Nov 4, 2007

Menyingkap diri...

Tanggal 17 Okt 1971, lahirlah seorang bayi lelaki bagi pasangan Lin b Che Rus dan CheMah binti Mat Isa, berkulit sawomatang, tangisannya kuat sekali! Kacaubilau orang sekeliling dibuatnya. Mak bidan mengelap kesan darah yang masih melekat di badan. Tali pusat terus dipotong. Beberapa jam selepas bayi itu dilahirkan, uri bayi itu ditanam oleh ayahnya di perenggan tanah.

Bayi itu anak ke-9 dalam keluarganya. Itu sekadar angkanya, hakikatnya pula, 2 orang telah meninggal dunia. Pasangan itu menadah tangan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Cukup sifat, cukup lengkap cuma tidak seperti anak-anak mereka yang lainnya.

"Ayahnya, apa kita nak letak nama dia?" tanya si ibu kepada suaminya.

"Kita gunakan pangkal 'A' juga seperti anak-anak yang lain" balas si suami dengan nada yang lembut.

"Bagaimana pulak dengan anak-anak kita yang ada pangkal M dan R?", tanya sibu lagi.

"Tak pa aiiihhh.... apa ada pada nama jika makna nama tak menentu", balas si suami.

"Apa kata jika kita letakkan 'AZLAN', pangkal 'A' juga kan?", bisik si isteri untuk meminta pendapat suaminya. Suaminya tersenyum dan mengangguk kepala tanda setuju.

Bayi itu dijaga, dibelai, ditatang seumpama menatang minyak yang penuh. Genap 7 hari kelahirannya, arwah Lin mengayuh basikal tua ke Balai Polis untuk didaftarkan surat beranak untuk anak mereka. Azlan diberi nama.

Si ibu sentiasa memberikan susu ibu apabila anak itu menangis tanda kelaparan. Semasa disusukan, kepala bayi itu akan dilurut-lurutkan kepalanya. Walaupun rambut anaknya jarang-jarang sekali, tetap disisir rapi. Hati ibu tetap berdetik apabila memandang kaki kanan anaknya itu.

"Mak takkan biarkan hang berkeadaan seperti ini hingga besar", bisik ibu ke telinga anaknya. Mata bulat bayinya itu seolah-olah memahami kata-kata itu dengan memandang tepat wajah ibunya. Tangan kanan ibu sentiasa mengurut-mengurut kaki kanan anak bongsunya.

Azman, sangat menyayangi adiknya, Penantiannya selama ini dimakbulkan Tuhan. Sesekali Azman akan menggesek kakinya ke kaki kanan Azlan dengan asyik sekali. Kebiasaanya, Azman akan bangun seawal pagi untuk mengesek-gesek kaki kanan adiknya, mungkin itu sebagai tanda kasih sayang seorang abang.

Suatu petang, sewaktu si ibu sedang menungku perutnya sambil ditemani si suami di serambi rumah, si ibu perkuatkan semangat untuk berbincang dengan suaminya.

"Ayahnya, esok kita pergi ke Hospital Taiping ye?", rintih si isteri kepada suaminya.

"Kenapa? Sakit ke si Azlan tu?" tanya si suami sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

"Takkan kita nak biarkan dia membesar semacam ini?"

"Ermmm...sat lagi nak pergi Pantai, bolehlah carikan teksi sekali", balas si suami tanda setuju sambil mengurut-ngurut kaki kanan anak bongsunya itu.


==> bersambung...

Continue Reading...

Daftarkan diri...

Bagi urusan pendaftaran amatlah mudah. Beberapa prosedur harus diikuti dan dipatuhi. Tindakan pendaftaran yang mengikut saluran, akan memudahkan urusan itu. Kebiasaannya, kita hanya mampu mengenalpasti sahaja berkaitan kecacatan yang dialami dan boleh berusaha.

Tindakan kita:

1. Kenalpasti berkaitan jenis kecacatan.
2. Ambil borang pendaftaran di JKM yang terdekat.
3. Rujuk kepada doktor Hospital Kerajaan untuk pengesahan berkaitan kecacatan.
Jika perlu, akan dijalankan proses X-Ray bagi cacat fizikal selepas lahir.
4. Sediakan 2 keping gambar berkaitan kecacatan fizikal tersebut.
5. Sediakan 2 keping gambar ukuran paspot.
6. Serahkan borang dan dokumen yang diperlukan kepada JKM utk urusan pemprosesan kad pengenalan diri sebagai OKU.

Mudahkan? Hulurkanlah bantuan anda kepada sesiapa sahaja di sekeliling anda yang memerlukannya. Insyallah...

Wallahualam

Continue Reading...

Kenali Mereka....

Di Musim raya ini, pastinya kita saling kunjung mengunjung sesama rakan taulan, sanak-saudara dan jiran tetangga. Mata dan hati kita sering memandang keadaan sekeliling terutamanya dekorasi/hiasan dalam rumah yang dikunjungi. Itu pasti berlaku, hanya mulut kita sahaja yang menafikannya. Wakakakaka.....

Sementelah itu, ada baikknya juga kita memerhati dengan mata hati berkaitan orang sekeliling kita sama ada mereka adalah golongan Orang Kurang Upaya (OKU) atau tidak. Cubalah kita tanyakan sama ada golongan ini sudah daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau belum. Harap-harap, gunakanlah gaya bahasa komunikasi selembut kapas agar terasa kelembutan dan tidak terasa dan terguris hati yang mendengar.....

Sekali pandang, sememangnya NORMAL. Ini gambar pelajar Pendidikan Khas di Kedah

Cara mudah untuk kenali golongan ini ialah melihat kecacatan fizikal yang jelas kelihatan. Kebiasaannya kecacatan fizikal ini ada 2 punca. Pertamanya, kecacatan semasa lahir dan keduanya ialah kecacatan selepas lahir (terlibat kemalangan/berpenyakit).

Cacat penglihatan sejak lahir

Hilang penglihatan kerana penyakit kanser darah.

Kedua-dua jenis ini, mudah untuk kita kenali. Tetapi...kita harus ingata bahawa kebanyakan individu yang cacat (jelas kelihatan dengan mata kasar) ini, amat sensitif. Kebiasaannya mereka memiliki egosentrik yang tinggi. Andaian mereka tentang bantuan ini membuatkan mereka berasa malu untuk menerima bantuan. Persepsi inilah yang seharusnya kita kikiskan dalam minda mereka. Sebenarnya, mereka adalah golongan yang 'terbela' dan layak menikmati benefit-benefit yang telah diwartakan oleh pihak kerajaan mahupun swasta.

Ingatlah:
1. perhati dan nilaikan
2. tanyakan tentang pendaftaran
3. bantulah mereka kerana telah diwartakan


Continue Reading...

Nov 3, 2007

IC Baru?

Ini kad aku yang baru....kad apa yek? Hanya jauhari mengenal manikam atau 'hanya Johari mengenal Maniam!'...alhamdulillah. Maka, mulai saat ini aku memiliki gelaran baru!
Continue Reading...

Keistimewaan OKU

Pelbagai kelebihan dan keistimewaan tersembunyi untuk OKU yang tidak diketahui ramai. Termasuk juga aku sebelum ini. Pencarian maklumat di internet juga kurang membantu. Akhirnya aku dapat juga maklumat berkaitan itu di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kluang. Marilah kita kongsikan bersama:

1. Kemudahan Pendidikan:

KPM menyediakn kelas Pendidikan Khas - utk masalah cacat penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kerajaan juga adakan pengecualian bayaran pendaftaran utk pelajar cacat pendegaran yg mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian kelolaan KPM. Pelajar yg berjaya juga akan mendapat elaun sebayak RM300.00 sebulan.

2. Kemudahan dalam aktiviti harian:

:: JKM memainkan peranan agar perjalanan aktiviti harian OKU berjalan lancar. "Kod Amalan Akses Bagi OKU ke bangunan awam. Oleh itu, bangunan awam telah disediakan "ram" dan "railings", laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan rekabentuk sesuai, tempat letak kereta, tanda khas dan sebagainya. Contoh, Bangunan Dataran Pahlawan di Melaka, laluan masuk utk OKU berkerusi roda disediakan. Kagumnya aku ialah, rekabentuk laluan itu amat menarik...berbentuk zig-zag, berseni dan menarik.

3. Kemudahan dan galakan pelepasan cukai.

:: Ada pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak OKU dibawah umur 18 tahun.
:: Majikan mendapat potongan cukai berganda yang memiliki pekerja OKU.
:: Mendapat ribet cukai kepada pembayar cukai yang membeli alat-alat khas utk kegunaan sendiri, anak2 atau ibubapa yang OKU.
:: Mendapat potongan cukai utk diri sebanyak RM5000.00 dan potongan utk isteri sebayak RM3000.00

4. Kemudahan Pengangkutan Awam

:: Syarikat pengangkutan akan memberikan konsesi kepada OKU. Syarikat Penerbangan Malaysia, KTM, Bas Transnasional, PUTRA-LRT memberikan potongan sebanyak 50%.

5. Kemudahan Perumahan

:: DBKL menyediakan penyewaan rumah2 kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan pengurangan kadar sewa kepada OKU.

6. Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan

:: OKU dikecualikan bayaran utk hospital kerajaan sahaja

7. Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan

:: Jabatan Imigresen menegcualikan bayaran bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (paspot antarabangsa)

8. Kemudahan Peluang Pekerjaan

:: Ada pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan di mana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada OKU.

:: Sektor swasta, ada Kod Amalan Penggajian Oran Kurang Upaya sebagai garis panduan untuk menerima pakai pekerja di kalangan OKU

:: OKU perlu membuat pendaftaran di Jabatan Buruh

9. Pengecualian Duti Eksais

:: OKU yang membeli kereta/motosikal nasional yang baru, akan mendapat pengecualian 50% duti eksasis dan perlu memohon secara bertulis Kepada : Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Bahagian Analisis Cukai, Tingkat 6 & 7, Blok Tengah, Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya.

10. Kemudahan Alat Ganti OKU

:: Kerajaan memberikan pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua perlatandireka khas utk kegunaan OKU

11. Pencen Terbitan

:: Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.

12. Kemudahan Mendapat Latihan dan Pemulihan

:: JKM menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di institusi Jabatan utk OKU. Setakat ini, perkhidmatan yg disediakan ialah untuk OKU kecatatan fizikal dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.

13. Kemudahan Geran Pelancaran

:: JKM membantu OKU yang berpenapatan kecil yang ingin memulakan perniagaan kecil dan memberikan geran maksimum RM2,700.00

14. Kemudahan Telekom

:: Insentif disediakan ialah:
- Bayaran sewa dikecualikan
- Panggilan 103 (operator) tiada caj
- Panggilan menunggu atau pindahan scr percuma
- Strymex - RM66.00 sebulan secara unlimited.

MAKLUMAN:

Bagi setiap OKU yang ingin menikmati insentif dan kemudahan yang disediakn oleh kerajaan dan swasta, perlulah mempunyai KAD PENGENALAN DIRI ORANG KURANG UPAYA sebagai satu perakuan yang sah bahawa mereka adalah OKU.

Kad Pengenalan diri OKU hanya boleh dibuat di Jabatan Masyarakat di negeri-negeri dan daerah tempat tinggal OKU tersebut.

* Pandang-pandanglah orang sekeliling anda...bantulah mereka yang memerlukan bantuan anda!
9.
Continue Reading...

Nov 2, 2007

Kehidupan O.K.U

Cuba kita renungkan sejenak dan hayati berkaitan tajuk entri ini. Mari kita perhatikan satu persatu tindakan dan gerak geri kita. Apa yang mereka telah lakukan dan apa yang mampu dan perlunya mereka lakukan untuk menempa kejayaan.
Dalam situasi ini, kebiasaanya dalam diri kita, kita hanya mampu melihat dan memberi simpati dengan perasaan. Di manakah nilai empati dan sifat membantu dalam diri kita? Ketahuilah, dalam diri mereka terdetik beberapa perkara yang mereka ingin lakukan tetapi berkemungkinan kerana.....

1. mereka tidak tahu apa yang patut mereka ketahui
2. mereka tidak mampu sedangkan keinginan itu tinggi
3. mereka sukar mendapat ruang yang sedikit dalam peluang yang besar
4. mereka perlu disokong untuk mengukuhkan keinginan mereka

Oleh itu, di manakah kedudukan kita? Ada dikalangan kita yang akan mengatakan...itulah OKU, hanya inginkan bantuan dan sokongan orang sahaja. Malas berusaha, malas bergerak ke hadapan, malas menambah pengetahuan...malas dan bermacam2 malas lagi yang keluar daripada mulut kita. Kekadang, terkeluar juga perkataan "itulah kehidupan" mereka. Tapi...terfikirkah kita tentang kemampuan mereka?

Bayangkan jika OKU itu adalah salah seorang daripada ahli keluarga kita! Pastinya kita akan membantu sedaya mungkin... tetapi mungkinkah?

Tepuk dada tanya minda....

Continue Reading...

Oct 29, 2007

Model 926

Ari ni aku boring sebab lecturer x masuk. Masuk pun buat syarat, mungkin diaorang sibuk. Kot la. Jam 10.00 pagi, 2 buah kete keluar utk g sarapan. Siap tala nasik lagi. Errrr...kenyang jugak! SElepas makan, balik semula utk ke bilik kuliah, masih dengan kerja masing2. Aku layan kepala jap cari template utk buat website guna dreamweaver.

Jam 12.00 thari, aku keluar sesorang ke bandar Melaka. Planningnya nak ke TaiKuang, MP. Aku ikut jalan Durian Daun. Dapat juga aku singgah kat kedai idaman aku sejak bulan lepas. Masa je yang tak sempat. Sejak2 aku dok nengok motor sport yang cute tu di Kluang beberapa bulan lepas, mcm terberkenan pulak dah!


Di kedai tu, sempat juga aku merisik khabar utk dptkan maklumat. Juga aku amik gambor2 motor tu! Best! Anak-anak aku kompom x lepas peluang nak naik bila tiba masanya aku beli kat diaorang nanti! Dapat le sebuah buku motovasi. Layannnn...
Continue Reading...

Oct 28, 2007

Jom borak.....

Pelbagai kaedah dan cara untuk kita mengeratkan silaturahim sesama sanak saudara. Tambahan pula dizaman IT nih. Maka, untuk tujuan itu aku menjemput dan mempelawa sanak saudara mendonlot software SKYPE nih.

Klik pada imej di atas untuk download
Tindakan :

1. Download sotware
2. Install
3. Register
4. Search people - nama sana saudara / negeri /negara

5. Jom kita berborak bertanyakan khabar!


Malam tadi aku chat dengan PakTeh & Syahmi. Siap view webcam lagi. Sempat jugak dok ajarkan PakTeh setting sound yang berdengung mcm bunyi enjin kete aku jer... Akhirnya, berjaya! TAHNIAH PakTeh!

Biasanya, aku gunakan kemudahan ini apabila aku berada di Melaka. Aku akan bergurau senda dengan anak-anak di Kluang di awal malam setelah kerja sekolah mereka disiapkan. Selepas itu aku berborak pula dengan MakTam. Free aje..yang penting sekali ialah perlu ada line internet!

Continue Reading...

Mesin

Ari ni MakTam 2 ngajorkan Ijan untuk menggunakan mesin kira elektronik! Jika aku nak sediakan komputer, macam tak sesuai je..maklum le, setakat ni aku fikir, masih belum perlu aku sediakn jawatan kerani!

Oleh kerana urusan urusniaga diuruskan oleh Ijan, aku belikan mesin kira elektronik untuk tujuan penyemakan akaun. Macam pelik! Biasanya, mesin kira ni digunakan di kedai-kedai runcit je tetapi kali ni digunakan di bengkel kereta!


Yang penting, ia lebih memantapkan pengurusan yang lebih sistematik. Beberap "form", telah aku sediakan untuk lebih memudahkan penyemakan!
Continue Reading...

Oct 19, 2007

Jom Balik...


Ari ni aku menerima banyak pelawaan seblum balik ke Melaka!

Sarapan pagi :

- Nasi minyak & cucur udang - rumah MakNgah Minah/PakNgah Can
- Laksa Mee - rumah PakSeman (anak MakNgah Minah)/Norsiah - sg batu

Makan Tengah Hari :

- Kari Semilang Karang - Rumah PakNdak/MakNdak.

Pelawaan usah ditolak, kerana itu hajat orang! Dalam hidup ini usah hampakan hajat orang orang!


Aku bergerak pulang ke Melaka melalui Beruas/Parit/Batu Gajah/ Gopeng - naik Highway.

p/s : aku tak sempat nak uruskan perihal tanah pusaka di Pejabat Tanah Manjung! Lain kali la pulak kot....hehheheh (urusan ni tentunya aku ajak PakNdak dan Pak Teh - supaya mengetahui urusan selanjutnya!)
Continue Reading...

Oct 18, 2007

Sri Iskandar

Raya keenam - pagi

Jam 9.00 pagi, aku sefamili dan BangNdak sefamili bergerak ke Sri Iskandar. Aku perlu selesaikan urusan rumah Gemalai 2 yang aku belikan secara online saja. Bila teringat urusan aku macam katun saja! Member aku email ttg brosur jualan rumah beberapa tahun lalu. Maka aku menempah secara telefon dan email. Paten dan pelan lokasi tapak rumah, aku cuma meminta staff pemaju emailkan saja. Aku memerhati plan dan membuat sedikit perkiraan utnuk membeli rumah - aku tempah juga guna email.

Urusan tandatangan surat jula beli, aku uruskan di JB. Pejabat cawangan lawyer yang ada di JB. Kemudian ada sekeping surat lagi yang perlu ditandangani, kebetulan staff pejabat lawyer orang Melaka. Aku just turun ke Melaka saja ketika staff itu pulang ke kampungnya di Melaka. Itulah dikatakan zaman dah berubah! Ini kisah beberapa tahun lalu.

Cuma pada cuti sekolah hujung tahun lepas saja baru aku pergi tengok rumah tu, setelah siap! Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar! Dan hari ini, adalah kali kedua aku lihat rumah tu untuk mengambil kunci rumah! 2 kali saja? Hahahahahha....

Aku planning untuk disewakan pada sesiapa saja atau student UiTM di Sri Iskandar. Jika perlu aku amsukkan alatan keperluan asas rumah utk student, boleh aja! Yan pastinya, cuti sekolah hujung tahun ini, akan aku uruskan semuanya! Insyallah... Ini bermakna aku akan balik Perak lagi! Urusan ini di setting sebegini rupa kerana anak menakan lelaki sulung aku Cikgu Akim akan melangsungkan perkahwinannya...


Setelah selesai, aku ajak BangNdak ronda Sri Iskandar untuk meninjau "bungalow" BangCik/KakDah yang telah disewakannya.

Signboard utk ke Bungalow BangCik/KakDah

Jeng..jeng..jeng..Sapa tengok,sapa tau!
Nampak gayanya, setelah pencen nanti le baru bungalow ini kenal tuan asalnya

Aku juga dapat melihat rumah sewa BangNdak/KakNdak yang kedua di Sri Iskandar.

Rumah sewa BangNdak/Kak Imah yang disewakan kepada seorang pensyarah bujang!

Apabila selesai semuanya, jam 2.00 petang, kami bergerak pulang dan singgah beraya di rumah PakLang Abu di Gunung Tunggal. Nampak gayanya, PakLang Abu semakin ceria dan tenang! Aku nampak suasana itu melalui airmukanya....hehehhe
Continue Reading...

Oct 17, 2007

Jengah sawit

Raya kelima : - 3.00 petang

Petang ni aku ngan BangNdak melawat projek sawit di Sg Rotan, Batu Hampar. Nampak gayanya dah 2 tahun aku tak tengok projek ni. Banyak aku harapkan pada BangNdak saja. Rasanya kalu nak lebih baik prestasi pertumbuhan pokok-pokok sawit, sama juga dengan manusia - senantiasa dibelai, dibajai dan diberi perhatian!

Ada tasik bekas lombong di tanah itu. Memancing best nih!

BangNdak ni energy/kederat dia kuat sungguh!
Dah tak meracun, kata BangNdak...bulan posa!

Setelah itu, kami lajak semula ke Matang Acheh utk lihat sawit YCM. Tapi sayangnya, hujan lebat. Kami singgah di rumah Arwah TokSu Mansor di Matang Acheh. Maklumle, musim raya!


Jam 6.00 petang:

Dah setting sejak pagi, 3 keluarga, aku sefamili, KakYah sefamili dan BangNdak sefamili akan beraya di umah PakTeh. Asalnya, nak berkunjung di malam hari...tetapi nampak gayanya, MakTeh harus ke Lekir kerana semua famili ke Lekir akan bergerak pulang pada esok hari. Maka, aku ubah setting malam kepada petang hari - agar semua orang selesa!

Kami pekena mee kari! Tq PakTeh dan MakTeh.
Continue Reading...
Kuasailah MINDA anda
ke arah POSITIF



Semoga onak dan duri yang ditempuh akan
senantiasa mewarnai kehidupan

:: Jadilah TUAN pada pemikiran dan diri sendiri ::


Continue Reading...

Oct 16, 2007

Teluk Akuan melambai.....

Raya keempat:
Jam8.00 pagi

Abang Mansor seawal pagi sudah keluar ke pasar. Rupa-rupanya, udang yang dibawa balik. Untuk umpan katanya. Alatan memancing sememangnya sudah standby. Canteeeekkkk... KakYah mengetuai ipar duai untuk menyediakan makanan untuk dibawa berkelah. Anak-anak buah dah siap sedia dengan keperluan masing-masing.

Semua ini dirancang dan dilaksanakan kerana mengenangkan generasi ke2 Tok Che Mah dan Towan Lin tidak pernah merasai berkelah ikut jalan laut. Pengalaman ini hanya ada pada anak-anak Tok Che Mah dan Tokwan Lin sahaja!

Dah mula nak gerak ke pelantar.

Aku pasti dan yakin bahawa anak-anak buah se'saiz' anak-anak aku akan memasukkan pengalaman berkelah ikut jalan laut menggunakan bot dalam kotak ingatan jangka panjang mereka! Aku yakin hal ini! Suatu hari nanti, pengalaman ini akan menjelma semula!

Dah mula masuk dalam bot.

Awalnya, KakYah dan Kak Azizah berasa malas nak ikut serta. Mungkin keletihan dan kelesuan hal semalam jadi alasan. Apa lagi...merayu dan merintih le oleh adik bongsu diaorang. Suasana kesoronokan dan kemesraan sedara-mara dimainkan. Akhirnya, alhamdulillah...semua sekali ikut serta. 24 orang kesemuanya dalam sebuah bot! Ini belum masuk 2 buah keluarga dari Sarawak dan Sabah lagi! Kalu idak tentunya suasana ini bertambah menarik dan tertarik!

Anak-anak duduk di rumah pemandu bot! Lebih selamat rasanya.

Masing-masing dok kontrol macho dan kontrol ayu!

PakNdak mcm biasa la dressing dia...seluar kelaut "pukat heleng" jadi pilihan. Seluar yang tak ada getah pinggang dan diikat macam pakai kain batik...ditambah pulak dengan warna hijau, hansem beb! PakTeh pulak dah jadi mcm samseng kapung dusun apabila kain batik di selepang dan diikat dikepalanya. Sesekali tengok macam lanun pun ada. Anak-anak menakan aku pulak dengan dressing masing-masing...ala2 orang bandar dan kampung. Hakikatnya, aku berasa terharu dan gembira melihat suasana kemesraan seperti itu. Disebab kesyahduan dan kesensitifan aku semasa di Maktab Melaka dalam bulan posa itu hari menjadi pencetus suasana ini.
Gaya mesra rakyat ke macam tu...dok angkat tangan pulak dah!

Koboi (Ijan) 2nd manager Jitu Auto

Macam-macam ragam dan cara untuk terjun masuk dari pelantar ke dalam bot pukat rimau tu. Ada yang terhoyong-hayang, ada yang nampak kompiden menuruni tangga pelantar! Aku ketawa besor bila melihat gelagat MakTam yang fobia dengan tempat landing yang bergoyang..hahahhah. Berpapah2 dek anak-anak menakan yang menanti dalam bot ketika MakTam nak hulur kaki dari tangga pelantar untuk pijak tebing bot itu. Maklum le, bot dalam air, tentunya berolak-olek. Aku cuma ketawa je dari atas pelantar. Hahahahha.

Bot mula keluar ke pintu kuala. Air surut agak tenang. Semua di atas bot tak dapat merasai nikmat bot beralun! Anak-anak kecil berada dalam rumah bot untuk keselamatan. Ramai yang perempuannya berada di tengah dan hadapan bot. Aim mengambil peluang nak merasai di haluan bot. Kak Azizah tegurkan Aim yang seronok mengambil gambar sambil berdiri. Itu le kakak sulung aku yang tak jemu-jemu menasihatkan anak-anaknya!
Kontrol ayu nampak! Tangan pulak sambil mencuit air!

Kami melintas Pulau Talang. Kata abang Mansor, di Pulau Talang ada simpanan harta karun. Ada 2 tokoh iaitu PakChad dan Panlima Hitam dah cuba-cuba meninjau kawasan itu. Cuma pintunya sahaja yang tak dijumpai. Ini semu dilihat secara ghaib. Errmm...entah le, sebab aku tak alami situasi itu. Untuk hal-hal seperti ini, barulah alam ghaib diperlukan! Jika untuk nak "menengok-nengok" untuk urusan berubat, mcm kurang yakin le aku! Entah le, mungkin pengalaman aku ikuti proses 'berubat' guna bomoh untuk arwah ayah dulu membuatkan aku berfikir banyak kali. Sehinggakan aku dan BangNdak pergi korek semula "barang" yang dijumpai oleh bomoh di bawah serambi untuk aku dan bangNdak perhatikan satu persatu setelah ditanam dihujung/perenggan tanah. Rupa-rupanya arwah ayah alami BARAH OTAK.
Kami dah sampai..menyambut lambaian Teluk Akuan

Akhirnya kami nampak pantai Teluk/Batu Akuan melambai-lambai menggamit ketibaan kami! Proses terjun dari bot ke dalam air juga menyeronokkan. Macam-macam gaya yang telah dirakamcurikan untuk kenangan. Maklum le, 3 kamera berfungsi dan apabila digabungkan waaaa...banyaknya ragam!

Tu diaaaa...boleh nak terjun tu?

Ein dan awak-awaknya menghala ke laut untuk menangkap ikan. Cari ikan senangin katanya! Aku ingatkan padanya bahawa jam 3.00 petang, ambil semula kami untuk pulang. Dia mengangguk saja tanda mengerti

PakTeh mula membentang tikar di bawah pokok. Anak-anak menakan mengangkut barang-barang yang dibawa. KakYah dan Kak Azizah terus menghala ke "air katoq". Nan tinjau katanya. Ada yang memancing, ada yang mandi-manda, ada yang membakar dan ada yang berehat2...ikut selera masing-masing. Yang penting, suasana dirasai dan dialami. Menarik dan tertarik. Sungguh tersentuh aku dengan peristiwa dan pengalaman itu. Alhamdulilah...aku agak sensitif jika melibatkan sedara-mara....hati aku tak cukup kering untuk hal itu!
Dah mula menghidang!

Merpati sejoli!

Wow...kak dah mula menimbus tanah ke badan sendiri

Mana ikan PakTam? Hangpa dah makan ka?


PakTeh dok "keghunaih" apa lagi tu?
Takkan dah lupa cara nak pasang umpan kut?
hahhahah


Aku dok melayan Ahmad untuk memancing.
Terpaksa cari tali "rapia" diikat udang pada hujung tali.
Bagi dia pengalaman memancing, walau serupa tapi tak sama.

Kami dah berjanji dengan tuan bot, Ein, bahawa jam 3 petang, dia mesti ambil kami untuk pulang. Maka jam 2.30 semuanya dah mula bersiap. Abang Mansor mula hubungi Ein menggunakan hp. Rupa-rupanya ada line celcom...dasyat tu! Zaman aku pi kelaut di tahun 1991 dulu...mana ada line hp. Hp pun tak mampu nak beli. Sedangkan tempat itu le (Teluk Akuan) tempat landing aku diwaktu tengahhari. "Air katoq" itulah tempat aku basuh2 muka dan mandi.

Setelah siap selerah, bot tak sampai2. Tunggu punya tunggu, ada yang dah terlena. Aku mula boring menunggu. Itu memang pantang aku...terasa buang masa tanpa buat apa2. Aku sarung semula baju mandi aku, aku capai pelampung anak aku....aku mandi dan berendam sorang-sorang dalam laut. Hahahahahha...yang lain-lain mula terlentok di bwah pokok! Yang penting mengisi ruang-ruang kosong tanpa membuang masa. Mungkin ada orang yang suka mengisi masa kosong dengan berehat untuk hilangkan letih dibadan!!!! MakTam memang dah tau sangat akan sikap aku yang "keritih"! TQ MakTam!

Jam 4.00 petang, bot sampai. Semua dan segar semula. Rupa-rupanya bot tadi dah balik ke pelantar untuk hantar ikan-ikan yang ditangkap tadi. Memang rezeki mereka. hasil tangkap mereka hari tu mencecah RM1500.00. Dapat la juga kami merasa ikan senangin fresh! Yang boringnya, ikan "termenung" yang diberikan juga untuk kami hanya dilabelkan sebagai "ikan baja" sajadan tak ada harga!. Walhal, ikan tu dan cecah RM5.00 sekilo kat pasar! Hantu betooolll! Sapa yang untung?


Perjalanan pulang memberikan pengalaman kepada yang merasainya. Angin mula bertiup. Laut sedikit begelora, maka bot berolak-olek. Sempat juga berbisik kat MakTam...

"Macam ni sikit saja, pernah rasa yang lagi dasyat sampaikan pukat yang masih dalam laut terpaksa dipotong!" sambil aku menyengih.Laut sedikit bergelora

Kami dah tiba di pintu kuala!

Kami dah mendarat
Letih dan berehat!

Sampan PakNgah Can yang dah bocor dan tenggelam,
juga menenggelamkan kerjayanya sebagai nelayan.

Continue Reading...

Oct 15, 2007

Rundingan ketiga

Raya ketiga
Jam 11.30 malam

Alhamdulillah, majlis Tahlil berjaya dilaksanakan. Bila dah siap selerah, jam 11.00 malam, aku dan abng Mansor bergegas pula ke Kg Indah.

Ini bertujuan untuk mengadakan rundingan ketentuan bot pukat rimau untuk berkelah esok hari. Hari-hari seblum ni, ada 2 buah bot yang terpaksa kansel. Aku nekad, by hook or by crook, aku mesti dapatkan juga. Pendekatan merayu dan merintih akan aku gunakan jika berbincang secara normal menuju ke arah gagal!

Ein (sedara mara jugak - entah sangkut belah mana pun aku tak tau) masih menampakkan ke arah gagal program berkelah untuk esok. Kali ni, minyak diesel jadi puncanya. Banyak juga situasi-situasi negatif yang menjadi tunggak kegagalan. Jenuh juga dipusing-pusing dalam rundingan. Alhamdulillah, bila dikejan dan ditekan, dapat juga jalan penyelesaian bila dimasukkan dalam sudut rundingan dengan kata-kata menyentuh "hati kecil" secara merayu.

Kompom, esok jam 8.30 pagi dah boleh pergi berkelah di Teluk Akuan. Bayaran RM250 untuk sewaan dipersetujui. Pihak pengurusan G2 Auto bersetuju sedari awal untuk sponsor... Yahooooo...boleh berkelah!

Moral:
Setiap masalah yang mendatang dan menjelma, jika dilihat dari sudut negatf....maka pastinya, kegagalan akan menerpa kita! Segalanya bergantung pada kotak pemikiran kita untuk memositifkan persoalan dalam masalah. Pastinya kita akan jumpa cara-cara untuk selesaikan punca masalah yang menjadi halangan! . Oleh itu Jadilah TUAN pada DIRI SENDIRI!


Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template