Dec 4, 2008

Membeku dalam peti ais ciptaan sendiri

Blog ni dah lama aku tak update. Aku membeku dan terkejung dalam peti ais ciptaan sendiri. Jenuh jugak nak mengelepiag ke hulu ke hiliag... ke depan dan ke belakang, ke tepi dan ke kanan. Semuanya untuk mengelakkan aku terus membeku dan terbuku kat dada. Semua ini ada DI SANA.

Gambar hiasan...aku MEMBEKU!


Pastinya mulai hari sabtu ni hingga pertengahan bulan ni, di sini dan di sana akan terus membeku dalam peti ais ciptaan sendiri. Sendiri cipta peti ais, sendiri beku. Hahhaah. Apa-apa pun warm-up kena kerap sikit.

Ini semua kerana aku akan menyerupai sirih pulang ke ganggang, burung pulang ke sarang ataupun balik negeri! Mulai Jumaat ini, aku akan berpindah rumah dari Kluang ke rumah sewa di Tanjung Malim. Semuanya diceritakan khas berkaitan itu di sana. Maka, talian telefon akan dimatikan di Kluang. Talian streamyx akan digunakan di Tanjung Malim jika aku dapat line telefon yang baru....

Semasa pencarian di Tanjung Malim, aku dapat ketemu seorang blogger. Mr Dun namanya... nice person! Thanks bro...


>> SeLaMaT MEMBEKU!!!! <<<

14 Coretan Lain:

Tirana on 12/04/2008 5:17 AM said...

Salam Cikgu Azlan..

First of all, tahniah kerana dapat sambung belajar.

Kerja berpindah randah ni memang meletihkan kerana banyak urusan yang perlu dibuat..Bagus jugak cikgu membekukan diri dari blogging untuk fokus pada perkara yang lebih penting. Bila semua urusan telah beres, tentu hati lebih tenang untuk menulis di sini.

Mudah-mudahan kerja pindah memindah cikgu Azlan berjalan dengan lancar. Good Luck!

Rumah Kuning on 12/04/2008 9:20 AM said...

comel keta ni. dulu pernah gak bercita2 nak beli keta gini.memang hampir terbeli tapi hajat tak sampai.

azlanlin on 12/04/2008 11:46 PM said...

To Tirana:

Tkasih atas segalanya... HIJRAH.. mungkin ada "SESUATU" yang tidak KETAHUI... apa-apa pun berpindah ni memang perlu kuat mental dan fizikal!

azlanlin on 12/04/2008 11:47 PM said...

To Cikgu Panji:

Kete tu memang comel... pemakainya kena comel jugak. Kalu idak, pintu kena kopak!

Mak Su on 12/05/2008 8:59 AM said...

Azlan, membeku jadik macam dalam gambar tu best gaks, glamer, masuk panggung :)

take care

Unknown on 12/05/2008 12:22 PM said...

nasib baik aku dah lama sambung study... la ni malas dah nak sambung lagi... cukp la dengan apa yg ada kot!

azlanlin on 12/05/2008 12:59 PM said...

To Maksu:

Cuma takutkan ramai yg kuar panggung, sebab tak best 'heronya'..

azlanlin on 12/05/2008 1:01 PM said...

To Shifu:

Untung la ko yg dah lama study... aku ni semuanya baru... baru nak study 'lagi', baru nak pindah, dan sentiasa baru segalanya... Baru otak sentiasa berfikir... itu le aku!

sonata anak kancil on 12/07/2008 12:10 PM said...

Tahniah, akhirnya dapat tempat di UPSI. Saya amat berbangga, semangat cikgu untuk terus belajar. Rebutlah peluang, kerana masih jauh lagi perjalanan!

arsaili on 12/08/2008 7:06 PM said...

salam eid ul adha ..hidup penuh pengorbanan semoga dipermudahkan

aQQim on 12/09/2008 9:29 PM said...

tak sabar nak menyinggah di tg malim pulak :)

azlanlin on 12/11/2008 12:29 PM said...

To Sonata AK :

Tkasih..walau bagaimana pun, perjalanan masih jauh lagi.. hadapi dan rempuh seumpama motto blog ini BERANI & BERTAHAN...

azlanlin on 12/11/2008 12:32 PM said...

To Arsaili :

Harap-harap begitulah, perjalan yang mudah. walau bagaimanapun, kena bersedia juga jika beraku perkara yang di luar jangka dan tidak seperti yang dirancang... heheh.

Positifkan suasana dan tindakan mampu memberi ruang untuk berfikir tentang apa yang berlaku!!! Jika tidak, akan resah sepanjang masa...

azlanlin on 12/11/2008 12:33 PM said...

To aqqim:

Meh le lajak ke Tanjung Malim... ada lagi kotak-kotak yang belum punggah, kalu nak amik bahagian memunggah, sila...oo...sila! hehehhe

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template