Aug 1, 2007

Ke UKM...merancang perancangan!

Hari ni aku keluar awal jam 12.oo thari. Aku ke UKM. Semua ni sesaja untuk nak tinjau2 peluang untuk amik Masters la pulak. Maklum le, mem aku pun dah tamat degreenya.
Sayangnya, member aku (ye ke dia pun ngaku yang aku nih member dia?) dia tak de kat biliknya (Pusat Sumber Jabatan Psikologi, UKM). Saiful namanya. Kebetulan yang betul atau kebetulan yang tak betul pun aku dah tak tau nak kata. Ada notis kat pintu bilik sumber tu...MAAF, OPERASI DIHENTIKAN. ADA MEETING DENGAN PENGEUSI BARU!. Aku terus je call member aku. Memang sah, dia dalam perjalanan untuk ke temat meeting tu!..alamakkkk...
Selepas tu aku bergerak ke Kedai Koperasi UNIKEB. Aku berborong sakan bila aku tengok buku2 yang menarik hati aku.... 5 buah sekali hadap (Nanti ku updatekan peihal buku tuh). Hampir RM100 utk itu jer... yang penting minat aku.
Then aku bergerak satu kali tawaf dalam UKM sementara nak ke Pusat Perkembangan Siswazah. Aku terbeli orang an buku panduan....ntah isi, entah idak. Yang penting, jika aku mula tergerak nak isi nanti, dah mudah la. Sebab borang dah ada kat tangan aku!. Kalu msih tak tergerak-gerak na isi, bior kan je ler borang tu. Bukannya nak basi....wakakkaka.
Continue Reading...

Jul 31, 2007

Tahniah! Konvo isteriku




Jumaat : 27/07/07


Pada pagi Jumaat, aku gerak ke umah mak mertua. Mem aku dah sampai dri Kluang. Rehat kejap then kami sefamili termasuk mak dan bapa mertua aku ke KL. Ina (adik ipar) dah tunggu kat Petronas selepas tol Sg Besi. Selamat....Aku bukannya terer sangat jalan d kl tu. Semasa nak ke rumahnya di Jalan Semarak, rupa-rupanya senang je sebab ikut lorong SMART!

Petangnya, aku, mem dan Ina ke Pusat OUM untuk ambil jubah mem. Jenuh juga nak ke sana maklum le.




Sabtu : 28/07/08

Jam 6.30 pagi kami dah keluarrumah Ina untuk ke PWTC. Kalu lewat takut jem pulak jalan nak ke sana. Aku seumpama jadi reporter! Ke hulu dan ke hilir dengan handycam dan kamera digital. Snap sana, snap sini. Semuanya, di mana kedudukan mem aku, di situlah aku. Fuiiyoooo...mem aku dah mcm menteri! Maklum le tengah syiookkk....tambahan pulak dok berborak ngan member2 lama sama belajar kat OUMnya. Aku rakam je di awal pagi sbelum mem aku masuk ke dewan bersama mak dan bapa mertua aku....

Bila semuanya dah masuk dewan, aku jadi 'penjaga' la pulak. Anak2 aku tak boleh masuk dewan. Aku ambil peluang je untuk pergi ronda2 bandar KL. Akhirnya tercapai juga hasrat aku nak ke Petaling Street. Aku terpaksa juga call member aku utk dapatkan parking belakang Watson yang bertentangan dengan Mydin tu. Tempat tu strategik. Tq my friend. Aku berjaya ! Di sana aku cari kasut Adidas 2 pasang untuk hero2 aku dan Nike utk puteri aku. Kira orait le walaupun kat Petaling Street. Yang penting sedap mata aku memandang!...Wakakakka.

Tengah2 sedap dok meronda2 ngan anak2, mem aku call, 'Yang, dah sattle. Jom pergi bergambar!". Alamak...ni yang kalut nih...aku terpaksa cari jalan lagi untuk nak ke PWTC la pulak. Mata aku tak berkedip le sebab takutkan terlepas signbord. Alhamdulillah, selamat sampai dan parking kat Hentian Putra.

Bilasampai je, tugasan aku sebagi reporter di sambung semula. Ini semuanya bertujuan, aku boleh hasilkan movie sempena mem aku konvo nih!. Silap2 boleh aku ajorkan mem aku buat video sendiri sempena konvonya. Rasa-rasanya camtu dah...hahhahahah. Lama gak mem berbaris untuk bergambar untuk dia sorang dan sefamili.

Malamnya, aku gi dating ngan mem aku. Kami berdua ronda-ronda di bandar KL. Macam kompiden je aku. Ada memberaku pesan, kalu nak berjalan2 ke sesuatu tempat, setiap landmark yang ada di sekeliling terutama di sesuatu tempat yang penting...perlu diingat!. Menarik gak pesanan dia....


Dapat juga aku tunjukkan bangunan Low Yat....laluan di Bukit Bintang... Sempat juga aku g ngeteh kat ...(tak ingat la) kerana ada band yang nyanyi!. Best juga. Anak-anak semuanya ditinggalkan di rumah Ina. Bukan senang nak dating semula woiii!... Kami balik ke rumah Ina jam 2.00 pagi. Perggg...semuanya dah tido!
Ahad : 29/07/08

Pepagi jam 9.00, kami bergerak ke PWTC semula kerana urusan penyerahan jubah dan membuat plak ijazah tu di Hotel kat sebelah PWTC...mcm menarik gak plak tu....Aku juga dah bincang dengan owner bisness tu yang aku juga berminat untuk menempah plak utk degree aku. Diaorang juga ada template utk UKM punya. Macam menarik. Ala....sekali seumur hidup, apa salahnya...kan? Hahahahah. Nanti aku berurusan secara email le nanti...hahahha

Selepas selesai, kami g window shopping kat The Mall..sambil cari makan tengahari. Kat sana terserempak pulak au ngan member maktab lama aku. Din (kelas K5) namanya. Dia juga iringi mem dia untuk konvo OUM. Ermmmm...dah ada 4 orang anak rupanya. Kalah juga aku...hahhahah. Berborak le kejap, sempat aku minta no hp dia,mana la tau kalu aku ke Kuantan, Pahang nanti. Boleh le aku lepak umah dia kejap...hahahah.

Setelah selesai, kami bergerak balik ke Melaka. Jam 5 petang aku dn mem bawa kereta masing2 untuk lawati Rozeli (adik ipar aku di Paya Rumput) yang baru keluar hospital Seremban kerana pembedahan kakinya. Jam 9.00 malam, aku bergerak kembali semula ke sarang aku (IPPM) untuk ikuti praktikum aku di SK Peringgit!.
Continue Reading...

Istimewanya Wanita - "Satu Anugerah"

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.


3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T
Continue Reading...

Jul 30, 2007

Mengendalikan Masalah dalam Hubungan Peribadi


Sinopsis:


Panduan penting yang mudah dibaca dan diamalkan bagi pasangan yang berhasrat meningkatkan lagi mutu hubungan peribadi.


Peranan komunikasi dalam perkahwinan sudah lama dibincangkan dalam pelbagai seminar dan ceramah oleh tokoh-tokoh kaunseling keluarga dan pakar-pakar motivasi. Buku ini kami tulis bagi memenuhi keperluan masyarakat bagi sebuah buku yang menerangkan faktor-faktor dan teknik-teknik komunikasi yang salah dan yang betul bagi mengendalikan masalah dalam hubungan suami isteri.


Masyarakat kita sedang mengalami perubahan-perubahan besar akibat proses pemodenan dan pembangunan ekonomi. Pelbagai proses perubahan sedang berlaku ke atas individu-individu Melayu. Setiap perubahan itu membawa pelbagai kesan positif dan negatif. Salah satu kesan perubahan itu menjejaskan nilai-nilai sosial individu, dan nilai-nilai baru itu mempunyai kesan mendalam kepada kehidupan perkahwinan dan kekeluargaan.


Sebagai contoh, dalam masyarakat moden hari ini, tujuan individu berkahwin adalah untuk mencapai kebahagiaan peribadi, bukan lagi kerana didorong oleh keperluan biologi semata-mata, atau kerana desakan ekonomi atau kerana memenuhi ajaran agama.


Akibatnya, jumlah perceraian meningkat kerana faktor ‘tidak bahagia’ yang dialami oleh individu.Kami berharap, dengan adanya buku ini, suami isteri dapat mengurangkan salah satu faktor punca tidak bahagia dalam perkahwinan, iaitu faktor kemahiran berkomunikasi. Menurut laporan pakar-pakar kaunseling rumah tangga, faktor komunikasi adalah faktor paling penting di dalam masalah krisis rumahtangga.


Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu penyediaan manuskrip buku ini sesuai untuk penerbitan. Mereka ialah Puan Jamaayah Bt. Mohammad, Cik Loh Kim Foong, Puan Salamah Sohod, Cik Juhaidah Bt. Abd. Jabar, Cik Rosenerawati Bt. Noh dan Cik Hasmatoniza Bt. Mohamad Amri. Ainon Mohd. & Abdullah Hassan
Continue Reading...

Jul 22, 2007

Balik kampung....

Alhamdulillah, setting utk pulang ke kampung utk jengah orang tua terlaksana juga. Dapat la anak2 aku bermanja2 dengan atuk dan nenek diaorang. Jumaat lalu, aku tiba di Felda Bukit Senggeh jam 8.00 malam. Berborak la aku dengan mak dan bapa mertua aku, sambil makan nasi di dapur. Malam tu, hujan agak lebat. Mak Bariah dah mula risau kerana mem aku belum sampai.

Lebih kurang jam 10.30malam, mem dan anak-anak tiba pula. Anak-anak dah tidur. Berat juga budak2 ni bila aku angkat diaorang keluarkan dari kereta. Dah besar rupanya... Dulu, masa kecik2 selalu la aku dukung diaorang...tak le seberat sekarang.



Pagi Sabtu, macam biasa aktiviti rutin aku bila baik kampung. Aku capai penyapu dan pencakar sampah, aku bersihkan daun-daun rambutan yang luruh. Tu la keje aku utk ngisikan masa aku. Kalu idak, berdengkur le jawabnya.
Lepas tu sibuk la pulak aku kait buat rambutan. Anak-anak aku tolong masukkan ke dalam bakul. Tersengih juga aku bila teringatkan kisah anak-menantu musim buah. Wakakaka...

Jam 10 pagi Rozeli sefamili tiba. Bersembang le kejap perihal kakinya. Sebabnya malam tadi Wak Paiman dok bercerita ttg kaki Rozeli perlu dibedah utk betulkan lututnya. Kos hampir rm5000.00 kat hospital seremban.
Tengah hari tu aku dan mem ke Pasar Nyalas. Teringat dan teringin pulak aku makan ikan bakar......... Dapat le jugak aku hidupkan kayu arang jadi bara api... jenuh juga dok berkirap sebelum nak jadi bara....Pergghhh macam le aku orang bandor...eksyennya!. wakakkakakka
Petang Sabtu, hujan lebat....aku teringat semasa aku kecik2..selalu gak aku mandi kat pancor (lurah antara bumbung) yang jadi air terjun. Best...aku bagi peluang anak-anak aku dan anak2 menakan aku mandi ujan....bagi diaorang rasa, tapi aku pastikan hujan dah lama turun, baru aku benarkan.... seronok sakan la depa.... macam aku kecik-kecik dulu jugak. Cuma bezanya, masa aku kecik2 dulu, mandi curi-curi...wakkakakkaa....
Dari kiri : Rafiq, Amira, Rafiqah, Amir, Rabbani, Amirul
Continue Reading...

Jul 19, 2007

Empat Jenis Insan

INSAN YANG TAHU, tetapi TIDAK TAHU bahawa DIA TAHU, itulah orang yang LALAI. Oleh itu, berilah mereka PERINGATAN.

INSAN YANG TIDAK TAHU dan TIDAK TAHU bahawa DIA TIDAK TAHU, itulah orang yang BODOH dan DEGIL. Oleh itu, TINGGALKAN mereka.

INSAN YANG TIDAK TAHU dan TAHU bahawa DIA TIDAK TAHU, itulah orang yang JAHIL. Oleh itu, AJARLAH mereka.

INSAN YANG TAHU dan TAHU bahawa DIA TAHU, itulah orang yang BERILMU. Oleh itu, IKUTILAH mereka.
Continue Reading...

Jun 30, 2007

Risiko : lawan & tawan!

Sabtu: 29.06.07

Aku minta mem uruskan 'sesuatu'. Risiko dan berisiko...berani atau tidak!. Saja nak berikan pengalaman utk berani tanggung risiko!.

Ijan(adik ipar aku, 2nd manager kat bengkel), aku dah nampak yang dia dah berani bermain dengan risiko!...cuma bab komunikasi dan nak sattlekan problem costumer yang berproblem!, tu ajer problemnya! Hahahah...kompom dia akan call aku utk bincang sendiri dgn costumer yg berproblem utk bayarkan harga kos kete yang di repaire!. Hal2 mcm ni yg mengajar aku erti keras hati dalam lembut!. Best jugak. Flight or fight!. Alhamdulillah, ilmu psikologi dan komunikasi, memang bermakna utk aku walaupun 4 tahun aku belajor PJJ dulu...silap2 aku sambung Masters aku dlm bidang ni jugak...insyallah..

Sebenornya, aku dapat peluang baru utk buat part time, uruskan di umah jer!. ANTO E-MAIL! (then ujung bulan, amik gaji!. Stakat ni mem dah berjaya uruskan urusan pendaftaran di syarikat tersebut!. Aku akan ajorkan mem weekend ni how to do it!. Jika ada rezeki, setiap bulan mem akan dpt gaji RM1500.00 setiap bulan, sapa yang nak bagi sebanyak tu?. Kejenya dlm 30 minit je utk antokan email dlm sehari!. Sebulan cuma memerlukan 12 hari. Maka 12hari X 30 minit = 360 minit sebulan!. (360 minit /60 = 6 jam sebulan!)...Aku yakin, mem aku akan dpt gaji part time sebanyak RM1,500, insyallah. Sbb aku dah tengok dengan mata dan kepala aku sendiri, minggu lepas semasa member aku dah terima gajinya!.

Aku nampak mcm ada jalan utk lebih memudahkan lagi, maklum le..org IT! Sbb aku tengok dan kaji, rata2nya golongan "org biasa" je yg buat part time nih...maklum le org tinggi2 nih, x berapa gemar peluang camni.......

Aku pulak tak kira...yg ptg, masyukkkk! Dapat je, "jalan pintas", aku pulak yg akan run...abis2an...dan bergaji RM3,000 sebulan!. Tak sia2 zaman IT nih!.... Berani atau tidak!...hahhahaha... Modalnya pulak sempoi.....! Kali ini..peluang nih, aku cuma akan cerita pd member2 rapat je yg berani ambil risiko...jika x berani....terima kasih ajer....! Aku x beria2 nak cite kat ramai org ialah kerana syarikat tu x membuatkan sistem networking...just sekali referal jer....! RM50.00 je pulak tu! hampeh betul!..Maka...syok sendiri je ler.....


BEST, JIKA MEM PUN SEKEPALA!...enjoy yur famili!

Sabor je ler....

azlan
Continue Reading...

Betul atau kebetulan?

Jumaat, 29 jun 2007
Betul:
Abis kuliah jam 10 pagi. Rakan-rakan kursus sekelas aku dah berpakat utk buat muka sedih dan letih utk memulakan kuliah ari ni. Maklum le keletihan kerana semalam baru balik dr lawatan sambil belajar!
Alhamdulillah, menjadi! Jam 10 am, kami di benarkan berehat atau pulang ke sarang masing. Masing2 ada plan tersendiri, termasuk juga aku.
Betul @ Kebetulan 1:
Rabu, 27.06.07 -
Semasa lawatan di KL, aku ada call sifoo aku dan forex. ManKL namanya. Aku belum pernah jumpa walaupun byk ilmu aku perolehi termasuk beberapa indikator yg sesuai utk menentukan nilai harga matawang asing! Nice. Jam 11.00 mlm aku dpt gak jumpa ngan ManKL. Sanggup dia dtg dr Gombak semata-sama nak berjumpa dan nak peturun ilmu baru dgn indikator baru yang lebih realistik. Ilmu sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan!. Thanks manKL..go bro!
Faham dengan tak faham..sama banyak je...ttg apa yg dia ajar aku. Malahan datacard aku plak xleh berfungsi dgn laptop aku yng cute nih!. Tu yang agak merengkam nih!. Nak beli converter datacard kat LowYat, mahal gak hampir rm350.00. Aku x jadi beli krn dlm kepala aku ada beberapa plan ttg datacard nih!... Alamak, tersasar pulak aku bercerita ttg manKL nih!. Berborak dan berbincang, ManKL ni nak bikin fulltime dlm forex!. Mantap, aku nengok akaun dia pun dah power!. Sehari hampir 200 pips...perrgghh!. Bayangkan dgn 1 pips = usd1.00...fiuyoooo..! Aku pulak masa xde nak ngadap...
Maka, aku nak try ngan indikator MUREE baru...mana la tau, meletop!....alhamdulillah.
Masa tak cukup utk aku pelajari MUREE nih!. Aku dah plan ngan ManKL yg ujung minggu ni aku turun KL lagi! Nekad!. Arap2 mem aku paham la dgn kedahagian aku nih!.
Betul @ Kebetulan 2:
Jumaat, 29.06.07
Lepas kuliah, aku gerak ke KL. Kat Alor Gajah aku call manKL. Katanya dia nak ke KLIA jam 12.30 thari, amik mem dia. Dia suruh aku ke KLIA jumpa dia then ikut dia ke umah!. Semasa di sana (KLIA) , aku "terjumpa" KAK DAH!. betul atau kebetulan?
Perghh, hebat Kak Dah la nih!. Lagakgaya, keintelektualan serta kepimpinannya terserlah sama sekali!. Sesuai banget! Semenjak jd Pengerusi Puspanita Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan pendamping, pencetus dan pembakar semangat kepada Pengarah PKK. Tahniah, amat terserlah sekali!. Cara Kak Dah survive, best!. Kagum aku bila berborak kejap ngan Kak Dah semasa di KLIA tu. Pengerusi Puspanita...amat sesuai!. Katanya ada dinner di...?(lupa la pulak...hehehe). Bang chik pulak ada di Bangi, meeting kut!.
Aku tak dapat borak lama ngan Kak Dah coz masa dah suntuk. ManKL janji ngan aku, jumpa jam 2.00 ptg... Jam tangan aku plak dah tunjuk jam 2.00 ptg. Cemburu betul le jam ni kat aku. Tu belum kira cemburunya hp buruk aku. Sekali dia berbunyi....bingit amat!. Nak berborak ngan kakak ipar pun susah!. Dah la susah kami nak berjumpa....masing2 dok jauh!. Aku terlupa plak nak bergambar ngan Kak Dah dan kawan dia..hehhehe.
Jam 2.10 ptg, manKL call aku, katanya, mem dia dah sampai!. Aku ikut diaorg pulang ke KL (Gombak kut!). Aku main ikut jer....mana aku paham jalan di sana!.
Tu la kelemahan aku bila drive ikut orang...view sepanjang perjalanan, aku payah sangat nak ingat, maklum le membontot kete dia jer!.
MUREE...kembali lagi...akan ke gelanggang le aku dgn lengkap pencak silat dan perasap kemeyan semata2 memorex!. hehhehhe.
Continue Reading...

Jun 27, 2007

Wireless di R&R Tapah

Tak sangka sungguh aku dlm perjalanan pulang dari Penang ke KL. Singgah sebentar d R&R Tapah. Rupa2nya ada wireless yang disediakan oleh Kerajaan negeri Perak untuk pengunjung-pengunjung di R&R ini. Aku pun bergegas le bukak laptop cute aku ni. Setting semula utk detect wireless. Aku menulis blog no sekadar mengingatkan aku bahawa aku berada di R&R Tapah dengan menggunakan wireless. hahahhaha..

Bagus jugak kerajaan Perak yang menyediakan kemudahan ini. Bayangkan jika semua R&R menyediakan kemudahan seperti ni, bagus tu... Bayangkan juga semua kerajaan negeri amik inisiatif seperti kerajaan negeri Perak...baru le....e-kerajaan dapt dicapai...

azlan, tapah..
jgn lupa cari jambu batu takde bijik..hehheh
Continue Reading...

Jun 25, 2007

Mencari Ilmu



Malam ini (25/06/07), jam 9 malam - aku dan rakan-rakan sekuliah memulakan perjalanan ke Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur. Perjalanan ini adalah sebahagian daripada kursus kami (KSPK-TMK). Perjalanan ini lebih kepada bermotifkan 'lawatan sambil belajar'.

Selamat mencari pengalaman baru!
----------------------------------------------------------------------------------------------
PERJALANAN:
1. INTEL di Bayan Lepas - Pulau Pinang
2. LINE CLEAR - nasi kandar
3. USM - Fakulti Sains Komputer
4. IPTB - Tengku Bainun (bermalam)
5. LOW YAT - bangunan jualan komputer
6. BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
7. MMU - KL
8. Balik semula ke maktab - keletihan, zzzzzzz

azlanlin
Continue Reading...

Jun 17, 2007

Happy Father's Day to me

Tq for my family. Terasa dihargai.

Rupanya, mem aku dah buat pakatan sulit dgn anak-anak. Sebijik macam aku buat dulu untuk Mother's Day. Mungkin sekarang mem aku dah boleh buat perancangan kerana dah boleh drive. Potensi dirinya dah semakin meningkat.

Kehebatan yang diukir. Lepas Magrib mlm tadi, katanya nak pergi beli barang2 menjahit. Ok la. Pegi pulak dengan anak. Aku dok melayan kerja aku depan pc kat umah. Dok la sorang2 aku kat umah. Rupa-rupanya...thanks for everything my dear.



Continue Reading...

Pulang ke pangkal jalan

(...sambungan)

Selasa : 05/06/07 - Pantai Remis dan ke Johor

Jam 9.00 pagi, aku mula bergerak ke keluar dari Kg Bumi Hijau, Pengkalan Bharu untuk kembali ke Johor. Aku singgah sebentar di Batu 51, Pantai Remis. Teringat kat Mak Ngah Minah dan Pak Ngah Can. Sambil tu nak jengah juga umah pusaka tempat kami adik beradik berkumpul apabila bercuti.

Aku terus je ke umah Mak Ngah Minah. Jenuh juga bagi salam sebab dia dok berborak ngan Makcik Esah kat dapur.

"La...awat hang tak habag awai-awai kata nak mai. Kalau tidak, boleh jugak buat laksa mee", kata Mak Ngah Minah yang salah sorang pakar buat laksa mee. Terangkat bebbb...

Aku dok bercerita la kejap ngan Mak Nah Minah. Pak Ngah Can dah awal-awal pagi keluar rumah. Selepas tu, aku masuk kejap umah pusaka. Then pergi petik buah mempelam telog. Semasa itu la, Pak Can pun baru sampai umah. Berborak la kejap. Badan Pak Ngah Can susut sungguh kerana kencing manis katanya. Kesian gak aku tengok.

Selepas tu...aku pun terus bergerak ke Johor lebih kurang jam 11.00 pagi.

Jam 7.00 malam aku sampai di Melaka. Aku singgah di Maktab untuk ambil borang PPK, kerana member aku nak jugak. Siap mandi dan sembahyang Magrib kami sekeluarga dalam bilik hostel aku. Pakcik jaga maktab tu terkejut kerana aku sampai awal. Dia ingatkan aku tersilap. Hahahhahah. Jam 8.30 malam aku bergerak terus ke Johor. Sempat juga aku bagi buah tangan, mempelam telog dan mempelam epal kat pakcik jaga maktab tu. Rezeki dia. Jam 11.30 mlm kami sampai di Kluang. Anak2 terus tidur sebab letih. Kebetulan jam 12.oo mlm, Zahrain call aku ajak ngeteh, apa lagi.....keluar ngeteh pulak aku.....

Perjalanan aku merentasi negeri utk sat pusingan tawaf Semenanjung tercapai juga. Alhamdulillah. Luas perjalanan, byk pengalaman. Pelbagai pengalaman yang aku tempuhi sepanjang perjalanan tersebut. Dapat juga aku ilmu yang 10% jarang dilihat oleh orang lain. Alhamdulillah.
Continue Reading...

Jun 16, 2007

Ronda-ronda Perak

(...sambungan)
Rentas Negeri (5)

Isnin (04/06/07)

Jam 8.00 pagi, Farah dan Ramli datang ke Bumi Hijau dari Manjung. Ramli ada meeting di Taiping. Farah pun nak ikut sekali ke Taiping. Ini le kali pertama aku tengok cucu menakan. Lynn. Alamak aku dah jadi Tok Tam. Hahahhahahah. Muda2 lagi dah jadi tok. Muda ka aku lagi ni?.hehhehe

Jam 9.00 pagi aku sefamili termasuk Kak Yah, bergerak ke bandar Seri Iskandar. Saja nak pi tengok umah yang beli....tetapi x pernah tengok langsung...

Dapat gak info staff yg tolong bukakan pintu umah tu....kalu disediakan serba sikit alatan umah, boleh sewakan pada student UiTM. Menarik gak idea tu...

Then, jam 12 aku tiba di pekan Batu Gajah. Aku singgah di Pusat Kesihatan Kecilkat bandar tu. Aku jumpa ngan member aku yang baru jadi member. Perggg...siap amik gambar lagi. Bergaya sakan kami berdua. Saja untuk kenangan. Lepas tu kami semua g minum jap kat kantin klinik tu. Seronok gak layan member aku dok bercerita...xde hal...aku layan jer, yg penting, orang selesa untuk bercerita kat aku. Kalu nak tunggu aku yang bercerita..mmg payah sikit. Sesapa yg pandai korek cerita drp aku, kira hebat ler...

Selesai saja...aku lajak ke depan lagi. Jumpa Cikgu saipol pulak. Cikgu yang sama ngajor satu sekolah ngan aku hingga thn lepas, cuma thn ni dia dpt pindah. Aku pegi melawat tapak bsness baru dia. TERNAK LINTAH. Stakat ni, dia adalah bakal menjadi pembekal terbesar di Malaysia...ada 26 buah kolam yang sedang dikorek.Semoga rezekinya bertambah.



Lepas melawat, aku lajak ke umahnya pulak di Ipoh. Dia masih teruskan dgn usaha tuisyen di umah. Bincang-punya bincang, katanya bengkelnya yang dibuka kat Ipoh dah tutup. Sedangkan usia bengkelnya seusia dgn bengkel aku. Bila diteliti aku dpt kesan kenapa tak dpt bertahan. Bukan kerana tiada pelanggan. Puncanya, bila PEKERJA dan BOS tidak sehaluan dlm menerajui organisasi mencapai matlamat, abisssss....

Aku pun apa lagi, bodek le tool2 yang masih belum dijual. Dapatle banyak jugak barang2. Aku terus buka cek utknya RM2000.00. Kebetulan pulak, kat aku mmg ada buku cek. Siap deal ngan lori utk antokan barang tu ke bengkel. Spanar2 semuanya aku masukkan dlm kotak dan bawak guna kete aku jer...Alat berat seperti compressor dan jack, naik lori la..Katanya dlm 3 hari, barang akan sampai ke bengkel.

Alhamdulillah. Jika nak buka cawangan bengkel di bandar Kluang utk Pejon nanti, senang la sikit, x banyak sangat tool yang perlu dibeli.

Setelah selesai, jam 5 petang aku sampai di Bumi Hijau semula. Malamnya, Teh, Kak Nurul dan Syahmi datang ke Bumi Hijau. Kami semua berborak kejap kerana aku ada urusan dengan Fahmi di luar. Terpaksa aku tinggalkan diaorang kejap. Sebenarnya aku nak bawa sorang budak Tanjung Ara yang dikatakan berminat utk ke Johor mencuba nasib dan mencari pengalaman sebagai mekanik. Berborak la aku mlm tu ngan mamat tu, Pizi namanya. Rasa2nya mcm hati kecik je nak merantau ke negeri orang.....aku layan jer.

Jam 10.00 mlm aku balik semula ke umah Kak Yah, Aji Man dan Kak Nurul masih ada. Kami berborak kejap sebab lama tak jumpa. Bila Aji Man balik....kami semua tidur sbb esoknya dah nak balik semula ke Johor.

---------------------------------zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz-----------------------------------
Continue Reading...

Di Kelantan

Rentas Negeri (4)
(...sambungan)

Jumaat (1.6.07) - Kota Bharu / Pantai Cahaya Bulan

Aku check out dari Penarik Inn pada jam 12.00 tengah hari. Aku meneruskan perjalanan ke Kota Bharu dengan melalui jalan tepi pantai. Panorama di sepanjang laluan sama je macam di pantai barat. Walaubagaimana pun tetap menyingah-nyingah. Hahaha, maklum le aku baru tiba dan belum tahu kawasan sekitar. Hampir jam 1 petang aku singgah di sebuah kampung untuk solat Jumaat. Apa nama kampung tu pun aku tak perasan. Yang pastinya bendera PAS berkibar di merata-rata tempat.

Aku tiba di bandar Kota Bharu jam 2.10 petang.

Pantai Cahaya Bulan:
Sasaran aku ialah Pantai Cahaya Bulan (Pantai Cinta Berahi?)... Jam 4 petang aku tiba juga di sana. Lihat persekitaran laut dan pantainya...ermmmm rasanya Pasir Panjang kat Pantai Remis lagi lawa....hahhaha..

Ini berkemungkinan kawasan PCB tu kawasan menghadap laut lepas...sekali air bah, sekali pantai bersepah sampahnya. Tercari2 aku mana2 chalet atau resort yang boleh aku bermalam. Jenuh juga ya jika musim cuti sekolah ni ya.. Sesambil tu sempat juga aku menyinggah kedai2 yang menjual baju-baju batik di sepanjang jalan ke PCB.

Akhirnya aku cuba call nombor telefon yang tercatat pada signboard iklan. Ermmm alhamdulillah, ada juga untuk kami bermalam. Konsep HOMESTAY. Bermalam di sebuah rumah yang ada dua bilik tidur dengan bilik air masing-masing. Ruang tamu juga disediakan sebuah tv dan ruang dapur yang siap dengan sinki dan pinggan mangkuk.

Bila berbincang ngan pemiliknya, aku setuju je bila dikenangkan payah nak dapat tempat bermalam yang bersesuaian dengan poket aku. Hehheeh. Aku ingatkan dah berapa aku kena bayar.. Rupa-rupanya, RM60 sahaja. Biasanya, rumah tu disewakan utk 2 buah famili yang datang beramai-ramai utk bermalam dan harganya RM80 semalam. Oleh kerana kami 5 beranak je, Pak Aji tu bagi diskaun RM60.00....alhamdulillah.

Petang tu juga aku call Zulfataf (member lama satu sekolah di Johor yang telah berpindah ke Kelantan 4 tahun lepas). Kami 2 famili pi pekena ABC kat bandar Kota Bharu. Berborak sakan la kami. Lajak terus ke umah mak mertua dia untuk makan malam..aku ikut jer apa yang Zul rancangkan kat aku.

Jam 10 malam, aku balik semula ke umah sewaan aku. Anak-anak dan Rozita dah letih. Apalagi...tidur je le diaorang. Aku pulak belum boleh tidur. Aku keluar semula pi cari baju batik sehelai. Cun jugak dan sesuai ngan kulit aku. hehehhehe.

Lepas tu dok melepak jap kat PCB...panasnya malam tu, maklum le tepi laut. Aku call dan berborak jap ngan member aku. Maklum le member aku ni memang terer bab jalan-jalan cari pengalaman ni... hehhehehe.

-----------------------zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz---------------------------------------

Sabtu (2.6.07) - Kota Bharu / Pengkalan Kubur / Rantau Panjang

Seawal pagi aku dah carikan sarapan. Aku tetap sambar nasi dagang dan beberapa menu lain untuk mem dan anak-anak aku. Jam sempat juga aku basuh kete sebab nak jalan lagi. Kebetulan kat depan umah sewaan aku tu ada paip air, apa lagi...tarukkkk je ler.

Pengkalan Kubur:
Jam 9.00 pagi, aku check out. Aku dah berjanji dengan Zul untuk berjumpa. Zul bawa kami ke Pengkalan Kubur. Kami tiba di sana jam 10.15 pagi. Tak dak apa2 yang menarik pun. Aku just belikan baju adidas untuk staf-staf G2. Alaaa.... orang muda, tentu suka punya.


Setelah memenatkan betis dan menjamu mata, kami lajak ke umah dia di kampungnya. Kebetulannya, umah dia baru dibina kat sebelah umah bapaknya. Kena la perancangannya sbb kampungnya adalah sehala untuk ke Rantau Panjang. Sempat juga aku berborak ngan bapak Zul. Sememangnya aku kenal bapak Zul ni kerana orang tua dia selalu juga datang ke Kluang semasa Zul berada di Kluang. Ramai juga member bapa Zul ni...boleh dikatakan merata negeri, ada je membernya.

Zul kira bertuah le, buat umah sendiri di tanah sendiri dengan tangan sendiri. Sememangnya dia adalah keturunan tukang umah. Bayangkan bata-bata dibuat sendiri. Kayu bingkai tingkap dan daun pintu, guna kayu 'nyatoh'....tebang dan ukir sendiri... Dinding dan bumbung adalah hasil tangan dia, abang dan bapaknya. Perggghhh...besar juga. Kos baru RM40,000. Dijangkakan RM10.000 lagi siap la, katanya.

Selepas Zohor dan makan tengah hari dan dirumah bapaknya, kami mula bergerak ke Rantau Panjang. kami tiba disana jam 3.15 petang. Zul juga bawa famili dia. Bertuah sungguh, Zul sendiri belum pernah bawa mem dia ke Rantau Panjang...Hahahahhaha.

Rantau Panjang:
Harga di sana tak la murah sangat pun. Macam sama je kat mana-mana pun. Aku cuma layan mata jer. Bagi peluang mem layan mata dan nafsunya. Hahahahha.

Jeli :
Jam 5.30 petang kami mula bergerak keluar dari kawasan kesesakan manusia yang melayan nafsu. Zul hantar aku ke persimpangan jalan untuk aku menuju ke Jeli untuk terus ke Perak. Ini le kali pertama aku melalui jalan timur-barat. Lengang kiri-kanannya. Berbukit2 perggg. Kete aku cuma standar kancil 660 je ler apabila melalui jalan berbukit2.Hahahah. Aku lebih selesa melalui kiri jalan untuk memberi laluan kepada kenderaan lain memotong aku.

Aku sempat singgah di puncak bukit, Hentian Titiwangsa dalam perjalanan tu.

Akhirnya jam 7 petang, hati aku ceria kembali....aku dah nampak sgnboard menghala ke Grik... Aku dah selamat sampai ke Perak. Yahoooo. Jam 9.30 aku tiba di umah Kak Azizah di Felda Nenering. Depa anak beranak dah memang sedia untuk makan malam bersama. Jam 10.20 kami baru makan malam. Memang malam sungguh.

Lama jugak aku berborak ngan Kak dan Abang Mail....sampai pukul berapa aku terlelap pun aku tak perasan dah....hahahhahahh

---------------------------------zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz---------------------------------------
Continue Reading...

Penarik yang menarik

(...sambungan)
Rentas Negeri (3)

Setelah menanyakan pekerja kat Setesen Petronas di Kuala Terengganu tentang hala tuju ke Penarik dengan laluan tepi pantai, aku meneruskan perjalanan. Lepas Magrib, perjalanan bermula lagi.


Bayangkanlah, inilah perjalanan paling jauh yang aku tempuhi. Walau negara sendiri, inilah peluang dengan masa yang terluang untuk aku merasai "nikmat" perjalanan yang penuh makna. Berpandukan peta dan signboard, baru le aku jumpa signboard Maktab Perguruan Batu Rakit yang kebetulannya menghala ke arah Penarik. Sememangnya jenuh, alang-alang dah menuju ke arah yang nak dituju, fokus jangan lari, orang disisi juga perlu support untuk menambahkan sedikit keyakinan dalam menuju arah destinasi.

Laluan ke Penarik juga amat gelap, maklum le jalan melintasi kampung yang tiada lampu jalan.....sabor je ler. Mata sentiasa 'awas' dengan signboard. Sentiasa melihat arah ke Kota Bharu.

Hampir jam 9.15 malam, aku tiba di Penarik. kawasan itu sunyi jer, tak ada orang pulak tu. Aku terpanik sekejap di simpang 3, aku jadi kompius. Belok ke kiri, menghala ke Kota Bharu dan jika aku teruskan ikut laluan yang sedang aku lalui...terus je menghala ke jalan kampung di Penarik. Maklum le malam. Kalu siang, nampak le apa-apa yang patut untuk dijadikan penanda. Aku nekad, terus je jalan menghala ke jalan kampung tu. Aku tak nampak pun signboard tentang apa-apa chalet yang ada, sedangkan aku dah sampai ke Penarik.

Alamak...tengok dalam peta, macam menarik je untuk ke Penarik...waduhhh gawat nih. Jalan juga sememangnya lengang..nekad je ler...

Alhamdulillah, aku ternampak juga signboard chalet "PENARIK INN". Lega...Terus je aku belok masuk ke chelet tersebut. Sekali lalu dipandang macam best, entah le.

"Kling, kling, kling, kling ", aku bunyikan loceng ais krim yang sedia tergantung kat ruangan kaunter di umah (pejabat) chalet tu. Mamat penjaga chalet tu terjengul kat pintu pejabat.

Alhamdulillah, ada juga chalet utk aku sekeluarga. RM40. Cantekkk... tapi apa yang disediakan, aku pun tak tau. Aku berborak kejap ngan mamat tu sementara menunggukan kawannya menyediakan dan membuka pintu chalet untuk aku bermalam.

"Ermm, kat sini ada internet ye dik. Bagus tu, tentunya pengunjung di sini dapat access internet," kata aku sambil tunjukkan jempol ibu jari tanda bagus. Bukan apa, sebenarnya aku ternampak lampu wireless dok berkelip...suka la hati aku. Boleh gak aku bertenet. hehehe.

"Maaf la bang, pagi tadi modem kena petir bang. PC saya ni pun tak boleh acces internet malam ni", kata mamat tu sambil serahkan resit bayaran untuk tempahan chalet tersebut.

Waduh...punah la harapan aku. Aku terus drive ke arah chalet yang ditunjukkan. Aku parking betul-betul depan tangga chalet. Wah...penuh juga chalet di sini. Banyak kereta terceratuk depan tangga chalet masing-masing. Aku keluarkan beg dari bonet. Anak-anak aku menyengeih ja, ternampak katil. Si Along, dah mula nyusun-nyusunkan kat mana diaorang nak tidur. Ada gak tilam lebih... senang aku nak landing.

Aku kerahkan hero-hero dan heroin aku mandi, sebab aku nak ajak diaorang pergi makan malam kat luar. Mamat penjaga chalet ni maklumkan, tak jauh dari chalet ni aku kedai makan. Cantekkk.

Dah siap semuanya, aku sekeluarga ke restoran tu, lorrrr....senang aja ya. Restoran tu berdekatan simpang 3 yang aku kompius awal-awal tadi. Hehehe.

Lebih kurang jam 11 malam, budak-budak tu aku suruh tidor awal sebab aku buatkan satu janji kat diaorang.

"Siapa yang bangun awal esok pagi, ayah bawa pergi mandi laut....best. Siapa yang bangun lewat, ayah tinggalkan ajer....babai...jangan nyesal", kata aku.

"Ayah, tutup la lampu, Amir ngantuk nih!" itu la jawapan spontan dari si bongsu, Amir. Dia ni sentiasa amik peluang apa yang ada. Reaksi dia ni lebih cepat dari abang dan kakak dia. ...

-----------zzzzzzzzzzz--------


"Ayah, cepat la bangun, Along nak mandi laut ni", tersentak aku apabila memandang jam kat tangan aku.

"Lorrr....baru pukul 6 pagi la Along, cepatnya bangun." kata aku kat Along. Semangat betul budak-budak ni. Hahahhah....tu yang menarik tu.

Dah siap semuanya, jam 7.30 pagi aku ngan budak2 menapak ke tepi pantai. Sememang belum ada sesapa lagi kat pantai Penarik tu. Aku ngan anak-anak aku peduli apa...janji layan kepala...mandi laut...



Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template