Oct 11, 2009

Fikir-fikir..

Nampak gayanya, dah lama aku tak buat entri baru. Aku baru habis kuliah untuk semester ke2. Assigment juga udah mula nampak jalan penyelesaiannya. Maka, kepala udah mula memikirkan entri fikir-fikir di kala dah mula nak cuti...Heheheh



Aku carikkan sehelai tisu putih bersih daripada kotak tisu. Aku bentangkan atas meja tulis. Aku tengah fikir-fikirkan untuk membentuk sekuntum bunga ros putih. Aku sedang mencari penyelesaian untuk memulakan projek bunga putih menggunakan sekeping tisu. Aku mencapai pen dakwat cair berwarna hitam di sebelah tisu itu. Aku mencabut tudung pen dengan sentapan yang agak kuat. Maklum le, pen dakwat itu baru dibeli, masih ketat lagi untuk mencabut tudung daripada badan pen.

Tiba-tiba terpercik setompok dakwat hitam kecil di sudut sebelah kiri tisu itu. "Aduhhhh.."' rungut hatiku. Aku masih tertanya-tanya kenapa aku boleh tersilap teknik membuka tudung pen dakwat itu sehinggakan dakwat boleh terpecik.

"Alamak... kertas putih tisu putih itu sudah ada tompokan dakwat hitam. Udah tak cantik dan bersih tisu itu lagi..." rungut hatiku..

Berdasarkan rentetan peristiwa di atas, apa pandangan pembaca sekalian?

1. Perlukah aku mengambil sehelai tisu baru?
2. Perlukah aku menyalahkan diri aku kerana ada percikan dakwat itu?
3. Tak pedulikan tentang dakwat tu, teruskan dengan projek yang dicadangkan..

Tolongggg....

2 Coretan Lain:

Chenta on 10/12/2009 9:33 AM said...

Salam cikgu Azlanlin...

1. Perlukah aku mengambil sehelai tisu baru?

~ Terpulang. Jika ada lebih sekotak, apa salahnya kannn...

2. Perlukah aku menyalahkan diri aku kerana ada percikan dakwat itu?

~ Kesempurnaan itu penting. Namun dlm mengejar kejayaan & kesempurnaan kita akan menghadapi pelbagai dugaan . so, tak perlulah memarahi, menyesali or meratapi kesalahan dan kegagalan kita secara keterlaluan .

3. Tak pedulikan tentang dakwat tu, teruskan dengan projek yang dicadangkan..

~ Yup ! Inspirasi akan memotivasikan kita utk bertindak sbb kita sendiri yg mahukannya. Dan.. gunakan kuasa bertindak yg ada ditangan cikgu.

DUN Behrang 2020 on 10/12/2009 3:23 PM said...

Ambik je tisu baru...kalo suma ada percikan dakwat tu nanti ko g beli kat Billion tu...tgh offer..pen baru mmg camtu...ketat skit! Tapi ada tompok2 skit cantik gak...seni!

Sori bro...yg no 2 dan 3 tu bg org lain lak ulas...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template