dikumpulkan oleh pihak pengurusan Giant.

"Assalamualaikum cikgu...Lama tak nampak" suara yang aku dengar di sebalik susunan bongkah kayu yang siap sedia diangkut.

Aku lihat pemuda itu menguntum senyuman. Janggut sejemput dan misai yang rapi.. Aku balas senyumannya.

"Wa'alaikum Salam... rasa macam kenal je awak ni" jawabku dengan nada terkejut kerana aku kenal iras-iras wajah pemuda itu.

"Awak kerja di sini ke?"

"A'a cikgu. Kat tingkat 2. Udah 2 tahun cikgu."

"Patut la tak pernah jumpa", balas aku.

"Aku nak cari kotak yang besar-besar sikit nih. Nak simpan barang. Ada ka?", kata aku lagi.

Sememangnya aku berbahasa aku je dengan bekas-bekas pelajar aku. Ini kerana aku tak berminat membina tembok perbualan dengan aku apabila mereka ni telah dewasa sekarang.

"Tak pa cikgu, nanti saya ambilkan." kata pemuda itu.

Itulah perbualan aku dengan bekas pelajar aku. Hampir belasan tahun, aku sering mengajar di 'kelas-kelas belakang'. Tak pernah aku mengajar untuk matapelajaran utama untuk kelas-kelas di hadapan. Bukan mudah sebenarnya untuk mengajar di kelas-kelas belakang. Tak ramai yang gemarkan kelas-kelas seperti itu. Bagi aku, mana-mana kelas pun boleh. Maklumlah, karenah dan tahap mereka cukup membuatkan kita erti sabar dan cool.. Aku lebih gemar memberi pengetahuan dan kemahiran asas untuk mereka. Sering juga bercerita tentang kehidupan dan sering melihat kekuatan dan bakat mereka. Jika nak dijuruskan pada akademik, pastinya membebankan mereka.

Akhirnya, dapat juga beberapa kotak yang besar untuk proses mengemas barang di rumah. Terima kasih kepada kalian kerana kalianlah aku belajar erti sabar dan cool.
Continue Reading...

Nov 20, 2008

Aku ialah...

Selepas bersarapan pagi, aku masih berbual dengan kakak aku di rumah pusaka di Pantai Remis. Pepagi lagi, hp cokia aku udah berbunyi.

Kring..krinnggg...

"Yang, ada call pepagi ni" kata mem besor sambil unjukkan hp cokia tu pada aku.

"Assalamualikum, boleh bercakap dengan Encik Azlan", terdengar suara dari telefon cokia aku.

"Wa'alaikum salam, saya bercakap. Dengan siapa saya bercakap ni yer?" balas aku.

"Saya XXXXX dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kluang", balasnya.

"Apa yang saya boleh bantu?

"Ermm..bengkel kereta Encik Azlan di mana lokasinya ek?"

"Simpang Renggam", balasku lagi.

"En Azlan kategori OKU yang mana ek?"

"Fizikal, kenapa?" soal aku.

"Begini..... Jabatan sedang mencari calon OKU dalam daerah Kluang untuk dipertandingkan ke peringkat Negeri Johor. Bila diteliti, Encik Azlan layak untuk dicalonkan untuk peringkat daerah ke peringkat negeri Johor" kata pegawai tu lagi.

"Alhamdulillah. Cuma sekarang saya berada di Perak. Insyallah, Sabtu ni, saya balik semula ke Kluang."

"Baiklah, Isnin depan, Encik Azlan datang ke Pejabat dan isi borang pencalonan. Pihak daerah Kluang akan menyokong sepenuhnya." kata pegawai itu lagi.

"Insyallah, kita jumpa di pejabat Isnin depan En. ......."


Ermm...apa agaknya dokumen yang aku perlu isi dan sertakan. Tengoklah nanti..


Continue Reading...

Nov 17, 2008

Cari Imej

Dalam mencari imej yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam blog, biasanya saya akan menggunakan Google Image Search. Namun, perlu diingat bahawa tidak semua dari imej ini boleh digunakan secara sah kerana masalah hak cipta. Silap haribulan, boleh kena saman kalau silap pilih imej. Foto stok pula menawarkan imej yang semuanya boleh digunakan secara sah, tetapi biasanya pilihan adalah terhad.

Jadi saya beralih kepada Compfight, iaitu enjin carian imej untuk Flickr. Kalau anda belum tahu apa itu Flickr, ia adalah laman perkongsian foto yang paling popular di dunia.

Contoh paparan imej pada skrin laptop/pc anda

Compfight memaparkan hasil carian dalam bentuk thumbnail. Ini sangat berkesan kerana anda hanya mahu melihat imej tersebut tanpa sebarang teks-teks lain yang tidak diperlukan. Anda juga boleh menapis imej-imej tersebut kepada Creative Commons ataupun komersil.

Sayangnya, Compfight tidak dapat dipaparkan dalam Opera. Buka Firefox anda untuk menggunakan laman web ini.

Sumber: Komputer

Komen aku:

Cukup menarik, mudah dan baaaannyaaakkkkkk gambar yang menarik!

Continue Reading...

Nov 13, 2008

Montaj Terakhir

Sekadar tatapan dan renungan serta rujukan aku di masa akan datang. Ini saja yang aku mampu lakukan untuk perasmian pembukaan oleh YB Hj Jais bin Hj Sarday di Majlis Anugerah Cemerlang di tempat kerja aku. pada 13/11/08 jam 8.30 pagi Moga-moga pengganti aku di tahun hadapan akan membuat yang lebih baik. Insyallah. Butiran YB tersebut ada di sini dan di sini.



Aku guna pelbagai software seperti Ulead Cool 3D, Photoshop CS, Adobe Element, Vegas 8, dan tapak untuk rander gabungan scene ni pada Ulead Studio 12 (software terbaru aku cilok!).

Sebenarnya, montaj ini dihasilkan dalam fail MPEG (video) bersaiz 139 MB. Jika aku nak upload video ni kat blog, jenuh la. Maka aku convertkan montaj ni ke fail WMV yang lebih kecil saiznya (9.37MB) tanpa mengubah rupa paras dan kualiti paparannya. Aku convert menggunakan software FormatFactory ( semalam aku cilok software ni.)

Sebenarnya, banyak scene dalam montaj ni, aku dah buat beberapa tahun lalu. Aku cuma ubah suai menjadikan ianya lebih releven mengikut keadaan semasa. Heheheh. Work Smart kata nenek aku.
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template