Jul 25, 2008

Rezeki.... Mem Besar!

Setelah berbincang dgn mem besar, kami ambil keputusan Kancil Black Metal mem besar tu, kami upgrade enjinnya. Enjin asalnya Daihatsu 660 (Jepun) perlu dilondehkan. Sepanjang 3 tahun digunakan, memanglah mem gunakan untuk ke sekolah dan kami sefamili round2 bandar di masa terluang...

Then, bincang pulak dengan pomen. Diaorang cadangkan enjin L200s Turbo je dah cukup. Aku gemarkan gearbox manual. Boleh le melaram. Jangan le terlebih tekan pedal minyaknya, berdecit2 enjinnya.. Jenuh la mem aku. Hahahah.

Tujuan upgrade ialah untuk mudah pergerakan jarak jauh aku sorang-sorang untuk tahun depan nanti. Itupun jika perlu aku berkenderaan. Jika tidak, naik bas le jawabnya... Apa-apa pun tengok situasi nanti.

Berbalik semula pada enjin...memang aku order enjin halfcut Mira L200S Turbo. minggu lepas. Payment aku sattlekan.. Rabak juga RM3000.00. Esoknya, pomen call aku bahawa enjin dah sampai. "Tokey, bila nak mai tengok enjin ni..apa dah jadi?", kata taucu aku sambil gelak-gelak. Boring betul aku.

Petang tadi aku ke kedai halfcut ambil tangki minyak untuk enjin tu. "Tokey, manyak untung la lu. Lu dapat itu enjin maaaa.." kata tokey halfcut tu. "Apa ke halnya pulak dah!" gerutu hati aku sambil nyengih-nyengih. Sebenarnya, aku sendiri pun belum tengok halfcut yang dah sampai di bengkel. Aku mesti checking...apa ke halnya dengan enjin L200s turbo yang aku order tu...

Rupa-rupanya, halfcut enjin L200s tak de kat bengkel aku...yang ada cuma enjin halfcut Mira L500S Turbo...fuiiyoooo.... rezeki beb! Enjin L500S di Jepun ni adalah hasil upgrade daripada L200S Turbo. Lawa gak kat dashboardnya...tak le memetak mcm kancil asalnya... Kalu dashboard Mira L200S mmg sebijik macam kancil.. Alhamdulillah!

Continue Reading...

Jul 24, 2008

Mudah, ketepikan ego.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.



19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


(koleksi pribadi dipetik dari majalah) Artikel Lain..

Continue Reading...

Jul 21, 2008

Mana satu.....antara kita

Suatu ketika dahulu, seorang pedagang keluar berniaga dengan membawa dua ekor keldai. Keldai hitam dan keldai putih. Keldai hitam ini berasa dirinya lebih bertenaga berbanding kawannya. Untuk itu, ia sentiasa cuba menarik perhatian tuannya dengan mengangkat beban yang lebih banyak serta berjalan lebih pantas berbanding keldai putih.

Sebaliknya, keldai putih berjalan pada kelajuan yang biasa dan mengankat barang dagangan setakat yang termampu sahaja. Pedagang mula marah kerana keldai putih tidak setangkas keldai hitam, lalu dia pun memukulnya.

Malam itu, sewaktu mereka berehat, keldai putih datang mendekati keldai hitam.

"Kawanku, hanya kita berdua saja di sini, jadi kenapa kita nak bersaing sesama sendiri? Bukankah elok kalu kita bawa barang yang sama berat, berjalan sama-sama..." ucap keldai putih sambil menggosok badannya yang teruk dibantai tuannya.

Tetapi keldai hitam tidak mengendahkannya, malah esoknya dia berjalan lebih laju lagi dan membawa lebih banyak barang. Dia tersenyum bila dipuji tuannya dan gembira apabila melihat keldai putih dimarah serta dipukul kerana tidak berjalan pantas dan membawa barang sebanyak dirinya.

Tetapi hari-hari berikutnya, keldai hitam berasa tenaganya mula susut. Seluruh badannya sakit-sakit dan dia tidak mampu untuk berjalan selaju dulu. Siatu petang, ketika matahari sedang terik, keldai hitam terjerembap ke tanah. Dia tidak mampu lagi untuk bangun walaupun teruk dipukul dan dimarah tuannya.

Pedagang meradang kerana perjalanan merentas bukit-bukau itu masih ada beberapa hari lagi. Sedangkan keldai hitam sudah tidak mampu lagi untuk bangun. Lantas pedagang pun mengeluarkan pisau.

sebelum keldai hitam disembelih, kawannya si putih datang berbisik.
"Kawan, aku sudah katakan dulu, jangan suka menunjuk-nunjuk untuk mendapatkan pujian, jangan malukan sahabat sendiri dan jangan berasa gembira bila melihat sahabat ditekan atau ditindas. Aku sudah pesan padamu banyak kali, tapi kau tidak mahu dengar. Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kau lagi...."

Keldai hitam menangis dan beberapa minit kemudian, dia pun disembelih...

>> Fikir-fikirlah....
Continue Reading...

Jul 19, 2008

Gelagat...

Agak keritih kaki aku dalam sebulan dua ni. Ke hulu dan ke hilir saja. Blog ni pun dah nak bersawang... ermm.

Alhamdulillah, hari ni selesai salah satu misi aku sementara aku masih bertugas di sekolah ini. Beberapa ilmu ICT yang mudah diperturunkan kepada rakan-rakan setugas untuk digunakan sepanjang hayat mereka. Insyallah.

Kursus untuk guru di sekolah pada hari ini berkaitan dengan email dan blog. Beberapa blog rakan-rakan setugas telah dipamerkan dalam SKSI Online. Kursus yang sama untuk kumpulan ke2 akan berlangsung minggu hadapan.

Memberi ilmu untuk dimanfaatkan oleh org yg tahu memanfaatkan.

Siap ada sponsor durian dan rambutan drp cikgu2 yang ada kebun ..alhamdulilah.
Continue Reading...

Jul 6, 2008

Mata dan Mata-mata

Agak lama entri ini terbiar kosong. Sibuk dan menyibuk silih berganti. Sedar-sedar hari dah malam. Itulah keadaan sekarang, membuatkan kita dihambat masa kerana pebagai aktiviti seharian perlu dilunaskan. Cuma, bagaimana kita menyediakan masa yang berkualiti utk saat-saat yang penting!

Jumaat lalu, Amirul mengadu bahawa matanya dah mula tak nampak tulisan di papan hitam di sekolahnya. Nampak gayanya dah dua orang anak aku mengikut langkah aku. Amira dan Amirul. Cuma si kenit (Amir) je yang masih maintain macam mamanya - tidak berkaca mata.

Malamnya, lepas berbuka puasa sempena 1 Rejab, kami sefamili meronda-ronda di bandar Kluang untuk mencari kedai cermin mata yang sering aku kunjungi. Amirul diuji matanya. Dia kena pakai cermin mata special.

"Laaa...abang dah jadi macam Inspektor Gadjet la mama", kata si Amir

Kami semua ketawa. Amirul turut menyengih. Sempat juga aku snap gambar Inspektor Gadjet tu untuk kenang-kenangan.



Dah selesai urusan mata.. banyak pula mata-mata yang menjeling. Jelingan itu muncul apabila aku snap gambar si Amirul dan Amir kat kete hitam tu. Kete hitam tu, aku dok layannya seminggu sudah. Mazda Estina 323, baru dibeli utk layan selera pomen-pomen aku yang muda trang tang-tang. Melaram sakan le aku minggu ni layan selera muda aku. Hahahahhaha.

Kemudian, kami pekena Nasi putih + Tomyam + Itik Panggang. Maklum le berbuka cuma milo dan roti bakar jer.
Continue Reading...

Jun 24, 2008

Melompat kotak

Banyak prinsip sains ditemui secara tidak sengaja atas sesuatu sebab yang mendesak; kadang-kadang melibatkan soal hidup mati. Barangkali prinsip tuas ditemui oleh seorang penghuni gua. Ceritanya adalah seperti begini:

Pada zaman dahulu, seorang yang tinggal di dalam sebuah gua meninggalkan tempat diamannya untuk mencari makanan. Ketika dia berada di luar, seketul batu yang besar terjatuh dan tertutup pintu gua itu. Apabila orang itu kembali, dia tidak dapat masuk ke dalam gua itu. Batu itu terlalu berat untuk digerakkan. Jika orang itu tidak dapat masuk ke dalam gua itu, kemungkinan besar dia akan mati kesejukan pada waktu malam. Orang itu berfikir dengan kuat. Dia, yang masih mempunyai masa depan yang panjang dan cerah, tidak mudah menyerahkan nasib kepada seketul batu sebegitu sahaja. Setelah banyak kali berusaha melalui kaedah cuba jaya, dia akhirnya berjaya menggerakkan batu itu dengan bantuan sebatang kayu yang panjang. Secara tidak sedar, dia telah menggunakan prinsip tuas (yang kedua).

Dalam keadaan terdesak, otak akan ligat berfikir

Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering kali perlu menyelesaikan pelbagai jenis masalah. Tidak semua masalah dapat kita selesaikan dengan kaedah yang biasa. Oleh itu kemahiran berfikir 'luar dari kotak' seperti orang gua itu adalah penting. Pemikiran seperti ini sentiasa menjadi asas kepada penemuan dalam bidang sains. Kita perlu memberi diri kita peluang dan masa untuk memikir dan tidak mudah berputus asa jika bertemu dengan situasi atau masalah yang baru. Kemahiran berfikir boleh dilatih dan akan semakin meningkat jika kita sentiasa mencabar norma (challenge the norm). Banyak kepuasan akan diperoleh jika kita dapat mengawal situasi dan bukan dikawal oleh situasi atas kebolehan kita berfikir.


Sumber : MrYew.
+++++++
:: KOMEN AKU ::
Entri saya yang berkaitan BANYAK CARANYA... adalah salah satu cara daripada pelbagai cara untuk kaedah penyelesaian masalah. Kebanyakan daripada kita termasuk juga saya..kekadang telah meletakkan sesuatu skop boleh dan tak boleh dalam meneliti kaedah/alternatif untuk mencapai matlamat. Situasi ini lebih membantutkan pemikiran kita untuk terus berfikir dalam menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat. Ermmmm... fikir-fikirkanlah...

Continue Reading...

Jun 21, 2008

Personaliti kita...

Dalam mengharungi warna-warni kehidupan seharian, tidak dapat larikan diri daripada STRESS! Inilah personaliti diri kita... jenis A atau jenis B... ermmm..

Meh kita kongsi bersama...
Continue Reading...

Jun 20, 2008

Ikatan kekeluargaan

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Walau sejauh mana anak itu tinggal, kasih sayang ibu bapa tetap melekat di hati dan kasih itu jugalah menjadi pengukuh ikatan antara anak dengan ibu bapa.

Namun untuk mewujudkan satu ikatan kekeluargaan yang erat memerlukan satu rentetan hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak sejak mereka dilahirkan.



Untuk memahami lebih dekat bagaimana ikatan itu boleh terhasil Abbot Sdn Bhd mengambil inisiatif menjayakan kem "Gain Family Discovery" di Pulau Tioman baru-baru ini.

Kem ini memberi pendedahan kepada ibu bapa yang berkerjaya tentang bagaimana untuk mendidik dan mengasuh anak-anak dengan cara yang betul tanpa memberi tekanan kepada anak-anak.

Ini susulan ramai kanak-kanak kini mengalami tekanan emosi berpunca daripada gesaan untuk memenuhi kehendak ibu bapa tanpa memikirkan keinginan anak masing-masing dan sikap sedemikian perlu diubah.

CARA BETUL DIDIK ANAK

Sememangnya masa membataskan ibu bapa yang mempunyai kerjaya untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan ini berbeza pada masa lampau.

Bertemakan "lebih banyak anak-anak belajar, lebih bersedia mereka (anak-anak) untuk menghadapi masa depan", Abbot Sdn Bhd telah mengambil daya usaha untuk memperlihatkan kepada ibu bapa mengenai cara yang betul untuk mendidik anak-anak.

Pakar perunding klinikal psikologi Monash University di Pusat perubatan Sunway, Paul Jambunatahn dalam ceramahnya berkata, kemahiran berkomunikasi serta memahami kehendak anak-anak adalah penting bagi merapatkan lagi hubungan kedua-duanya.

Beliau turut menekankan pentingnya penglibatan anak-anak dalam setiap perkara kekeluargaan di samping mendengar dan beri tumpuan 100 peratus dengan apa yang mereka ingin suarakan.

Ilmu keibubapaan sangat penting untuk diterapkan secara mendalam kepada setiap ibu bapa sekarang tambahan pula kanak-kanak sekarang semakin bijak dan agresif, katanya.

"Tambahan pula kehadiran anak-anak ini merupakan pelengkap dan penyeri bagi rumah tangga. Pasangan suami isteri yang merancang dengan baik terhadap tumbesaran anak mereka kurang mendapat konflik rumah tangga berbanding mereka yang tidak merancang.



"Anak-anak belajar daripada pemerhatian terutama apa yang dilakukan oleh ibu bapa kerana menganggap mereka adalah contoh yang terbaik untuk diikuti", jelas beliau.

Pesanan Paul kepada peserta program agar anak-anak diberi kasih sayang yang mencukupi dan bukan berlebihan.

MAKANAN BERNUTRISI

Peserta juga didedahkan mengenai penyediaan makanan yang sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak oleh pakar paediatrik, Dr Chow Su Lin.

Beliau menyarankan kanak-kanak diberi makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta makanan yang mengandungi nutrien pada setiap hidangan harian.

Makanan yang mengandungi nutrien yang mencukupi dapat membantu kanak-kanak membesar dengan baik, membekalkan sistem imunasi yang kuat untuk melindungi mereka daripada serangan alergi dan jangkitan penyakit.

APA KATA PESERTA

"Kem ini bukan sahaja sebagai satu pengalaman yang unik bahkan mengeratkan lagi hubungan antara anak dan ibu bapa", kata Parameswari, 34, yang disertai suami Palanisamy, 38, dan dua anak lelaki. Parameswari, seorang guru di SMK Raja Shariman, di Perak berpendapat, kem berkenaan mengajar beliau bagaimana hendak mengawal anak yang hiper aktif. Pasangan Muhammad Ikram Ramli, 34, dan isteri Suzana Mat Ropal, 34, dari Kuala Lumpur menyatakan kegembiraan yang amat sangat menyertai program itu. "Usaha saya tidak sia-sia, setiap kali membeli susu buatan Abbot Sdn Bhd, sudu kecil, yang menjadi pertaruhan, saya kumpul sebanyak yang mungkin. Saya memang inginkan percutian yang menyeronokkan ini", kata Suzana ibu kepada dua anak.

Bagi pasangan ini, penerangan yang sangat memberi manfaat daripada Paul akan dijadikan pedoman dan garis panduan untuk mendidik sepasang anak mereka dalam meniti usia remaja.

Boo Meng Liang, 43, berkata, "saya tidak pernah memaksa anak-anak saya untuk mengikut pilihan kami, yang penting mereka sihat. Saya tidak mahu mendidik dan mengasuh anak dengan memberi hukuman memadai dengan nasihat."

Isterinya, Wong Huey Ling, 42, berpendapat bahawa kretiviti anak-anak akan lebih terserlah sekiranya tidak disekat.

Pengurus produk Gain Plus dan Gain Kids, Tee Yok Pee, berkata, pertandingan ini menarik minat lebih ribuan penyertaan berdasarkan pembelian barang-barangan Abbort Lab Sdn Bhd bernilai lebih RM50.

Namun, hanya enam keluarga terpilih untuk menikmati percutian di Pulau Tioman.

-- BERNAMA
Continue Reading...

Jun 16, 2008

Banyak caranya....

Lain orang lain caranya. Ada yang melihat hanya kepada satu cara dan cara itu sahaja yang difikirkannya betul sehingga menutup pintu hatinya kepada cara-cara lain atau orang lain.

Ada orang yang bersedia dengan pelbagai alternatif. Mereka ini apabila gagal dengan satu cara, bersedia pula berpindah kepada cara yang lain.

Ada orang yang melihat kita harus bergerak dengan pelbagai cara supaya lebih besar sasaran yang dapat dilibatkan dan kesannya juga lebih menyeluruh.

Tegasnya tidak ada satu cara yang lebih betul atau lebih buruk daripada yang lainnya sebelum hasilnya dapat dilihat.

Sumber : GuruBashid

+++++++++++++++++++++++++

Komen Aku:

Memang benar atas pandangan GuruBasid itu. Aku pula lebih gemar semasa perlaksanaan sesuatu perancangan atau penyelesaian masalah, perlu ada banyak alternatif agar apa matlamat yang nak dicapai, akan tercapai jua. Jika kita hanya menyediakan satu pilihan jalan penyelesaian sahaja, dan diandaikan tertutupnya pintu penyelesaian itu...jem le kita.... Apa-apa pun..bergantung pada kekuatan kita untuk mengawal suasana sekeliling agar memihak kepada kita...ermmm.

Ada pandangan lain?

Continue Reading...

Jun 15, 2008

Happy Father's Day 2008

Credit: Puisi Kujie
Editing : Azlanlin


Selamat Hari Bapa
untuk:

PakLong di Nenering
PakNgah di Kuching
PakLang di Putrajaya
PakNjang di Pantai Remis
PakNdak di Pantai Remis
PakTeh di PantaiRemis
RamliSani di Manjung

juga kepada PARA SUAMI yang membaca di blog ini.

Juga kepada PARA ISTERI yang sentiasa menjadi penyokong
dan tulang belakang serta tonggak
kejayaan suami dan
keluarga anda.


Terimakasih.

Continue Reading...

Fokus


Dalam satu-satu perancangan tentunya ada matlamat. Matlamat jangka panjang atau pendek, semuanya itu kita yang rancang ... cuma keputusan hasil daripada perancangan tu yang ditentukan olehNya. Itu adalah hakikat.

Dalam melaksanakan perancangan yang bermatlamat, kita memerlukan fokus yang mantap! Namun, kita perlu berhati-hati. Pastinya fokus yang dibuat akan ada gangguannya di sepanjang perjalanan menuju ke matlamat. Cuma, kuat hati, kukuhkan matlamat, jitukan minda...insyallah.

Cuba fokuskan pandangan pada titik kat tengah tu?
Selalunya, kita sendiri yang "goyang" dgn gangguan utk mencapai matlamat

Fikir-fikirkan lah...

Continue Reading...

Jun 14, 2008

Semua naik

Musim la ni, musim naik....semuanya naik. Takdak yang turun pun. Alhamdulillah, hujan je yang asyik turun. Hujan rahmat tu. Sempena musim naik ni, kepala pun dah naik pening. Tambahan pulak, dapat saranan daripada abang Putra utk rekacipta kereta baru yang jimat/tak pakai minyak. Naik penin jugak memikirkan. Nah haaa..abang Putra, satu design kereta baru untuk hang. Recond punya...tapi nampak klasik dan bergaya... Kalu nampak kat jalan raya, kompom orang senyum. Senyum ada makna tu...
Ada sesapa yang berhajat nak order, sms kat AbgPutra sebab dia dilantik jadi vendor...cepat, jangan terlambat!
Continue Reading...

May 29, 2008

Apa kaedah kita?

Problem Talk

A : Apa masaalah awak?

B : Saya sedih sangat. Setiap hari saya balik kerja lewat tapi bos saya masih tidak puas hati.

A : Kenapa bos awak macam itu?

B : Entahlah. Dia itu pandai cakap saja. Dia bukan faham apa yang berlaku di pejabat.

A : Apa yang berlaku di pejabat?

B : Saya peninglah. Kerja banyak sangat. Semua saya perlu uruskan.

A : Awak sudah beritahu bos awak hal ini?

B : Belum lagi. Saya risau dia tidak percaya yang kerja saya memang banyak.

A : Jadi, apa awak mahu buat?

B : Entahlah. Awak belum kenal bos saya. Dia teruk. Saya sedih dia buat saya macam ini.

Ciri-Ciri Problem Talk : Memfokus kepada masaalah, mencari punca ke akar umbi, mencari siapa yang bersalah, situasi bertambah buntu, terasa payah hendak menyelesaikan isu.

Solution Talk

A : Apa masaalah awak?

B : Saya sedih sangat. Setiap hari saya balik kerja lewat tapi bos saya masih tidak puas hati.

A : Apa yang awak mahu sebenarnya?

B : Saya mahu seorang pembantu. Kerja di pejabat banyak. Saya tidak larat buat seorang.

A : Bagaimana awak mahu yakinkan bos awak yang awak layak mendapat seorang pembantu?

B : Saya kena beritahu dia beban kerja saya banyak tetapi saya takut dia tidak percaya.

A : Saya akan gunakan ukuran skala 1 hingga 10. Katakan pada skala 1, beban kerja awak tidak banyak dan pada skala 10, sangat banyak. Macam mana beban kerja awak sekarang?

B : Hmmm, saya rasa sekarang beban kerja saya pada skala 6.

A : 6 saja? Bukankah tadi awak kata beban kerja awak banyak?

B : Ya, saya baru sedar kerja saya tidaklah banyak sangat sebenarnya!

A : Apa perlu awak buat sekarang?

B : Saya akan uruskan masa saya dengan lebih cekap.

Ciri-Ciri Solution Talk : Memfokus kepada jalan keluar, matlamat yang diingini ditetapkan, skala diguna bagi melihat isu dengan perspektif lebih jelas, bertanya soalan yang menimbulkan kesedaran, nampak jalan penyelesaian.

Sumber: BisnesKeluarga

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagi aku:

Dialog ini seringkali berlaku ketika stress apabila diri kita atau orang di sekeliling kita yang merasakan terbeban dengan kerja yang menimbun-nimbun dan tak tahu nak urus yang mana satu.. Begitu juga dengan permasalahan dan gangguan komunikasi antara pasangan dalam sesebuah keluarga.
Bagi aku, aku suka menggunakan teknikPROBLEM TALK terlebih dahulu apabila menghadapi orang sekeliling agar kemelut di hati mereka terasa puas dengan penyediaan ruang untuk meluah dan merintih. Selepas "sebu" di hati terluah, barulah disusuli dengan pendekatan SOLUTION TALK agar mereka nampak apa sebenarnya yang berlaku.
Namun, semuanya ini bergantung kepada kemahiran individu untuk mengendalikan situasi yang sebegitu... walahu'alam


Continue Reading...

May 28, 2008

Yeppi Beshday!


Selamat Menyambut
Hari UlangTahun Kelahiranmu

ROZITA BT HJ PAIMAN

"Segala Onak dan Duri, Bayu dan Badai
Terus Ditempuhi Bersama
"

Continue Reading...

Ermmm.. menarik..

Semasa aku mendengar RadioKita, ada permintaan lagu pendengar dari Sabah yang memang menarik dan tertarik untuk aku mengetahui dan merenungi lirik tersebut. Lagu itu di didendangkan ole The Zikry yang bertajuk, Isteri Solehah. Aku meminta bantuan PakCik Google, dapat le jugak lirik tu...

Lirik ini amat baik di renungi oleh semua pembaca blog ini..

Saff-One (Zaini & Naazeri Raihan)

Isteri Solehah

( 1 )
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

( ulang 1 )

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

( ulang 1 )

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

( korus )
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

( ulang 1 )
( ulang korus )

Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template