Oct 13, 2007

Musibah Pagi Raya

Terbakar....
13.10.07 - 3.00 am

Jam 1.30 pagi, aku dan mem bergerak pulang ke Melaka. Kancil mem telah dipinjamkan kepada costumer aku yang mana kancilnya terpaksa tuun enjin. Masa dah suntuk untuk nak dibetulkan. Janji costumer happy udah....diaorang dapat beraya.

Jam 3.00 pagi, aku sampai di Melaka. Semasa melintas Kg Pondok Batang, aku berhentikan kereta aku di tepi jalan. Aku juga menuju ke arah orang ramai yang berkerumun. Api makin membuak2. Pasukan Bomba juga bergegas melaksanakan tugas diaorang.

Tak sangka aku rupa2nya, rumah yang terbakar ialah umah atuk adik biras aku. Sempat juga aku berborak kejap dengan bapa biras aku.
Rumah lama pusaka yang terbakar, ketika ni, dapurnya runtuh dimamah api!

Katanya, rumah lama...wiring dah berserabut...bukannya pasal mercun. Maka berkemungkinan besar berlakunya litar pintas!

Bapa biras aku, berbaju 'pagoda putih'.

Continue Reading...

AKTIVITI SYAWAL

Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker
AKTIVITI RAYA :

Raya Pertama : Sabtu / 13.10.2007
* Beraya di rumah mertua / sendiri

Raya Kedua : Ahad / 14.10.2007
* Masing-masing mula berkumpul di umah Bt 51, Pantai Remis, Perak
* Mula mengatur untuk majlis Tahlil.

Raya Ketiga : Isnin / 15.10.2007
* Siang - aturkan majlis Tahlil
- pomen-pomen Jitu Auto Service Centre tiba ke Perak.
* Malam - Majlis Tahlil untuk arwah Mak & Ayah

Raya keempat : Selasa / 16.10.2007
* Berkelah ke Teluk Akuan (ada air katoq - air terjun)
- Abg Mansor kompomkan ngan Pak Ndak Non - berkelah ikut laut, naik bot pukat harimau.
- masa kecik2 dulu je yg pergi berkelah naik bot...la ni asyik berkelah ikut jalan darat jer...
- nak bagi pengalaman pada anak-anak naik bot...nak bagitau yg ayah dia pernah jadi nelayan!

Raya kelima : Rabu / 17.10.2007
* Mungkin sanak-saudara telah kembali ke rumah masing-masing semula
* Jengah tanah sawit di Matang Acheh (projek YCM - Yayasan Che Mah) & Sg Rotan (projek aku ngan Lebai Yan) - arap2 BangNdak free!
- My birthday - 36 tahun!

Raya keenam : Khamis / 18.10.2007
* Ke Sitiawan - uruskan urusan tanah pusaka... arap2 Lebai Yan, ada free

Raya ketujuh : Jumaat/ 19.10.2007
* Ke Seri Iskandar - uruskan rumah - ambil kunci! mungkin utk disewa! - sapa nak tolong uruskan?

Raya kelapan : Sabtu / 20.10.2007
* Uruskan mana-mana urusan yang belum selesai
* Jika tiada urursan - bergerak semula ke Johor.

Raya kesembilan : Ahad/ 21.10.2007
* beraya di Melaka sekejap
* lajak ke Batu Pahat, beraya umah nya'i dan ya'i

jika ada aktiviti tambahan, boleh dimaklumkan utnuk memerihakan suasana. Sudi2 le balik beraya di Umah Batu 51, Pantai Remis, Perak.

* Aku usahakan selagi terdaya dan termampu untuk sanak-saudaraku!


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
Maaf Zahir & Batin

drp: PakTam Sekeluarga


Continue Reading...

Oct 10, 2007

Alhamdulillah, apabila memantau blog sedara mara aku teringin bebenor menyedut video cucu pertama aku utk dimuatkan dalam entri aku. Maklum le dah jadi atuk.

Nampak gayanya cucu atuk ni ( Nur Adlina Syazana) udah besar dan keletah kelakunya. Pasti TokAyah dan Opah Sabah merinduinya...kan?


p/s : (HASIL MERAYAU-RAYAU)
atuk dah jumpa software utk merakam video flash yang sememangnya kita tak bleh sedut (muat turun/donlot) video itu dari sesebuah laman web/blog utk jadikan simpanan kita. Atuk dah jumpa software yang boleh merakam video tersebut. Inilah video pertama yang atuk muat turun utk jadikan simpanan.....

Continue Reading...

Oct 9, 2007

Mengenyam vs Melaram

Tindakan melaram, selalunya nak melawa-lawa ikut minat! Betul ke? Juga adakah tindakan melaram itu datangnya daripada 'mengenyam'. Mungkin juga yer. Namun melaram bila dah tiba masanya juga ada baiknya. Maklum le, jika manusia yang mencantikkan apa yang dah tak cantik dipandang, tak sedap dibawa atau sesaja nak melaram ikut hati...maka bagaimana pula tindakan yang nak melaram kerana nak mengenyam...perlu difikir juga tu.

Jika nak melaram pada kenderaan pula ni, biarlah ikut spesifikasi yang telah ditentukan oleh pihak JPJ. Agar senang hati pabila bertemu "cikgu-cikgu" di laluan jalan raya nanti sempena hari raya ni.

Namun semua tindakan melaram sebaik-baiknya perlu juga mengikut lunas yang telah ditetapkan. Jangan main kromo jer... silap-silap terpalit ke muka sendiri juga. Hasil terpalit yang melibatkan orang lain lagi le merbahaya.

Oleh itu, sesiapa yang ada upgrade enjin-enjin kenderaan mereka, sebaik-baiknya cepat le mohon kelulusan daripada pihak berwajib.

Petang td, aku dengan Mat Kelana menjalankan operasi untuk OKU. Kami ke Pejabat Emigresen untuk membuat paspot antarabangsa. Aku sekadar melihat dan memantau maklumat. Mana le tau, satu ketika nanti aku juga akan sebegitu. Rakan sebilik aku membuat paspot antarabangsa utk 64 mukasurat bagi tempoh 5 tahun. Errmmm...macam, satu dunia dia nak pusing! Maklum le hanya setakat 64 mukasurat je yang boleh dibuat, mungkin akan ambil yang lebih daripada itu jika ada ditawarkan. Semuanya FREE! Adakah aku juga akan ikuti langkah tu? Tunggu.....

Selepas selesai urusan paspot, kami bergerak ke JPJ Melaka untuk berjumpa rakan sekursus aku di INTAN Wilayah Selatan 3 tahun lalu. Inilah kali pertama aku berjumpanya di JPJ Bukit Katil, Melaka. Dah alang-alang ke sana, aku merujuknya tentang pendaftaran enjin kereta yang telah diupgrade. Sebenarnya, mudah aje, tinggal bergantung kepada kita utk melakukan sendiri urusan itu atau kita tiada masa @ tak reti, maka ada pihak tengah yang akan tampil memberi perkhidmatan dengan bayaran yang di luar jangka. Maklum le, jika diceritakan urusan tersebut, sedangkan kita sendiri pun tak tahu maka kita akan menganggapnya susah!

Tindakan kita :

1. Ke Puspakom : membuat pemeriksaan berkaitan enjin yang ditukar
- kosnya hanya - RM40.00

2. Ke JPJ : dapatkan kelulusan dan pengesahan

3. Ke Putrajaya : boleh pos atau pergi sendiri

- Pengarah,
Bahagian Kawalselia Teknik,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62620 Putrajaya


Jika mana-mana pemilik kenderaan yang baru menukar enjin yang lebih berkuasa, perlu menguruskan pengesahan tersebut dengan cepat! Tetapi dalam tempoh ini, agak sukar dilakukan kerana masa amat suntuk.

Oleh itu, pemilik kenderaan yang terlibat, perlulah menguruskan perkara tersebut selepas raya nanti. Oleh itu, hati-hatilah dalam perjalanan anda semasa pulang berhari raya...Pastikan anda membawa SURAT BERANAK, bukti pembelian enjin dan baru ditukar. Pastikan anda bersedia dengan JAWAPAN-JAWAPAN yang rasional jika ditanya berkaitan hal tersebut.

~ SELAMAT HARI RAYA ~


Continue Reading...

Oct 7, 2007

Sesekali menyibuk & kaki dah tumbuh

Jam 9.30 mlm ni, aku sefamili mencari barang2 keperluan dapur di Giant Kluang. Pelbagai stok telah dibeli. Oleh kerana pembeli-pembeli masih ramai sekitar jam 10 malam, ada pengumuman daripada pihak Giant.

"Waktu operasi hari ini dilanjutkan sehingga jam 11.00 malam, harap maklum."

Maka, makin ramai yang memasukkan barang keperluan masing-masing ke dalam troli. Hampir jam 10.45 mlm, MakTam menuju ke kaunter bayaran. Aku melayan anak-anak di kedai mainan. Tiba-tiba aku menerima sms dr Kapit, Sarawak:

Asmkm. Apa habq semua? Mcm plan raya taun ni, jd ke nak berkmpul di Pantai?

Aku terus call kerana aku. Aku menceritakan rentetan aktiviti yang akan dijalankan di Pantai nanti.. aku juga minta dia refer kat blog aku berkaitan aktiviti hari raya!

Dalam perjalanan pulang, aku singgah di warung Mak Esah di Tmn Sri Kluang. Pekena Mee Goreng Kerang. Lama dah aku tak makan di sana ngan famili. Apa lagi..lepas gian le..

Semasa makan, aku call Zahrin, member aku. Lama dah kami berdua tak mengeteh...rasa-rasanya dah berbulan sejak aku ikuti KSPK ni...Apa lagi, buat appoinment le, jam 11.30 mlm utk kami ngeteh!


*****************

Setelah semua barang yang dibeli, dibawa masuk ke dalam rumah. Aku terus keluar mengeteh dengan kawan-kawan. Rindu sama kawan-kawan oiii.. Kebetulan pulak ada Fiman (member PKG & bsnessman) & Sudin (member politik) ...Kami berborak dari satu isu ke satu isu.

****************
Jam 1.00 pagi, kawan2 bergerak balik. Aku dgn Sudin melencong ke Pasar Ramadhan di bandar Kluang. Kali ini Pasar Ramadhan, dikendalikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kluang. Pelbagai rintangan yang perlu ditempuh utk tahun ini. Maklum le kerana seluruh Johor, perniagaan berasaskan pakaian tidak dibenarkan.

Maka, Pemuda UMNO tampil ke hadapan untuk menuntut hak mewakili peniaga-peniaga Melayu untuk terus berniaga seperti tahun-tahun sebelumnya. Isu tidak boleh berniaga ini agak panas untuk disebut. Dewan Perniagaan XXXX menghantar memorendom kepada pihak terbabit agar perniagaan ini tidak dijalankan di seluruh Johor.

Bayangkanlah, sehari sebelum puasa, memo dan arahan tidak boleh berniaga dikeluarkan. Apa nak jadi jika peniaga-peniaga yang telah mengeluarkan modal untuk berniaga? Bagaimana dengan barang-barang yang telah mereka modalkan? Pada awal puasa lalu, FRU dan polis berselerakan di kawasan Pasar Ramadhan Kluang untuk menghalang peniaga-peniaga ini untuk berniaga.

Pemuda UMNO Kluang, mengambil langkah bijak dan tersusun untuk teruskan aktiviti berniaga ini. Pelbagai pihak telah dihubungi termasuk beberapa wakil akhbar telah dipanggil. Akhirnya berjaya juga aktiviti Pasar Ramadhan diteruskan. Namun, di Simpang Renggam, Pasar Ramdhan hanya boleh menjual makanan sahaja. Peniaga pakaian tetap tidak dibenarkan! Sunyi le di kawasan Simpang Renggam.

Meronda le sekejap aku di Pasar itu dengan Sudin. Kami berjumpa dengan rakan-rakan lain yang bertugas mengawal selia keselamatan Pasar Ramdhan di kalangan ahli-ahli Putera yang dilatih untuk berkhidmat.

Jam 2 pagi, kami berkumpul untuk berbual2 di warung bagi melayan "adik-adik" yang sanggup bersusah payah mengawal selia.

***********************

Jam 2.30 pagi, aku dpt call drp pomen2 aku, Ijan dan Pejon. Mereka telah tiba di Kluang. Terkejut juga aku kerana mereka belum tidur untuk merehatkan diri. Maklum le esok, mereka masih ada tugas. Aku minta mereka berhenti minum di Restoran Halim Haris di Taman Intan. Aku pula bergerak ke sana untuk melayan pomen-pomen aku.

Apabila aku tiba di sana, aku parking bersebelahan dengan JCK *555. Dah siap 90% rupanya. Selesai melayan mereka, pomen racun aku utk "test drive". Aku ambil kunci dan melayan kepala kami bertiga menuju ke highway Ayer Hitam. Aku menghala terus tol Simpang Renggam. Errrmmm...kaki aku dah tumbuh semula! Best jugak layan kepala test drive. Maklum le enjin Nissan 1.6, auto. Auto ni amat sesuai le dengan gelaran aku sebagai O.K.U!

*********************

Setelah keluar tol Simpang, aku masuh semula higway, aku menuju semula ke tol Ayer Hitam. Sempat la aku berbual dengan pomen untuk meningkatkan kepoweran enjin tu. Rasanya, macam dah tak perlu kut..sebab aku dah makin bertambah garam dalam usia aku..hehheheh. Cukup2 la tu...kan?

Pomen juga sempat order barang utk tugasan esok hari. Aku perlu angkat head utk kancil 850. Turun enjin kata pomen!

Jam 4.00 pagi, aku tiba di rumah...terus kejutkan MakTam dan anak-anak untuk bersahur....

*********************

Selepas itu, belek-membelek pula aku blog sedara-mara dan rakan maya. Blog yang semakin menarik untuk renungan semua blogger ialah Perantau di Perantauan. Silalah ke sana untuk kita menghayati dan meneliti moral yang cuba di ketengahkan oleh penulis...

*********************
Selamat berpuasa...


Continue Reading...

Oct 5, 2007

Serah pada yang pakar

Dalam pada melilau di alam maya ini, aku menjumpai entri dlm blog sahabat maya aku. Aku just copy and paste aje kerana apa yang dipaparkan agak menarik untuk direngi bersama.. Kisahnya ialah:

Pada zaman Saidina Abu Bakar, Islam semakin berkembang melalui peperangan. Ketika hendak menakluki Jerussalem dan tanah-tanah di Persia, Abu Bakar melantik Khalid Bin Walid sebagai ketua panglima perang. Tindakan beliau itu sangat tidak dipersetujui oleh Saidina Umar.

"Saya tidak setuju Khalid Bin Walid dilantik sebagai kepala perang," kata Umar.

"Mengapa? Apa alasan kamu?" tanya Abu Bakar.

"Saya tidak setuju kerana Khalid Bin Walid tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang soleh. Dia cuma dirikan solat wajib 5 waktu tetapi solat tahajjudnya kurang. Dia tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang mula-mula berhijrah ke Madinah, " jawab Umar.

Meski pun demikian, Saidina Abu Bakar tetap dengan pilihannya. Apabila Abu Bakar meninggal dunia, Umar mengambil alih pucuk pemerintahan negara. Antara tindakan yang beliau ambil selepas itu ialah memberhentikan Khalid Bin Walid daripada jawatannya.

Khalid Bin Walid dilucutkan jawatan ketika beliau sedang memimpin satu peperangan. Tempatnya sebagai ketua diganti oleh staf beliau sendiri, Abu Ubaidah. Meski pun kurang selesa mengambil alih tugas jeneralnya, Abu Ubaidah tetap menurut perintah yang dikeluarkan oleh Saidina Umar.

Masa berlalu dan Khalid Bin Walid kemudian meninggal dunia. Setelah beliau tiada, Umar menghitung jasa-jasa Khalid Bin Walid kepada agama dan negara. Umar baru tersedar bahawa tiada lagi dalam sejarah Islam orang yang sehebat Khalid Bin Walid dalam memimpin peperangan.

Khalid Bin Walid pernah menentang dua pasukan musuh dari Rom dan Persia, serentak. Walau pun dilihat kurang warak daripada segi ibadah, beliau terbukti seorang panglima perang yang berani dan hebat.

Khalid Bin Walid sangat cekap mengatur strategi dan taktik peperangan. Di bawah kepimpinan beliau, pasukan tentera Islam mencapai banyak kejayaan. Jasa Khalid Bin Walid terlalu besar untuk diperhitungkan.

"Abu Bakar memang bijak," kata Umar. "Untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, sesuatu urusan itu perlu diserah kepada orang yang ahli dalam bidangnya," kata Umar lagi dengan perasaan kagum terhadap Abu Bakar.

Saidina Umar akur bahawa orang-orang yang beliau anggap soleh seperti Abdullah Bin Umar atau Abu Hurairah yang dapat menghafaz beribu-ribu hadis, tidak boleh menjadi ketua panglima perang seperti Khalid Bin Walid. Mereka tiada kepakaran dalam ilmu peperangan.

Kisah ini dipetik daripada buku 'Renungan Tasawuf : Manisnya Iman' tulisan Prof. Dr. Hamka.

MORAL:
1. Mengkaji sesuatu sebelum membuat keputusan, kerana kekadang kita dikaburi dengan pandangan mata. "Usah menilai sesebuah buku melalui kulitnya"

2. Dalam sesuatu visi untuk sesuatu tugas, biarlah sesuai dengan watak dan keparan seseorang. Tidak semua orang mampu melakukan semua perkara yang diingini. "Orang yang hebat akan mencari orang yg hebat utk melakukan sesuatu".

3. Cuba kita perhatikan dalam organisasi di tempat kerja kita, ada baiknya diberi tugas mengikut minat dan kepakarannya..

4. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

5. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati......

sumber : Norlela Zubir>>
Continue Reading...

Sep 28, 2007

Bas Loncat

Apabila kami bertiga tiba di Tol Ayer Hitam pada jam 5.00 petang, Izwan turun dan menunggu memnya datang mengambilnya. Dia pelawa juga aku utk mengikutinya untuk ke Kluang. Terima kasih je aku ucapkan. Adakah aku sukar menerima pelawaan orang? Adakah aku dah setkan dalam kepala aku untuk menaiki bas?

Yang pastinya, aku teringin nak naik bas sebagai alternatif aku untuk ke Kluang. Mungkin aku terbiasa menyusahkan diri aku sendiri untuk aku nakkan sesuatu. Tambahan pula mem aku masih di sekolah. Sesi sekolah tamat jam 5.30 petang. Aku dah bercongak-congak cara dan kaedah untuk aku sampai di Kluang. Aku nak rasa naik bas loncat di Ayer Hitam!

Bas loncat ini memberi banyak pengalaman untuk aku mengenali tentang "berani" walaupun aku ni bukannya berani sangat. Bas loncat di Pantai Remis terkenal dan masih ada lagi perkhidmatannya iaitu Blue Omnibus (betul ke ejaannnya?). Bas inilah aku selalu naik jika nak ke bandar Taiping... Ada juga kekadang aku curi-curi ke Taiping dengan kawan-kawan.

Dulu juga, aku belajar naik bas dari Beruas ke Pantai Remis ketika aku masih bersekolah di SMK Raja Shahriman. Hati aku resah juga utk balik ke kg jika hujung minggu. Maklum la, aku tak pernah naik bas dari Beruas. Aku dah berpakat dengan Bitah (adik Cikgu Tapa) yang sama bersekolah dengan aku. Bitah ni, walaupun sekampung dgn aku tetapi dia lebih awal bersekolah di sana. Maka dia lebih terer daripada aku.

Jika dari Beruas, aku akan naiki bas yang akan ke Taiping dan berhenti di Batu Hampar. Di Batu Hampar aku akan naik bas yang datang dari Pantai Remis ke Batu Hampar dan ke Pantai Remis semula. Menunggu yang macam tu yang amat aku tak tahan!. Bila tiba di Pantai Remis pula, aku akan menapak ke Batu 51. Dalam masa menapak ni aku akan singgah di beberapa kedai kegemaran aku untuk mengelakkan aku rasa bosan dan jauh. Cuma kekadang je aku naik bas ke Batu 51 apabila ada bas yang nak ke Damar Laut. Ini berlaku jika kena "time"nya.


Tapi hari ni, bila aku naik bas di Ayer Hitam, kenangan lama aku di sini menerpa semula. Seingat aku habis saja STPM, aku ikut Bangcik dan KakDah ke Batu Pahat. Ketika itu, Bangcik masih bertugas di Politeknik (Kuitho kut la ni). Di Johor, aku kerja kilang yang mana semasa aku mohon kerja kilang, Bangcik ketawakan aku sebab aku pakai "tai" dengan baju kemeja lengan pendek berjalur merah - putih. Hahaahha. Mana la aku tau dan aku pulak jenis muka "sekupang". Hahahha.

Yang menariknya, satu ketika dalam tempoh aku bekerja kilang ceramic di Batu Pahat, aku pulang ke kpg. Apabila aku ke Johor semula, menaiki bas ekspres. Dalam perjalanan, aku tertidur dan tak sedar yang aku dah terlajak. Aku tiba di Ayer Hitam pada jam 7.00 pagi, suatu pekan yang asing untuk aku. Maka aku naik le bas loncat untuk ke Batu Pahat semula. Apabila aku nak membayar tiket apabila bas mulai bergerak, "kolet" bas tu ketawakan aku. Mana le idaknya, aku dah salah naik bas! Aku naik bas menghala ke Yong Peng. Kolet bas tu memicit loceng untuk aku turun. Bila dah turun, aku tak tahu nak ke stesyen bas itu semula.

Maka, aku tunggu bas di tempat aku diturunkan. Akhirnya aku ditegur oleh seorang pakcik (Wak) yang naik basikal tua. Dia merasakan pelik pada aku kerana awal-awal pagi aku menunggu bas di tepi jalan yang sememangnya orang takkan menunggu bas di kawasan itu. Aku ceritakan le bahawa aku nak Batu Pahat dan sedang menunggu bas. Dia terus mengajak aku naik basikal tuanya dan membawa aku ke Stesyen bas Ayer Hitam semula.

Cit....rupa2nya, dekat saja tempat aku menunggu bas dengan Stesyen Bas Ayer Hitam. Lebih kurang 100 meter jer. Patut la muka orang tua tu berkerut bila aku menyebut sedang menunggu bas nak ke Stesyen Bas Ayer Hitam. Maklum le tempat aku menunggu bas tadi berada di selekoh menghala ke Yong Peng selepas traficlight pekan Ayer Hitam. Ketika tahun 1990 dulu kawasan itu semak samun dan sekarang dah lapang tempatnya. Hahaahhaha. TERIMA KASIH WAK!

Aku tak pernah ceritakan hal ini pada sesapa. Apabila sampai di Batu Pahat, Bangcik dah pergi kerja. KakDah terkejut juga kerana aku terlewat sampai. Muka aku tetap SEMPOI!
Ini le panorama Stesyen bas Ayer Hitam yang masih berfungsi.

Ini le bas aku naik untuk ke Kluang.

Panorama deretan kedai menjual "jajan" yang masih sama corak
pembinaannya dengan tahun 90an dulu.

Aku ambil gambar "kolet" bas nak bagi tiket ikut harga lokasi.
Aku kena bayar RM1.90 dari Ayer Hitam ke Kluang.
Continue Reading...

Surat yang beranak?

Jam 9.30 pagi tadi Ijan call aku. Dia maklumkan bahawa enjin dan wiring Nissan aku tu dah siap. Tunggu "fuel pump" je utk sambungkan kabel minyak ke tangki minyak. Dia dah try guna "fuelpump" Nissan 1.3 punya. Minyak tak support katanya. Maka aku call tempat aku beli enjin dulu. Alhamdulillah, lepas Jumaat nanti, owner kedai auto part (Padil - satu2nya bumiputera yang berjaya dlm bidang ni di Melaka) minta aku ambil di kedainya.

Ijan juga dah cuba masukkan "fuelpump" Mercedes, tetapi kedudukannya di luar tangki menyebabkan pengaliran minyak untuk pembakaran kurang "cun" katanya. Maka aku mesti dapatkan juga "fuelpump" Nissan 1.6 (BA14 - jenis enjin Nissan yang aku ambil). Malangnya, yang betul-betul ngam dengan model enjin aku xde.

Pada jam 2.30 ptg aku masih menumpang Sifoo Zuri untuk urusan ni sbelum balik ke Kluang. Cikgu Izwan juga ada ikut serta. Alhamdulillah, ada pula "fuelpump" Nissan 1.6 cuma modelnya berbeza. Aku cuma dapat model BA13. Ketika itu juga aku mengambil surat beranak enjin Nissan 1.6 Twincam (BlackTop) untuk dibawa ke mana saja sebelum pergi Puspakom....bila le aku nak pegi tu yer? Rasanya aku pakai runner je kut sbb kete aku nak pakai.....yahooooo!

Surat yang beranak?

Surat yang beranak?


Orait la tu dah.... Selesai saja urusan itu, kami bergegas bergerak ke Kluang... Balik ke lubuk!

Sportrim ori dari Jepun - 5 lubang

Ini kereta Mitsubhisi owner autopart tu.
BANZAI REVOLUTION AUTO PART

Kedai Autopart di Taman Merdeka, Melaka - kawasan IKS
(tu gambar Waja Sifoo Zuri yang bakal ditukar jika ada WISH yang dia berkenan)
Continue Reading...

Sep 26, 2007

Mencari selera

Minggu ni, ari ni baru le aku jalan-jalan mencari selera di luar. Kalu idak kat dalam bilik je le dengan kurma, air sarsi & rokok sebatang. Malam pulak, masak nasik dengan apa-apa menu yang terasa nak makan dan mudah!

Ari ni aku diajak oleh Zuri dan Azim utk ke Bazar Ramadhan di Taman Cempaka (bersebelahan dengan Tasco dan Melaka Central). Masing-masing mencari selera untuk diri sendiri. Mata melilau mencari sasaran. Aku sering terpana dengan 'nasi dagang'! Adakah kerana aku anak dagang? Adakah aku minat kari? Adakah aku minat pada penjual nasi dagang?

Kebiasaannya, peniaga-peniaga ni ramah-tamah. Mungkin aku suka melayan orang yang ramah-tamah sehinggakan penantian aku terhadap peniaga yang mencedok nasi tu tak le terasa lama sangat. Walau bagaimanapun, yang pastinya nasi tu tetap aku makan lewat. Aku dah terikut dengan gaya rakan sebilik aku yang gemar makan kurma semasa berbuka. Malah aku tambah pula dengan sebatang dua rokok yang diidam!

Kebetulan pula aku berdua-duan dengan lacturer aku - En Sazali, melayan selera masing-masing. Aku terjumpa dia semasa aku memerhatikan gelagat orang menunjuk-nunjuk makanan yang hendak dibeli.

Setelah itu, aku meninjau khemah menjual pakaian dan keperluan hari raya. Syok juga layan kepala....

Saja membelek kasut capal yang TOTO.


Sifoo Zuri dengan gaya macho meniti khemah satu persatu.


Aiiii...sempat juga Sifoo snap gambar aku yang dok membelek baju melayu.
Kainnya, aku tak berapa berkenan!
Kena gosok selalu...waaaaaaa....

Continue Reading...

Sep 24, 2007

Kisah Empat Isteri


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui mas! a-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupanindahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kil! at yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...

sekian,
wasalam.

wallahualam.
MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.

Sumbangan : ajay

Continue Reading...

Sep 23, 2007

Sekadar Bacaan atau Panduan?

CUTI DI HUJUNG MINGGU ini aku tertarik dengan sebuah artikel dalam blog ISTANA PERMATA AL-HAMRA. Aku fikir, artikel ini patut sangat dibaca oleh kaum wanita kerana ia berkaitan luahan hati kaum lelaki tentang poligami.

Sebelum ini kita banyak membaca kisah penderitaan wanita yang dipoligamikan saja sedangkan kaum lelaki jarang menceritakan mengapa mereka ingin berpoligami. Kaum wanita cuma bercerita tentang masalah dan perasaan mereka yang kebanyakannya bercakap mengikut perasaan kerana tidak suka dipoligamikan sedangkan mereka tidak tahu apa yang sebenarnya tersirat dalam hati kaum lelaki dan apa yang mereka lakukan adalah mengikut landasan ajaran agama Islam sebenarnya.

Untuk mengetahui pandangan penulis dalam blog ISTANA PERMATA AL-HAMRA, ikuti tulisan beliau (Sdr Zawawi ) di bawah ini.

Katanya, penulis tidak patut berat sebelah tanpa menceritakan apa sebenarnya perasaan dan kehendak kaum lelaki tentang konsep berpoligami mengikut Islam.

“Saya merasakan perlu untuk mencurah perasaan hati kami atau melontarkan pandangan, pendapat mahupun idea yang telah lama terpendam dalam hati kami kerana banyak perkara yang berlaku dalam isu poligami ada hubung kait dengan permasalahan kebanyakan suami, mengapa mereka ingin berpoligami. Bukan hanya mengikut nafsu tetapi ada sebab tertentu.

“Dari apa yang saya perhatikan kebanyakan kaum wanita cuma melahirkan perasaan marah mereka saja bila suami kahwin lagi dan kemarahan ini berlarutan sejak sekian lama, mungkin hingga ke akhir zaman, yang entah bila akan ada penghujungnya.

“Sebenarnya saya adalah peminat tetap ruangan (Di Celah-Celah Kehidupan) DCCK ini, saya jarang ketinggalan menatap rencana tentang rumah tangga ini sejak tahun 1980-an lagi. Kerana berminat jugalah saya menyimpan banyak keratan dalam buku khas saya, semuanya saya kumpul dari zaman saya masih muda lagi hinggalah kini.

“Kerana masalah poligami ini juga amat ketara maka saya telah membuat kajian secara rambang di merata tempat, seperti di IPTA/IPTS, di mana bilangan kaum Hawa lebih dari tiga suku berbanding kaum Adam, di maktab-maktab perguruan, di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, kilang-kilang perusahaan, di pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta dan banyak lagi, wanita jauh melebihi kaum lelaki.

“Itu padangan jauh, yang dekatnya cuba lihat dalam keluarga kita sendiri. Kita dapati anak-anak perempuan kita lebih ramai daripada lelaki. Saya sendiri ada empat orang anak, cuma seorang lelaki. Begitu juga jiran saya bilangan anak perempuan melebihi lelaki. Adik-beradik saya pun sedemikian.

“Di samping itu cuba kita perhatikan bilangan ibu tunggal juga jauh lebih ramai daripada bapa tunggal. Belum masuk lagi bab keempat bilangan anak dara tua (andartu) ataupun anak dara lanjut usia (andalusia) juga lebih ramai bilangan mereka daripada bujang-bujang terlajak sekarang.

“Jadi sebagai manusia yang diberikan otak, cubalah kita berfikir dengan hati terbuka mengapa kita harus membiarkan masalah ini terus berlaku, kerana masalahnya nanti akan mempengaruhi struktur masyarakat dan peningkatan kaum Melayu dalam negara kita.

“Kita juga kena lihat, memikirkan, merenungi, atau menghayati secara rasional, dengan hati terbuka, ikhlas, penuh keinsafan, keredaan atau secara profesional. Cuba renungkan mengapa Allah turunkan agama Islam dengan hukum-hukumnya, mengapa Islam membenarkan lelaki beristeri sampai empat. Ingatlah Allah s.w.t. tidak saja-saja turunkan hukum tersebut tanpa sebab tertentu. Ingat Allah Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Allah tahu apa yang dimaksudkan-Nya.

“Dengan kata lain, Allah tahu apa yang akan berlaku kapada manusia, cita rasa, naluri, keinginan, sifat, sikap dan tanggungjawab kepimpinan serta tugas-tugas berat yang dipikul oleh manusia bernama lelaki itu. “Kalau suami tersebut tidak menunaikan tanggungjawabnya menjadi pemimpin yang baik sebagai ketua keluarga di dunia, maka dia akan menerima padah dan akan menjawab di hadapan Allah nanti.

“Allah Maha Adil, jadi kalau anda sebagai isteri maka tuntutlah ketidakadilan suami anda di akhirat nanti. Janganlah kaum wanita cuma mementingkan kehidupan di dunia ini sahaja, ingatlah dunia ini cuma sementara ini, yang kekal itu adalah akhirat.

*KEHARMONIAN:

“Jadi kalau kaum wanita khasnya selagi mengaku beragama Islam dan mengucap dua kalimah syahadah, maka hendaklah anda berusaha menjaga dan memperbaiki keharmonian dalam rumah tangga anda, bahagiakan suami anda, ceriakan rumah tangga anda di samping hidupkan semangat kecintaan yang ada dalam hati suami supaya suami tetap mencintai anda.

“Tetapi jika sudah ditakdirkan anda dimadukan, maka hendaklah kaum wanita menerimanya dengan hati terbuka, jangan sekali-kali menolak atau melanggar hukum yang telah ditentukan-Nya. “Sebaik-baik jalan sebagai isteri pertama, anda hendaklah berusaha memperbaiki hubungan dengan madu-madu anda, insyaAllah semuanya akan berjalan dengan aman.

Di samping itu banyakkan berdoa, solat sunat, zikir dan membaca al-Quran memohon kepada Allah keredaannya supaya rumah tangga anda lebih bahagia dan lebih penting Allah akan membuka pintu-pintu kebahagiaan dan kesenangan-Nya. Ingat Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya.“Lihat keliling anda, zaman ini ego wanita begitu besar, balasannya ujian yang telah diturunkan oleh Allah iaitu lebih ramai wanita daripada lelaki, jadi salah satu cara untuk memperbaikinya adalah dengan meramaikan jumlah kaum lelaki berpoligami.

Kepada kaum wanita, jangan cepat melenting, berfikirlah secara rasional bukan emosional.“Manusia ini, tidak kira apa rupa bangsanya, atau agamanya, berapa umurnya, apa gendernya, sangat suka melakukan kerja-kerja terlarang. Kita melihat apa yang di larang oleh kerajaan dan agama, maka perkara itulah yang mereka suka lakukan.

“Setiap yang dilarang ada positif dan negatifnya, dan perkara yang dibenarkan pun ada positif dan negatifnya, cuma perbezaannya bagaimana kita melihat dan mengamal sesuatu perkara itu secara lebih bijaksana. Kita tidak semestinya terlalu rigid, kita mesti bersikap secara kualitatif daripada sikap kuantitatif, kita kena ambil kira dari semua segi dan pendekatan yang lebih positif kerana Allah sentiasa menolong hamba-hamba-Nya yang reda, ikhlas dengan ketentuan-Nya selepas berusaha dan berdoa.

“Soal keadilan, mana ada keadilah dalam dunia ini, saya cabar sesiapa saja, tunjukkan keadilan itu. Keadilan itu sangat subjektif, manusia dan dunia ini sememangnya tiada keadilan, keadilan itu hak Allah. Secara bodohnya, cuba kita lihat jari-jari kita, mana sama panjangnya dan secara rasionalnya, cuba lihat anak-anak kita, adakah kita adil pada mereka, tanya hati kecil kita kerana kita tidak boleh membohongi hati dan diri kita, apakah kita adil kepada anak-anak kita?“Kerana itu anggapan bahawa isu wanita suka merampas suami orang itu sudah tamat.
Wanita bukan perampas! tetapi konsep berkongsi suami perlu diperluaskan secara lebih praktikal lagi dan secara lebih rasional. Sesiapa yang boleh membantu atau menolong saudara seagamanya kalau bukan kaum wanita sendiri.

“Kaum lelaki hanya boleh membantu mereka dengan cara menjadikan mereka isteri-isteri dan bertanggungjawab ke atasnya, inilah sebenarnya konsep yang diharuskan agama serta digalakkan bagi mengimbangi permasalahan sosial, di samping mengurangkan masalah andartu, membantu ibu-ibu tunggal serta anak-anak kehilangan kasih sayang belaian mesra seorang ayah.

“Apa yang lebih penting lagi mengurangkan pembohongan kaum lelaki, yang selama ini banyak yang menipu kerana ingin berkahwin dua. Di samping mengurangkan dosa-dosa isteri yang membatasi naluri dan tabiat kaum lelaki yang diharuskan oleh agama Islam . Dan anda perlu ingat manalah tahu esok lusa masalah andartu atau ibu tunggal pula akan berlaku dalam keluarga anda sendiri.

“Wanita yang belum kahwin ini juga ingin merasakan kenikmatan, kegembiraan dan kebahagiaan bersama suami dan mempunyai alam rumah tangga, apa salahnya mereka berkongsi sama kegembiraan tersebut, pokoknya isteri-isteri tersebut bersikap positif dan reda, jangan fikirkan lelaki berpoligami itu hanya inginkan seks. Lelaki juga ada kalanya macam kanak-kanak perlukan belaian. Luaran saja nampak mereka gembira tetapi di dalam hati, mereka kesepian, kesunyian walaupun hidupnya aman. [SDR - Seorang Dalam Ramai]. Situasi ini berbeza jika suami menerima banyak kasih sayang dan belaian isterinya.

“Tetapi ada syarat lelaki berpoligami, mesti bertanggugjawab terhadap rumah tangga, isteri dan anak anak. Dan jangan cepat tangan sampai memukul dan mencederakan isteri, kalau itu terjadi hilanglah rasa kasih sayang isteri. Ingat isteri itu amanah Allah!!!

“Kebanyakan lelaki, tidak kira berapa umurnya, apa pangkatnya, sedetik di dalam hatinya berhajat beristeri lebih dari satu, tetapi apakan daya, anak-anak dah besar, cucu dah banyak dan isteri sentiasa membangkang. Kerana itu menjadi tugas isteri menggembirakan suami tanpa membelakangkan batas-batas agama.

*KERJAYA:

“Sebenarnya wanita yang ingin berpoligami ini bukan mahukan wang ringgit, kerana mereka punya kerjaya tersendiri, mereka hanya mahukan status bersuami, ada tempat bergantung kasih, mencurah sayang, melipurlara dan mengadu hal. Maka jika suami bersikap dan bersifat positif ke arah membina keluarga besar yang harmoni, berpendidikan dan beragama itulah yang dituntut dan diwajibkan dalam Islam.

“Saya bukan menyokong suami berpoligami, tetapi ingatlah ini hukum Allah, jangan terlalu tamak di dalam kehidupan di dunia, suami bukan hak kita selamanya, diri kita pun cuma sementara. Esok entah lusa kita akan pergi tinggalkan apa yang amat kita sayang. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berpesan, “Aku tinggalkan dua perkara, al-Quran dan Sunnahku, selagi berpegang kapadanya, kamu tidak akan sesat.

”Demikian pandangan Zawawi bahawa setiap lelaki itu berhajat untuk berpoligami, cuma keadaan tidak mengizinkan. Juga penting, mereka belum berani membuka mulut memberitahu isteri tentang hajatnya, yang banyak berlaku mereka nikah secara sembunyi untuk mengelakkan sebarang permasalahan.

Namun terpulanglah kepada pandangan dan pendapat anda tentang isu hangat ini. Kerana biasanya wanita memang benci poligami, ada yang lebih rela bercerai dari dipoligamikan. Kaum lelaki ada selera tersendiri. Terserah...

Sebelum mengakhiri ruangan ini saya ingin mengucapkan selamat berhari raya dan maaf zahir batin jika sepanjang menulis di ruangan ini ada hati-hati yang terguris dan terluka.

*Dipetik dari; Mingguan Malaysia
Al-Hamra' : Terimalah ini semua sebagai ketentuan daripada Allah,sebagai hamba tak berhak utk kita mempersoalkan hukum Allah! Namun hanya iman yang mampu kita terima segalaNya dengan pasrah!

* Entri ini sebagai ulasan tentang isu yang diketengahkan oleh Penulis yang bergelar PakNgah .

* Cuba berikan komen anda seikhlas hati tentang entri ini....
Continue Reading...

Sep 22, 2007

Patah Kaki 3

Jam 9.30 mlm, aku sefamili lajak ke bengkel Jitu Auto Service Centre di Simpang Renggam utk aku melihat dan meninjau perkembangan "kaki" aku!. Nampak gayanya ada perkembangan yang membanggakan. Namun masih belum boleh di "test power" lagi kerana masih dalam proses pembikinan dan ubahsuai, maklum le perlu layan kereta pelanggan dulu. Waktu malam le Sunny aku akan dimanjakan! Serba sedikit pengubahsuaian yang dijalankan....

Nampak gayanya, ulang-alik aku antara Kluang- Melaka dan Melaka - Kluang, masih memerlukan bantuan dan sokongan Sifoo Zuri. Maklum le aku ni OKU!..kwang-kwang-kwang...

Harap-harap raya nanti boleh le aku merasa untuk pulang ke Perak untuk menyambut hari raya sesama sanak saudara...

Enjin
- dari Nissan Sunny 1.3 kepada Nissan Sentra 1.6 Super Saloon (BlackTop - Twincam).

Mounting
- di ubah ke empat2 penjuru untuk meletakkan kedudukan enjin (Nissan Sentra 1.6 - BlackTop) dan gearbox pada kerangka chasis yang berkod B11 (nissan Sunny 1.3).

Gearbox :
- diubah daripada manual kepada auto.

Wiring :
- keseluruhan wiring dalam kereta disepenuhnya sepenuh.

Power Stearing :
- ditukarkan dari paut stearing (Sunny 1.3) kepada Power Stearing (Sentra 1.6)

Sistem Break Depan :
- menggunakan sistem break disk Sentra 1.6 Super Saloon (Double layer disk)

Sistem Penghawa Dingin :
- menggunakan sistem penghawa dingin Sentra 1.6 Super Saloon (dua kipas)

Timing Belt:
- menggunakan timing belt OEM Sentra 1.6 (original) kerana timing belt asal pada halfcut agak telah lama digunakan.

Sistem Ekzos :
- menggunakan stainless steel 2.5" costum exhaust piping & 5 zigen muffler.

sekian.
Continue Reading...

Jenis apa ni ye?

Petang td meronda kat deretan bangunan kedai di Taman Intan. Termanggu aku apabila aku tergoda dengan satu jenis hp nokia...apa jenis ni yer? Kena pulak kedai hp tu bersebelahan dengan bank... alamakkk..terkena juga aku dibulan posa!

Continue Reading...

Sep 20, 2007

Sunyinya di malam hari.....

Jam 9.00 mlam sifoo Zuri ajak aku g ngeteh. Aku setuju jer. Kami keluar ngeteh 4 orang, Zuri, Mohd Kelana, Azim (Ketua Unit) dan aku yang memang pantang diajak keluar bila kena masanya!

Kami just berborak kosong....sambil2 nengok WWE di kedai minum kat maktab. Bila balik maktab, alamak, sunyinya!

Rupa Anjung Hikmah IPPM di kala malam hari.

Dari kiri : Mat Kelana, aku dan Azim (Sifoo Zuri tgh amik gambor...syahdunya, dia takde)
Continue Reading...

Syahdunya aku....

Entri aku kali ini agak syhdu, kerana semalaman aku terasa amat sensitif. Kenapa aku jadi begini?

Inilah yang aku terkeliru seketika. Adakah aku terasa bahawa aku adalah seorang dalam ramai? Maklum le sejak2 melalui bulan Ramadhan kat hostel mengingatkan aku pada keseluruhan famili aku. Dah lama aku tak balik beraya di Pantai Remis. Terbuka pula blog Akim berkaitan suasana raya di semasa entrinya thn lepas, alamak syahdunya aku...

Rentetan peristiwa semalaman amat menyahdukan kalbu aku! Cit, sensitifnya aku!

PERISTIWA 1:

Ini bermula dengan sms yang aku terima mlm tadi dr BangDak.

"Lan...aku hntar along (Afifah) pi sekolah hang dulu, shahriman, bruas".

Ayatnya simple tetapi amat menusuk kalbu aku kerana aku teringatkan sesuatu peristiwa yang membuka sejarah baru dalam hidup aku. Aku terus capai hp dan menefon bangdak. Bersembang-sembang tentang keperluan Afifah ke SM Raja Shahriman, Bruas. Fahamlah aku kenapa Afifah ditukarkan ke sekolah tersebut. Soalan-soalan aku mudah je. Adakah Afifah yang mahu ke sekolah itu atas kemahuannya sendiri atau mengikut kemahuan ayah dan ibunya? Keadaan ini amat penting kerana tak mahu situasi ini menjejaki jejak MakTam semasa zaman persekolahannya dulu. Maka aku faham le kenapa dan mengapa Afifah dihantar ke SMK Raja Shahriman.

Atas isu sekolah itulah, aku juga berterima kasih kepada Bangdak dan BangMansor pada tahun 1987 dulu ketika aku berumur 16 tahun. Setelah pemergian arwah TokWan Lin pada tahun 1986, ada ditinggalnya amanat pada Bangdak tentang aku. Arwah mahu aku dimasukkan ke sekolah berasrama kerana kemerosotan aku dalam akademik. Bangdak memainkan peranan besar dalam keadaan ini. Dia berusaha hingga aku masuk ke SMK Raja Shahriman, Bruas kerana keputusan SRP aku mencecah 31 agrigat yang hampir ke pangkat B. Aku tahu kenapa aku menerima begitu teruk sekali keputusannya.

Bangdak terpaksa mengadap Pengetua sekolah tersebut untuk membuat rayuan agar aku dimasukkan ke asrama. Dari kehidupan aku tinggal di asrama membuatkan aku lebih kental dalam mengatur hidup. Maklum le hidup sebagai anak bongsu dalam keluarga. Alpa! Terima kasih BangDak dan BangMansor! Aku akan kenang hingga akhir hayat!

Juga dalam perbualan telefon, aku mula mencatur suasana raya tahun ni di kampung, BangDak setuju kalu raya tahun ni dapat berkumpul dan disambut di umah Batu 51.

"Ok, bangDak, apa kata tahun ni, raya pertama kita beraya di umah mertua masing-masing. Raya kedua atau ketiga kita berkumpul di umah Batu 51", kata aku kat BangDak malam tadi.

"Aku, jadi ajer!", balasnya.

Alahai....syahdunya aku!


PERISTIWA 2:

Sementara menantikan Subuh, aku membaca blog Akim tentang suasana beraya di Batu 51. Aku tersedar bahawa sudah beberapa tahun aku tidak menyambut hariraya bersama sanak saudara di Pantai. Akukah yang terlalu mementingkan diri sehinggakan aku tidak memikirkan suasana itu. Aku hanya akan balik ke Pantai apabila cuti panjang. Kenapa? Dengan cuti yang pendek (cuti Hari Raya) aku tidak boleh pulang ke Pantai Remis?. Atau mengapa aku tidak ada perasaan untuk merasai suasana berhari raya bersama sanak saudara? Ini berlaku setelah pemergian Arwah Mak. Alahai....syahdunya aku!

Kemungkinan demi kemungkinan aku berfikir. Adakah semasa adanya Arwah Mak, membuatkan rasa terpanggil untuk aku sentiasa ingat untuk pulang ke kampung? Maka setelah ketiadaannya aku rasa "kosong" untuk aku pulang ke kampung? Mulalah timbulnya, untuk apa aku pulang? Mengapakah "kosong" itu perlu aku isikan? dan kenapa "kosong" itu tidak diisi oleh orang lain (saudaramaraku) agar aku sentiasa ingin berasa pulang ke kampung? Adakah aku ini "manja" untuk dibelai dan dihargai ketika aku pulang ke kampung sebagai mana aku lalui semasa adanya hayat Arwah Mak dulu? Maklum le anak bongsu. Terfikir juga aku, kan aku dah besar panjang, beranak-pinak, perlukah lagi aku suasana seperti itu? Persoalan demi persoalan bermain di kepalaku. Alahai....syahdunya aku!

"Kosong"...adakah kekosongan itu perlu dipenuhkan "sesuatu" oleh orang lain? Adakah orang lain perlu mewujudkan suasana agar menjadi penuh? Adakah aku yang perlu mewujudkan suasana "penuh" agar orang lain yang merasai keselesaan itu wujud dan tidak "kosong"?. Adakah aku sendiri yang kena memulakan untuk mewujudkan suasana itu menjadi penuh? Atau aku sendiri yang mengada-ngada. Kosong lah, penuhlah, - macam... entah apa-apa!

Bagi aku, sesuatu suasana yang ingin kita wujudkan sama ada selesa, muram, runsing...adalah kerjasama semua pihak. Adakalanya kita memikirkan sesuatu untuk diri sendiri dan adakalanya kita memikirkan untuk orang lain juga. Bagaimana pula dengan suasana yang hanya memikirkan keselesaan diri sendiri sahaja...tanpa melibatkan orang lain. Penting diri sangatkah sebegitu rupa? TAHUN INI AKU NAK BERAYA DI KAMPUNG!!!! Alahai...syahdunya aku!

PERISTIWA 2:

Semalaman aku terkenangkan sanak saudara, anak-anak menakan, ipar duai aku. Semuanya aku anto sms kepada mereka! Terfikir juga aku, kenapa mesti aku yang memulakan dulu, baru aku akan dapat balasan? Dan dapatkah balasan daripada apa yang aku hantarkan? Kenapa tidak, mereka juga merasai apa yang aku rasai? Kenapa tidak mereka pula yang memulakan, dan aku hanya membalasnya sahaja?

Aku terfikir, sebelum ini aku agak kerap hubungi dan menghantar sms kepada orang sekeliling aku. Sering bertanyakan khabar, perkembangan berita dan sebagainya!. Gembira tak terkata apabila mendapat balasan berkaitan perkembangan diri mereka! Bangga sungguh aku rasai. Kekadang ada juga yang kita tak perolehi seperti mana yang kita hajati. Maklum le duduk berjauhan demi sebuah ikatan hubungan silaturrahim...

Terfikir juga aku, pelikkah aku? Adakah aku jenis orang yang membuat sesuatu secara tidak ikhlas? Terlalu inginkan balasan terhadap apa yang kita lakukan. Adakah aku jenis orang yang suka mengharapkan balasan? Alahai...syahdunya aku!

Ada betulnya apa yang BangMad perkatakan sewaktu kami berjumpa dan berbincang di Seremban dulu. Kebetulan BangMad ada meeting di Seremban dan aku di Melaka. Ambil peluang le aku berjumpa dan berborak.

"Lan...jadi le diri kita sendiri. Knapa kita mesti jadi semacam orang lain? "Jiwa kita" akan sakit jika kita nak jadi seperti orang lain juga!. Jangan harapkan orang lain pun macam diri kita. ITULAH INDAHNYA DUNIA INI! Pelbagai ragam dan karenah manusia, membuatkan hidup sentiasa ceria, otak menjadi ligat, fikiran sentiasa bergerak.", ujar bangMad sambil mencelup sate dalam mangkuk kuahnya!

Alahai..syahdunya aku!

PERISTIWA 3:

Sebelum Subuh tadi, aku telefon KakYah, dapat jugak berborak dengan kakak aku yang amat sensitif. Dia "perasa" orangnya. Mudah tersentuh hatinya, kerana tiap kali berhubung, tentunya air matanya mengalir laju. Aku pun taktau kenapa jadi begitu! Akupun turut "terasa". Aku maklumkan bahawa, aku nekad...aku teringin nak beraya di kampung, di umah Batu 51, umah pusaka kami adik beradik. Suka sungguh dia! Aku maklumkan bahawa dan bertahun-tahun aku tak beraya di kampung...maklum le cuti pendek. (Macam le jauh sangat aku nih). Aku maklumkan, mungkin di hari raya kedua atau ketiga, kita cuba berkumpul di umah pusaka! Aku nak rasa semula suasana macam sbelum ni.... Alahai...syahdunya aku!

PERISTIWA 4:

Selepas, aku berborak dengan KakYah, aku call Kak Azizah pulak yang berada di Nenering. Kak sulung aku ni, dah mula rasa lenguh-lenguh badan. Katanya, sebelum ini ada juga dia dan kawannya jalan-jalan di sekeliling tempat tinggal mereka untuk keluarkan peluh! Sayangnya, kawannya dah tak dapat untuk buatkan aktiviti seperti tu lagi kerana suamai kawannya sakit! Maka untuk kak aku nak jalan-jalan sorang diri, ermmm...boring la! Itu la kakak sulung aku....

Aku bukak juga isu raya tahun ni. Dia belum ada congakan di mana nak beraya! Aku terus maklumkan untuk mengajak berkumpul adik beradik beraya di umah pusaka!. Mungkin raya kedua atau ketiga. Yang bestnya, kakak aku ni, idea dalam kepalanya boleh tahan juga!

"Lan, kita dah lama tak buat pun kenduri tahlil untuk arwah mak dan ayah. Bagus juga kalau kita buat sewaktu kita berkumpul nanti," kata kakak aku sambil terbatuk-batuk.

"Waaaa.....bagusnya idea kak ni. Ok kak, Lan akan pastikan kita buat majlis tahlil ni, Aji Man boleh bawak tahlil, Lebai Yan boleh jemputkan orang sekeliling umah nanti", balas aku.

Ermmm...aku juga dapat rasakan bahawa kakak aku juga ingin berkumpul adik beradik. Cuma siapa yang nak mulakan untuk mencetus suasana! Apa salahnya aku juga yang mencetuskan sebagaimana aku nak ianya terjadi! Jangan diharapkan orang lain paham dalam kepala kita. Yang penting, kita paham apa yang orang lain fikirkan!. Kwang-kwang-kwang!

PERISTIWA 5:

Aku terima sms daripada orang keliling aku! Seronoknya aku, setelah aku dapat balasannya. Salahkah aku terus memulakannya? Ermmm...Alahai, syahdunya aku!

Ilah: 05.38 am
T kasih atas ingatan...Sekilas kngan di fikiran sudah cukup utk mrpatkn kembali slturahim wpun skdr mscall...hehe. Baru slesai sahur ni.

Teh: 06.56am
Kami soq sempoi saja ari ni. Pasai 20 minit saja sblm imsak. Kena spare masa jugak utk rokok 2 btg putuih brubung sambil langgah ayag. Hehe. Dan pi surau utk subuh.

KakDah: 05:01am
Tk. Dah masuk subuh kat KK ni.

BangMad: 05.02am
Dh lps bersahor. Ahmad dan Anwar dh ready nk smbung tdo smula. XM ok?

BangMad: 05.08am
Snsitif ttg apa tu? Klau tak rahsia, crita sikit... atau msukkn dlm blog je.

:: Kerana sms Bmad yang terakhir itulah, aku memasukkan entri ini dalam blog aku hari ni!
Alahai...syahdunya aku!

Hakikatnya: jiwa aku mudah tersentuh bila melibatkan famili. Aku suka dan seronok apabila semuanya dalam satu hati, ceria, bahagia dan mudah berbincang! Terima kasih semua! Sayonara!


P/S : Ingatan kepada diri aku dan pembaca-pembaca blog.

:: Ingatlah kita semua, ikatan silaturrahim perlu dieratkan, dikukuhkan, diikat dengan ikatan kasih sayang walau di mana jua berada! Terapkanlah sifat dan sikap ini di mana jua kita berada! Ikatan ini amat TERASA apabila kedua orang tua kita meninggalkan kita. Dalam sesebuah keluarga, perlu ada yang memainkan peranan utk menyatukan semula setelah ketiadaan orang tua kita! Kenapa diharapkan orang lain yang memulakannya dan kenapa tidak diri kita sendiri yang memulakannya? Tepuk dada tanya selera, ketuk kepala tanya minda!

Alahai...syahdunya aku!
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template