Sep 15, 2007

Perjalanan Sabtu

Sabtu : 15/09/07

Perjalanan sepagi dan setengah hari aku. Mem ada free ari ni dan nak ikuti perjalanan seharian kerja aku yang tak berenti-renti. Anak-anak dok umah kerana berpuasa.

Awal pagi jam 9.30 pagi dah mula keluar umah untuk menguruskan perihal bil handpone aku yg kena bar!. Alahai..... Selepas tu riki beberapa kedai utk beli barang sama ada Oven atau Microwave - mem semakin berminat nak buat cookies! Utk raya katanya... maklum le utk tempahan menjahit thn ni disekat-sekat sikit...sebba nak rehat sikit thn ni katanya.

Selepas tu ke kedai sparepart amik ovehaul set utk perdana lama - order dr Giat Mara.

Then, Ijan call utk order barang. Kena ke kedai potong body- New Hongun - Kedai di Jalan Mersing! Bergegas le aku ke sana utk nengok2 rupa paras barang yang nak amik. Order saja! Lewat tengahari aku datang semula setelah siap dikumpulkan!

1. Head Mazda complate set.
2. Power Stearing Box - Honda EX


Mem siap posing di kedai potong body!

Aku jugak amik peluang


Sesampai di bengkel, jenuh jugak pomen2 dok melayan kete.. sabor je ler... bila aku nengok keadaan nih, aku teringat le kat Nissaan aku. Ada perkembangan ke?




Enjin Nissan 1.6 Twincam (BlackTop) dah duduk kat posisinya, siap ada penimbang air lagi utk dptkan kedudukan yang tepat. Wiring pulak gamaknya lepas nih!
Continue Reading...

Sepetang Jumaat

Puasa kedua di Melaka dapat diikuti oleh anak-anak. Mak Tam cadangkan aku bawa anak-anak ke bandar Melaka sbb mereka nak tengok tempat-tempat menarik setelah diaorang xplore kat internet sebelum ni kat Kluang. MakTam dapat le mnyediakan juadah berbuka dengan Mak Bariah. Maka petang tu aku membawa anak-anak meronda bandar Melaka. Sekadar melawat dan bergambar. Untuk menghayatinya belum lagi kerana masa tak banyak.

Jam 5.00 petang aku bergerak di FBS melalui Selandar - Durian Tunggal - Batu Berendam dan terus ke bandar Melaka. Kami 4 beranak terus ke Bandar Hilir, di situlah banyak tempat2 yang menarik.


Jika naik beca ni, sekali tawaf di kawasan sekitar cuma RM10.00 untuk pergi dan balik dari Kapal Besar melalui A Famosa dan berpatah balik.


Sempat le aku menerai topi koboi yang dijual kat situ. Maklum le peniaganya takde. Bila aku ternampak tuan punya gerai yg berbaju merah kat belakang nun, cepat2 Amira snap gambar. Then sempat le berborak ttg penghasilan topi tu dengan peniaganya. Cover line...hheheheh....


Anak-anak aku mcm bergambar kat Belanda jer...dihiasi bunga-bungaan yang berwarna warni.


Saja ajak anak-anak bergambar dengan berlatar belakangkan "Kapal Besar", kata Amira.



Kami lajak pula ke Dataran Pahlawan. Cuma sekadar berhenti untuk bergambar. Tidak pula untuk meronda-ronda. Maklum le masa suntuk.


Akhirnya kami sampai juga ditempat yang boleh meronda-ronda. A Famosa tempatnya kat atas bukit. Sebelum tu bergambar le dulu kat depan Bangunan Sejarah Kemerdekaan.


Kat depan Gerbang A Famosa. Ketika ini ramai pelancong dari negara China.


Ketiga-tiga beradik memanjat tangga untuk naik ke atas bukit ke arah bangunan (apa ntah namanya).

Kami lajak pula ke Perkampungan Portugis tetapi tidak bergambar kerana masa semakin suntuk. Di sana ada satu kejutan.

"Ayah, bahasa apa yang diaorang nyanyi tu ayah?", tanya Amirul apabila mereka mendengar nyanyian lagu berbahasa Portugis yang dimainkan di kawasan Muzium Portugis. Kami tidak singgah langsung di kawasan itu. Just pusing-pusing guna kereta jer....

Selepas itu, kami lajak ke Perigi Hang Tuah di Duyong. Sayangnya, tiada singboard langsung di kawasan perigi tu. Sebelum ini, semasa aku ke sana dengan Zuri, kami ingatkan kawasan itu ada anjung rumah orang. Bila ditanya pada peniaga di kawasan itu, barulah aku tahu, itu adalah Perigi Hang Tuah. Mana le signboardnya. EXCO Perlancongan negeri Melaka terlepas pandang kut.
3 beradik bergambar berlatarbelakangkan gambar peristiwa 5 sekawan dianugerahkan pertabalan sebagai Panglima Melaka ketika itu.
Inilah rupabentuk Perigi Hang Tuah. Aku dapat penerangan daripada peniaga di kawasan itu bahawa, air di perigi ini tak pernah kering walaupun Melaka ditimpa musim kemarau. Hairan juga aku, kawasan itu adalah kawasan berbukit. Maknanya mata air di perigi tu agak "power" la kut. Hehehhehe.

Akhirnya, tiba juga masanya untuk kami bergerak pulang. Semasa melalui jalan menuju ke FBS. Aku beri peluang ketiga-tiga anak aku memandu kereta kancil. Seronok tak terkira. Mula-mula Amir, Amirul dan akhirnya Amira. Ada banyak peristiwa lucu semasa ketiga-tiga beradik ni memandu. Seronok tak terkata diaorang apabila dapat memandu.
Continue Reading...

Ambang Puasa

Khamis : 13 Sept 2007

Awal puasa thn ni, aku dan famili jalani puasa di umah mertua aku. Aku meronda dgn mem di siang hari. Maklum le kain baju raya belum dicari, warna belum ditentukan, paten juga dibayangkan.

Maka, jam 10 pagi, aku ngan mem ke Tangkak. Dari satu kedai ke satu kedai aku dan mem menggeledah susunan kain. Ini semua semata-mata ingin mencari warna dan kain yang sesuai. Ini le keje kami, masuk awal puasa baru tercari-cari kain yang sesuai dan menarik hati. Tambahan pula, Amira dan ada 'taste' sendiri utk paten pakaiannya. Layan....Akhirnya, mem aku lemas dalam lautan kain. Wakakaka.



Kami bergerak pula dari Tangkak ke Astana Moda di Melaka. Membelek2 lagi di lautan kain. Di sini, kami mencari kain yang sesuai dengan paten yang diingini oleh Amira. Akhirnya, dapat juga utk anak dara kami. Astana Moda ni baru dibuka di Melaka, cawangan Jakel di Segamat. Boleh tahan juga paten dan warna kain yang dijualnya.



Selepas tu, aku bawa mem ronda-ronda ikut gerak ati je...masuk mana-mana jalan yang belum aku lalui... Hikmahnya aku jumpa kedai aksesori kete. Aku paling menarik utk costum bumper Nissan Sunny 130y aku tu... Masukkan MMC (depan), Waja (belakang), skirting, dan spoiler.... hampir RM1500.00. Muda lagi ke aku? wakakaka.


Kemudian, aku gerak balik ke Felda ikut jalan Durian Tunggal. Sempat kami singgah di gerai ramadhan di pekan Durian Tunggal.. Meriah gak..! Aku cukup tension kalu aku g sesorang ke gerai ramadhan, HAWA PUASA betul.....! Semuanya teringin!
Continue Reading...

Sep 12, 2007

Ramadhan Membuka Tirai


Continue Reading...

Sep 9, 2007

Bulan yang cergas?

Sambutan bulan Kecergasan Kebangsaan di jalankan di Stadium Kluang. Aku dapat tahu majlis ni setelah meronda ke sana dengan MakTam. Kami ke sana setelah pulang dari Pasar Besar Kluang. Tak sangka la pulak ada beberapa ekor kuda. Menarik juga nih kalu bawa anak-anak.

Dalam jam 10.00, Ijan telefon aku untuk membeli stok bengkel. Aku bergegas ke kedai sparepart dengan famili. Setakat ini kancel Maktam le jadi transport aku ke hulu dan ke hilir. Aku tinggalkan bengkel jam 2.00 petang dan lajak ke Stadium utk layan anak-anak. Kuda-kuda tu tak berapa menarik minat anak-anak aku. Malahan sport yang dijalankan kat dalam stadium tertutup tu, aku pula yg tak minat. Maka kedengaran bunyi yang bingit. Kami bergegas ke sana.

"Wow, bestnya!" kata Amirul. Aku park kerete kat tepi jalan. Mata anak-anak aku tak berkedip apabila memandang si cilik meliang-liuk badannya utk menggayakan pemanduan yang hebat di celah-celah skitel.

Sempat juga aku berbual berkaitan pemanduan dan pembelian motol cilik tu! Tak sangka juga, rupa-rupanya aku berbuah dengan Penunggang Vateran Malaysia, SharulNizam! Dah otai rupanya dia.

Amirul bergaya dengan motor cilik!

Amir pun bergaya sakan, siap memandang ke hujung sana!


Bergaya 3 beradik!


Siap posing di depan barisan motor cilik!

Pelajar SK Seri Tmn Kluang Barat yang diambil sebagai peserta.

Ambil peluang bergambar dengan Penunggan Otai Malaysia, ShahrulNizam.
Anaknya yang berbaju hijau, cekap menunggang!

Continue Reading...

Amaturkah aku?

Continue Reading...

Sep 8, 2007

Antiknya mengancam!

Sesampainya aku di bengkel utk hantarkan sparepart yg pomen aku order, teruja aku jadinya. Mau idaknya, 2 hari lepas, pomen aku antokan mesej kat aku!

"Wolkswagen dah masuk bengkel, Nissan diabaikan!" Tu yang membuatkan aku terasa sadis!

Keterujaan aku mengatasi segalanya! Terpana seketika memandang keantikan yang mengancam. Puas membelek aku jadinya. Wolswagen ni kepunyaan Cikgu Zamri (anak bapa angkat aku). Dia baru beli lebih kurang 2 minggu lepas. RM20,000 gheganya. Rezekinya bertambah. Bisness dia semakin rancak dan galak. Alhamdulillah!

Keantikan Wolkswagen ni kerana enjinnya di belakang. Manakala bonet isi barang pula di depan! Bunyi enjinnya..perghhh..seketoi, seketoi! Dengan adanya wolkswagen kat bengkel aku ni, semakin tercabar le minda pomen2 aku. Bayangkan, kereta ni jenis "paut stering" nak dijadikan "power stering". Jika dikenangkan, kebiasaannya enjin kereta masa kini berada di bonet hadapan, maka mudah le jika nak masukkan power stering.

Bayangkan le, enjin di belakang juga nak dimasukkan power stering! Sempat juga aku bersembang2 dengan pomen aku, katanya dia akan masukkan power stering Wira 1.6. Tunggu je lerrrr.... Hidup G2!


Enjinnya croom! Wow!


Pandangan sisi

Aku numpang bergaya..wakakakka


Errmm...antiknya mengancam!

Continue Reading...

Patah kaki lagi!

Nampaknya..aku jem lagi! Tunggu roti yang tak sampai2 utk cicah bersama jem!

Nissan aku ada juga perkembangannya. Walau dalam kesibukan pomen2 aku, sempat juga le diaorang jengah2 kat Nissan aku. Semakin hari semakin terasa aku mcm patah kaki! Kalu gini, dah nak kena daftar OKU gamaknya!

Utk adjust tapak baru utk power stering dah selesai. Kini pomen dok adjust lokasi aircond dan dashboard! Nampak gayanya, aku kembali kepada dashboard asal yang "memetak" tu. Tapi aku dah pesan kat pomen bahawa meter yang Nissan 1.6 kena masukkan kat kete aku tu. Maklum le, dah pasang gear auto! Kena ada lampu2 auto. Hehehhe.

Enjin, gearbox, wiring Nissan 1.3 dah dikeluarkan sepenuhnya. Enjin dan wiring Nissan 1.6 Twincam (BlackTop) dah bersedia sentiasa utk memasuki ruang baru... Tapi sayangnya.....waaaaaa...aku terasa patah kaki!



Enjin Nissan 1.6 yang masih tersadai

Pomen dok machingkan kotak aircond dan dashboard asal

Continue Reading...

Sep 5, 2007

Masjid Selat Melaka

Aku dah jumpa. Entri ENFarmasi berkaitan Masjid terapung di Melaka, membuak2 aku mencarinya. Akhirnya, jumpa juga. Sempat Solat Zohor di masjid tu. Aku dan Rasbee bergerak ke sana setelah hal berkaitan datacard sattle semuanya.


Identiti Masjid

Pandangan Hadapan

Pandangan sisi

Di anjung masjid yang menganjur ke laut




Continue Reading...

Dikejar teknologi...

Hambatan era teknologi sememangnya memenatkan. Kita perlu berlari pantas, sepantas kepesatan perkembangan teknologi. oleh itu, pengorbanan amat memerlukan utk kita terus berada dlm arus perdana teknologi!

Awal tahun lalu, aku mula berjinak dengan mobile internet menggunakan laptop Acer aku. Aku mula membeli datacard celcom. Kelajuan internetnya sekadar 384 kbps.
Rupabentuk datacard Celcom 3G
Datacard tu dicucuk kat sebelah kiri laptop Acer aku
Ketika itu aku rasa dah cukup laju capaian internetnya! Sayangnya laptop Acer aku dah rosak pulak dah. Pada aku amat memerlukan laptop semasa aku ikuti kursus KSPK-TMK. Laptop bg aku seumpama hp bagi kebanyakan orang. Maka aku bergegas ke Lowyat dan membeli laptop twinhead.

Sayangnya, laptop baru aku tak boleh gunakan datacard tu..... Jenuh le jadinya. Maka semalam aku jualkan datacard pada member aku jer. Kebetulannya, mobile online amat perlu kerana line internet di maktab agak merudum. Oleh itu, hari ni aku ngan Rasbee ke Dataran Pahlawan utk aku riki datacard baru yang menggunakan port usb. Akhirnya hati aku ternoda jua dengan kecunan datacard baru.... Kelajuan capaian internetnya mencecah 3.6 mbps. Menarik!





Rupa bentuk Datacard USB Port. Menarik!

Sekarang ini aku boleh online di mana-mana saja selagi ada line Celcom. Jika ada line 3G, bertambah power ler. Wakakaka. Alhamdulillah, mudah le jika aku nak online di bengkel aku..utk aku siapkan website utk bengkel aku...tapi bila nak siap haaaa?
Continue Reading...

Sep 4, 2007

Only words...but..(2)

Sekadar menerungi kata hati wanita2 di luar sana....

The problems with GUYS:

If u TREAT him nicely, he says u are IN LOVE with him;
If u Don't, he says u are PROUD .
If u DRESS Nicely, he says u are trying to LURE him;
If u Don't , he says u are from KAMPUNG.
If u ARGUE with him, he says u are STUBBORN ;
If u keep QUIET, he says u have no BRAINS.
If u are SMARTER than him, he'll lose FACE;
If he's Smarter than u, he is GREAT.
If u don't Love him, he tries to POSSESS u;
If u Love him, he will try to LEAVE u.
If u don't make love with him., he says u don't Love him;
If u do he says u are CHEAP ....
If u tell him your PROBLEM, he says u areTROUBLESOME ;
If u don't, he says that u don't TRUST him.
If u SCOLD him, u are like a NANNY to him;
If he SCOLDS u , it is because he CARES for u.
If u BREAK your PROMISE, u Cannot be TRUSTED ;
If he BREAKS his, he is FORCED to do so....
If u SMOKE, u are BAD girl;If he SMOKES , he is GENTLEMEN
If u do WELL in your exams, he says it's LUCK ;
If he does WELL, it's BRAINS .
If u HURT him, u are CRUEL ;
If he H URTS u, u ar e too ! SENSITIVE !!& sooo hard to please!!!!!
If u send this to guys, they will swear that it's not true..........
but if u don't, they say u are selfish.....

The moral of the story is......

SEND THIS TO GUYS OUT THERE ANYWAY...

Renungi bait2 ayat yang disusun dan di manakah kedudukan kita sebagai lelaki dalam menyusun kata2?

P/S : kita seharusnya mengetahui dan menyedari bila masa perlu ke depan, ke belakang, ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah dalam apa jua keadaan. BRAVO!.
Continue Reading...

Only words...but..

Bait kata2 yang disusun mampu menguatkan minda dan iltizam...

Setiapkali anda membuka mulut, keupayaan anda dinilai sebagai pemimpin adalah dinilai.
:: James C.Humes ::

Ilmu pengetahuan adalah mengetahui kedua-duanya iaitu apa yang diketahui orang dan apa yang tidak diketahui orang.
:: Confucius ::

Bahasa adalah pakaian bagi akal
:: Samuel Johnson ::

Ketekunan dan ketabahan hati hati akan mempercepatkan tercapainya cita-cita hidup.
:: Cleen Cunningham ::

Maklumat adalah kuasa. Setiap daripada kita perlu bertanggungjawab memperoleh maklumat kerana maklumat adalah alat utama bagi melakukan segala-galanya.
:: Peter Drucker ::

Kecerdikan banyak bergantung pada pendidikan dan lingkungan.
:: Alexis Carrel ::

Ada 'buku' yang perlu dinikmati, ada yang perlu ditelan dan ada beberapa yang perlu dikunyah dan dicernakan.
:: Bacon ::

Buku dikatakan baik apabila dibuka dengan pengharapan dan ditutup dengan faedah.
:: Amos Bronson Alcon ::
Continue Reading...

Sep 3, 2007

Pemangkin Anakkah Kita?

Didikan ibu bapa penentu kejayaan anak

Oleh : Wan Marzuki Wan Ramli


SETIAP kali anak menduduki peperiksaan penting baik di sekolah rendah, menengah atau di peringkat pengajian tinggi, ibu bapa yang prihatin akan turut merasakan ketegangannya. Pada saat begini, ibu bapa biasanya akan mengambil pelbagai usaha bagi memastikan anak memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki. Kejayaan dalam peperiksaan sering digunakan sebagai kayu pengukur untuk melihat keupayaan seseorang anak. Ia juga tiket menentukan peluang mereka melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mempersiapkan mereka daripada segi mental, fizikal, emosi dan rohani. Antara caranya ialah:

Mewujudkan kemesraan dan bersikap tegas ketika mendidik mereka.
Memberi/menerima cinta tanpa syarat.
Menerima kritikan membina daripada mereka.
Mewujudkan suasana di mana mereka berasa dimiliki.


Pada masa sama, kita juga patut mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa iaitu:

Tidak membentuk anak supaya bercita-cita tinggi.
Tidak membantu anak menetapkan matlamat jangka pendek dan panjang.
Tidak membantu anak mengurus masa dengan bijak.
Tidak menyediakan jadual waktu.
Tidak peduli jika anak tiada keyakinan diri atau bersemangat.
Meletakkan harapan terlalu tinggi kepada anak.
Kurang berdoa.


Ibu bapa boleh menggalakkan anak belajar secara berkumpulan. Kaedah ini lebih berkesan kerana biasanya mereka dapat bertukar fikiran dan bersoal jawab jika ada perkara kurang jelas. Lagipun, suasana pembelajaran begini tidak membosankan atau boleh membuat mereka mengantuk.Pelbagai kegiatan yang boleh mereka lakukan bersama seperti berkongsi nota, membanding jawapan, merumus sesuatu idea dan bersaing sesama sendiri secara sihat.

Ibu bapa juga tidak seharusnya memaksa anak belajar berterusan tanpa berehat atau beriadah. Dikhuatiri jika terlampau menerima tekanan, anak boleh sakit ketika hari peperiksaan. Ini pasti menjejaskan keupayaan mereka menjawab soalan.Sebagai ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak, kita boleh membantu meletakkan sasaran yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, berapa muka surat yang boleh diulang kaji setiap hari atau berapa jam sehari untuknya belajar secara berkesan. Jika ini dilakukan secara berterusan, dengan izin Allah SWT, anak tidak akan panik menjelang minggu peperiksaan.

Tekanan biasanya dialami apabila anak kecewa kerana tidak dapat memenuhi kehendak ibu bapa. Jadi, tidak mustahil jika tidak lama dulu kita dikejutkan dengan kes kanak-kanak sekolah rendah membunuh diri kerana mendapat keputusan kurang baik dalam peperiksaan. Ibu bapa hari ini boleh dikatakan begitu mengambil berat kemajuan anak. Malangnya, hasrat murni ibu bapa belum mencapai tahap memuaskan. Ini kerana anak hari ini sama ada di bandar atau kampung didapati kurang berminat untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

Peluang untuk masuk ke institusi pengajian tinggi berdasarkan merit. Sektor pekerjaan tentu akan terbuka luas kepada calon yang cemerlang. Jika mereka masih leka dan selesa dengan apa yang ada, pasti anak kita akan ketinggalan dalam pelbagai bidang. Pelajar hari ini kelihatan semakin kurang menunjukkan minat membaca. Masih ramai pelajar yang menjadikan buku hanya teman ketika menjelang peperiksaan, sedangkan budaya membaca perlu dipupuk dan dijadikan amalan harian.Sebagai permulaan, ibu bapa perlu menyediakan satu ruang atau bilik di rumah masing-masing sebagai tempat anak belajar dan membaca.

Boleh dikatakan sebilangan besar keluarga mempunyai bahan bacaan di rumah. Bahan ini ada yang disusun dan diguna dengan sempurna dan tidak kurang pula yang tidak dijaga baik.Ibu bapa perlu berusaha menyusun bahan bacaan sebagaimana mereka menyusun perhiasan di ruang tamu supaya ia dapat dimanfaatkan anak dari masa ke semasa. Bukankah ayat pertama turun kepada Rasulullah ialah: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.” (Surah al-Alaq, ayat 1) Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan budaya membaca. Ibu bapa yang gemar membeli bahan bacaan dan membaca akan menjadi ikutan anak.

Berdasarkan itu, ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai kegiatan seisi keluarga seperti solat, makan dan bercuti bersama. Dalam satu hadis riwayat Abu Nai'm daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Manusia yang terdekat kepada darjat kenabian ialah orang yang berilmu dan berjihad. Ada pun yang berilmu, maka mereka memberi petunjuk kepada manusia daripada apa yang dibawa nabi. Dan yang berjihad, mereka berjuang dengan pedang bagi membela apa yang dibawa nabi.”Kesimpulannya, peranan ibu bapa adalah sebagai pembimbing dan pendorong kepada kejayaan seseorang pelajar.

Apa pun perancangan yang dibuat, jika pelajar sendiri tidak bersikap positif dan memandang serius nasibnya, nescaya segala-galanya akan sia-sia saja. Banyakkan melakukan amalan kerohanian seperti berpuasa, solat hajat, berdoa dan membaca surah Yassin ketika anak menduduki peperiksaan. Amalan ini dapat membantu memberi semangat dan keyakinan kepada mereka. Seterusnya bertawakal kepada Allah SWT selepas kita melakukan pelbagai usaha bagi mencapai apa yang dihajatkan. Firman Allah yang bermaksud : “Apabila kamu bercita-cita maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal”.

Agar ia menjadi renungan kita bersama!
Continue Reading...

Pak Pandir Merdeka?

Menyingkap kisah ini dalam kehidupan kita...

Hari-hari cerah yang dilaluinya, Pak Pandir hendak pergi memotong getah.

Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.

"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan membetis melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir menusuri di tepi jalanraya besar tersebut. Terpana seketika. Ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan laluan masuk ke kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang dengan perasaan hampa dan hiba.

Mak Andeh hairan apabila Pak Pandir pulang semula ke rumah dengan sayu.

"Kenapa Bang?", tanya Mak Andeh.

Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

Mak Andeh hairan dan tertanya-tanya serta mengerutus saja dalam hatinya......

Apabila dalam diri tidak mampu membaca yang tersirat maka adakah lahirnya Pak Pandir?

P/S : Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan renungan untuk para sahabat handai...wallahualam!
Continue Reading...

Sep 2, 2007

Apa dah jadi?

Itulah manusia yang merasakan dirinya terlalu bijak sehinggakan ingin menyamakan 'kuasa Tuhan'. Kumpulan ini menggunakan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan sesuatu yang diluar jangkauan minda. Namun, kreativitinya memungkinkan segalanya. Apa-apa pun ianya mengikis nilai-nilai kemanusiaan dalam diri...

Sanggupkah anda memakan biskut ini? Ini adalah biskut Almond yang dijadikan objek 'baby'.. Ermmmm..... Gambar2 ini aku perolehi melalui email yang dihantar oleh member aku...

Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template