Oct 17, 2009

Kalau tak hilang, boleh 'cari' lagi?

17 Oktober 2009, Tanjong Malim - 12 tengah hari. : HAPPY DEEPAVALI!!!

Entri aku sebelum ini penuh makna di sebalik apa yang dipaparkan. Itulah indahnya bahasa. Yang kurik itu saga, yang indah itu bahasa. Bukan mudah untuk memahami apa yang disebut dan apa yang tak disebut.

Ramai antara kita yang hanya mendengar apa yang disebut, tetapi tidak memikirkan apa yang tidak disebut. Banyak kiasan, banyak ulasannya. Pemikiran kritis diperlukan dalam hal ini. Penglihatan dengan 'mata hati' juga banyak membantu.

Kehilangan yang lama, berganti yang baru. Yang baru tidak semesti sama dengan yang lama. Yang pastinya, ia mempunyai tujuan sama dengan yang lama.

Berkaitan entri lama yang dipaparkan berkaitan cuai atau pelupa, telah jelas segalanya. Memang aku cuai dan pelupa. Hp cokia telah dijumpai bawah seat kereta. Macam mana boleh terperosok di bawah seat. Berkemungkinan bolos daripada poket seluar, menyelinap ke bawah seat. Entah. Kebetulan, bateri pula dah habis. Call tak dapat-dapat. Jenuh menggagau tangan di bawah seat. Jumpa!!!.

"Alhamdulillah, 'SELAMAT'! Jumpa juga." balas mem besor sewaktu aku menunjukkan hp yang dah dijumpai...

Berkaitan jam Orient yang hilang juga telah bersemadi di tempat hilangnya. Entah ke mana.. Akhirnya telah 'jumpa' semula seolah-olah patah tumbuh hilang berganti!

****************************************************

"Yang, jom ke pekan Tanjong Malim", ajakan mem besor jam 12 tengah hari tadi.

"Nak buat apa?", balas aku dengan muka seposen sewaktu tangan masih menekan keyboard laptop untuk menganalisis data SPSS v18.

"Nak beli barang sikit la," ajakan mem besor semakin manja.. hehehheh

"Jom." Aku mula bergerak ke bekas kunci lalu mencapai kunci 'ChentaHati Oren'.

***************************************************
"Pilih la...suka yang mana?" tanya mem besor.

Aku menyengeh macam 'kerang busuk'. Nafsu besor aku membuak-buak. Aku tak peduli berapa harganya. Yang penting aku suka dan minat. Aku jenis pemilih walaupun sempoi dan tak kisah. Nampak gayanya, walaupun dalam sempoi dan tak kisah, memang aku pemilih! Nafsu besor tu....Hahahha.

ORIENT, Sapphire Crystal (100m) jadi pilihan. Mix colour. Silver dan gold. Kalau silver atau gold saja, memang tak sesuai dengan kulit aku yang 'terlebih' sawo matangnya. Hahahha.

"Baik aku pilih mix colour," bisik nafsu aku. Hehehhe.

Harganya boleh tahan juga. Sah! Tawar-menawar memang urusan aku. Dapat kurang 35% daripada harga asal (RM440) yang dipamerkan.

"Agak kurang lagi tu," bisik nafsu aku.

"Encik, hari manyak panas lorr... Kepala saya manyak sakit la," kata Nyonya, tauke kedai jam tu.

"Ya la tauke, manyak panas. Kalau harga tu jadi...sama-sama kita boleh pergi minum cendol," balas aku.

Aku dan nyonya tu sama-sama gelak. Maklum le harga yang diminta menyakitkan telinganya mendengar.

Yang paling penting, mem besor memilih tarikh dalam bulatan tu..
Thanks..

Patah tumbuh, hilang berganti.

Aku hairan, tetiba je terpacul satu persoalan daripada mulut aku pada mem besor setibanya di rumah dan menerai jam baru..

Kalu tak hilang..boleh "cari" lagi?.....Hahahhah.
Mem besor nyengih sambil tangannya mencubit perut aku yang makin membusung!

Thanks for everything to Mem besor...pahit, manis, masam, kelat, pijor, masin, tawar..semuanya memaparkan indahnya WARNA-WARNI KEHIDUPAN..

**************************************
p/s :

1. Patutla, alhamdulillah..SELAMAT! bila terjumpa hp cokia tu.. kalu idak..hehheheh

2. Terima kasih kepada semua yang berkunjung ke blog Warna-warni Kehidupan.

Umur makin bertambah dengan nilai satu tahun. Menampakkan setapak ke depan lagi aku semakin hampir dengan tanah sendiri keluasan 6 X 4 kaki..yang entah di mana lokasinya.

Bersediakah aku? Cukupkah bekalan aku untuk menemuiNya?

"Udah-udah," ler...bisik NAFSU BAIK pada NAFSU JAHAT...




10 Coretan Lain:

~mrs azmi~ on 10/17/2009 9:48 PM said...

selamat ulangtahun!

zai on 10/18/2009 12:26 AM said...

Salam...

selamat harilahir..

Mudah2an umur yg bertambah tidak dipersia2kan dan dapat diisikan sepenuhnya dengan menimba ilmu yang bermanfaat ibarat harimau mati meninggalkan kuku..manusia mati meninggalkan nama..harap2 nama kita menjadi sebutan dan didoakan atas semua perkara kebaikan dan amal kebajikan yang dilakukan.

sahabat on 10/18/2009 12:33 AM said...

Selamat!. Selamat segalanya.
Dipanjangkan umur,murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik. Bahagia selalu.

Shifu67 on 10/18/2009 11:39 AM said...

Yang kurik itu saga, yang indah itu bahasa... ada la yg nak kena potong markah ni

Yang kurik itu kundi (mujur tak sebut kendi, kalau lagi la parah... hehehe)

yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

psstt... mujur cikgu kat TI tu belum baca... kalau tak sah ko kena potong markah.... hehehe

DUN Behrang 2020 on 10/18/2009 6:04 PM said...

Hepi belated besday...

Patut arrr malam tu berseri2 je wajah...dan manja pun semacam jer...ahaks!

GPI SKSV on 10/18/2009 8:37 PM said...

psst!

sampai ptg tadi masih berseri-seri..
rugi la en. Dun dah berlepas ke Pulau Mutiara..

Kalo tak, boleh sama2 pekena laksa-mi spesel kat rumah Besday Boy ni...

yuhazlina on 10/18/2009 9:56 PM said...

Happy Belated Birthday Cikgu

Che' Pit on 10/24/2009 10:36 AM said...

Happy belated birthday..

cantik jam yg dipilih, mmg sesuai dgn usia, hehehe..

Che' Pit on 10/24/2009 10:36 AM said...
This comment has been removed by the author.
Kunang-Kunang on 10/29/2009 8:42 AM said...

Wah, masuk-masuk jer sini, nampak ada orang sambut birthday. So selamat hari lahir cikgu Azlan, yang keberapa yer.

Saya kalau ke rumah adik di Slim River suka singgah dikedai2 yang jual baju di pekan Tanjung Malim tu. Beli kaftan.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template