Oct 9, 2006

BETUL ATAU KEBETULAN

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24 :
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30:
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29 :
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

Tarikh Lahir pada 4, & 13:
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

Tarikh Lahir pada 5 & 17:
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27:
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31:
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Tarikh Lahir pada 8 & 23:
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21:
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

Tarikh Lahir pada 12 & 19:
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26:
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Tarikh Lahir pada 22 & 25:
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan senimanasmara.

Dipetik dari http://www.wira4ce.net
Continue Reading...

Oct 8, 2006

ALAMAT : moga tahun ini penerima kad raya lebar senyuman

ALAMAT : bakal2 penerima kad raya...
08/10/06 - 1.30 pg - Ahad

A'kum...
Inilah kad raya daripada kami sekeluarga di Kluang
untuk semua pengunjung setia blog kami dengan ucapan :
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
AMPUN MAAF DIPINTA
ATAS SEGALA YANG
BERLAKU


Anak sulung :
Azizah bt Lin
127, Felda Nenering,
33100 Pengkalan Hulu,
Perak.

Anak kedua :
Mohammad b Lin
1296E, Lorong Keranji 6E,
Jln Keranji 6,
93350 Tabuan Jaya,
Kuching, Sarawak.

Anak ketiga:
Azizi b Lin
Politeknik Kota Kinabalu,
Menggatal,
88450 Kota Kinabalu,
Sabah.

Anak keempat:
Rosiah bt Lin
200, Kg. Bumi Hijau,
Pengkalan Bharu,
34900 Pantai Remis,
Perak.

Anak kelima:
Azian b Lin
Lot 2666, Lorong Masjid, Sungai Batu,
34900 Pantai Remis,
Perak.
Anak keenam:
Azman b Lin
E-4, QTRS Guru,
SMK Pantai Remis,
34900 Pantai Remis,
Perak.

Anak ketujuh:
Azlan b Lin
15, Jln Perwira 1/9,
Tmn Titiwangsa,
86000 Kluang,
Johor.

Continue Reading...

Oct 6, 2006

HIKMAH : KetentuanNya di bulan Ramadhan

HIKMAH : di sebalik perangan yang awal yang tak menjadi....
06/10/06 - 11.30 mlm - Jumaat

Di awal perancangan, aku perlu menjemput bang mad yang ada meeting di JB untuk berbuka puasa di Kluang. Oleh kerana ada sedikit "miss communication", segala yang dirancang, tak menjadi... itulah yang dikatakan ada hikmah kerana ada ketentuanNya di bulan Ramadhan.

Jam 1.30 thari, mem besar dpt call dr kg batu putih, batu pahat bahawa ya'i Buang (atuk mem, bapa hj paiman) telah masuk wad di hospital batu pahat mlm tadi. Cepat2 mem hubungi tempat kejenya utk mohon cuti rehat 1 hari. Lepas Jumaat je..bergegas pula kami ke hospital batu pahat...maklum le untuk menjemput bang mad di JB dah kansel.. Kebetulan pulak, semua aktiviti aku pada ari ni dan esok telah di kuiskan ke tepi..... hehehe
Sampai je di sana, mak tom (mak sedara rozita @ adik wak paiman) yang sememangnya menjaga ya'i sejak mlm tadi telah di datangi mak bariah dan wak paiman. Berbual le kejap kami kat sana...

Ketika aku masuk ke wad 8 tu, rozita dok jaga anak2 kat taman permainan di hospital tu.. maklum le budak2 x leh masuk dalam wad... Kalu masuk pun dah jenuh pulak kerana nak jaga sapa... ya'i ke anak2..heheh maklum le anak2 sedang lasak... bukannya reti duduk diam.
Dek kerana kesiankan mak tom yang dah semalaman menjaga ya'i di hospital, tambahan pula mak tom x bawa baju persalinannya, aku pun berbincang ngan wak paiman. Kami amik keputusan bahawa rozita dan aku amik alih kejap jaga ya'i. Maka wak paiman pun bawa mak tom dan anak2 aku pulang ke kampung batu putih untuk mandi dan ambil apa2 yang patut di bawa ke hospital bagi jaga sesi malam plak. Dapat le juga anak2 aku berbuka puasa ngan atuk & nenek diaorang di kg.
Kami menjaga ya'i di waktu petang hingga lepas berbuka. Ketika berbuka tadi rozita berbekalkan air kotak dan roti. Berbuka le dia sorang2 dalam wad. Aku pulak mcm biasa, berbuka di tempat letak kete dengan berbekalkan air kotak dan "rokok"..hehehhe. Fuhhhh...lega..
Jam 9 mlm, mak tom dan wak paiman datang semula ke hospital.. Aku & famili pulang semula ke kluang. Aku dah arrangekan ngan staff nurse kat situ bahawa kalu esok hari ya'i dah boleh keluar hospital, cepat2 le call hp aku. Senang le aku dan sattlekan apa2 yang patut dan hantar ya'i ngan mak tom ke kg batu putih... arap2 apa yang dirancang akan terlaksana...
itu le hikmahnya... asal rancangan nak berbuka ngan bang mad di kluang.. akhirnya aku berbuka dan dpt gak jaga ya'idi hospital....
Continue Reading...

Oct 4, 2006

Halua Minda

4 Oktober 2006
Jam 2.15 pagi

DALE CARNEGIE: Buku ni mungkin telah dimiliki dan dibaca oleh kita. Pengalaman hidup penulis telah diterjemahkan melalui penulisan. Bahasanya mudah dan isinya padat berserta dengan contoh-contoh yang sememangnya kita pernah lalui, cuma kita tidak praktikkan dalam kehidupan kita.... Buku ini telah dibeli pada 04 Julai 2005 di Union Book Store, Kluang. Senantiasa berada di hujung kepala katil dalam bilik tidur. Seronok & sering dibaca dan mudah dipraktikkan. Dalam buku ini memberi gambaran kepada kita untuk cara dan kaedah menurunkan EGO diri dalam berkomunikasi dengan individu lain...... Cubalah kerana macam-macam ramuan ada.....Kesannya amat mujarab, wbmanapun segalanya bergantung pada diri kita juga..... itulah seadanya.

[kulit depan buku]


[kulit belakang]


Arap2 ada le contoh-contoh buku lain yang boleh dipaparkan untuk bacaan dan halua minda kita semua.....Insyallah....
Continue Reading...

Oct 3, 2006

Panggilan Nenering...

MERPATI SEJOLI : panggilan Nenering
alhamdulillah, dpt gak upload gambar kak sefamili. Semasa check data2 dlm pc ni..ada plak gambar famili kak masa raya thn lepas. Gambor2 ni diambil oleh akim semasa sedang try test hp baru yang dibelinya yg ada kamera. Ini le paparannya.......

ILAH : X dak plak gambar personalnya.... mungkin akim eksyen kut...x mau amik gambor kaknya..takut hp dia rosak..hehehhe
persoalan : apa cite ilah skrg?
AKIM : sememangnya smart sejak kecik..baju mesti masuk dalam punya.....memang sesuai jd cikgu
CITE TERBARU : "mgkin" cari ckgi jugak kut....berdasarknangin kus-kus yang bertiup...orang ipoh yang dah ngajor di batu pahat... paktamnya pun blum dapat nengok calonnya.....


AMAN : dengar cerita dah bertunang..ttp jemputan dan berita wpun guna sms pun jauh sekali...maklum le jauh.... Kami cuma dpt tau melalui tiupan angin kus-kus jugaaaaa.... arrrrrggghhh



AIM : dgr cite dok KL la ni...jd cashier di Petronas. Ada call dia baru2 ni utk tanya khabar.... kut2 dpt bantu pktam dlm "SECOND PROJECT" (apa tu haaaaa?)...
- dah pi interview KPLI d cheras..... moga2 jd cikgu gak....
SHUKRI : la ni dok blajar kat UiTM Alor Gajah, Melaka. Baru2 ni, dia ada dtg kluang masa sebelum awal puasa dulu (petang ari jumaat). Dah atas bas ke kluang, baru dia call kata nak ke kluang...hehehhe. Ari sabtu dia ikut kami pulang utk berpuasa d Felda Bukit Senggeh. Isnin pagi, kami anto dia ke Alor Gajah dan kami terus pulang ke kluang...
TARGET :
nampak gayanya... pktam dah x dpt bantu anak2 menakan lain dah... maklum le semua dah ada kerjaya masing2. alhamdulillah....sdg planning amik kgkawan rapat di kluang utk SECOND & THIRD PROJECT... tunggu.....
Continue Reading...

Oct 2, 2006

Gembira Tak Terkata...


:: KAKDAH DI TAJMAHAL ::

Bermula dgn inisiatif KakDah yang memulakan blog untuk menceritakan detik-detik kehidupannya di sabah, meruntun jiwa aku untuk bersama-sama merapatkan silaturahim yang semakin dijarakkan oleh masa, tugas dan lokasi tempat bertugas. Aku juga menyahut seruannya utnuk sama-sama memeriahkan blog famili kami.....


Disusuli pula oleh bangmad yang berjiwa halus dan indah puitis bahasanya mampu menggoyangkan insan lain untuk turut serta mewarnai blog ini......

Akhirnya muncul jua "insan terpilih" yang sememangnya diketahui kehebatan ictnya sejak dari dulu lagi iaitu HAJI MAN/PAKTEH... maklum le... di zaman aku buta komputer dulu...dia dah ada beli scanner tapi pakai tangan je. bukan macam la ni... zaman tu dah dikira hebat.... ada juga aku cuba2 curi menggunakannnya...kerana bijaknya aji man, dia dpt trace apa yang aku dah buat... kantoiiiii....

awal 90'an



yang terkini





selain tu, komputer pertama yang dibelinya awal 90'an dulu diletakkan di serambi umah batu51, try juga aku godak-godak.... akhirnya aku "terkedu" kerana telah print hasil printshop duluxe secara terbalik tulisannya... aku diketawakan oleh lebai yan plak.... sampai la ni lebai yan dok ingat isu tu... "aku print terbalik". hahahhaha.

FARISH DANIAL
aku masih menantikan hasil blog LEBAI YAN/PAK NDAK. mana beb? Baru tadi kami lepas berbual melalui telefon. Lebai telah semakin hebat berkomunikasi..... maklum le... bisnesman. Lebai telah mula mencungkil bakat semula jadi yang sedia ada dalam dirinya..."bijak berkata-kata". bakat ini telah lama dibiarkan terpendam dan terendam. Sudah ilang rendah dirinya.... mula menampakkan iltizam yang tinggi dalam mengorak langkah mencapai wawasannya....alhamdulillah.. Inilah sebenarnya keberkatan doa seorang ibu... alhamdulillah.


terima kasaih kakdah...atas segalanya, dengan menguitkan jari....mampu menguitkan ikatan silaturahim yang semakin jauh dan dipisahkan oleh jarak tempat kita semua.... terima kasih kakdah...

PANDANGAN : apa kata kita minta aji man membina blog untuk YCM yang akan dimaklumkan username dan password kepada kita semua...ini bertujuan untuk kita masukkan semua data dan maklumat yang boleh kita ketahuinya wpun di mana kita berada.Ini kerana aji man sememangnya hebat dan advance dlm kemahiran ict...ada komen?

htpp://azlanlin.blogspot.com
Continue Reading...

Realisasikan Convert Kete Impian

akum semua...

TUKAR KANCIL MENJADI RAV4

dalam ati masih berkata...bilakan aku mampu dan berjaya meralisasikan aktiviti pengubahsuaian kete impian RAV4 (model toyota- 4WD) dan berada di hadapan pintu pagar rumahku?











BENARKAH ia akan menjadi satu realiti......?













semoga impian menjadi kenyataan....kalu skadar nak convert enjin dan dptkan kelulusan puspakom.... member puspakom di kluang dah ada... hehehhe
UPGRADE KANCIL KE RV4 (MODEL DAIHATSU DI JEPUN)



Ini le kete kancil mem yang cuba di uprade menjadi RV4








SEBENARNYA :
Kalu di jepun, model ni agak limited. Cuma di keluarkan utk kawasan yg sejuk & bersalji je. sbb tu enjinnya 4WD. Sebenarnya, dah nengok sebijik model ni di KL, dalam majalah k-kompak. Perggg....mengancam abis... bygkan model ni pd kancil biasa yg selalu kita nengok..... gerenti cute....
Continue Reading...

Oct 1, 2006

Laksa Mee : Juadah berbuka yang menyelerakan

1 Oktober 2006


Ari ni berbuka dengan laksa mee...alhamdulillah, masih ada stok yang dikira sbg last stock.... nah paparannya :


walaupun serupa ttp tetap x sama ngan laksa mee yang dibuat oleh arwah mak, mak ngah minah @ kak yah. walaupun begitu, aku tetap bersyukur dapat gak mem besar menghasilkannya. Kalau nak arapkan aku sendiri yang masak...gerenti x jadi sebab aku memang x reti masak.
Bahagianya aku kalau sedara-mara di pantai remis dapat mengeposkan lagi stok laksa mee satu bandle yang dibeli kat kedai anak cina bongkau.
Laksa mee ni cuma terkenal di kawasan pantai remis, sitiawan dan pulau pangkor. Tempat lain sememangnya xdak stok.
Ramuannya ialah laksa mee, kacang panjang, sambal yang pekat dan sup...pergggg gerenti menambah 2@3 pinggan... gerenti tambah punya & tambahan plak di bulan posa.... hawa posa la katakan.
http://azlanlin.blogspot.com
Continue Reading...

Sep 27, 2006

Awal Ramadhan

Awal puasa pada hari Ahad lalu, kami sekeluarga pulang ke Felda Bukit Senggeh, Melaka. Bersahur dan berbuka di umah mertua. Di siang hari ahad tu, aku & rozita meronda-ronda di Tangkak bertujuan mencari kain utk dijahit baju raya.



Jenuh juga meronda-ronda di bulan puasa...teringat rokok yang menjadi pemanis mulut. Alhamdulillah, dapat diatasi dengan cemerlang.. Hairan sungguh... tiba je bulan puasa, ketagihan rokok tidak dirasai khususnya di siang hari.






Tiba je lepas berbuka, rokok pula yang dicari...
Alangkah bagusnya kalu bulan ramadhan ini dijadikan permulaan berhenti merokok... entah leeeee....




Gerai-gerai ramadhan yg dikelolakan oleh UMNO Bah Kluang di bandar kluang...










Terceratuk dengan pelbagai juadah yang dijual.. jika diikut hawa posa... hancus.. semuanya nak beli... Ini baru ditengah2 bandar kluang.. Blum masuk lagi di taman2 perumahan.

TELATAH ANAK-ANAK :
Amira : dah bleh arap utk berpuasa...






main flash games kat laptop ayah


Amirul...bleh terlupa posa di siang hari...dibukanya peti ais lalu meneguk air milo dlm peti ais. Merajuk bila ditegur oleh amira. Si amirul ni hati kecik skit, mudah merajuk, banyak mengalah, sensitif ttp "caring" ngan adik beradik.


sementara dok menunggu waktu berbuka... main flash games kat pc ayah...dok berlawan ngan kakaknya....sapa menang..





Amir : Hancus setakat ni... kalu ari sekolah, disekolah tadikanya..tetap makan bila tiba time rehat.. maklum le..persekitaran pelajar2 di Tadika Convent...ehhehe..itu le telatah anak-anak...
Continue Reading...

Sep 26, 2006

- Jitu Auto Service centre


motto - "kepuasan anda aspirasi kami"



Ini adalah gambar bengkel ketika mula-mula beroperasi dulu pada April 2006. Asalnya nak buka di melaka tetapi banyak sangat halangan khususnya berkaitan perundangan majlis daerah di melaka. agak rumit gak kerana setiap bengkel yang dibuka mesti secara kelompok maksudnya, di satu-satu kawasan itu semuanya bengkel berkaitan automotif. maka bagi jitu auto service ni jenuh le kerana baru nak bertapak dan bersaing dengan taiko2 yang dah power... maka larilah aku riki di johor. Di johor, situasinya berbeza..bleh buka di mana-mana saja. Alhamdulillah, masa raya aji awal tahun dulu, setelah berbincang dengan anak bapak angkat aku di simpang renggam (zamri-anak wak tumin) dia cadangkan satu tapak yang agak strategik. walaupun bukan di tepi jalan raya besar simpang ke johor... lokasi itu adalah laluan utama ke kag sahari, bersebelahan plak ngan carwash yang dah ada nama. alhamdulillah. promosi percuma le utuk bengkel nih.


Tapak bengkel ini disewa dan diikat selama 12 tahun mulai thn 2007-2019. Alahmdulillah, surat perjanjian sewa tanah telah di "matikan setem"

Setelah dibuat kaji selidik berkaitan pasaran dan saiz pasaran serta pesaing2 sedia ada.. aku nekad, dengan dorongan mem besar... termakbul juga usaha ini. alhamdulillah...

Setakat ni, bengkel melayu di simpang renggam cuma ada 4 buah termasuk kami...manakala begkel kaum lain memang le banyak, hampir 9 buah. Dah ada regular customer dan peniaga2 kemboja di pasar malam di kawasan ini seramai 10 org telah menerima kami sebagai panel mereka. Alhamdulillah. Insyallah, tahun depan dah bleh daftar lesen kewangan, tunggu bank statement yang canteekkk je... Member politik bah simpang renggam sentiasa akan support khususnya yang bekerja di Majlis Daerah Simpang Renggam. Maklum le MDSR belum ada penal untuk pembaikan kenderaan mereka. Mudah-mudahan, termakbul usaha murni kami ini...
Sedang berusaha untuk menyediakan "jack kete".. utk nampak lebih gah di mata pelanggan.

Inilah logo bengkel kami. Setiap pelanggan yang menerima perkhidmatan pembaikan kenderaan di bengkel kami akan menerima stiker untuk ditampal di cermin belakang kereta. Seronok x terkata apabila terpandang kereta2 yang menjalar di jalan raya khususnya di simpang renggam yang mempunyai stiker tersebut. Insyallah, akan dibentuk kad ahli bengkel untuk pelanggan menerima diskaun ke atas setiap pembaikan di masa akan datang.

Ini plak Ketua Mekanik.. nama ijan (ROSNIZAN PAIMAN)... 0197774012. Dulu tamat Politeknik Kota Melaka dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Bermula dengan kerjaya di kilang sebagai supervisor... dapat bertahan dalam 3 bulan, nampak gayanya dia memang x minat keje kilang. balik kampung dan sanggup keje pomen/mekanik dengan gaji permulaan rm350... kerana minat semua boleh jadi... setelah 4 tahun sebagai mekanik di melaka dengan pengalaman handle 2 cawangan bengkel taukenya di merlimau dan bemban... dia macm kompiden je... apa lagi, abang iparnya pun buat tawaran peluang untuk dia berniaga sendiri... dia pun minat...



Ini plak mekanik. Namanya pejon (FAIZUL). No hp nya ialah 0137805747. Dulu belajor di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan dalam bidang seni bina. Pelbagai pengalaman hidup yang dia dah tempuh. Tetapi terdapat nilai, bakat dan minatnya yang boleh dicungkil. Diajak bersama untuk memajukan syarikat/bengkel ini. dia pun sambut...maka menetap le dia simpang renggam untuk mempelajari selok-belok kerjaya sebagai mekanik...

Azam kami warga G2 AUTO....akan membuka cawangan ke dua dalam tempoh 5 tahun lagi (2010) di kluang, johor. Insyaallah..dengan nekad yang JITU...dan disusuli dengan izin ALLAH SWT dan restu ibu dan bapa serta sanak-saudara juga para pelanggan... semuanya akan dapat dicapai.



















Contoh-contoh kenderaan yang sedang dibaiki oleh kedua-dua orang mekanik di bengkel ini.

salam utk semua.
azlanlin
pengurus
G2 auto.
Continue Reading...

Gambar keluarga

ni dia gambo ahli keluarga kami....
azlan, rozita, amira, amirul dan amir ini le gambar aku yang sememangnya fotogenik.. hehehhe

ini plak gambo mem besar, rozita paiman yang telah diedit guna adobeCS. Background asal ialah ruang dapur umah jer.. kemudian di edit bubuh colour biru..mcm di kedai jer.....Ia dicuci khas untuk membuat lesen memandu yang baru lulus.. heheh.. untung gak bleh edit sendiri.. maklum le, kalu ke ke dai gambor dah kena RM8.00 utk 4 keping tetapi kalu edit sendiri dan hantor ke kedai, cuma RM0.40 je utk 8 keping gambor paspot atas saiz gambar 4r..... Bayangkan betapa besarnya margin keuntungan kedai gambor digital...perggghhh...
BEST GAK satu ari nanti bleh bukak kedai gambor digital plak... mana le tau tuah ayam nampak di kaki... tuah orang nampak di mana yek?
Ini plak gambor anak yang ke2, amirul. gambor ni diambil dan diedit sempena nak buat kad id sekolah agamanya masa awal tahun dulu... maklum le sekolah agamanya x buat..maka ayahnya kena buat sendiri le supaya senang semua pihak... Background warna oren pun cuma dinding umah di ruang tamu jerr.. heheh
Maaf gambor anak sulung (amira) dan anak ke3 (amir) x de dlm pc ni... cuma ada dlm laptop. malas plak nak on kan...mungkin lain kali plak kut utk di upload....insyallah..
Continue Reading...

Sep 16, 2006

Langkah kehidupan

SAAT-SAAT PENTING DALAM HIDUP

:: Januari 1995 ::
Berkonvoi motosikal dengan Sabri (Anak Pak Din Cendoi) dari Pantai Remis ke Johor. Memulakan kerjaya sebagai guru di SRJK(T) Ladang Kulai Besar, Kulai. Pengalaman hidup di tempat orang mengajar erti hidup... susah senang tanggung sendiri.

:: Jun 1996 ::
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat doa arwah ibu dan usaha bang cik dan kak dah serta ahli keluarga, selesailah sudah majlis pertunangan aku dengan ROZITA PAIMAN. Bertungkus lumus ahli keluarga menyelesaikan majlis itu dengan jayanya di mana umah bangcik ketika itu di Bandar Muadzam Shah menjadi tempat "bertanggak" sebelum bertolak ke Felda Bukit Senggeh.

:: Ogos 1996 ::
Termetrailah sudah ikatan perkahwinan antara azlan dan rozita. Gitu le gamaknya kalu jadi adik bongsu dalam keluarga. Kebanyakan urusan perkahwinan, dikelolakan oleh abang-abang dan kakak... Sayangnya ketika tarikh penting dalam idup aku ketika itu, bang cik yang banyak menjayakan majlis tersebut x dpt bersama kerana bangcik berada di jepun atas urusan kerja. Waduh..gawat ni... semua urusan "kepala rombongan" diserahkan kepada sahabat baiknya di smk teknik muadzam shah (namanya, aku dah x ingat). Jasa dan keringat kalian takkan kulupakan hingga ke akhir hayat.. terima kasih semua...
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template