Pagi ini aku aku hubungi Cik Yeoh, Ketua Penolong Pengarah Kanan JKM di Jabatan Pembangunan Orang Kelainan Upaya, Bahagian Pendaftaran dan Bantuan. Beberapa makluman penting telah aku ketahui. Terima kasih Cik Yeoh.
Fokus aku ialah berkaitan bantuan kewangan untuk
1. Pembelian kenderaan nasional - 50 % daripada duti eksais
2. Pengualian cukai pendapatan - RM14k utk OKU dan RM8k untuk suami/isteri OKU.
3. Menyambung pengajian peringkat tertinggi.
Khusus berkaitan menyambung pengajian peringkat tertinggi di IPT boleh dirujuk di sini. Terdapat pekelililing terbaru yang dikeluarkna oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu KPT.B(S)600-10/1 (11). Lihat Surat Pekeliling Kementerian Pengajian Tinggi 1/2010 : Pelaksanaan Dasar Baru Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya(OKU) Di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan
TEMPOH PEMBIAYAAN (MAKSIMUM)
- Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
- Diploma - 3 tahun
- Sarjana Muda - 4 tahun
- Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
- Sarjana - 2 tahun
- Ph.D - 4 tahun
- Bantuan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun (jika menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini.
Kadar Yuran Pengajian Tempatan
Program | Bidang | Kadar |
---|---|---|
Sarjana | Sains & Teknikal | RM 5 640.00 (untuk 4 semester) |
Bukan Sains & Teknikal | RM 5 240.00 (untuk 4 semester) | |
Doktor Falsafah | Sains & Teknikal | RM 12 920.00 (untuk 8 semester) |
Bukan Sains & Teknikal | RM 12 120.00 (untuk 8 semester) |
boleh lihat di sini.
Maka, untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai terlibat di KPT agar terjawab segala persoalan yang ingin diketahui...
| ||||||||||||||||||||
4 Coretan Lain:
pembiayaan tu merujuk kepada yuran sahaja ke.aku baru tamat degree di uitm..sepanjang amik diploma dan degree tk pnah pun dapat pembiayaan apa2..elaun oku pun kdg2 dapat kdg2 tak dpt.
kalau aku nak sambung master..di kolej..dapat pembiayaan tak? macam susah je nak percaya..mesti banyak prosedur.
harap kamu ble tolg terangkan sket.tak dapat bukak url tu.
Setakat ini takde masalah. Pastikan semua maklumat dlm tangan untuk memudahkan mengurus hal itu hingga berjaya. Biasanya, Unit HEP akan membantu menguruskan..pastikan maklumat di tangan semestinya lengkap...
info yg amat berguna..thanks..cuma bang amik perhatian kat syarat2 permohonan 4.4 yang ke 3..jgn tujuan menghalalkan cara udah ler hehehe tapi kali dpt apa salahnya hehehe
To Fazrine :
Usaha Tangga Kejayaan..:D
Post a Comment